Rancangan Gila : Bab Dua


Bersambung daripada Bab Satu


Dua hari kemudian.

Toot, toot, toot, tooot......kecakk.
" Hello, Hairin, kau dengan Nina kat mana ni? Aku dah sampai kat tempat kita janji hari tu." Diman membuka kata.

"Tunggu arahan kau untuk bertindak saja ni." Diman sambung memberitahu situasinya sekarang.

"Aku ada depan kau dengan Nina ni. Kau gerak depan sikit." Balas aku. Dah lama juga aku dan Nina sampai di tempat yang dijanjikan. Aku tidak ingin rancangan ini gagal kerana bahaya yang menanti jika gagal.

*******************************************************************************

Seperti biasa tepat jam 8 malam, setiap malam Zira akan menunggu teman lelakinya di bus stop untuk keluar bersama. Dan masa yang ditunggu telah pun tiba.

"Diman, bergerak sekarang. Dia dah ada kat tempat biasa. Lepas kau berjaya tangkap perempuan tu, kau gerak ke tempat yang telah kita janjikan". Arah aku kepada Diman.

"Baik. Korang tunggu aku kat sana. Dah selesai, aku akan terus bergerak". Jawab Diman bersahaja.

*******************************************************************************

Dua jam kemudian....

" Hoi! aku kat mana ni? Korang nak apa hah? Kalau korang nak duit, aku takde duit." Jerit Zira setelah mendapati dia ditangkap. Matanya telah aku tutup terlebih dahulu.

"Korang nak apa? Lepaskan aku. Aku tak buat apa-apa pun. Kenapa tangkap aku? Lepaskan aku! Lepaskan!" Zira meronta-ronta minta dilepaskan dan sepantas itu juga tangan aku hinggap di pipi kirinya.

"Hoi perempuan bodoh! Baik kau diam sebelum aku tampar kau lagi! Memekak aje! Takde orang yang boleh tolong kau sekarang. Hahahaha". Gelak tawa aku bergema di seluruh rumah. Rumah kosong yang usang, jauh daripada mana-mana kehidupan manusia. Tidak pula aku bertanya kepada Diman bagaimana dia mendapatkan rumah ini. Yang penting pada aku, dia dapatkan apa yang aku nak. Itu sahaja.

"Kenapa kau culik aku?" Zira bertanya lagi. PANGGGGG! Satu lagi tamparan hinggap dipipi kanannya pula.

"Kan aku dah suruh kau diam. Kalau kau diam tadi, takde la kau makan penampar aku." Kata aku kepada Zira yang seperti tidak memahami apa diperkatakan sebentar tadi.

"AKU CUMA SURUH KAU DIAM! PAHAM? DIAM! Kau bodoh ke ape? DIAM PUN TAK BOLEH KE HAH?"Kali ini aku menjerit kepada zira sambil menampar-nampar pipinya kerana marah. Nina yang dari tadi membatukan diri, segera menarik aku ke belakang bagi mengelakkan aku mencederakan zira dengan lebih teruk. Aku boleh melihat dengan jelas titisan darah berwarna merah pekat mengalir dari bibir zira akibat kegilaan aku sebentar tadi.

"Dahlah! Kau nak perempuan tu mati macam tu je ke?" Nina menjerit kepada aku yang sedang gila.

"Dah pengsan perempuan tu kau kerjakan. Tak puas lagi ke?"tanya Nina lagi.

"Ye! Aku nak dia mati setelah apa yang dia dah buat pada aku! Aku nak lenyapkan dia terus!"Jerit aku kepada Nina. Tanpa aku sedari, tangan Nina yang hinggap pula di pipi kiriku. Aku terus tersedar dari kegilaan itu dan bersandar di dinding rumah sebentar. Diman hanya memerhatikan gelagat kami dari jauh.

"Sekarang kau dah dapat apa yang kau nak kan?" Tiba-tiba Diman berkata.
"Kau sendiri kata kepada aku yang kau ingin seksa dia terlebih dahulu, bukannya terus membunuh dia. Sabar Rin, sabar." Sambung Diman.

"Betul kata Diman tu. Rin, kau balik dulu. Jangan tergopoh-gopoh."Kali ini Nina cuba menenangkan aku pula. Mana mungkin aku akan tenang, manusia  yang bersifat gampang terhadap aku selama ini dalam keadaan terikat dan tidak bermaya. Ikutkan hati, hendak sahaja aku bunuhnya sekarang juga.

"Baiklah, aku pulang ke rumah dahulu. Kau dua orang jangan pula tinggalkan tempat ni, make sure ada seorang yang jaga dia. Aku taknak dia terlepas." Aku pasrah dalam keadaan itu.

Aku pulang ke rumah seorang diri membiarkan mereka berdua menjaga Zira.

Bersambung di Bab Tiga

Nukilan bersama miss_sho
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...