Peha Ayam VS Dada Ayam



“Peha ke dada ni?” Jerit Ali sendiri. Ali berjalan ke kiri dan ke kanan. Tak senang. Ada perkara yang difikirkan dari tadi lagi. Mana satu ayam goreng yang patut dia makan. Satu lagi mungkin akan dimakan kemudia jika ada jodoh dia dan ayam goreng itu.

Kedua-dua ayam ni baru sahaja dimasak. Satu bahagian peha dan satu lagi pula bahagian dada. Kedua-dua bahagian itu Ali cukup suka. Kebarangkalian untuk kedua-dua ayam goreng itu untuk sedap sama rata walaupun resepi yang digunakan berlainan.

Peha ayam yang dibeli sudah lama tapi tidak terusik. Tersimpan lama di dalam peti ais. Pernah Ali ingin mengambilnya untuk dimasak sebelum ini tetapi tidak sampai hati kerana ayam itu bukan miliknya. Malahan menjadi rebutan ramai rakan serumahnya. Kononnya. Satu lagi ayam, iaitu bahagian dada pula baru sahaja dibeli di pasar malam petang tadi.

Sedang Ali mengeluarkan bahan, dia terpandang pada peha ayam yang langsung tidak terusik.

“Ah, baik aku ambil je daripada rosak!” Memandangkan tiada sesiapa ketika itu, dia mengambil peha ayam itu untuk digoreng bersama dada ayam tadi.

Cuma peha ayam itu digoreng kunyit manakala dada ayam itu pula digoreng rempah. Ala-ala ayam rempah nasi kukus. Kedua-duanya sangat sedap.

Ali memandang ayam-ayam gorengnya. Mengeluh. Tidak pasti mana yang patut dipilih. Masih berjalan ke kiri dan ke kanan. Membiarkan ayam-ayam goreng tadi menjadi sejuk. Ali tidak pasti kenapa hari itu dia cukup payah untuk memilih, padahal selama ini dia akan makan apa sahaja yang terhidang depan matanya.

Ali mengambil telefon bimbitnya dan sentuh. Tertera nama ibu dia dan dia sentuh pada lambang hubungi.

“Hello?” Kedengarang suara Ibu Ali selepas beberapa kali bunyi panggilan kedengaran.

“Ibu buat apa tu?” Tanya Ali.

“Ibu tengah main-main dengan ayah kamu ni.” Jawab Ibu Ali. Ali tersentak.

“Err, takpela ibu. Nanti Ali call balik yeh.”

“Okay. Bye.” Ibu Ali mematikan panggilan Ali.

Ali tidak mahu memanjangkan panggilan itu kerana dia ada perkara yang perlu diputuskan. Peha ayam atau dada ayam.

Sedang Ali memikirkan tentang ayam-ayam gorengnya itu, Hassan pulang ke rumah menaiki kereta merah yang dibeli oleh bapanya di kota.

“Kau kenapa Ali?” Tanya Hassan melihat kawannya sedang kegelisahan. Ali mendapat idea.

“Kau dah makan?” Tanya Ali tanpa memberi jawapan kepada soalan diutarakan oleh Hassan.

“Belum. Apesal?”

“Cantik. Aku ada masak ni. Peha ayam dengan dada ayam. Jom makan sekali.” Ajak Ali. Hassan duduk di meja makan setelah melihat Ali duduk.

“Err, okay. Aku nak dada ayam tu boleh?” Hassan menghulurkan tangan cuba mengambil dada ayam. Ali tepuk tangan Hassan.

“Tak boleh. Ni aku punya. Kau ambil jela peha ayam tu.” Ali beri penjelasan.

Muka Ali nampak tenang dan sangat gembira ketika sedang menikmati dada ayam gorengnya tadi. Hassan tidak dipedulikannya langsung.

Tiba-tiba dada ayam gorengnya jatuh ke lantai. Ali sedih. Ali pandang ke Hassan. Hassan masih makan. Tiba-tiba peha ayam goreng itu pun jatuh ke lantai. Lagi bertambah kesedihan Ali.

Ali bingung. Tak tahu apa perlu dibuat. Perutnya sudah lapar. Tiada duit untuk membeli lauk yang baru. Hassan entah hilang ke mana dan membiarkan peha ayam tadi. Ali memandang kedua-dua ayam goreng itu. Diambilnya dan memikirkan patut atau tidak dia bersabar dan makan dada ayam gorengnya tadi ataupun makan sahaja peha ayam goreng Hassan tadi.

Ali terus memandang kedua-dua ayam gorengnya tadi dengan lapar. Tiada keputusan. Seperti awal-awal tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...