Rancangan Gila : Bab Tiga

Bersambung dari Bab Dua

Aku memandu laju kereta Proton Satria Neo pemberian ayah aku membawa diri ke arah rumah yang berada agak jauh dari lokasi Zira disimpan. Bahaya jika disimpan berdekatan dengan rumah, takut ada yang kenal. Tak pasal-pasal kami bertiga bermalam di lokap kerana perempuan sial itu. Suasana pada malam ini sangat asing bagi aku, tidak seperti malam-malam yang aku lalui sebelum ini sepanjang hidupku. Mungkin kerana aku sedang melakukan perbuatan yang tidak pernah terlintas di akal fikiran sepanjang hidupku kerana perempuan itu. Ya! Kerana perempuan itu, aku telah melakukan satu kegilaan yang bakal merubah hidup aku dan mereka. Kerana dia, aku melakukan kegilaan ini. Kerana kegilaan aku untuk membalas dendam, aku sanggup meculik dan melibatkan teman-teman rapatku.

 "Menculik? Gilakah aku kerana membuat semua ini?". " Tidak! Aku tidak gila! Aku buat semua ini hanya untuk memberi kau dan teman-teman kau pengajaran agar kau tidak lagi menyakiti orang lain! Ya! Aku tidak gila! Kau yang bersalah. Aku hanya memberikan hukuman atas kesalahan kau sahaja!".  Hahaha! Gelak aku sendirian tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Lebuhraya Persekutuan seperti malam-malam biasa, masih sesak dengan manusia yang tidak kenal erti siang atau malam. Yang pasti mereka hanya mahukan duit dan hiburan. Sejak bila manusia menjadi sebegini, tidak pula aku tahu. Sejak British menjajah dulu mungkin.

Akhirnya aku sampai di pusat komersial Seksyen 7, Shah Alam. Aku singgah di sebuah kedai serbaneka 24jam. Lebih baik aku beli roti untuk santapan perut yang tidak diisi dari siang tadi. Aku mematikan enjin setelah berjaya meletakkan kereta dalam kotak parking dengan betul. Keluar dari kereta dan menekan punat alarm kereta tersebut. Aku memasuki kedai serbaneka tersebut dan mencari roti yang aku gemari, roti coklat 70sen.

"Bang, berapa harga roti ni?" Aku mengeluarkan persoalan yang aku ketahui jawapannya kepada cashier di kaunter. Saja merancakkan suasana di kedai serbaneka yang kusam ini.
"70sen je." Dia tersenyum menunjukkan gigi kuning akibat aktiviti menghisap rokok agaknya. Aku mengambil tiga bungkus roti lagi. Aku menghulurkan not berwarna merah kepada cashier itu. Baki dipulangkan dengan betul. Aku tinggalkan tempat itu dan berjalan ke arah kereta yang ditinggalkan di hadapan kedai serbaneka itu.

Aku memandu ke arah rumah aku. Beberapa minit kemudian aku sampai. Seperti di hadapan kedai serbaneka tadi, aku letak kereta dengan betul dalam kotak parking yang disediakan. Aku lihat ke arah rumahku dari bawah kelihatan seperti ada orang di rumah. Mungkin Mailis sudah ada di rumah.

Mailis merupakan teman serumah aku yang paling senior, maksudnya paling berumur. Sedang bekerja di UHUB sebagai pembantu tadbir yang mana tahun ini sudah masuk tahun ketiga di situ. Kalau belajar, sudah dikira senior. Aku keluar dari kereta dan berjalan mengikut tangga di flat rumah aku.

Penat berjalan menaiki tangga yang entah keberapa. Bodoh betul manusia yang bagi idea buat rumah tinggi-tinggi begini. Aku buka pintu rumah, memang betul Mailis sahaja yang ada. Aku tidak menegurnya seperti kebiasaannya. Aku berlalu terus ke bilik kerana kepenatan. Aku terus merebahkan badan ke atas katil kesayanganku dan terlelap.

Bersambung di Bab Empat

Nukilan bersama Miss_Sho
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...