Kisah Cinta #2

Setahun dah berlalu. Aku terduduk sendirian. Terkenangkan si Alya yang tak pernah-pernah muncul lagi. Mama pun tak tahu nak buat apa dah dengan aku. Yela, budak-budak yang tiba-tiba senyap. Tiada siapa tahu apa puncanya kecuali budak tu bersuara. Dan aku memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Rutin harian aku seperti biasa, pagi mama dan abah akan hantar aku ke sekolah agama, tengahari sikit aku balik. Lepas zohor akan ada bas yang mengambil aku untuk dibawa ke sekolah kebangsaan pula. Setiap hari kecuali hujung minggu yang mana aku hanya tinggal di rumah sahaja.

Satu hari, sekolah kebangsaan cuti. Aku kenatinggal di nursery sehingga petang. Adik aku seperti biasa bermain dengan kawan yang lain. Aku duduk termenung sendirian. Cubatidur tapi tidak boleh. Sudah biasa berada dalamkelas. Hanya melihat ke arah sekumpulan budak-budak lain yang sedang bermain.

Datang salah seorang budak perempuan dari sekumpulan budak-budak tadi ke arah aku.

“Weh, awak ni yang pernah main kahwin-kahwin dengan kitorang dulu kan?” Kata budak tu. Aku cuba ingat balik. Dah setahun. Mana aku nak ingat.

“Awak ni sape?” Tanyaaku pendek.

“Awak ni. Kita duk kat nursery ni sama-sama pun awak tak kenal ke?” Aku geleng tanda tak kenal. Aku bukanlah jenis campur dengan budak-budak lain. Lagipun aku ada kat nursery ni sekejap je. Mandi dan makan tengahari. Mana ada masa nak main dengan budak-budak lain.

“Awak nii. Kita satu sekolah la. Tak kenal ke?”

“Awak sekolah mana?”

“Sama dengan awak la.” Aku diamkan diri. Cuba ingatkan muka budak yang berdiri depan aku ni.

“Err. Syikin ke?” Tanya aku.

“Ingat pun nama kita. Kita kan satu kelas. Cumatakdelah penah cakap camni.”

“Nama awak pe?” Tanya Syikin. Tadi marah aku sebab tak kenal dia tapi sekarang dia yang tak kenal aku ni. Takpe-takpe, aku diamkan je. Budak lelaki kenacool sikit.

“Nama sayaUsop” Kali ni aku minat aku kartun Usop Sontorian. Kartun tu kelakar, sebab tu aku suka.

“Tipu. Ingat kita tak tahu ke.” Aku terkebil-kebil.

“Dulu awak kata nama awak Joe. Ni Usop pulak. Tipu je.” Aku senyum je.

“Mak kita kata tak baik tipu tau. Nanti masuk neraka.”

“Yela-yela, nama saya Haikal.” Jawab aku.

“Owhh. Haajom kita main sekali. Awak asyik duk termenung je.” Ajak Syikin.

Kali ini mereka sedang bermain batu seremban. Alaa, yang baling-baling batu lepas tu sambut-sambut tu.

“Awak, saya tak reti la main benda tu.” Kata aku. Ni pertama kali aku tengok permainan batu seremban ni. Biasanya kalau kat sekolah pun aku main tembak-tembak penutup botol je.

“Takpe, kita ajar la awak main.” Aku anggukkan saja.

Syikin mengambil lima buah batu seremban yang tak digunakan di tepi budak-budak yang sedang bermain.

“Ok, mula-mula awak kena ingat. Ada lima step game ni.” Kata Syikin.

“Awak kena ingat satu, dua, tiga, empat dengan lima ek” Sambung Syikin lagi. Aku hanya melihat. Langsung tak faham.

Syikin mula menunjukkan cara bermain batu seremban. Dia ambil satu batu, baling ke atas dan ambil dua batu ke tangan dan ambil kembali batu yang dibaling tadi. Diulang beberapa kali dengan jumlah batu seremban berlainan.

“Haa. Camtu je. Senang kan?” Aku tercengang. Melihat dia. Apa benda dia buat bisik hati aku.

“Awak ni faham tak ni?” Aku geleng dan senyum kelat. Syikin mencebik.

“Benda senang camni pun awak tak reti ke? Ish!” Marah Syikin. Aku terdiam. Mereka meneruskan permainanan batu seremban tanpa aku. Aku hanya melihat dari tepi.

Seketika kemudian, Kak Ton memanggil Syikin. Katanya ayah Syikin datang ingin mengambilnya.

“Awak nak ikut kita tak?” Tanya Syikin. Aku pelik.

“Nak gi mana?”

“Rumah kita la. Ada game. Awak boleh main dengan kita.”

Aku pandang tepat ke arah Syikin. Betul ke minah ni kata hati aku lagi. Lagipun ni pertama kali dia tegur aku. Tak malu betul dah ajak aku balik rumah dia.

“Tapi saya takut mama saya marah saya.” Jawab aku.

“Ala, sekarang baru pukul berapa. Mak awak ambil lambat lagi kan?”

Memang betul apa yang budak Syikin ni cakap. Aku tengok jam baru pukul 3 petang. Mama aku pun selalunya akan ambil aku pukul 5 petang. Itu pun paling awal. Kadang-kadang lagi lambat.

“Emm. Okayla. Tapi ayah awak tak marah ke nanti?”

“Takdela. Dia lagi suka.” Jawab Syikin lagi.

Rupanya rumah Syikin dekat sajadengan nursery. Hanya dengan berjalan beberapa minit sudah sampai. Ayah Syikin cuma berjalan kaki sahaja. Aku mengikut Syikin dan ayahnya berjalan ke arah rumah mereka. Patutlah beria Syikin mengajak aku ke rumahnya.

Usai sampai ke rumah Syikin, aku diajak terus ke komputer milk ayah Syikin.

“Haa, ni game ni. Game Aladdin. Sonoookkk.” Kata Syikin. Bukan main panjang serenok dia. Pelat pulak tu.

“Owh.”

“Jap ek.Kena tunggu jap.” Kata Syikin. Aku melihat keadaan rumah Syikin ketika menunggu game boleh dimain. Takde orang bisik hati aku. Yang lain tak balik lagi kot.

“Haa. Dah. Ni awak nanti tolong kita tau.”

“Tolong ape?”

“Awak bila nampak ada lubang, awak tekan ni.” Sambil menunjukkan ke arah keyboard komputer.

“Tu je ke?” Tanya aku.

“Aah. Tu je awak tekan. Saya jagadia jalan-jalan.”
_____________________________________________________________

Sakan aku dan Syikin bermain sehingga terlekayang jam sudah pukul 5.30 petang. Itupun ayah Syikin yang mengingatkan kami.

“Yela pakcik.” Kata aku kepada ayah Syikin apabila diamengingatkan aku.

“Ermm. Awak, saya balik dulu ye. Game awak tu memang seronokkkk.” Kata aku.

“Emm. Alaaa. Dah nak habis pun.”

“Tapi ni dah lambat ni.” Aku tunjuk ke arah jam.

“Hmm, okayla.”

Aku keluar dari rumah Syikin. Aku blur sekejap.

“Awak. Mana jalan nak balik nursery ni?” Tanya aku. Aku memang tidak pernah menghafal jalan untuk ke mana-mana.

“Awak ikut jalan tu haa.” Tunjuk Syikin.

“Okay. Bye!” Aku berlari mengikut jalan yang ditunjuk oleh Syikin tadi. Jalan ini agak menurun bukit. Hati aku berkata mungkin betul dah jalan ni.

Sampai sahaja penghujung jalan, aku ternampak sebuah kereta. Kereta yang aku sangat kenal. Kereta abah aku. Mati aku, kenamarah lagi la ni.

“HAIIKAALLL!!” Jerit mama dari jauh. Memang betul aku kata.

“Masukk!!!” Aku berlari terus ke dalam kereta. Adik aku sudah ada dalam kereta. Mungkin memang dah terlalu lama abah dan mama aku sampai.

Malam tu, aku teruk dimarahi oleh mama. Walaupun aku dah meminta izin dengan Kak Ton tetapi mama tetap tak sukaaku pergi ke rumah orang baru dikenali. Risau barangkali diculik atau apa.

Tapi aku cuma nak main game, hati aku berbisik sendirian. Di rumah aku hanya dibenarkan membaca buku. Mana best baca buku. Baik main game. Seronok dia lain macam.

Lepas je kena marah, mama suruh aku masuk bilik siapkan kerja sekolah. Dah siapkan kerjasekolah, mama suruh pulak aku buat buku latihan yang mama belikan. Buku latihan matematik. Tu yang aku power sikit matematik sekarang ni.

Sejak dari hari tu, aku dah tak bertegur sapa dengan Syikin. Lagipun kebetulan pula yang ayah Syikin sekarang sudah bersara. Dia pun sekarang tak perlu tinggal kat nursery lagi.

Sampai sekarang kalau aku lalu depan rumah dia, aku mesti teringat kat game Aladdin tu. Seronok woi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...