Langkah Pertama.



Teksi di bandaraya Kuala Lumpur kebiasaannya berwarna merah dan putih. Ada juga yang berwarna biru dan kuning. Warna ini mungkin membezakan pemilik syarikat kepada teksi-teksi yang berkeliaran di seluruh bandaraya Kuala Lumpur.

Kelihatan seorang pemuda yang kelihatan segak sedang mengelap teksinya di tepi Jalan Tunku Abdul Rahman di mana terletaknya beberapa pusat membeli belah yang popular seperti Sogo, Kompleks Pertama, Maju Junction dan banyak lagi. Pemuda ini sepertinya berumur dalam lingkungan bawah 30-an. Sudah membawa teksi ketika umurnya masih muda. Barangkali ingin membantu keluarga. Tiada siapa yang tahu.

“Hari ini aku mesti buat.” Kata pemuda itu sendirian yang ketika itu masih mengelap teksinya yang kelihatan sangat berkilat. Barangkali pemuda itu mengelap setiap masa ketika mempunyai masa terluang seperti sekarang. Menunggu pelanggan.

“Lama dah aku plan benda ni. Kalau aku tak buat hari ni, tak tahu ada peluang lain hari tak.” Sambung pemuda itu lagi sendirian. Kawannya datang dari jauh dan pelik memerhatikan pemuda itu yang bercakap sendirian.

“Woi! Kau apahal cakap sorang-sorang ni?” Jerit kawan pemuda itu. Pemuda itu terkejut dan tersedar dari lamunannya sebentar tadi.

“Babi kau Salleh. Terkejut aku.” Balas pemuda itu kepada kawannya, Leman.

“Takdela, aku tengok kau ni cakap sorang-sorang je dari tadi. Mula-mula aku ingatkan ada customer ke apa dalam teksi kau. Takde pun. Kau jangan macam-macam bro.” Sambung Leman.

“Sukati aku la woi nak cakap sorang-sorang ke apa. Kau apa tau.”

“Ekelen, marah pulak kau. Dahla.” Lagak Leman seperti merajuk dengan pemuda tadi, macam perempuan. Pemuda tadi tidak mengendahkan kawannya itu kerena dia mempunyai misi yang lebih penting ingin dilaksanakan.

Pemuda itu telah lama membuat satu rancangan yang mana beliau rasakan hari ini adalah hari yang paling sesuai. Setiap hari pemuda itu akan memerhatikan seorang wanita yang bekerja di salah sebuah bangunan di Jalan Tunku Abdul Rahman itu. Yang pasti, pemuda itu tidak sabar lagi. Hampir setiap hari dia memikirkan wanita itu. Bangun pagi, mandi, sarapan pagi, membawa teksi, makan tengahari, membawa teksi, makan malam dan tidur. Sentiasa memikirkan wanita itu. Pemuda itu tidak sabar dan tidak tahan lagi.

Setiap hari, wanita itu akan meletakkan kenderaannya di parking sogo dan berjalan ke arah pejabatnya. Pemuda itu tidak tahu di mana dan apa pekerjaan wanita itu. Apa yang dia tahu, wanita itu agak tinggi, berkulit cerah, kebiasaannya akan memakai baju kurung walaupun tidak bertudung. Wanita itu juga mempunyai rambut yang panjang. Sangat cantik.

Pemuda itu melihat wanita itu dari jauh. Hatinya berdebar-debar. Dia pasti kali ini dia akan lakukannya. Wanita itu telah jauh meninggalkan kenderaannya dia parking Sogo sebentar tadi. Pemuda itu melihat rakan-rakannya juga sibuk dengan perihal masing-masing, tidak mengendahkan pemuda itu. Pemuda itu berjalan ke arah ruang parking kereta perempuan itu tadi. Tempat yang sama setiap hari atau berdekatan dengan ruang parking itu.

Setelah menghampiri kereta itu, pemuda itu melihat sekeliling. Tiada sesiapa, mahupun pengawal keselamatan. Semuanya makan gaji buta sahaja tetapi bagus untuk pemuda itu. Senang untuk pemuda itu melakukan rancangannya. Beliau mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Berbentuk bulat. Pemuda itu menekan butang di atasnya dan ianya berkelip-kelip. GPS. Mungkin ada yang akan tertanya-tanya dari mana pemuda itu mendapatkan alat GPS itu. Sebenarnya bagi seorang pemandu teksi sepertinya tiada apa yang mustahil. Setiap hari, pemuda itu akan dapat berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang kaya, ada yang miskin. Ada yang jujur dan ada juga yang kuat menipu. Ada tua dan ada muda. Jadi, tidak perlulah pertikaikan daripada pemuda itu boleh mendapatkan alat GPS itu.

Pemuda itu meletakkan alat GPS tadi di bahagian depan sebelah kanan yang mana terdapat ruang-ruang kosong antara bahagian-bahagian kereta yang bersambung. Seterusnya beredar dari situ dan berjalan ke arah teksinya. Pemuda itu masuk ke dalam teksinya. Terdapat satu skrin. Pemuda itu menekan satu butang untuk membuka skrin itu. Setelah terpasang, skrin itu menunjukkan peta di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman itu tadi. Ada dua bulatan kecil yang berkelip-kelip. Satu menunjukkan kedudukan teksi pemuda itu. Satu lagi menunjukkan kedudukan kereta wanita tadi.

Kini, pemuda itu perlu lagi risau mencari kereta wanita. Hanya perlu melihat di skrin dalam teksinya sahaja. Pemuda itu hanya perlu menunggu sahaja.

………………………………………………………………………………………...............................

Lewat petang itu.

Pemuda itu berada di sekitar Jalan P. Ramlee. Menghantar pelancong yang sedang bercuti dari Australia. Apabila ditanya di mana mereka boleh berhibur pada lewat malam nanti, pemuda itu memberi cadangan di sini kerana pelbagai kelab malam yang ada di sini. Hanya perlu pandai memilih sahaja katanya.

Bulatan kecil yang menunjukkan kedudukan kereta wanita tadi telah bergerak. Pemuda itu tersentak. Nasib baik dia sempat menghantar pelancong tadi. Pemuda tadi terus ke arah jalan di mana kereta wanita tadi berjalan. Seketika risau juga kalau tidak sempat. Lebih-lebih ketika waktu puncak sebegini.

Pemuda itu bernasib baik, dapat ketemu kereta wanita tadi ketika sedang berada di Jalan Kuching. Jem. Sikit-sikit pemuda itu dapat mendekati kereta wanita tadi. Kini mereka ada di depan dan di belakang sahaja. Wanita tadi di depan, pemuda itu di belakang. Tak semena-mena pemuda itu melanggar bontot kereta wanita tadi. Pemuda itu senyum. Mereka berhenti tersentak barangkali.

Kedua-dua kereta itu bergerak ke tepi bahu Jalan Kuching, tidak mempedulikan jalan yang sibuk ketika itu.

“Bang, apa ni?” Kata wanita itu setelah keluar daripada keretannya ke arah pemuda itu. Muka wanita itu resah. Pucat pun ada.

“Saya betul-betul mintak maaf. Saya tak sengaja.”

“Ish, teruk ni bang. Adoi.” Pemuda itu senyap. Cuba menyembunyikan senyuman yang hampir terukir di mukanya.

“Camne ni bang? Janganlah senyap pulak.”

“Ermm, saya rasa saya boleh bayarkan.” Jawab pemuda itu berharap dapat memuaskan hati wanita tadi.

“Abang nak bayar camne? Kos repair or…..?”

“Saya bayar semuanya.” Memotong kata wanita tadi.

“Tapi awak kenalah bagi nombor awak ke apa. Senang nak setelkan nanti.” Sambung pemuda itu lagi.

“Okay-okay. Kejap ye.” Wanita tadi berlari mengambil sesuatu di dalam keretanya.

“Ni kad saya. Semua ada dalam.” Menghulurkan kad kepada pemuda tadi.

“Owh, Anis namanya. Manis nama tu.” Senyum pemuda itu. Pemuda itu dapat apa yang dia inginkan.

“Tapi, alamat rumah awak takde ni?”

“Eh, yela. Meh.” Wanita tadi yang bernama Anis mengambil kad itu dan menulis alamatnya di bahagian belakang kadnya tadi. Kembali memberi kepada pemuda itu setelah selesai

“Abang ada kad? Kang mana tau abang nak lari ke apa.” Tanya Anis. Pemuda itu menganguk dan memberi kadnya yang terselit di celah dompetnya. Anis membaca.

“Okaylah bang. Nanti saya dah repair, saya call abang ye.”

“Okay.” Jawab pemuda itu. Pemuda itu senyum. Dalam hatinya tak sangka begitu senang dia boleh mendapat nama dan alamat perempuan itu. Itulah langkah pertama dalam rancangannya.

Untuk berkenalan dengan wanita tadi ataupun Anis namanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...