Diakah?

Suatu tahun 2012

Aku berdiri di tangga bas. Aku tarik nafas panjang- panjang. Sengaja aku tarik dalam-dalam. Udara Puduraya tika ini masih nyaman tidak dicemari asap bermotor. Dalam diam dah 3 bulan aku tak turun KL. Terasa rindu pulak dengan suasana hiruk- pikuk di kota. Aku kasi smile sama pakcik-pakcik teksi yang offer untuk hantar balik. Aku geleng kepala sambil sedikit menunduk, merendah diri. Usai giliran aku ambil backpack di bawah bas MaraLiner, aku tengok jam G-Shock cap siam. Jam menunjukkan tepat 5.30 pagi. Perghhh kemain awal sampai hah, desir hati aku. Aku tengok kaki lima di Menara Maybank penuh dengan orang ramai, kemudian aku toleh ke kedai mamak di seberang jalan, kosong. Hmm pekena roti tampal Puduraya syok gak. Lalu kaki aku membawa tubuh aku kesana.

Suara azan subuh berkumandang. Di Kuala Lumpur, bunyi deruman enjin bas bersahut-sahutan menggantikan bunyi kokokan ayam di pagi hari. Kadang-kadang  tenggelam suara azan yang dilaungkan bilal dek deruman enjin bas yang membingit. Pagi ini sengaja aku solat subuh jauh sedikit di Masjid Jamek. Selalunya aku sembahyang di Puduraya jer. Dalam perkiraan aku nanti, usai solat subuh nanti boleh aku tunggu dia disini jer.

Kasut converse aku parking elok-elok di rak kasut. Dalam hati aku doa harap tak hilang. Tawakal. Tapi Nabi S.A.W ada ajar kalau datang ke masjid naik unta, unta tu haruslah ditambat pada pokok. Kemudian barulah tawakal. Tapi converse aku, nak kunci camna agak nya ek. Hmmmm. aku ambil wuduk dan pergi ke ruang utama masjid.

Usai solat sama wirid, ada sedikit tazkirah subuh. Dengar kat luar pun boleh bisik setan pada aku. Lalu aku setuju dengan buah fikiran beliau. Aku ambil backpack aku keluar. Aku jalan perlahan sambil menikmati cuaca pagi yang dingin. Aku keluarkan handset aku pada backpack, takut-takut kalau dia mesej. Tiada. Mungkin tidur lagi desir hati aku. Aku maju terus ke rak kasut tadi.

Alangkah terkejutnya aku dikala itu bila tengok kasut aku tiada di situ. Aku tengok rak sebelah. Pun tiada. Aku jalan hujung lagi. Pun tiada. Dajey betul. Nokharom. Semua carutan seangkatan denganya telah keluar dari mulut aku macam mesingan. Jantung aku dipam laju. Darah mengalir deras ke otak. Memaksa oksigen untuk terus disedut masuk ke dalam lubang hidung aku. Aku terduduk di sudut masjid. Aduh kasut aku. Aku tepuk dahi.

"Tu la cek dah habaq, hang pi dengaq sat ja tazkirah tu. Buat peramai orang. Tapi hang malas. Kan dah hilang kasut tu." Terngiang- terngiang suara itu di telinga kanan aku.

"Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah... padan ngan muka mu!" Terngiang- terngiang plak kat telinga kiri aku.

"Padan muka aku." Mulut aku pulak cakap.

Aku tersentak. Handset aku bergetar. Baru aku ingat aku tukar mod vibrate tadi. Aku keluarkan handset aku pada kocek. Aku tengok pada skrin. Dia hantar mesej ke aku. Aku senyum.

_________________________________________________________________________________

Suatu tahun 2002

Kecebam- kecebam. Cukup dua kali aku simbah air pada badan aku, aku keluar dari bilik air. Seluar sekolah semalam aku ambil dari belakang pintu, aku pakai. Baju stok lima hari aku keluarkan dari almari, aku pakai. Bedak aku kasi putih kat pipi jer. Untuk ketiak aku kasi sembur dashing ke baju. Paling rumit sekali tang rambut. Kes rambut ni la buat aku selalu lambat ke sekolah. Rambut, aku kasi belah tengah. Harus lurus der. Belahan tengah buku pun tak selurus rambut aku itu jam. Aku tengok cermin. Aku smile. Pergh dah macam leonardo terkepitwoo.

Usai laga pipi sama bonda, tangan dihulur. Minta duit poket. Aku sengeh pada bonda. Aku capai basikal, aku gerak. Selang 2,3 minit aku patah balik ke rumah. Lupa amek buku Kafa. Bedegung- bedegang aku lari tangga rumah aku, macam nak runtuh. Nasib baik aku ingat nak bawak buku Kafa hari ni, kalau tak mampus makan rotan ustaz hari ni, desir hati aku. Aku terus mencari buku Kafa di rak buku.

Usai rehat, kelas pendidikan agama islam akan bermula. Bagi pelajar cina dan india, mereka akan masuk ke kelas pendidikan moral. Semua pelajar islam ambil tempat masing- masing. Pelajar kelas tingkatan 2 Gigih menjadi sopan secara automatisnya.  Tiada yang berani tuang kelas. Jam didinding tepat menunjukkan 4 petang. Semua pelajar terlongo tidak percaya Ustaz tak datang hari ni. Kami semua sambung bermain.

Walaubagaimanapun Ustaz tetap datang kemudiannya. Dia ada mesyuarat bersama pengetua. Akibat daripada itu dia tidak akan mengajar pada hari ini. Dia suruh semua pelajar buat kerja masing- masing dengan senyap. Aku yang rapat dengan ustaz berbual kosong bersamanya.

"Lepas ni kamu kelas apa?"
"Kelas bahasa inggeris."
"Siapa yang ajar?"
"Miss Shima ustaz."
"Miss Shima cantek kan ustaz." aku sambung.
Ustaz hanya mengangguk kosong.
"Tapi kalo dia kentut, tetap busuk jugak kan."

Aku paused. Aku tengok ke uztaz. Tetap cool. Aku gelak sikit. Dalam hati aku masa tu bertuah la kalo Miss Shima tu kentut bau bedak Johnson n Johnson. Lembut jer bau wangi selembut muka dia.

"Nanti kalau kamu nak cari jodoh, cari la perempuan yang boleh meredakan amarah kamu tu. Kalau kamu ada masalah sebesar mana sekalipun, tapi bila dengan dia kamu masih mampu tersenyum. Hilang susah hati."

Aku hanya terlongo dengar kata2 ustaz.
................................................................................................................................................................

"Jauh termenung."

Suara itu mematikan kenangan silam. Dia tersengih melihat aku yang dah macam orang gelandangan ketika itu. Dia hulurkan seliparnya untuk aku pakai. Aku senyum. Aku lihat kakiku semula. Selipar flipper kembali mengalas tapak kaki ku yang bogel tadi. Terungkai masalah. Hati aku yang terluka tadi, kini semakin sembuh. Sembuh melihat senyuman yang menguntum pada raut wajahnya. Bintik-bintik hitam pada hati kembali bercahaya. Aku hembuskan keluhan sekuat hati. Lalu ianya hilang.

Aku berlalu pergi meninggalkan Masjid Jamek bersama dia. Berlalu tanpa dendam. Kini setelah 10 tahun, baru aku tahu maksud sebenar apa yang cuba disampaikan oleh ustaz. Aku mengerti kini.

"Terima kasih Ustaz!."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...