Hanyut : Hari Kedua - Episod 2

Episod 1


url: walletmerah.blogspot.com
blog: aku berbisik
entri: 31# hari kedua



Hari ini hari kedua aku berkerja dan hari ini jugaklah aku terlewat. Lewat 5 minit. Tak pernah dalam sejarah hidup aku, aku terlewat untuk hadir bekerja pada hari keduanya. Kebiasaannya hari kelima baru terlewat pergi ke tempat kerja. Al maklumla hari jumaat, mood cuti da sampai. Muahaha!

Ini semua gara-gara lelaki sengal dekat rumah aku. Kalau bukan kerana dia, mesti aku dah sampai kerja awal. Pastinya sejarah baru tidak tercipta hari ni.

Subuh tadi hujan tetapi masa nak pergi kerja tadi hujan dah berhenti. Macam biasa aku pergi kerja naik 
skuter ke sini. Punya la celaka kereta tu, dah tahu simpang tu berair sengaja dia laju kat situ. Habis basah baju kurung aku. Terpaksa lah aku patah balik ke rumah nak tukar baju lain. Dah la baju ni sahaja yang paling cantik aku ada. Dan satu- satunya baju kurung aku paling baru. Sebabnya baju kurung aku ada dua sahaja. Hahaha! Tak dapat nak melawa depan bos aku hari ni. Kene marah la jawabnya. Siap la kereta buruk hijau balik nanti. Aku kenal sangat kereta kau, aku pancitkan tayar kau nanti!. Baru puas hati aku. Muahaha!

Jam dah menunjukkan pukul 11 pagi. Batang hidung bos aku masih tak muncul-muncul. Nak tanya akak sebelah ni macam mengganggu pulak. Jadi aku buat keputusan untuk diamkan diri sahaja. Pelbagai hipotesis aku buat untuk bos aku pasal die tak datang kerja hari ni bagi mengisi masa lapangku siang tadi.

Hipotesis 1: Bos demam.
Hipotesis 2: Kereta bos rosak.
Hipotesis 3: Ahli keluarga bos sakit tak pun ada yang meninggal.
Hipotesis 4: Bos terlupa letak kunci kereta kat mana. Muahaha!

“Selamat pagi!” Terkejut aku seketika. Aku toleh ke arah suara itu. Aku diam membisu sambil mengangguk-anggukkan kepala. Cepat-cepat aku alihkan mataku dari terus menatap mata garang itu. Belum sempat aku menarik nafas panjang..

“Kenapa kamu pakai macam ni?” Tiba- tiba pejabat jadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi komputer dan laptop. Sesaat yang berlalu terasa panjang. Hati aku jadi tak sedap. Aku terus menyepi.

“Lepas ni saya tak nak tengok kamu pakai macam ni lagi, faham?!” Lelaki itu terus berlalu keluar. Aku menghantar lelaki itu melalui ekor mataku sahaja.
“Keret betul mamat ni." Keluh hatiku. Nasib aku dah janji dengan emak untuk tidak melawan. Kalau tak memang aku bahasakan dia tadi.

“Suraya!” Dua tiga kali nama aku di panggil dengan nada berbisik dalam menjerit.

“Ye, ye kak saya dengarlah.” Sambil aku memandang wajah Kak Anis yang berlesung pipit di pipi kiri. Kak Anis duduk di belakang meja aku. Dialah yang mengajak aku rehat bersama semalam.

“Kau kene ingat , dia tu selalu datang sini cari bos kau. Hari ini pun samalah tu. Dia tu memang garang sikit.” Sambungnya lagi.
“Tapi siapa dia tu kak?” aku cuba minta kepastian daripada Kak Anis.
“Aahhh, nanti kau kenal la dia siapa. Malas aku nak cerita” balas Kak Anis.

Pulang dari tempat kerja, hati aku kembali terasa sakit apabila terpandang kereta buruk hijau itu. Tanpa menbuang masa aku memberhentikan skuterku. Aku pancitkan salah satu tayar tersebut. Nak pancit lagi satu tayar takut orang perasan pulak. Dengan tidak semena- mena hatiku terus berasa puas. Muka aku penuh dengan senyuman sehinggakan emak pun turut perasan akan perubahan ku ini. hehe

...................................................................................................................................................................

“Yaya!” Mak Tam memanggil.
“Yaya!” dia terus mendiamkan diri..
“Suraya!” Ish, dia paling tak suka kalau emaknya memanggil  dengan nama tu. dia buka pintu sambil membebel seorang diri.

“Aku panggil elok-elok kau tak nak dengar.” Mak tam pula membebel.
“Kau cubalah tolong ajarkan adik kau ni matematik. Nak suruh kau tolong mak masak kau malas, jadi kau tolongla ajarkan adik kau ni.” Sambung Mak Tam lagi.
“Yelah-yelah, lepas orang up-date blog ni orang ajar.” Balas aku dengan longlai.

Yaya masuk ke biliknya semula sebelum menyusun kata penutup untuk blognya hari ini. Hari ini laptop ungunya disimpan dengan elok  dan kemas, begitu juga biliknya. Ini semua Yaya lakukan bagi mengelakkanya dari terus terkene leteran Mak Tam.   

Sambungan di episod 3

Dua Jiwa Satu Rumah


Seperti biasa, aku tunggu dia pulang. Aku suka tatap wajah dia, sangat cantik ketika baru pulang dari pejabat di mana tempat dia bekerja. Tak tahu la pulak kat mana dia bekerja, dia tidak pernah walau sekali mengajak aku ke tempat dia. Aku pun hanyalah menumpang di rumah dia.

Pernah aku cuba mengikut dia ke pejabat dia tetapi dengan selamba dia menghalau aku dengan pelbagai cacian, makian dan hinaan yang boleh keluar daripada mulut dia.

"Sial la, yang kau nak ikut aku apahal. Dahla busuk, aku tendang jugak nanti kau ni. Blahlah." Kata-kata dia setelah aku tapis, takut tak lepas bila LPF tapis. Aku terasa sungguh hina apabila dia mengeluarkan kata-kata sebegitu. Sungguhpun begitu, aku masih sayang pada dia. Tak pernah berkurangan walaupun sedikit.

Ding, ding, ding, ding, ding, ding. Enam kali jam di rumah ini berbunyi, tandanya sudah pukul enam petang. Biasanya dia akan pulang pada waktu ini. Kang! Bunyi pintu dihempas. Sah, dia sudah balik.

"Darling, mana you? I ada bawak makanan untuk you ni." Tanya dia kedudukan aku. Memang kebiasaannya dia akan membawa pulang makanan untuk aku. Dia tahu makanan kegemaran aku ialah ikan goreng dan itulah makanan yang kebiasaannya dia bawak balik. Ada la sesekali dia bawak ayam goreng. Aku tak kisah, asalkan perut aku kenyang.

Lepas bagi aku makanan, biasanya dia akan mandi. Dia masuk dalam bilik, salin pakaian dengan tuala kecil menyeliputi tubuh dia. Aku suka tengok tubuh dia. Ya, orang kata darah muda lagi, tubuh pun mestila mantap. Aku pun jantan. Rugila kalau tak tengok. Dah dia yang tunjuk, bukan aku yang paksa. Pelik jugak aku, tak malu ke dia? tapi peduli apa, tubuh dia bukan tubuh aku. Aku sendiri tidak pernah berpakaian dalam rumah ini.

Aku cepat-cepat habiskan makanan aku kerana aku tiba-tiba merasa ingin mandi bersama dia. Habis makanan, aku berlari ke arah bilik mandi. Seperti berada dalam syurga keadaan dalam bilik mandi itu. Aku dan dia tidak berpakaian, mandi bersama. Dia akan gosokkan badan aku dengan sabun Lux warna putih kesukaan dia dan aku. Wangi badan aku. Aku cuba gosok badan dia pula tetapi dihalang. Mungkin kerana kuku aku yang tajam.

Selesai mandi, dia akan gosokkan badan aku. Syoknya perasaan ini. Aku berharap semoga keadaan ini berkekalan selama-lamanya. Selepas mandi, dia akan membuka komputer riba keluaran acernya untuk melayari internet. Wallpaper dia memeluk aku terpampang di muka screen komputer riba dia. Aku sanggat suka.

Bibir dia mengukir satu senyuman yang manis tatkala melihat laptop dia. Kadangkala gelak ketawa, kadangkala pula menangis sendiri. Aku biarkan sahaja dia dengan dunia komputer riba dia sendiri. Memang aku cemburu melihat dia bersama rakan-rakan dia, tetapi aku cuma menumpang sahaja di rumah dia. Tak mungkin aku ada hak untuk menyibukkan diri.

Teringat aku pertama kali melihat dia. Ketika itu, aku keseorangan di sebuah sresen bas, kesejukan dan kelaparan. Dia terlihat aku ketika itu, lalu meng'offer'kan diri untuk tinggal bersama dengan dia. Begitu mudah bukan? Mungkin kerana aku ini sangat comel padanya.

Cuma, setelah tinggal bersama dengan dia, tidak pernah pula aku dibawa kemana-mana. Aku dikurung sendirian dalam rumah dia. Sedih. Aku sendiri tidak faham kenapa dia bertindak sedemikian. Satu saat dia sangat baik padaku, satu saat dia serupa manusia tidak berhati perut. Kenapa semua ini terjadi?

Ting tong, ting tong. Dua kali loceng rumah dia berbunyi lalu dia ke pintu rumah dan menjemput rakan dia masuk ke dalam rumah. Seorang perempuan, lebih cantik, mungkin sebaya dengan dia. Masuk sahaja kawan dia, nampak aku yang tidak berpakaian, serta merta mengangkat aku.

"Sue, cantiknya kucing you ni. Bulu dia halus je. You bagi makan apa ye?" Tanya kawan dia kepada dia. Tangan bermain dengan bulu-bulu di badan aku.

"I bagi makan ikan je, kadang-kadang jela I bagi makan ayam. Pasal bulu dia itu, masa I jumpa dia kat bus stop hari itu lagi memang dah halus macam itu. Sebab tu je I ambil dia bawak balik rumah." Jawab dia selamba.

Pandangan Daripada Dia


Kelas aku riuh dengan pelbagai gelagat rakan kelas aku yang lain. Ada yang main bola pakai kertas lipat-lipat. main kejar-kejar pun ada, boleh pulak pusing satu kelas. Yang best, ada yang dah nak jadi geng Melodi, ala yang rancangan hiburan main terjah-terjah artis itu. Cuma yang ini gosip pasal budak-budak darjah 6 sahaja. Suka hati kau orang la, masa cikgu tiada la nak buat macam ini.

Aku, seperti biasa mentelaah buku yang ada. Tahun ini aku nak ambil UPSR, kononnya nak dapat keputusan yang bagus. Boleh aku masuk sekolah asrama penuh. Tak nak masuk sekolah biasa-biasa, nanti mummy tak nak bagi basikal BMX baru. Tak best. Aku seorang je yang naik basikal yang ada bakul kat depan, dahla warna ungu. Tak 'raged' la budak-budak kata.

Tengah sibuk mentelaah buku latihan matematik, subjek kegemaran orang kata, aku boleh terpandang pada sepasang mata yang tepat menuju ke arah mata aku. Pergh, dia pandang aku. Tak boleh aku tengok lama-lama. Mata aku alih balik ke arah buku latihan matematik. Tau tak kenapa? Dia 'hot. Dalam sekolah aku, tiada sesiapa boleh lawan ke'hot'an dia. Dan kali ini dia pandang aku.

Siapa dia? Zura. Nama pun dah hot. Kalau tengok mata, Boleh tak tidur malam,. Badan dia, macam Abby Abadi. Dah dia je artis yang hot time zaman Y2K ini. Padahal baru darjah 6 budak Zura ini. Apa jamu mak dia bagi pun aku tak tahu. Kalau surat cinta bawah meja, jangan kata seminggu, tiap-tiap hari ada sahaja yang baru. Aku syak yang mak dia bagi susuk kat budak Zura ini la.

Tapi itu semua aku tolak ke tepi, sekarang pandangan mata Zura sangat tepat ke arah aku. Ya, aku, seorang budak darjah 6 yang sedang mentelaah buku latihan matematik, ingin mendapat basikal BMX baru jika mendapat masuk asrama penuh tahun hadapan. Jantung aku, jangan nak katala. Tak henti berdegup sejak aku ternampak anak mata Zura. Dup dap,dup dap, dup dap. Aku ketuk-ketuk sikit jantung aku, konon boleh perlahankan deguapan jantung akula kan.

"Nizam, kenapa muka merah gila?" Tanya Amri. Sial betul Amri ini. Aku tengah layan perasaan la, Zura tengah pandang aku. Aku tetap tak jawab soalan Amri. Aku biarkan dia dengan soalan dia. Aku dalam dunia aku. Melayan perasaan seorang diri.

"Zura, sudikah engkau mengahwini diri aku?" Soal aku seperti P.Ramlee bertanya pada Saloma dalam cerita zaman dulu-dulu. Aku masih dalam khayalan aku. Woi, aku muda lagi la. Dah sampai nak kahwin itu kenapa. Gila betul kepala otak aku masa itu. Orang tua pun dah kata, Cinta itu buta. Cuma sekarang, cinta bukan buat aku buta, tapi buat aku jadi gila bayang.

"Nizam, aku tengok dari tadi kau asyik pandang buku itu, tapi tak gerak-gerak pun. Tangan pun tak buat apa-apa. Muka merah, pelik la kau ni Nizam." Sekali lagi, Amri menyibukkan diri kononnya mengambil berat tentang aku.

"Janganlah kacau aku." Jawab aku ringkas kepada Amri. Dia tergaru-garu rambut yang belah tengah ala-ala Tomok, artis kumpulan New Boyz. Nyanyi tangkap leleh orang kata. Aku biarkan dia lagi.

Aku toleh mata aku balik kepadaZura, mata dia tetap ke arah aku. Sudah, takkan lah dia tangkap syok kat aku. Lama betul dia pandang aku. Dekat lima minit dah ini. Memang pada manusia biasa, lima minit itu sekejap tetapi pada si angau macam aku sangatlah lama tempoh itu.

Tak boleh jadi, aku kena tanya juga kepada Zura, kenapa dia pandang aku. Untung-untung dia luahkan perasaan kat aku depan orang ramai. Biar semua orang tahu siapa Nizam sebenar. Bukan sahaja seorang budak yang suka mentelaah buku yang ingin masuk sekolah asrama penuh kerana inginkan basikal BMX baru.

"Zura! Kenapa kau asyik pandang-pandang aku dari tadi?!" Jerit aku kepada Zura yang selang beberapa meja dengan aku. Dia kerut mata. Ah sudah, kenapa pulak ini.

"Bila masa aku tengok kau? Aku tengok almari kat belakang kau. Ada jadual kelas, aku tak ingat." Jerit Zura dengan muka selamba. Hahahahahahaha! Satu kelas gelakkan ke arah aku. Aku masa itu, muka mantain merah tapi kali ini merah sebab malu. Sial punya Zura.

"Mesti kau tengok Nizam sebab dia hensem kan?" Amri cuba membetulkan keadaan. Tapi Zura makin mengerutkan mata. Tiba-tiba semua senyap.

"Bangun semua. Asalamualaikum cikgu!" Jerit ketua kelas aku, Joe. Nasib baik Cikgu Asmawi masuk menyelamatkan aku dalam keadaan malu. Takpe Zura, aku tahu kau malu nak ngaku depan budak kelas. Petang nanti aku bawak aiskrim conneto untuk kau masa pulang ke rumah.


Hanyut : Hari Pertama - Episod 1

url: walletmerah.blogspot.com
blog: aku berbisik
entri: 30# hari pertama

Hari ini, hari pertama aku bekerja. Cuti selama 3 bulan membuatkan seluruh badan ku menjadi lesu dan malas. Nasib baik bos aku tak de hari ni. jadi satu hari ni aku melepak sambil udara air cond. Kata Kak Jue, bos tak sihat hari ni. Oh ya, lupa pulak aku. Kak Ju pekerja dibahagian sumber manusia. Dia adalah orang pertama yang aku jumpa semasa aku daftar masuk tadi. Orangnya kecil-kecil dan agak kasar. Walaupun begitu, tudung ala Hana tajima yang dikenakan padanya amat cocok sekali dengan kulitnya yang kuning langsat. Dialah yang memperkenalkan aku pada orang di sekitar meja aku.

Selepas ditunjukkan meja oleh Kak Jue, aku hanya duduk melanguk. Toleh kiri, kanan, tangan tonkat dagu. Huh. bosan jugak bila dah keje takde keje. Aku dapati pekerja di syarikat swasta ini tenang jer sambil sibuk buat kerja masing- masing. Antara ramai-ramai pekerja di situ aku amati, aku adalah pekerja paling muda di situ. Semunya makcik-makcik belaka. boleh la nak manja- manja nanti dengan dorang. berani la dorang nak buli aku. haha. Lelaki yang duduk di belakang aku, dari tadi aku tengok dia mundar- mandir jer. takde kerja ke dia ni. Aku pun tak faham dengan orang- orang yang bekerja kat sini.

Hari pertama aku kerja, tanpa aku tahu apa tugas dan tanggung jawab aku. Temuduga yang lepas aku ditawarkan sebagai pembantu kepada bos aku. Lebih kurang sebagai kerani lah. Paling tidak pun jadi sebagai setiusaha dia.  Perasan, belajar tak tinggi mana berangan nak jadi setiusaha. haha. Harap kerja kali ini aku dapat bertahan lama. Setiap kali aku berhenti kerja pasti mak berleter. huh.

Aku bukannya apa, umur mak tahun depan genap 50 tahun dan dia masih kuat bekerja. Bekerja untuk anak-anaknya. Semenjak pemergian ayah, emak lah menjadi ketua keluarga dalam rumah ni. Pada usia aku sekarang sepatutnya aku boleh menggantikan tempatnya. Biar aku seorang cari duit. Tidak lagi perlu kerah keringat menjual nasi lemak pagi-pagi. Tapi sayang pula nak suruh emak berhenti. Nasi lemak emak laku woo. Macam goreng pisang panas tuu. Nasib dia tak menjual pisang goreng jugak. Kalau tak tentu orang lain susah hendak mencari makan. 

Pernah juga aku ajukan kepada emak tentang hal itu. Emak dengan nada tenang seraya berkata, 

“Bersyukurlah dengan rezeki ni Yaya. Orang lain pun susah juga. Mungkin lagi susah daripada kita. Cukup lah dapat duit makan sikit, duit rumah, api, air.”

Aku kagum betul dengan semangat mak. Dalam kami sekeluarga susah, dia masih ingat lagi ada orang yang lagi susah. Memang betul, lagipun isi perut rumah ni bukannya besar sangat. Aku, adik aku dan emak. Semuanya kurus. Adik lelaki aku jela yang gemuk. Dah la gemuk, manja pulak tu. Kadang-kadang geram juga dibuatnya. Tahun ini dia ambil peperiksaan PMR. Aku hendak dia belajar pandai-pandai.  Jangan jadi macam aku. 

Tiba-tiba tak sabar pulak nak tunggu hari esok. Harap-harap dapat bos hensem dan baik hati. Tadi kak Jue cakap, bos aku ni ok-ok saja. Single lagi tu.. Woot woot. haha. Haruslah begini sebab sebelum ni dapat bos tua dan yang dah kahwin. Hmm aku tak kisah sebenarnya, cuma jangan dapat bos yang suka tengking-tengking sudah. Siapa boleh tahankan. Malas aku nak ingat balik..

Ok cau dulu, esok nak bangun awal. Maklumla dah bekerjaya. Doakan aku ek. 

Pengajaran Pertama


"Apalah yang cikgu ini mengajar kat depan aku ni?satu apa pun aku tak faham, dah la tahun depan aku dah kena ambil SPM." bentak hati aku mengingatkan sistem di sekolah teknik aku menetapkan guru yang sama mengajar dari tingkatan 4 dan tingkatan 5. Subjek matematik. Subjek yang antara aku paling lemah.

"Bila lah agaknya dapat tukar cikgu ni." Rungut aku seorang diri lagi. Kring! Loceng berbunyi, tanda azab 45 minit aku menghadap muka cikgu yang mengajar dalam keadaan syok sendiri telah tamat. Pada aku, itulah saat yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kerana aku tidak menyukai subjek matematik.

"Yes, habis pun masa Cikgu Manisah ni, dahla bosan." Dan itu juga bermaksud tamatlah waktu persekolah aku pada hari ini. Aku nak balik, nak mandi lama-lama, lepaskan tension aku.

..................................................................................................................................................................

"Assalamualaikum. Perhatian, semua pelajar diminta berkumpul di dewan sekarang juga". Kedengaran suara guru yang bertugas pagi ini meminta semua pelajar pergi ke dewan menggunakan pembesar suara.

"Ada perhimpunan apa pula pagi-pagi ini?" Tanya aku kepada Ila, ketua kelas aku.

"Tak tahu la aku, ada hal penting agaknya. Jomlah, kalau lewat nanti kena denda pula" kata Ila kepada aku. Kami mengatur langkah kaki menuju ke dewan sepertimana yang telah diarahkan.

..................................................................................................................................................................

"Assalamualaikum para pelajar semua. Pengetua Azman membuka kata.

"Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa sekolah kita menerima dua orang guru baru yang akan mula mengajar kamu semua hari ini. Kamu semua kena memberikan kerjasama yang baik kepada mereka berdua. Kita menerima seorang guru lelaki yang mengajar lukisan kejuruteraan dan seorang guru wanita yang akan mengajar subjek matematik". Sambung Pengetua Azman.

Semua pelajar bertepuk tangan tanda meraikan kedatangan kedua-dua guru baru ini. Budak sekolah, nampak sahaja cikgu lelaki yang hensem dan cikgu wanita yang cantik, mestilah hati cair nak belajar. Muda pulak tu.

"Seronoknya kalau cikgu perempuan tu mengajar kita. Cantik pula tu". Aku terdengar bisikan Kamarul kepada Fahmi.

" Nak menggatal la tu". bisik hati aku. Pelajar lelaki kebanyakkan memang begitu.

" Tanpa membuang masa lagi, saya ingin mengumumkan yang Cikgu Haiza akan mengambil alih tugas Cikgu Manisah sebagai guru matematik di kelas 4 kejuruteraan awam 2 dan kelas automatif. Cikgu Azran akan mengambil alih tugas Cikgu Salleh dalam subjek Lukisan kejuruteraan bagi kelas vokasional. Sekian sahaja perhimpunan pada pagi ini.terima kasih. Assalamualaikum." Kata Pengetua Azman mengakhiri perhimpunan pada pagi yang indah ini.

"Haha, memang cikgu perempuan itu ajar kelas kita la Fahmi." Jerit Kamarul yang seperti semua orang dengar kata-kata dia.

"Alamak! Cikgu baru tu mengajar kat kelas aku la." Aku pula menjerit dalam hati. Harap-harap la okay Cikgu Haiza mengajar. Janganlah macam Cikgu Manisah, kalau tak baik jangan tukar cikgu.

"Cepat betul tuhan makbulkan doa orang teraniaya ni." kata aku dalam hati sambil meneruskan langkah menuju ke kelas yang agak jauh dari dewan sekolah. Kelas aku betul-betul menghadap jalan utama menuju ke bandar. 

Empat puluh lima minit kemudian, Cikgu Haiza menjejakkan kakinya memasuki  kelas aku.

"Assalamualaikum kelas." Salam pertama oleh beliau.

"Nama saya Cikgu Haiza. saya akan mengajar kamu subjek matematik. Kalau ada pelajar yang tak faham apa yang saya ajar, boleh bertanya." Kata Cikgu Haiza selepas memperkenalkan diri.

"Sekarang giliran kamu semua pula memperkenalkan diri". arahan pertama beliau kepada kami. Seorang demi seorang bangun memperkenalkan diri dengan ucapan-ucapan meng'up'kan diri masing-masing termasuklah aku.

Selepas sesi memperkenalkan diri tamat, cikgu haiza berkata dalam kelas dia ada beberapa peraturan yang perlu kami patuhi.

 "Baru masuk, dah tetapkan peraturan." kata Azam yang ditujukan ke arah Shahir.

"Nak buat macamana, dia cikgu kita. Ikut jela peraturan dia." balas Shahir.

"Yang pertama, saya paling tak suka bila saya bercakap di depan, ada orang yang bercakap di belakang." kata Cikgu Haiza sambil matanya melirik tajam dan tepat kepada pada azam dan shahir.

"Tanda amaran agaknya." Bisik hatiku.

"Yang kedua, kamu semua tidak dibenarkan meniru samada kerja rumah, kerja sekolah atau apa-apa tugasan yang berkaitan dengan subjek saya. Kalau ada yang berani buat juga, tahulah kamu semua akibatnya nanti. Yang ketiga, tiada makan atau minum dalam kelas saya. Yang keempat, semua mesti ada buku latihan, buku teks dan buku kerja sendiri. Jangan nak meminjam dari pelajar lain. Kamu ikut peraturan saya atau kamu akan didenda. Itu sahaja, faham semua?" Terang beliau dengan penuh senyuman yang sukar untuk ditafsirkan. Mungkin dia nak bunuh kami agaknya kalau ada yang langgar peraturan dia.

" Faham cikgu!" kami semua mengangguk sebagai tanda kononnya memahami arahan beliau.

"Saya akan memulakan sesi pembelajaran kita pada hari ini sekarang. Sila keluarkan buku teks masing-masing". Pinta beliau. Ada beberapa kawan kelas aku mengeluarkan buku teks seperti yang dipinta.

"Sesiapa yang tidak membawa atau mempunyai buku teks sendiri, sila berdiri sekarang sebelum kamu ditangkap". Ramai yang bangun termasuk aku. Dah masa belajar dengan Cikgu Manisah, dia tak pernah kisah ada buku teks atau tidak.

"Disebabkan hari ini hari pertama saya mengajar, kamu dimaafkan." kata Cigu Haiza.

"Tetapi dalam masa 5 minit, sila keluar dari kelas ini dan pinnjam dari mana-mana pelajar di kelas lain." Tambah beliau.

"SEKARANG!" Tegas beliau. Kami pun terus melangkah keluar dari kelas untuk mencari buku teks. Semua berjaya dapatkan bukut teks. Sedang kami masuk balik dalam kelas.

"Kamu lima orang lewat 30 saat." Kata Cikgu Haiza kepada Azam, Shahir, Iza, Mirul dan Imah.

"Maknanya, lima orang rakan kamu ini akan memulakan sesi pembelajaran di luar kelas." Kata Cikgu Haiza dengan penuh senyuman sinis terukir di bibir beliau. Geram aku tengok senyuman sinis dia tu. Nasib baik aku cepat tadi, kalau tak, denga aku kena duduk di luar. Malu la kalau kena denda kat luar. Jatuhlah sahan aku nanti. Duduk bersila sambil pegang buku teks selama 15 minit pula tu.Kenapa 15 minit? Dah masa 30 minit tadi dihabiskan dengan sesi temubual. Haha.

Sebelum mengakhiri kelas pada hari ini, Cikgu Haiza ada memberikan kami 'homework' untuk kami siapkan. 'Homework' tersebut perlu dihantar sebelum jam 8 pagi esoknya. Pesan beliau lagi, jangan ada yang cuba melanggar peraturan beliau lagi kalau tak terima hadiah istimewa daripada beliau.

"Jangan lupa bawa buku esok." Sempat lagi dia ingatkan kami. Aku tak tahu lah, dia perli atau memang nak ingatkan kami. Seperti biasa, kami mengangguk kononnya tanda faham.

..................................................................................................................................................................

"Aik, awal pula kelas aku penuh pagi ini." Pelik aku dalam hati seorang diri ketika tiba di kelas. Mesti kes tak siap homework Cikgu Haiza la ni.

"Nak meniru la tu. Biasa pagi-pagi macam ni, aku dengan budak kaca mata saja yang ada dalam kelas." Kata aku sambil menghayunkan kaki dengan malas melangkah ke kelas.

"Jaja, dah siap kerja rumah semalam?" Tanya mirul pada aku.

"Dah, kenapa kau tanya?" Err...macam bodoh je soalan aku,padahal aku dah tahu niat hati si mirul ni.saja  aku nak panjangkan cerita.hehe. Nak pinjam lah tu.

"Nak pinjamlah, sengal!" Kata Mirul dengan penuh nada bergurau.

"Dahla nak pinjam kerja aku, panggil aku sengal pula. suka hati engkau je" Jawab aku sambil menghulurkan buku latihan biru kepada Mirul. Mirul dengan pantas menyambar buku dari tangan aku dan meneruskan sesi persalinan tugasan yang perlu dihantar sekejap lagi kepada Cikgu Haiza. 

Tepat jam 7.50 pagi, Zarul selaku ketua kelas mengutip semua buku latihan untuk dihantar kepada Cikgu Haiza. Setelah cukup buku latihan, dia menghantarkan buku itu kepada Cikgu Haiza. Sempatla Cikgu Haiza nak semak sebelum masuk ke kelas kami selepas waktu rehat.

Jam 10.30 pagi, waktu rehat tamat. kami memasuki kelas dengan masing-masing perut kenyang baru lepas makan, diikuti dengan Cikgu Haiza.

"Saya mendapati ada pelajar yang berani melanggar arahan saya semalam. Oleh itu, saya telah memikirkan hadiah untuk mereka yang melanggar arahan saya." Ayat pertama keluar dari mulut Cikgu Haiza selepas beliau memberikan salam. Kami menelan air liur tanda kecut perut. Baru dengar dia kata, belum terima hadiah lagi.

"Pelajar yang saya panggil, sila keluar." Pinta Cikgu Haiza. Nama pertama yang dipanggil adalah Mirul.

"Aduh, boleh pulak nama dia yang keluar." Bisik hati aku. Muka dah pucat habis masa itu. Cikgu Haiza berkata dia ada menjumpai salah yang sama dengan salah seorang pelajar kelas kami.

"Siapa yang meniru dan ditiru?" Tanya Cikgu Haiza. Mirul berkata dia membuat sendiri kerja tersebut berulang kali tapi Cikgu Haiza tetap tidak percaya. Aku dah gementar kerana Mirul meniru kerja aku. Setelah didesak berulang kali, akhirnya Mirul mengaku yang dia meniru kerja aku.

"Kamu, Jaja, sila ke depan." Sepantas itu juga nama aku dipanggil. Aku berjalan ke hadapan dengan rasa ketakutan.

"Ini adalah pelajar yang meniru dan ditiru." Menunjukkan ke arah aku dan Mirul.

"Sebagai hukuman kerana melanggar arahan saya, yang ditiru sila ketuk ketampi di luar kelas sebanyak lima kali" Arah Cikgu Haiza. Baru dua hari mengajar, pelbagai arahan dah dikeluarkan. Aku terus berjalan dan menjalani hukuman tersebut. Mirul memandang aku dengan wajah serba salah.

Setelah aku, ramai juga yang mengambil giliran di luar kelas untuk menjalani hukuman tersebut. Ada yang dihukum secara berkumpulan. Tetapi yang paling memalukan, boleh pulak, budak automatif di bangunan sebelah tolong kirakan ketuk ketampi untuk kami. malu siot! 

"Jangan ada yang cuba melanggar peraturan saya lagi selepas ini" Pesan cikgu haiza selepas Usai memberikan homework kepada kami. Pengajaran pertama yang aku dan kawan-kawan dapat dari Cikgu Haiza pada hari itu, kalau tidak faham silalah bertanya kepada guru anda. Jangan mengharapkan kawan-kawan kerana mereka tidak selalunya betul. Tetapi pada aku pula, tidak mengatakan mereka salah. Cuma, tidak salah bertanya kepada kawan, tapi janganlah meniru.

"Lepas ini kena fikir betul-betul. Kalau nak tiru kena tiru cara berilmu sikit." Detik hati aku sambil tersenyum sinin memandang Cikgu Haiza yang perasan cun hari ini.


Idea asal dan nukilan by miss sho
edited by skulluv

Se Pena Raya

Se Pena Raya bermaksud Sekumpulan Penulis yang ramai. Ibarat gathering Hari Raya. Ramai bukan? Baru ditubuhkan pada 09/05/2012 yang mana ditimbulkan oleh dua rakan yang agak baik ketika sedang minum  di sebuah kedai di Wisma Mais, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Apakah yang diimpikan oleh kedua insan tersebut?

Mengumpulkan beberapa rakan mereka untuk menulis cerita pendek atau dalam bahasa sastera dikenali sebagai cerpen, cerita bersiri, novel atau apa-apa bentuk cerita yang mana tidak berpeluang menunjukkan bakat masing-masing di dalam bidang penulisan sebelum ini akibat kekangan daripada pelbagai pihak. Di sini, penalis akan diberi segala kebebasan untuk menggunakan kepala otak masing-masing untuk menunjukkan bakat penulisan yang terpendam.

Blog ini juga tidak akan menutup kebebasan penalis dengan memberi tema, penalis boleh menulis dalam apa sahaja bentuk menggunakan kekreatifan diri sendiri di sini dalam apa sahaja tema yang bersesuaian dengan diri penalis sendiri.

Malahan blog ini akan memberi ruang kepada penalis-penalis yang ingin mencuba atau baru untuk menggunakan ruang ini dengan sebaik-baiknya. Sesiapa yang berminat untuk menulis dalam blog ini, sila kemukan permintaan anda di ruang komen, sebarang jawapan akan diberikan setelah beberapa ahli panel berbincang. Cuma, diharapkan setelah mendapat peluang ini, gunakannya dengan sebaik yang mungkin. Orang kata memang susah ingin menulis cerita tetapi jika tidak mencuba langsung dengan perkataan yang pertama, akan tamatkan cerita kita?

Impian yang paling tinggi bagi kedua insan itu ialah dapat menerbitkan mana-mana idea di dalam blog ini dan membawa penalis ke pentas yang lebih besar lagi.

Mungkinkah? Masa akan menentukan segala dengan usaha dan tawakal kita.

'Hadiah' Seorang Ayah


"Along, adik, kakak! Naik sebelum ayah turun rotan korang!" Jerit ayah dengan muka yang menyinga pada aku, Along dan Akak, sebab kami sedang bermandi-manda di sungai tanpa pengetahuan ayah dan mak yang sepatutnya sedang bekerja di pejabat. Dahla tengah musim hujan pulak tu.

"Macamana pulak Ayah boleh muncul time-time macam ni, ha? Biasanya ayah ada di pejabat lagi. Bukan orang opis balik pukul 5 ke? Paling-paling awal pun, sepatutnya ayah dan mak boleh sampai pukul 6 kat rumah sebab jalan jem dari bandar". Otak aku ligat berfikir sambil memerhatikan muka garang ayah.

Sedang otak aku ligat berfikir, boleh ayah turun dari atas tebing sambil memegang rotan ke bawah tebing nak masuk dalam air sungai. Dah sampai gitu, apa lagi. Cabutla! Nak mampus kena rotan dekat situ. Orang lain tengok buat malu je.Nasib baik Tuhan cipta alam ini dengan pelbagai bentuk, ayah berada di tebing sebelah kiri, kami tiga orang anak Ayah lari ikut tebing sebelah kanan. Bila tersedar yang selipar ada kat sebelah tebing Ayah tunggu itu, nak tak nak kena biarkan jela. Takut kena rotan. Paling-paling tak pun, ayah cuma mengamuk di rumah sahaja, taklah malu sangat dengan orang-orang kampung.

Dengan berkaki ayam, kami semua lari lintang pukang tinggalkan sungai sebab takut dengan libasan rotan Ayah. Kalau mengamuk, boleh tahan ganas Ayah aku ini. Kami berlari tak ingat dunia dah masa itu, selaju yang mungkin, dengan harapan cepat sampai ke rumah. Dalam hati, aku berdoa semoga kami sampai dulu sebelum Ayah sampai. Taklah ayah mengamuk sakan kalau dia yang sampai dulu.

Sampai depan pintu pagar rumah, kami dah nampak motor Honda Cup lampu petak ayah yang popular pada zaman 70an dulu. Confirmla kami kena sediakan tangan untuk mendapatkan 'hadiah' daripada seorang Ayah tercinta. Perghhh! Bukan selalu boleh dapat 'hadiah' itu. Orang yang istimewa seperti kami beritga sahaja boleh dapat. Korang ada ke?haha.

Dahulu, rumah aku mana ada grill kat pintu dan tingkap. Oleh itu, kami adik beradik, bila ada yang buat salah selalunya terjun dari tingkap keluar dari rumah. Bukan tinggi pun rumah aku, setingkat sahaja tetapi tingkap rumah aku itu bukan main luas lagi. Bukak pintu rumah, aku dah boleh agak, mesti Ayah sedang duduk atas kerusi sambil menilik rotan beliau. Jalan depan sikit, memang betul tekaan aku. Ayah tengah tunggu atas kerusi.

Kami bertiga beratur siap-siap ambil nombor giliran nak minta 'hadiah' daripada Ayah. Macam biasala kan, dalam mana-mana hal pun, yang tua kena kedepan dahulu. Hmm, dan dengan penuh kerelaan hati, aku tengok Along dah menadah tangan meminta 'hadiah' istimewa dari ayah. Zasss! Satu libasan hinggap di tangan. Tuhan sahaja yang tau betapa sakitnya tangan along ketika itu. Aku sendiri tengok pun dah sakit.

Dalam merasai kesakitan itu, aku terus panjat tingkap dalam cubaan melarikan diri meninggalkan rumah.

"Adik, baik jangan lari dari sini, nanti lagi teruk kau kena dengan ayah" Amaran ayah pertama dikeluarkan  kepada aku. Aku membatalkan niat aku sebentar tadi yang kononnya nak melarikan diri apabila dengar amaran ayah. Tak jadi memanjangkan langkah. Kemudian akak mengambil giliran untuk mengambil 'Hadiah' daripada ayah dan seterusnya, yang terakhir mestilah aku yang kena

" Lainkali, janganla mandi sungai lepas hujan turun. Bahaya tahu tak? Paham tak semua ni? Ayah dengan Mak dahla berkerja, kalau jadi apa-apa  kat kamu bertiga, macam mana? " Sambil memberi 'hadiah' pada aku, sempat lagi ayah aku membebel memberi pesanan kepada kami bertiga. Dah masa itu baru lepas kena rotan, tiga-tiga mengangguk paham jela.

Tapi anggukan itu bukan bermakna tiada lagi mandi sungai  untuk kami bertiga selepas ini.

Idea asal dan nukilan by miss sho
edited by skulluv

Superhero!


"Kali ni aku dah nekad. Apa-apa nak jadi pun aku tak kisah dah."

Hati aku keras untuk menjadi seorang superhero di bandar Kuala Lumpur ini. Jenayah jadi kat depan mata pun, semua buat tak tahu. Semua kecut telur bila nampak ada kes ragut, kes culik, kes rompak dan lain-lain kat depan mata. Yang tak boleh blah, ada yang buat-buat tak nampak je bila jadi depan mata. Orang gini yang patut kena bukan orang lain. Sial betul penjenayah sekarang, tak pandai pilih mangsa.

Aku sendiri pernah jadi mangsa, kes rompakan bersenjata lebih kurang setahun yang lalu. Masa itu, aku sedang tunggu bestfriend aku, Aqim di stesen bas Jalan Pekeliling. Malam, masa itu mana la ada pengakutan awam dah selain teksi. Kalau nak kena cekik, sila la pakai teksi. Tengah aku sorang-sorang tunggu Aqim tu la, tiba-tiba datang 3 orang yang boleh dikatakan tough gila dengan pisau rambo datang ke arah aku.

"Woi, lu ni duduk sorang-sorang ni, tak takut ke?hahaha!"
salah seorang daripada mereka yang berparut kat tangan jerit ke arah aku sambil tergelak-gelak tanpa sebab yang kelakar.

"Takde bang, saya tengah tunggu kawan saya ni."
aku jawab dengan muka yang penuh dengan kecuakan.

"Camni jela, baik lu bagi je semua yang ada kat lu sekarang, senang cerita tapi kalau lu nak susahkan cerita pun boleh. Hahahaha!"

yang berparut tu memberi arahan ke arah aku sambil menayangkan pisau rambo dia, juga gelak tanpa sebab kelakar. Macam tajam. Gila aku nak lawan? last-last aku bagi jela apa yang ada. Nasib baik aku dari Kuantan tu pun tergesa-gesa. So, laptop aku tinggal, pakai pun selipar cap gajah je. Lepas tu diorang terus tinggalkan aku.

Yang tu baru sikit kena kat aku, tu yang lain-lain?mangsa rogol, mangsa ragut?mangsa culik?mangsa rasuah?berapa banyak mangsa kan tapi masyarakat kita?buat tak tahu jela. Ekoran dari peristiwa aku dirompak itu,aku mula memasuki Gym untuk mensasakan tubuh aku seperti Superman dalam filem Hollywood. Dalam masa yang sama, aku telah mempelajari seni mempertahankan diri.

"Shah, kenapa main gym tiba-tiba ni? Dahla Shah masuk kelas mempertahankan diri pulak tu. Seorang diri lagi."

Mama tanya ketika bersarapan bersama-sama. Bukan itu sahaja, malahan ahli keluargaku yang lain juga tertanya-tanya. Rakan-rakanku yang lain pun tidak ketinggalan untuk mempelikkan diri masing-masing. Aku? Tak pernah jawab satu soalan pun daripada diorang tentang perkara ini.

"Kostum aku pulak?nak buat sendiri ke cari dalam internet je macam Kick-Ass buat dalam filem tu ek?"

Pening jugak aku memikirkan kostum aku. Ya, kostum, setiap superhero memerlukan kostum untuk menyamar ketika melakukan tugasan ataupun hanya untuk nampak tough je? Entahla. Setelah lama memikirakn tentang kostum, aku membuat keputusan untuk hasilkan sendiri je kostum. Bukan payah pun kan. Aku akan buat topeng penutup kepala seperti Batman yang mana akan menutup segala kepala aku selain bahagian mulut sahaja dan tanpa 2 benda tajam itu. Sut badan, aku mendapatkan baju kali peluru yang telah direka seperti badan aku mempunyai six pack daripada internet. Jangan tanya bagaimana aku dapat baju tersebut, itu antara rahsia superhero. Seluar? Geli pulak aku nak pakai yang melekat-lekat dengan kulit aku. Aku pakai seluar jeans jela. Kasut pula, aku cari sepasang kasut yang tahan lasak, high cut dan mudah disarung. Lengkap kostum aku.

Untuk menjadi superhero tanpa super power yang berjaya, aku seharusnya mencontohi Batman. Batman ni, memang power dalam bab lawan-lawan dengan musuh dia tetapi Batman tetap mempunya senjaya sebagai backup kepada dia. Jadi aku juga memerlukan senjata.Nak pakai pistol? Dahla susah nak dapat, kena ada lesen pulak tu. Kang kantoi la kalau aku ada pakai masa tembak musuh-musuh aku. Nak senang cerita, aku pakai bat besbol dan spray yang boleh sakitkan mata.

Har ini, genap satu tahun aku dirompak. Hari ini, adalah debut pertama superhero pertama di bandar Kuala Lumpur. Namanya ialah Lelaki bertopeng Hitam. Aku akan membuat rondaan di sekitar Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Jalan TAR, KLCC, dan di mana-mana sahaja yang mangsa perlukan. Aku akan menggunakan sebuat motorsikal yang diubahsuai daripada motorsikal jenis Harley-Davidson. Baru nampak cool. Motorsikal aku juga akan dipasang sebuah radio yang telah menembusi sistem polis supaya aku mendapat berita-berita terkini semasa rondaan.

Rondaan pertama akan aku lakukan di sekitar Bukit Bintang. Dengar cerita sini banyak geng-geng kongsi gelap. Aku ternampak sekumpulan orang dalam satu kereta yang lagak mereka seperti ingin melakukan sesuatu. Aku ekori mereka sehingga sampai ke satu tempat, mereka parking ke sebelah jalan berdekatan sebuah bank di Jalan Sultan Ismail. Aku berhenti berdekatan dengan mereka untuk memerhatikan mereka. Sedang aku perhatikan, tiba-tiba datang seorang pakcik. Gaya seperti seorang guard di bangunan sebelah, memakai baju berwarna putih, ada lambang guard, seluar licin, kasut kulit licin berjalan ke arah sambil mengacu shotgun yang dipegang kemas takut terjatuh.

BANG!BANG!

Dua kali tembakan dilepaskan ke arah aku. Aku terjatuh dan kesakitan.

"Pakcik! Saya bukan penjenayah. Saya superhero la pakcik."

Aku cuba berkata-kata dalam kesakitan. Walaupun aku memakai sut badan kalis peluru tetapi kalau dua kali tembakan dilepaskan menggunakan shotgun, siapa tak sakit? Aku cuba berdiri untuk melarikan diri daripada pakcik guard tadi tetapi kali ini pakcik bertindak lagi. Bang!

..................................................................................................................................................................

Buletin Utama Jam 8.00 Malam

"Seorang perompak berjaya dibunuh oleh guard dengan menggunakan senjaya shotgun di sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismail. Dilaporkan suspek menggunakan motorsikal jenis Harley-Davidson yang telah diubahsuai, memakai topeng hitam dan membawa senjata bat besbol."
















Peristiwa Malam itu.

Tengok kiri tak kena, tengok kanan tak kena. Aishh, macam mana ni. Haram esok ada paper GIS. Punyalah belambak nak kena hafal. Bersepah nota-nota buat, jawab past year question pon tak kena lagi. Ini tak bole jadi ni. Gua rasa semacam jer malam tu. Semacam ada yang tak kena. Semua orang dah balik bilik masing-masing. Gua jer yang terperap dalam bilik study sorang-sorang bajet top student semester ni.

Tak ape, gua lepak jap dulu. Amik earphone sumbat masuk telinga.

Kena pulak dengan lagu mat indon jiwang karat memang masuk la dengan jiwa forever alone gua. Jam dah pukul 11.30 malam. Sambil layan lagu mat indon gua pikir, otak gua kena rest dulu kot. Apa lagi, gua amik kerusi-kerusi kat situ, susun bagi rapat-rapat. Amik buku-buku GIS gua jadi bantal dengan harapan ilmu pada buku tu akan transform ke minda separa sedar gua  seterusnya apabila gua bangun tidur, minda gua dah penuh dengan ilmu-ilmu GIS. Mengikut konsep menuggu download sampai finish gamaknya.

Dalam gua sedang dok syok melabuhkan pinggung badan dan kaki, gua dengar bunyi orang bukak pintu bilik air dalam bilik study tu. Haram, sapa pulak yang masuk toilet ni. Tadi gua rasa gua sorang-sorang jer. Gua bingkas bangun lalu seperti drama-drama melayu, saje cari pasal, bukak pintu bilik air nak check ada orang ke tak dalam tu. Telahan gua memang sangat benar dan tepat sekali, tiada orang. Siapakah yang menyebabkan pintu bilik air itu berbunyi, makhluk haluskah, anginkah. Semua ini menjadi persoalan yang terbuku dihati gua. Dah macam ayat novel pula gua tulis.

Gua tak cakap banyak sebab memang gua bukan jenis cakap banyak, gua packing-packing buku-buku gua, cabut naik bilik terus.

Memandangkan bilik gua di tingkat 6, atas sekali. memang agak memenatkan jugak nak menapak dari bawah. Tapi bukan itu yang mengganggu pemikiran gua, masaalahnya setiap kali gua sampai kat turning point kat tangga, angin semacam kuat jer bertiup dari belakang gua. Gua buat selamba badak jer buat tak taw dengan angin tersebut. Sampai jer ke bilik gua, baru gua perasan, fuck, kunci bilik tertinggal kat bilik study bawah. Gua nekad, beranikan diri turun tangga cepat-cepat sampai jer kat bilik study, gua amik kunci, gua blah. Sebelum gua tutup pintu bilik study tu, gua macam terperasan macam ada satu flash moving object kaler putih. Gua buat dono jer. Sampai bilik, gua baring-baring rest kejap bagi hilang thrill.

Gua tengok handset, 11.45pm dah. Mesej mahupon miskol tak dak pon. Sedang gua baru nak start tulis mesej ke awek idaman gua, tiba-tiba hidung gua terbau sesuatu. Sesuatu yang membuatkan naluri gua ingin tahu apakah bau tersebut. Gua dah jadi macam tertarik gila dengan bau tu. Ini tak boleh jadi, gua tanya roomate, ada bau something tak. Dia pon cakap ada bau jugak, bau toilet. Memandangkan bilik gua berhadapan dengan toilet, memang confirm-confirm bau toilet kalaw lepas orang membuang. Haram betul. Tapi bau ini bukan itu yang gua maksudkan, baw seperti menusuk kalbu dan jiwa gua.

Gua decide gua nak turun cari punca bau tu. Nak jadi apa, jadilah. Gua beranikan diri jer. Gua keluar dari bilik, bau tersebut semakin kuat. Gua turun tangga satu persatu kebawah. Semacam bau itu membuat gua berada di awang-awangan. Makin gua turun tangga-makin kuat baunya. Gua sampai ke bilik study gua tadi. Gua suspek bau itu mesti berpunca dari bilik study.

Gua bukak pintu bilik study pelan-pelan...

Gua masuk, tengok keliling tiada orang. Kerusi meja tersusun tak macam gua tinggalkan tadi. Semacam ada orang yang susun balik kedudukan kerusi meja ini. Permukaan lantai bersih. Gua pikir, tempoh masa gua keluar dari bilik study, naik bilik dengan gua datang balik ni tak adalah lama sangat. Macam mana boleh tersusun rapi. Gua persetankan semua itu. Baw yang gua ingin jejaki itu tiada dalam bilik study.

Bau itu menangkap gua kembali seperti sedar yang gua telah ketinggalan dalam mengejarnya. Aneh. Gua berjalan ke hadapan blok gua. Tiada seorang pon disitu kecuali lampu-lampu bilik penghuni kolej yang sedang kusyuk study macam gua. Gua berjalan dari satu blok ke satu blok melalu tepi blok-blok itu. Agak menyeramkan kerana tiada sumber lampu ketika gua melalui blok tersebut.

Tanpa gua sedari gua telah berada dipintu pagar kolej gua, amat menghairankan kerana petugas yang bertugas di pondok jaga semacam tak nampak jer gua berjalan keluar. Langkah demi langkah gua mengikuti baw tersebut, makin lama, terasa makin kuat baunya. Padam jam hampir 12 malam memang sunyi sepi disepanjang jalan berdepan dengan kolej gua. Ditambah dengan deruan angin malam seperti hendak melabuhkan tirai hujan, sedikit menusuk ke tulang pinggang gua.

Sedang gua berjalan, gua ternampak satu cahaya. Cahaya putih yang amat terang sekali....

Mungkin lebih terang dari lampu neon mahupon spotlight. Disebalik lampu tersebut kelihatan bayang-bayang dua makhluk Bulu roma gua meremang, langkah gua yang berjalan tadi terhenti. Mata gua tertumpu ke arah cahaya itu. Muka, badan, tangan gua kaku seperti sistem saraf gua telah gagal berfungsi. Semakin lama gua terpaku, semakin dekat pula makhluk itu mendekati gua. Sukar digambarkan bertapa gemuruh hati gua ketika itu. Makhluk itu semakin mendekati gua, menampakan fizikalnya yang tidak boleh digambarkan dengan pemikiran waras.

Makhluk itu berhenti, lebih kurang jarak 1 meter dengan gua. Gua seperti hendak melarikan diri, tapi gagal dek bau tersebut. Kaki gua semcam sudah kaku. Mulut gua terkumat kamit cuba membaca surah-surah lazim, tapi gagal. Hati gua berdebar-debar seperti jantung hendak terkeluar. Gua beranikan diri, gua mara selangkah ke hadapan. "kak nasi lemak, nasi tambah lauk kerang dengan telur goreng ye" gua cakap dengan makcik nasi lemak jati.

Selepas insiden itu, gua pulang ke bilik dengan perasaan tenang dan gembira.

27 mb

"Wei, tak siap lagi ke upload file tu? Haram, lambat betul.."
"Barua, kejap la..Tengah upload la ni.."
"Aku ada 20 minit jer lagi ni kalaw tak, memang mati aku, cepat wei, aku tunggu jer ni.."
"Okay, okay..Rilek la.."

File penting yang menjadi penentu untuk kehidupan seterusnya bagi Rizal, seorang jurutera bangunan yang baru sahaja tamat pengajian di universiti luar negara. namun disebalik ke-gahnya sebagai seorang jurutera bangunan, nasibnya diprejudis oleh sebuah file yang perlu dihantar oleh rakanya seorang penuntut IPTA di negeri pakatan rakyat. Isi kandungan file tersebut tidak diketahui kerana rakanya Marvin juga tidak mengetahui siapa yang menghantar file tersebut, apakah isinya. Ikutkan hati mahu sahaja Marvin merempit ke seksyen tujuh, untuk memberi file tersebut kepada rakanya. Namun situasi Rizal dan Marvin tidak mendorong untuk  melakukan sedemikian kerana sebarang tindakan yang kurang bijak akan mengancam nyawa kedua-dua sahabat itu.

Agak malang nasib Rizal kerana berkali-kali Marvin telah cuba menghantar file tersebut, tetapi gagal. Sambungan internet yang perlahan membantutkan segala-galanya. Mulutnya sudah penuh dengan makian, doa serta cacian agar sambungan internet tidak mengalami ganguan dan perlahan. Pertama kali gagal, dicuba untuk kali kedua, kali kedua gagal, dicuba untuk kali ketiga sehingga seterusnya sehinggakan untuk kali yang ke sebelas. Dia berharap, agar no 11 yang pernah menjadi nombor bertuah beliau semasa memenangi pertandingan Putrajaya Night Maraton tidak menghampakanya kali ini.

"Marvin, ko kena jaga-jaga, depa dah taw hang ada dekat kolej.."
"Apa..? Fucker, sekali aku dah terlibat.."
"Mana aku taw, depa ada informer yang bagitahu orang seterusnya untuk menghantar file tu kat aku engkau.."
"Barua betulah, haram sungguh..!"

Marvin dalam bahaya, dia perlu pantas untuk mengelakan dirinya daripada terlibat sama. Dia tidak mahu harapan mak ayah menghantarnya ke IPTA berbekalkan duit getah sekerap ladang pajakan pakciknya lebur begitu sahaja. Dia tidak sanggup berhadapan dengan golongan sekular dikawasan perumahanya yang tidak bersependapat dengan keluarganya, menghina dan mencaci maki dia serta keluarga. Kegagalan adalah suatu yang tidak mungkin untuk diterima. Namun agak malang, kerana kerlipan lampu neon biru merah sudah kelihatan di persimpangan Jalan Jati 24/2, seperti yang disaksikan sekarang. Kedudukan bilik di tingkat atas bangunan menghadap persimpangan jalan menceritakan dia perlu segera atau akan kantol ditangkap Polis. Hanya 4 minit sahaja bagi menyelamatkan diri serta menghantar file tersebut kepada Rizal. Marvin yang tidak gemarkan membuat dua kerja dalam satu masa rasa agak tertekan dengan situasi ini, mouse komputer ditekan berulang kali begitu juga dengan kekunci bertulis enter. Ditekanya berulang kali seperti boleh mempercepatkan penghantaran file tersebut. Namun tidak.

Beliau mula bertindak agresif, habis meja sebelah dikerjakanya, ditumbuk kegeraman melepaskan perasaan. Tingkap sliding window juga dihentam bertubi-tubi. Pecah berderai cermin tingkap itu sebagaimana remuknya jantung beliau akibat kegaggalan menghantar file tersebut. Tulang jari kelingking yang kelihatan akibat hentaman yang kuat dibiarkan. Baginya tiada makna lagi kesakitan yang ditanggung jika dibandingkan dengan kemungkinan ditangkap pihak polis. Beliau perlu cepat. Bukan sekadar cepat, malahan pantas. Sepantas pemproses komputer berkuasa 8 teras. Sambil beliau menunggu file tersebut dihantar tiba-tiba satu hentaman kuat kedengaran dari luar biliknya.

Bangg! Banggg! Bangggg!!

Bunyi pintu bilknya cuba dipecahkan. Itu menandakan anggota polis sudah bersedia untuk menangkapnya. Kegawatan itu menambahkan lagi kekalutan Marvin. Dicapai segala baju yang disepahkan diatas katil, diperosok masuk kedalam beg galas belakang Deuter Futura 65l Padang Besar. Sepatu sukan dipakainya bagi memudahkanya berlari, kali ini marvin tekad, jika dikejar oleh polis tersebut, dia akan berlari sederas mungkin. Stamina marathon beliau akan diluahkan sehabisnya. Jika polis memberikan amaran untuk menembaknya dia akan terus berlari. Mungkin akan berlari secara zig-zag bagi menyukarkan polis untuk menghalakan tembakan kearahnya.

"Marvin, saya tahu kamu masih berada dalam bilik tersebut"
"Sila keluar menyerah diri, kamu tidak akan diapa-apakan"
".............."

"Jika kamu berkeras, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang keras ketas kamu"

Amaran pertama diberikan secara lisan oleh pegawai polis yang berada di bawah. Keadaan seperti pesta funfair kelihatan, pelajar-pelajar yang menghuni kolej tersebut terpinga-pinga tentang apa yang telah berlaku sekarang. Masing-masing dengan andaian masing-masing walaupun kelihatan tak mengerti dengan apa yang berlaku-lagak pelajar universiti. Kelihatan dua buah kereta, berdasarkan apa yang dilihat Marvin menerusi tingkap-lebih kurang 10 orang pihak polis lengkap berpakaian seragam sedang mengacukan pistol ke arah biliknya.

Marvin lulusan matematik kewangan bukanya seorang yang pendek akal. Bagi melengahkan masa untuk pintu bilik terbuka atau dibuka dia mengambil katil-katil rakan sebilik dan  disusun katil itu secara bertingkat. Tilam dibasahkan sepenuhnya dengan air untuk menambahkan beban katil tersebut supaya lebih sukar untuk dibuka. Idea membasahkan tilam itu muncul dari peristiwa dihukum bapanya ketika dia kecil dahulu. Setiap kali dia kencing malam, dia perlu menanggung tilam yang dibasahkan dengan air panas untuk dijemur di padang permainan berdekatan rumahnya. Menanggung tilam yang berat yang dibasahkan dengan air panas, memang sangat berat, bukan setakat hanya menaggung malu. Barangkali oleh kerana kerap kali beliau kencing malam-perlu menanggung tilam yang berat ke padang permainan, itu yang membuatkanya memiliki kekuatan kaki yang padu.

File successfully transferred!

Lega, hati Marvin lega seperti minum air 100Plus setelah marathon 42km. Misinya sekarang adalah untuk melarikan diri dari bilik itu. Hanya ada dua pilihan, menerusi tingkap yang dipecahkan tadi atau pilihan kedua, dia terpaksa membuka syiling bilik, naik ketas sehingga ke takungan air. Dari takungan air dia perlu menyelam menerusi tiub penghantaran sehingga ke takungan utama. Pilihan kedua merupakan pilhan yang bijak, namun silap langkah, maut menjelma. Dia perlu menahan nafas lebih kurang 15 minit bergantung kepada kepantasan menyelam. Marvin tekad untuk megambil risiko tersebut. Beg dan kasut sukan siap dipakai. Dia segera mengumpil syiling di tandas rumah dibahagian belakang. Memanjat keatas syiling lalu menaiki tangga besi untuk ke tangki simpanan air.

"Barua!..Laptop tertinggal..Cibai!"

Malang baginya, laptop yang digunakan untuk transfer file tadi tertinggal. Marvin tekad untuk mengambil semula laptop itu. Turun semula ke tandas, masuk semula kebilik dan ambil laptop tersebut. Namun tidak semudah itu. Pintu bilik hampir dipecahkan pihak polis. Dia terpaksa turun untuk mengambil laptop semula. Soalanya disini sempat atau tidak. Usahanya dan perancangan tadi akan menjadi sia-sia jika dia ditangkap polis. Namun, jika laptop itu ditingggalnya. Musnah juga usahanya sebentar tadi, pihak polis senang-senang dapat mengambil file yang dihantar ke Rizal sebentar tadi. Malahan, segala maklumat pembeli jersey dan handmade crafts dia juga akan hilang. Hilang lagi satu hasil pencarian rezeki separuh masanya itu.

Selesai. Laptop sudah digapai. Dia perlu naik semula ke atas syiling, namun pihak berkuasa nampak akan usahanya itu. Sepantas kilat dia berlari masuk kedalam tandas untuk melompat ketas syiling, sepantas itu juga   pasukan polis mengejarnya. Detik yang paling mencemaskan. Ketika Marvin sedang memanjat ketas syiling, sebelah kakinya digapai oleh seorang pegawai polis tersebut. Berlaku pergelutan diantara Marvin dan angota polis itu. Kakinya ditarik ketas, disentap kebawah. Beban badan terpaksa ditanggung oleh tangan yang menahan di palang kayu. Semakin kuat ditarik, makin kuat disentap. Marvin sedaya upaya mengerah tenaga untuk melepaskan sebelah kakinya itu. Diturunkan kakinya yang sebelah lagi, dengan sekuat hati, Marvin menendang atas kepala anggota polis tersebut. Usahanya berhasil, tersungkur duduk polis itu. Marvin menarik semula kakinya ke atas, menaiki tangga, berlari kekolam takungan air.

Tanpa melengahkan masa, Marvin terjun ke kolam takungan tersebut. Menyelam mencari lubang saluran untuk   menyelam sehingga ke kolam utama. Nafasnya ditahan kemas walaupun jantung berdegup kencang. Marvin menyelam dengan pantas mengikuti tiub tersebut sepantas yang mungkin. 9 minit kemudian Marvin tiba di kolam takungan utama. Berenang ke permukaan. Ini menandakan dia sudah berjaya melepaskan diri dari ditahan pihak berkuasa. Dia berpuas hati setelah dapat mnyelesaikan tugas itu. File telah berjaya dihantar ke kawanya Rizal dan tanpa ditahan oleh pihak berkuasa.

Kringg..kringggg

Kedengaran bunyi dari telefon bimbit Nokia 3310 dari dalam beg galasnya. 4 missed called. Rizal yang menghubunginya sebentar tadi. Marvin menghantar SMS kepada Rizal yang beliau sudah berjaya menghantar file 27mb kepadanya. Satu sms diterima oleh Marvin daripada Rizal.

Open new message.

"Bro, file corrupted..send balik boleh?"

Seraya Marvin berkata dalam hati.

"Haram jadah punya internet Kolej Jati. Lembab nak mampos."
"Kalaw macam ini aku mintak duduk Kolej Perindu pun lagi bagus."

Marvin telah disingkirkan dari kolej, hatta IPTA. Semenjak dari itu IPTA tersebut iaitu Universiti Teknologi Marapu telah mengharamkan pengambilan bukan melayu sebagai pelajar bagi mengelakan peristiwa tersebut berulang kembali. Marvin ditahan dan ditempatkan di Lim Kok Wing University.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...