Rancangan Gila : Bab 4


Bersambung dari Bab Tiga

Kringggggggg, kringggggggg, kringggggggggggg. Bunyi itu amat membingitkan telinga aku  dan telah membuatkan aku terjaga dari tidurku. Ianya datang daripada telefon bimbitku yang satu lagi berjenama Samsung Galaxy S3. Handphone itu adalah pemberian teman lelakiku, Im setelah aku menceritakan handphoneku keluaran CSL pernah dikutuk oleh minah gampang itu sebelum ini di dan barangkali dia jugalah yang menelefonku. Sebenarnya aku cukup pantang sebenarnya mendengar bunyi bising jika aku sedang tidur, lebih-lebih lagi jika aku tidur dengan lena.

"Hello?" jawabku dengan bersahaja. Kebiasaanya aku tidak akan menjawab panggilan jika aku sedang tidur tetapi memandangkan memang Im yang menghubungi aku. Aku terpaksa menjawabnya juga, lebih-lebih lagi aku tak suka jika dia menyoal aku dengan pelbagai soalan kelak. Aku yang pening kepala untuk menjawab segala persoalannya nanti. Kalau boleh aku tidak mahu kantoi dengan sesiapa pun.

"Hello Sayang. You ni tidur lagi ke?" Im membalas. Lembut sahaja nada bicara teman lelaki aku ini. Untung juga rupanya aku ini.

"Dah 15 minit I tunggu you kat bawah ni. Jadi tak kita nak keluar ni?" Sambung Im.

"Alamak you! Boleh bagi I 30 minit untuk siap-siap tak?" Aku terlupa yang sepatutnya aku menemani Im malam ini. Kami jarang berjumpa dalam dua tiga bulan ini. Aku sibuk dengan tesis aku dan Im selalu outstation atas arahan boss besar dia.

"Sorry-sorry. I tertidur tadi. Tunggu sekejap tau?" Sambung aku lagi meminta maaf. Im pernah memarahi aku hanya disebabkan aku tidak menepati janji sebelum ini. Jadi, sebelum dia memarahi aku, baik aku minta maaf terlebih dahulu.

"OK. 30 minit je. Lambat cancel." Im seperti biasa bernada lembut tapi memberi amaran dengan tegas.

Tanpa membuang masa, aku membuka baju dan seluar yang tersarung sejak malam tadi ketika aku menculik minah gampang lagi. Selepas itu, aku turut membuang coli dan panties aku. Hanya bertelanjang sahaja dalam bilik sendirian. Kalau aku keseorangan memang selalunya aku akan berkelakuan seperti ini. Lebih senang untuk ke bilik air. Sempat juga aku memandang tubuhku ke cermin. Masih cantik dan bergetah. Aku tersenyum seorang diri dan terus mengambil tuala untuk membaluti tubuhku.

Nasib baiklah tiada sesiapa yang sedang mandi di bilik air. Dapatlah aku mandi dan segera menyiapkan diri. Aku tidak memerlukan masa yang lama seperti wanita-wanita lain untuk mandi. Walaupun aku perempuan yang normal, aku sendiri tidak pasti kenapa aku mengambil masa yang singkat untuk mandi. Apabila ditanya pada rakan yang lain, rutin yang dilakukan juga sama sahaja.

30 minit kemudian aku telah berada di bawah. Dah diberi amaran oleh Im sebentar tadi, lebih baik aku cepat. Tak pasal-pasal nanti Im membatalkan pertemuan ini gara-gara aku terlupa. Sebenarnya mungkin aku boleh ingat jika tidak melakukan apa-apa semalam tetapi penat aku masih tidak hilang. Mungkin itu punya aku terlupa.

"Hai you,sorry buat you tunggu I ye." Kata aku yang sedang memasuki pintu kereta Im, Proton Preve. Im sangat menyokong kereta keluaran tempatan, lebih-lebih lagi jika Proton yang mengeluarkannya. Tidak tahu mengapa. Semangat nasionalisme tersemat dalam jiwa Im mungkin.

"Aik Sayang, kenapa you nampak gembira semacam saja ni.?" Im tanya kepadaku. Aku rasa diriku sama sahaja jika berjumpanya dengannya. Takkanlah Im boleh tahu pulak apa yang aku lakukan malam tadi.

"Eh, mana ada la you. I sama jela." Balas aku cuba menyembunyikan perkara sebenar.

"Serius. I rasa you happy sangatla. Muka you tu tak habis-habis senyum je dari tadi." Shit. Aku senyum melampau sangat ke hari ini. Biasa aku senyum macam mana? Im buat perangai pelik apa pula ni.

"You taknak kongsi dengan I ke" Sambung Im lagi.

"You ni, I kan memang macam ni. Happy go lucky. Haha" Jawab aku lagi sambil diakhiri dengan gelak. Tujuannya supanya aku dapat menyembunyikan raut muka aku yang kononnya cuba memberitahu Im sesuatu. Aku tidak mahu Im tahu rancangan gila yang aku buat malam tadi. Aku tidak mahu membabitkan Im dalam hal ini. Dia terlalu baik. Aku sayang dia. Selain itu, aku takut dia juga akan menggagalkan rancangan gila aku itu.

"Haa, ntah-ntah You ada buat apa-apa yang I tak tau?" Tepat pulak tekaan kau kan Im. Ada kuasa physic ke apa kau ni. Aku hanya memandang ke muka Im dan berpura-pura mengerutkan kening aku.

"Or You dah kidnapped minah gampang yang You selalu cerita tu? Bagitaulah kat I." Sah kau ada kuasa physic ni Im. Aku seperti tadi tidak mengakuinya.

"Takdepape la You." Aku cuba meninggikan suara.

"Kan I kata I memang macam ni. Lagipun salah ke I kalau happy bila keluar dengan you? Bukan dapat jumpa selalu pun." Sambung aku. Kali ini aku cuba menggunakan teknik yang kebanyakkan perempuan buat untuk mengelakkan diri ketika ditanya dengan pelbagai soalan. Memberi fakta yang betul dan nyata dalam nada yang tinggi. Kebanyakkan lelaki akan senyap.

"And kenapa You sebut pulak pasal perempuan tu? You tau I benci dia tapi You still sebut pasal dia! You nak buat I marah?' Kali ni mata aku dibuka seluas yang mungkin dan memandang tepat ke arah anak mata Im. Biar dia takut sedikit.

"I minta maaf. Bukan tu maksud I. Cuma I taknaklah You buat something yang akan menyusahkan You nanti hanya disebabkan You tak suka minah gampang tu." Jawab Im sambil menghidupkan enjin keretanya.

Cehhhh ceehhhh Cehhhh hheennnnnngggg. Bunyi enjin Proton Preve Im apabila dihidupkan. Slow sahaja bunyi enjin kereta moden. Tidak terasa jantan pula aku rasa kereta-kereta moden ini.

"Alaa, kalau I buat apa-apa pun, bukan You yang kena. I jugak yang kena nanti." Bodoh betul jawapan aku. Hampir mengkantoikan rancangan gila aku.

"Sayang. You jangan main-main. Mati minah tu kang." Kata Im.

"Yang you nak pertahankan perempuan tu kenapa? I lebih senang tengok dia mati dari dengar You pertahankan dia! Lagipun,perempuan keparat macam tu patutnya dah mati dari dulu lagi! Hidup cuma tahu nak sakitkan hati orang saje." Jerit aku mempertahankan diri walaupun aku tahu aku memang salah. Aku tidak suka Im pertahankan minah gampang itu.

"Sayang, I bukan nak pertahankan dialah. Tapi I tengah nasihatkan You supaya tak pilih jalan yang salah." Balas Im.

"You tahukan I sayangkan You. Sebab tu I bagitahu you semua ni." Im mula melontarkan kata-kata yang aku suka. Pandai betul Im ni nak pujuk aku.

"Dan I minta maaf sebab serkap jarang tadi. Ok? Pandang Im kepada aku dengan matanya yang cantik. Cair aku.

"Ok." Jawab aku sambil tersenyum nipis kononnya masih marahkan Im.

"Sudahlah tu yeh. Malam ni I nak date dengan You. taknaklah gaduh-gaduh ye. Sekarang masa kita berdua saja." Kata Im lagi.

Aku mengangguk dan memberi satu ciuman di pipi Im. Tandanya aku memaafkan dia tapi lepas ni aku nak perah duit dia kaw-kaw. Padan muka. Main tuduh aku lagi tadi. Aku tersenyum seorang diri lagi. Im hanya memandu keretanya yang entah ke mana hala tujunya.

Nukilan bersama miss_sho

Habaq mai!

Salam semua jejaka tampan dan gadis-gadis anggun sekalian!

Sepenaraya sudah mengorak langkah satu tapak kehadapan kerana telah berjaya menubuhkan satu kedai online bagi menjual segala jenis novel power pada masa kini. Diharapkan readers semua boleh la jenguk-jenguk page kami, dan like bagi menandakan sokongan terhadap kami.

Terima kasih u ollz semua memang awesome like kuih bangkit di hari raya!

Page Sepenaraya


Lagu lama.


Buka novel. Takde mood baca novel. Tutup novel. Pasang browser. Buka Facebook. Ada message. Dengar semua lagu dalam PC. Lagu lama terpasang. Rasa best. Kepala terangguk-angguk.

Bukan salahku

Sumbangan: https://twitter.com/aisyahlah


"Bukan salahku, Min!", mulutku bicara. Memang bukan salahku. Bukan salah hati kecilku  yang mula melahirkan perasaan sayang kepada Amin.

"Tapi kita kan kawan lama, Jun", sahut Amin.

Amin dan Jun telah lama bersahabat, semenjak dari sekolah rendah lagi. Semenjak dari saat pertukaran ucapan kata pengenalan diantara satu sama lain, mereka tidak pernah jemu untuk  bersahabat. Banyak yang dibualkan dan dibicara oleh mereka berdua mengenai perihal kehidupan. Dari perihal agama, keluarga, persahabatan, pelajaran mahupun perihal cinta. Perpisahan sewaktu Amin mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dahulu pun tidak mampu merenggangkan persahabatan mereka. Ada sahaja cara untuk mereka saling berhubung dan berutusan diantara satu sama lain. Dari kiriman pesanan ringkas sms, sehinggalah coretan menerusi mail elektronik. Namun, tidak pernah sedikitpun terdetik di dasar hati Amin sebelum ini yang Jun menyayanginya lebih daripada sebagai seorang sahabat, sehingga Jun mengungkapkanya pada hari ini.

"Betul aku sayangkan kau, aku tak dapat nak lawan perasaan ni, Min", rintihan suaraku.

Aku pernah punyai ramai teman lelaki, tapi tidak seorang pun yang boleh memahamiku sebagaimana Amin. Malahan, aku berpisah dengan bekas teman lelaki aku adalah kerana Amin. Bekas teman lelakiku juga memberitahu aku agar mengakui perasaanku terhadap amin dan meluahkan perasaan hati aku kepadanya. Katanya kejernihan pandangan mataku lebih bersinar dan sempurna apabila ditujukan kepada Amin, namun hanyalah kekaburan ketidak pastian yang kosong apabila ditujukan kepadanya. Bekas teman lelaki aku mengatakan, jika aku tidak menyuarakan perasaan aku kepada Amin, sampai bila-bila pun aku tak dapat mencintai orang lain.

"Tapi kau kan baru je lepas putus cinta, ini semua mainan perasaan kau je", Amin cuba menyangkal perasaan Jun terhadapnya.

Amin merasakan apa yang Jun luahkan kepadanya hanyalah gurauan semata-mata. Tidak mungkin apa yang Jun rasakan ini adalah perasaan cinta. Baginya Jun baru sahaja berpisah dengan bekas teman lelakinya. Jun memberitahunya bahawa mereka sudah tidak serasi lagi. Jun menerangkan kepada Amin bahawa bekas teman lelakinya itu bukanlah seperti yang dia sangkakan. Lelaki itu meninggalkannya kerana merasakan tidak yakin yang perhubungan mereka boleh bertahan sehingga ke akhir hayat walaupun sekiranya mereka akan berkahwin pada suatu masa nanti.

"Aku ikhlas menyayangi kau, lebih dari kawan, Min", akhirnya aku luahkan. Sejak kami mula berkawan, Amin bukan hanya sebagai seorang rakan, tapi sebagai seorang teman. Tidak pernah jemu melayan kerenah aku. Perangai panas baran aku, tangisan kesedihanku, kegembiraan aku, semuanya dikongsi dengan Min. Tidak pernah sesekali dia membelakangi aku walau dalam apa jua perkara. Kata-katanya dia tidak pernah menjatuhkan ku malahan sentiasa memberi semangat baru untuk aku meneruskan perjuangan hidup. Lebih manis lagi apabila dia sentiasa mengingatkan aku dengan kehadiran yang Ilahi. Jika tak diucapkan sekarang, mungkin sampai bila-bila perasaanku, rasa cintaku kepada Amin terbuku begitu sahaja.

Hari ini merupakan hari terakhir Amin berada di tanah air. Amin berjaya melanjutkan pelajaranya ke Sheffield Hallam University, South Yorkshire S1 1WB, United Kingdom. Bagi menzahirkan rasa kesyukuran kepada ilahi, puan Zaharah, ibu Amin, mengadakan kenduri kesyukuran di kediamanya di Damansara Perdana. Puan Zaharah turut menjemputku sekeluarga bagi turut sama menyertai majlis kenduri kesyukuran ini. Hubungan keluargaku dengan keluarga Amin sudah seperti adik beradik. Kedua ibu bapaku dengan kedua ibu bapa Amin sudah mesra semenjak kami berdua di bangku sekolah rendah lagi. Ini berikutan sebelum keluarga Amin berpindah ke Damansara Perdana, mereka adalah jiran tetangga aku di Bukit Pantai sewaktu dulu. Aku juga tidak lepaskan peluang ini untuk berjumpa dengan Amin buat kali terakhirnya dalam masa yang sama menzahirkan perasaanku kepadanya.   

“Maaf Jun, aku tidak boleh memberi sebarang kata putus sekarang.” – kata Amin. Jun tersentak, luruh hatinya mendengar jawapan dari Amin. Sepertinya Amin tidak langsung menghargai ketulusan hatinya meluahkan perasaan kepadanya.

“Kau tahu kan ibu bapa aku mengharapkan anak sulung mereka ini berjaya menjadi seorang jurutera automotif. Aku harus menumpukan terhadap pelajaran terlebih dahulu sebelum memikirkan perihal ini” - terang Amin kepada Jun. Jun diam seribu bahasa. Cukuplah sudah cinta hatinya tidak berbalas. Jangan pula ditambahkan lagi dengan seribu satu alasan bagi menyedapkan hatinya.

Luluh hati Jun tidak mendapat sebarang jawapan positif dari Amin. Namun dia percayakan nalurinya yang Amin juga menaruh perasaan terhadapnya. Cuma tidak diluahkan.

“Jun, aku janji setelah aku selesai pengajianku di sana nanti, aku akan pulang memberikan kata putus kepada kau”- pujuk Amin melihatkan Jun yang tiba-tiba menjadi diam seribu bahasa dengan jawapanya sebentar tadi.

“Sebenarnya aku mahu juga menjadi pembuka kepada kunci pintu hati kau yang terluka.” – ungkap Amin.  

Bertabahlah Hati



Selagi kau masih bergantung harap dan 'attached' dgn manusia serta sekeliling, sampai bila2 pun kau tak pernah bahagia.

Hati kau perlukan Tuhan. Yang Maha Kuat untuk kau bergantung harapan dan kasih sayang.
Sebab Tuhan tak akan pergi ke mana2. Janjinya bukan palsu.
Dia akan sentiasa berada dekat dengan kau kiranya kau selalu ingatkan Dia.

Mak abah akan pergi juga satu hari nanti
Abang, kakak, adik pun sama.
Kawan2 pun tak selamanya ada di sisi.

Kalau semuanya tiada saat kau perlukan mereka, kau yang kecewa, sebab hati kau meletakkan pengharapan yang tinggi menggunung, pada manusia yang lemah, yang akan pergi jua satu hari nanti.
Walau banyak mana pun kasih sayang kau pada mereka, mereka akan pergi juga satu hari nanti.

Kau pun akan pergi juga satu hari nanti. Kembali kepada yang Maha Menyayangi, yang sentiasa ada di sisi.

Ingat pada Ilahi, kembali kepadaNya, bergantung haraplah pada Dia seorang. Bukan pada orang lain mahupun diri kau jua. 

Bila the ultimate source of dependent adalah Maha Hebat, hati pasti menjadi extra kuat! :)

Cakap tak serupa bikin.



Ali, berumur 45 tahun. Bekerja di sebuah syarikat swasta yang berjaya hampir 20 tahun lamanya. Dia sangat gembira bekerja di syarikat tersebut. Ali bersama dengan majikannya telah berusaha selama 20 tahun itu untuk meletak syarikat itu berada di tahap sekarang. Boleh dikatakan Ali seorang yang penting di syarikat tersebut. Tidak pernah dia menghampakan majikannya selama itu.

Selain daripada itu, Ali suka bersembang. Jika dia tiada apa-apa tugasan yang perlu dilakukan, Ali pasti akan bersembang dengan rakan-rakan sekerjanya. Malahan majikannya juga tidak kisah asalkan Ali tidak mengganggu rakannya yang lain bekerja.

Perkara yang paling Ali suka borakkan bersama rakannya antaranya politik, hal ehwal semasa, wang dan lain-lain. Ali juga boleh dikatakan seseorang yang suka merendah-rendahkan orang lain yang dia tidak kenal. Pernah terjadi dimana majikan Ali mengambil seorang freelance untuk menyiapkan kerja-kerja syarikat tersebut tetapi apabila berjumpa Ali mengatakan beliau hanya seekor lembu kerana mengikut sahaja majikannya berkata.

Ya, seperti lembu di mana diikat oleh tuannya dan mengikut sahaja kemana tuannya tarik. Malahan, ada yang cuma mampu menangis apabila disembelih. Sedih bukan kehidupan kebanyakkan lembu?

Pada Ali, lembu hanya makan apa yang diberi oleh tuanya tetapi tidak tahu apa yang dimakannya. Malahan lembu juga tidak tahu yang lembu ini akan dijadikan sumber makanan kepada manusia sepertinya susu lembu ataupun daging lembu. Maksud Ali di sini, freelance tersebut boleh dikatakan  hanya tahu mengikut kata-kata orang yang mengupah beliau walaupun hanya sedikit upah diberi.

Ali juga sangat anti kepada pelajar-pelajar yang baru keluar daripada pusata pengajian tinggi di Malaysia. Lebih-lebih lagi jika yang belagak pandai dihadapannya. Pernah juga Ali mengatakan pekerja yang baru diambil oleh majikannya bodoh hanyalah disebabkan pekerja baru itu tidak dapat menjawab soalan-soalan yang tidak masuk akal yang ditanya oleh Ali.

"Ria, kau tahu tak kenapa ramai orang ambil rasuah sekarang?" Ali bertanya kepada Ria, pekerja baru yang diambil oleh majikannya.
"Hah?" Respon diberi oleh Ria.
"Apa kau belajar yeh dulu lat Universiti?" Tanya Ali lagi.
"Saya belajar tentang perniagaanlah Encik Ali." Jawab Ria teragak-agak. Ria masih tidak memahami tindakan Ali sebentar tadi.
"Saya rasa semua pelajar universiti sekarang yang keluar bodoh-bodoh." Ali memberitahu kepada Ria dengan tegas. Ria semakin pelik.
"Kau tahu tak kenapa? Ini semua salah kerajaan. Wujudkan course-course yang kita tak perlukan." Sambung Ali.
"Kau tau tak berapa ramai orang muda sekarang yang mengganggur? Kesian aku tengok."
"Mungkin diorang semua tu malas cari kerja kot Encik Ali?" Jawab Ria yang secara simboliknya tidak menjawab soalan Ali sebentar tadi. Ria semakin pelik. Seperti tidak logik topik yang diketengahkan oleh Ali kepadanya.

Di sebelah meja Ria pula, Ahmad melihat sahaja Ria diseksa dengan pelbagai soalan daripada Ali. Ahmad sangat suka apabila Ali melakukan perkara itu kepada Ria.

"Belagak lagi. Padan muka kau setan." Ahmad berkata kepada Ria tetapi hanya di dalam hatinya sahaja. Bukan apa, tidak mahu memperbesar perkara yang kecil. Mungkin kecil pada Ahmad tetapi tidak pada Ria yang bodoh dan sombong. Itulah apa yang Ahmad rasakan kerana Ria terlalu belagak kerana dia hanya mempunyai sijil yang lebih tinggi daripada Ahmad.

Sedang Ali mengasak Ria dengan soalan yang bertubi-tubi tanpa henti dari tadi. Tiba-tiba Mr.Khan masuk ke ruang mereka berada.

"Ali, apa yang you buat kat sini? Kerja yang patut submit dah siap ke?" Jerit Mr. Khan kepada Ali.
"Err, Mr.Khan. Jangan risau la. Nanti saya siapkan." Lembut je Ali berkata-kata. Tidak seperti tadi ketika bercakap dengan Ria, lagaknya seperti singa tetapi kali ini seperti tikus.

Ria tersenyum keseorangan memandang muka Ali.

"Cakap je lebih." Kata Ria kuat-kuat kepada Ali. Ali malu. Ahmad terkejut. Mr.Khan seperti biasa buat muka bodoh konon tak paham bahasa Malaysia sangat. Padahal sudah berumur 70 tahun.

Cadangan?


Kami daripada SePena Raya masih mentah dalam bidang ini. Kami mengharapkan dapat memberi yang terbaik kepada anda semua dan dalam masa yang sama dapat memberi sebarang cadangan dan komen bagi tujuan pembaikan.

Tanpa itu semua kami ibarat tin kosong yang tidak diperlukan yang mungkin akan ditong sampahkan atau dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Kami berharap dapat berada dalam bidang ini sampai bila-bila. Insyallah.

Sesiapa yang berminat dalam penulisan CERPEN, CERITA BERSIRI, SAJAK, PUISI, PANTUN atau apa sahaja bentuk penulisan dan berminat untuk diletakkan di dalam blog SePena Raya, hubungi sahaja kami di Facebook page kami atau di blog ini sahaja. Boleh juga menghantar email kepada kami di sepenaraya@gmail.com

Terima Kasih.

Member tingkat 14

Jam menunjukkan tepat 11.30 malam. Bagi pelatih Kolej Jururawat Saint Xavier, waktu ketika ini adalah waktu kemuncak bagi pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan membuat ulangkaji latih tubi bagi menghadapi peperiksaan Anatomi mereka keesokan harinya. Subjek Anatomi merupakan subjek teras bagi pelajar Diploma Teknologi Maklmal Perubatan dimana jam kredit yang diperuntukkan untuk subjek ini adalah 4 jam kredit. Ini tidak termasuk 2 jam kredit bagi latihan praktikal yang dikendalikan di makmal.

Angin menderu laju masuk ke kawasan perpustakaan Saint Avis. Angin yang menderu laju dari celahan tingkap separa gelap yang terbuka dibahagian atas sliding door menghasilakan deruan bunyi seperti rebut kencang sedang berlaku. Keadaan perpustakaan yang terletak di Academic Height, dimana merupakan titik altitude yang tertinggi bagi kawassan Kolej Jururawat Saint Xavier, membuatkan keadaan malam menjadi sangat sejuk. Sejak menerima aduan dari pelajar Anatomi yang sering kali menghadapi masaalah untuk belajar sehingga lewat malam di dalam bilik akibat gangguan pelajar lain yang bising, pihak pengurusan membenarkan perpustakaan dibuka 24 jam. Justeru itu ada pula yang mengambil kesempatan stayed up di perpustakaan sehingga jam 4-5 pagi. Ada pula yang mengambil kesempatan bercengkarama dengan teman masing-masing melepaskan nafsu tersirat. Kebiasaan pelajar yang hanya menunggu masa untuk menerima padah dari pihak pengurusan.

Hanis bersama Syazwani merupakan rakan akrab sejak dari kecil lagi. Setelah sama-sama cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2011, mereka berdua sepakat untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Jururawat Saint Xavier. Walaupun menyedari hakikat bahawa kursus yang diambil adalah tahap Diploma dan di Kolej Swasta, ini tidak menjadi masaalah bagi mereka berdua kerana kedua-duanya berpegang kepada prinsip melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka mahu mendalami asas dalam kursus teknologi makmal perubatan seterusnya baru menyambung pelajaran ke preingkat ijazah dalam bidang Kimia Patologi.

Dikala malam kesejukan sambil ditemani lampu kalimantang yang menerangi sector 14-a di perpustakaan, Hanis yang berasa agak lapar mengajak Syazwani untuk turun ke café 24 jam di Kolej Agustus 200 meter dari perpustakaan.

“Wani, kau lapar tak? Aku lapar la. Jom teman aku pergi café jap. Kite pergi café Agustus sebelah ni je. Jom la.” Ajak Hanis kepada Wani yang sedang leka mengulangkaji pelajaran

“Jomlah, aku pon lapar jugak ni. Tapi ko tunggu kejap yer, aku nak habiskan chapter 12 ni. Radiokimia pemakanan” balas Syazwani

“Oklah, macam tu aku turun dulu jap yer, aku tunggu kat lobby bawah” kata Hanis sambil berdiri membetulkan tudungnya.

“Kau baik-baik taw, aku dengar cerita macam-macam pasal area lobby bawah tu. Haaaa” – gurau Wani kepada Hanis. Walaupun sekadar gurauan, namun pernah terjadi peristiwa dimana pelajar tahun pertama meracau hysteria secara tiba-tiba akibat mengulangkaji pada waktu senja berseorangan.

Hanis mengorak langkah ke pintu utama tingkat 14, bersedia menuggu lift datang. Sambil beberapa pelajar sedang lepak berbual dikawasan itu, lift buatan Sweeden DB-Swift-Perfect-Fuji10, tiba. Pintu dibuka, punat ground floor ditekan, pintu ditutup semula. Hanis berseorangan didalam lif. Perasaan sedikit cuak menjelma. Bagi menenangkan keadaan Hanis mendengar lagu Taylor Swift - Perfect to you, sambil bersiul mengikut irama lagu.

Setibanya di tingkat 4, pintu lift terbuka. Hanis seperti biasa, bersiul mengikut irama lagu kegemaranya. Kali ini lain sedikit, pintu lift terbuka agak lama seperti seseorang dari luar sedang menekan butang “hold” bagi membolehkan pintu lift terbuka dengan masa yang lama.

Hanis tidak mengendahkan tentang perkara tersebut, baginya mungkin seseorang dari luar sedang menunggu kawanya tiba ke lift tersebut. Sambil bersiul mengikuti irama lagu. Pintu lift tertutup. Lega hatinya kerana tidak berlaku apa-apa ketika tadi.

Namun telahanya ternyata silap. Pintu lift terbuka semula. Sebentar tadi lampu bernyala, sekarang tidak pula. Suasana menjadi gelap, sunyi dan sepi. Angin dari mana tiba-tiba menderu masuk ke dalam lift. Hanis menjadi panic. Hanis segera menekan butang tutup bagi menutup pintu lift tersebut. Dengan segera pintu lift tertutup. Hanis tidak menghiraukan sesiapa yang sedang menunggu di luar lift. Baginya keadaan tadi sudah cukup seram untuk menunggu lagi di tingkat 4 tersebut. Lif berjaya turun ke lobby mengikut indicator lampu pada papan pemuka lif tersebut. Pintu lift dibuka, Hanis mengucapkan syukur kerana tiada apa-apa yang terjadi kepadanya.

Hanis mengorak langkah keluar daripada lift tersebut. Tiba-tiba, sesuatu dari belakang seperti sedang mencekik tengkuknya. Tangan yang agak besar dan menggerutu dirasakan pada tengkuknya. Genggaman sedikit kuat menyebabkanya sukar untuk bernafas. Hanis cuba untuk memalingkan mukanya ke belakang, tetapi gagal.

“Cakk!!” haha – kata Wani

“Barua la kau, aku dah cuak giler tadi, dahla lift tadi tersangkut kat tingkat 4, gelabah aku tau” – kata Hanis keresahan. Hanis sangat lega kerana telah bertemu semula dengan rakanya Wani.

“Kau tu penakot sangat. Haha” – kata Wani lagi.

“Banyak la kau, kene kat kau nanti, baru menangis-nangis cari aku.” – balas Hanis

“Jom lah, kita pergi café, aku kebulur dah ni” – balas Wani.

Dengan keriangan, Hanis dan Wani berjalan ke kafe Kolej Agustus untuk membeli alas perut. Jarak lebih kurang 200 meter hanya mengmbil masa 20 minit perjalanan berjalan kaki. Setibanya mereka dicafe Kolej Agustus, Wani menawarkan diri untuk belanja Hanis mee goring basah. Memang menjadi kegemaran Hanis dengan mee goring basah. Mee goring menjadi makanan rasmi Hanis dari ketika sekolah lagi. Wani yang sudah sekian lama berkawan dengan Hanis turut mengetahui mee goring basah menjadi makanan kegemaran hanis sejak kecil lagi.

20 minit mereka berdua menghabiskan masa di kafe Agustus. Rancangan mulanya untuk mengalas perut bertukar menjadi mengambil makanan berat. Selesai mee goring basah, Hanis memesan pula burger daging goring bersama kentang putar bagi memenuhi seleranya dan Wani. Harga makanan di kafe Agustus sangat murah, justure tidak menjadi masaalah bagi Hanis dan Wani untuk merancang perbelanjaan makan mereka. Selesai burger daging goring, air tebu menjadi pilihan. Namun agak mengecewakan sedikit kerana air tebu itu hanya indah khabar dari rupa. Dari warnaya sahaja sudah tahu yang air tebu itu adalah air tebu bancuh, bukanya asli.

“Wani jomlah balik library, dah lama dah kita kat sini ni.” – ajak Hanis

“Jom-jom – aku pon dah bosan kat sini.” – jelas Wani

Mereka berdua pulang semula ke perpustakaan Saint Avis. Kembali semula ke lobby dan menunggu lif. Kali ini Hanis tidak keseorangan, bertemankan Wani. Gementar akan peristiwa yang dialaminya tadi berkurangan kerana Wani bersamanya menaiki lift.

“Wei, aku nak terkencing la, gile tak tahan ni” – kata Wani.

“Ha, ah, elok sangat. Ko pergi kencing kat toilet tingkat 4. Kau kata kau tak takut kan.” – cabar Hanis

“Eh, kau ingat aku takut sangat ke? Semua tu member-member aku jer. Haha” – gurau Wani.

“Ok, xpe. Kau pergi situ jer kencing, aku tungu kat atas. Kalaw 15 minit tak sampai. Aku turun cari kau balik. Ok” – kata Hanis seakan mencabar Wani.

“Ok. Aku tak kesah punya. haha” – jelas Wani menyahut cabaran.

Lift tiba ditingkat 4. Kali ini lampu tidak lagi tertutup seperti dialami Hanis sebentar tadi. Lampu ternyala dengan terang benderang. Bau pewangi tandas dari jauh menusuk hidung hanis. Bau wangi seperti bunga Melur yang segar. Wani segera keluar ke tingkat 4 mencari tandas di hujung koridor. Pintu lift ditutup semula. Hanis cepat-cepat menekan butang tutup pada panel kawalan pintu lift dengan harapan pintu lift tidak terbuka kembali. Pintu tertutup rapat, lift naik ke tingkat 14 , tingkat dimana mereka berdua mengulangkaji pelajaran.

Setelah sampai, Hanis keluar ke tingkat 14. Hanis menunggu Wani di ruangan lepak depan pintu lift sambil beberapa pelajar lain sedang leka berbual kosong sambil ditemani siaran berita jam 12 malam. Kelihatan ruangan 14-a sudah mula kurang dengan pelajar. Keadaan menjadi semakin sunyi. Hanis melabuhkan punggung ke sofa, berehat seketika. Sambil menunggu Wani, Hanis bermain whatsapp menghantar mesej kepada kawanya yang lain bertanya tentang dimana dewan peperiksaan pada besok hari.

Sedang leka, bermain whatapps, seseorang menegurnya dari belakang. Tanganya agak lembut, seperti tangan seorang wanita. Hanis toleh kebelakang. Ternyata kawanya Wani yang mencepuknya. Hanis kebingungan. Dimanakah wani yang berada di tingkat 4 tadi. Dimanakah Wani yang menemaninya di café tadi. Untuk merungkai segala persoalan, Hanis bertanyakan kepada Wani yang berada bersamanya tadi. Ternyata Wani baru sahaja selesai mengulangkaji bab radiokimia pemakanan. Wani meminta maaf kepada hanis kerana membuatnya menunggu lama.

Hanis bingung. Siapakah Wani sebentar tadi. Apakah yang dimakanya tadi. Hanis baru teringat akan kata Wani sebentar tadi.

“eh, kau ingat aku takut sangat ke? Semua tu member-member aku jer. Haha”

Cokelat Angin

"Bang, bang..hold, hold jap lif tu" - Loko, seorang pelajar semester 4, Sains Gunaan, Universiti Jalan   Bricfields, cawangan Kuala Segantang, Ipoh Perak.
"Cepat bro, kang orang bawah sumpah seranah pulak lift stuck tak turun-turun bawah ni."

Perkhidmatan lift di Flat Seri Rampaian sangat terhad. Untuk perumahan flat setinggi 17 tingkat, hanya 2 buah lif sahaja yang dapat digunakan. Asalnya terdapat 3 buah lift yang disediakan, tetapi akibat mentaliti kelas ketiga sesetengah manusia yang lahir diarus kemodenan, sebuah lif telah rosak teruk, hasilnya pihak perbadanan pengurusan kawasan flat mengambil langkah keputusan untuk menghadkan penggunaaan lift yang beroperasi kepada 2 buah sahaja.

Loko telah terlewat ke kelas. Kelas Fizik Quantum dijadualkan bermula pada jam 2.10 petang. Tetapi sehingga jam 2.15 petang, Loko masih di kawasan flat rumah sewanya. Ditambah pula dengan perjalanan ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 10 minit, sudah pasti bahawa Loko hanya berupaya untuk masuk ke kelasnya pada jam 2.30 petang.

Lift menuruni tingkat demi satu tingkat. setiap kali pintu lif terbuka tetapi tiada orang yang masuk, setiap kali itulah Loko menyumpah seranah manusia yang tinggal di tingkat tersebut. Mengikut perkiraanya, lift akan berhenti disetiap tingkat jika ada manusia yang menekan butang untuk menaiki lift adalah sebanyak 10 saat minimum. Jika lift berhenti sebanyak 6 tingkat, sudah seminit dibazirkan. Bertambah lewat bagi Loko untuk ke kelasnya.

Setelah hampir 2 minit, lift tiba di tingkat aras tanah. Loko cepat-cepat bergegas keluar mengejar masa sambil berlari-lari ayam ke motosikalnya.

"Ahh, cokelat angin! Kunci moto tertinggal kat atas!" - Loko tertinggal kunci motosikalnya di rumah. ini bermaksud Loko perlu kembali ke atas. Untuk kembali ke atas, Loko memerlukan hampir 15 minit, kerana lift yang dituruni tadi telah keatas semula. Sementara lift yang sebuah lagi masih lagi berada di tingkat 14. Loko mengambil keputusan untuk menggunakan tangga untuk kembali ke rumahnya mengambil kunci motosikal. Selalunya Loko telah siap-siap memasukan kunci motosikal kedalam beg sebelum ke kelas. Disebabkan malam semalam Loko pergi ke Jusco Ipoh untuk membeli barang, jadi kunci motosikal tertinggal di dalam kocek seluar yang dipakai semalam.

Berpeluh-peluh Loko menapak setiap anak tangga mendaki sehingga ke tingkat 13. Jam menunjukan waktu ketika itu adalah 2.30 petang. Loko nekad untuk ke kelas tersebut kerana minggu yang sebelumnya, dia telah ponteng untuk kali kedua. Jika dia gagal untuk menghadiri kelas pada hari ini, Loko terpaksa mungulang subjek tersebut kerana 3 kali gagal akan menghalang pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan akhir bagi subjek tersebut.

Kunci diambil, rumah dikunci semula. Loko bergegas ke lif di hujung koridor. Loko berdoa didalam hati supaya lif ada pada ketika itu. Doanya dimakbulkan, setibanyanya Loko di depan lift, dia hanya perlu menunggu seketika untuk menggunakan lif tersebut. Kali ini, lift bergerak laju kerana ketiadaan orang yang mahu menggunakan perkhidmatan lift pada ketika itu.

Setibanya di tingkat aras tanah. Loko berlari ke arah motosikalnya, menghidupkan enjen motosikal lalu memecut ke kampus. Lampu isyarat berwarna merah tidak diendahkan, selang 3 lampu isyarat yang dilanggarnya, tiba di lampu isyarat yang keempat, seperti biasa, juga diendahkankan. Loko memecut laju mara kehadapan. Tapi agak malang baginya kali ini kerana Polis trafik sedang mengadakan sekatan jalanraya 50 meter dari lampu isyarat tersebut.

"Lesen, IC.." - kata anngota polis berpangkat sarjan.
"Ni hang kalut-kalut ni, nak pi mana ni?" - kata sarjan tersebut.
"Tuan, saya dah terlewat nak ke kelas ni, bagi saya chance kali ni jer boleh" - rayu Loko dengan mimik muka mengharapkan simpati sarjan tersebut.
"Itu masaalah hang, hang terlewat pi kelas. hang lewat ka, hang awai ka nak pi kelas, hang ingat suka-suka hati ja boleh langgar lampu isyarat. ingat kami boh situ saja untuk perhiasan?" - tegas sarjan dengan antonasi suara yang tegas.
"Nah, ini surat saman. lain kali buat lagi noo" - tambah sarjan tersebut sambil menghulurkan Loko surat samanya.

Loko meneruskan perjalan ke kelas. Dengan basah kuyup di ketiak dan berbekalkan surat saman, Loko melangkah masuk ke kelas. Jam menunjukan pukul 2.45 petang. Nasibnya agak baik kerana pensyarah Quantum Fizik belum masuk ke kelas lagi. Loko mengambil tempat, merehatkan badan seketika.

5 minit kemudian pensyarah tiba ke kelas. Semua pelajar bersiap sedia untuk mengikuti kelas tersebut. Namun pensyarah tersebut bukan datang kekelas dengan niat untuk mengajar, tetapi memberitahu bahawa kelas pada hari tersebut ditunda ke minggu hadapan kerana mahu menghadiri jamuan makan yang dianjurkan fakulti.

Pundek! Cokelat angin jer! kata Loko.





Strawberri di atas sana lebih sedap - Bab 6



Bersambung dari Bab 5

Sepetang di Tapah

Sebelum sampai di Tapah, Ikhwan telah beberapa kali memberitahu Hakimi dengan yakin supaya tidak bimbang mengenai tiket dari Tapah naik ke Cameron Highlands. Hakimi mempercayai kawannya itu. Kalau tak percaya pun dah separuh jalan, gila nak patah balik.

"Agak-agak kau, bas naik atas tu macam bas yang kita naik dari Tanjung Malim tadi ke?" Tanya Hakimi. Hakimi tak sanggup untuk naik ke atas sana jika naik bas yang sama seperti dari Tanjung Malim, kalau tersangkut tengah jalan, naya.
"Kita naik bas ekspress. Rilek bro." Jawab Ikhwan.
"Owh, kalau bas ekspress, takpelah."

Mereka berdua menuruni bas yang mereka naiki daripada Sungkai dan berjalan ke arah stesen bas Tapah di bahagian hadapan. Hakimi terkejut, stesen bas ini ibarat hidup segan, mati tidak mahu. Sangat daif. Ikhwan juga terkejut tetapi masih tidak mengatakan apa-apa kepada Hakimi, fokus utama beliau adalah mencari tiket ke Cameron Highlands.

Mereka berdua berpusing ke kiri dan kanan stesen bas tersebut. Terkejut. Dua syarikat sahaja yang buka dan mungkin hanya mereka sahaja yang ada.
"Uncle, bas mau pergi Cameron kat mana nak beli?" Ikhwan tanya kepada Uncle tua yang sedang menghisap rokok. Hakimi sekadar memerhati dari tepi.
"Cuba you tanya kaunter tu." Tunjuk Uncle tua yang sedang menghisap rokok itu.
"OK, thank you Uncle." Mereka berdua berkata serentak. Bagus sungguh, macam boria orang penang kata.

Mereka berdua berjalan ke arah kaunter yang ditunjuk oleh uncle tua yang sedang menghisap rokok tadi. Hujan mula turun di sekitar Tapah, tapi masih lagi malu-malu. Tidak lebat. Masih boleh berjalan di sekitar pekan Tapah jika mahu.



"Auntie, tiket pergi Cameron ada jual ka?" Soalan yang dikeluarkan kepada auntie di kaunter tersebut. Ikhwan risau bas ke Cameron sudah tiada, khabarnya bas ke Cameron Highlands yang terakhir hanya pada 2.30 petang tetapi mereka sampai lebih kurang jam 3 di stesen bas tersebut.
"Mungkin ada mungkin tiadala adik."Auntie tu jawab macam. Pelik jawapan auntie itu. Ikhwan dan Hakimi langsung tak paham apa yang diperkatakan oleh auntie kaunter itu.
"Begini adik. Kalau driver bas mau masuk, adalah tiket."Jelas auntie kaunter itu.
"Kalau macam tu, tolong confirm betul-betul boleh auntie? Sekali dengan time." Tanya Ikhwan. Auntie kaunter itu mengangguk tanda boleh dan mengambil telefon bimbitnya.

Selepas beberapa minit perbualan auntie kaunter itu dengan driver bas, auntie itu memberitahu yang kami boleh mendapatkan tiket tersebut. Aku gembira, Ikhwan lagilah gembira. Tak sia-sia perjalanan dari pagi tadi.

"Cuma adik kena tunggu pukul 4.30 petang. Boleh?" Mereka berdua setuju. Mereka berdua membayar harga tiket tersebut yang berharga RM13.00 seorang. Lebih mahal daripada harga yang dikatakan dalam internet, tetapi oleh kerana terpaksa, mereka bayar sahaja.

"Wan, jom pusing pekan ni pulak. Tengok ada apa kat sini. Sambil-sambil tu boleh cari buku untuk aku baca." Hakimi mengajak Ikhwan selepas membeli tiket.
"Jom." Jawab Ikhwan.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka berdua di sekitar pekan Tapah itu. Mereka berpusing dan pusing di sekitar pekan tersebut dan akhirnya Hakimi menjumpai sebuah buku yang mungkin boleh dibaca beliau dalam perjalanan itu. Hakimi membeli novel bertajuk Bila Cinta yang ditulis oleh Suria Fatin.

Selepas itu, mereka berdua berjalan ke arah masjid yang berdekatan bagi menunaikan solat yang difardhukan kepada umat islam. Mereka menghabiskan masa mereka lebih kurang 30 minit di masjid pekan Tapah itu. Semasa mereka berdua ingin keluar, Ikhwan dipanggil oleh seorang brother.

"Abang!" Jerit brother di masjid itu memanggil Ikhwan. Ikhwan pandang buat muka seposen.
"Tadi abang ada terjatuh duit ke?" Ikhwan dengar dan teringat tentang duit yang diletakkan dalam stokin ketika berada di Tanjung Malim semasa menunggu bas. Risau dirompak.

Selepas berterima kasih kepada abang tersebut, mereka berdua sempat membeli pisang goreng. Perut masing-masing lapar. Mereka makan sambil berjalan ke arah stesen bas di mana mereka patut menunggu bas ke Cameron Highlands. Dalam perjalanan itu, Hakimi sempat membeli topi kerana cuaca ketika itu panas walaupun sebentar tadi hujan turun.

Mereka sampai lebih kurang jam 4 petang di stesen bas Tapah. Takut tertinggal bas. Selain daripada mereka berdua terdapat beberapa orang lain iaitu 2orang adik beradik rock, satu couple mat salleh entah dari negara mana yang menunggu bas ke Cameron Highlands. Auntie tadi berkata sekejap lagi bas akan sampai.

Mereka berdua menunggu dan terus menunggu sehinggalah jam 6petang, barulah bas sampai. Memang macam haram, janji tidak ditepati. Najib tak suka perangai orang macam ini. Akhirnya mereka berjaya menaiki bas yang bergerak ke arah Cameron Highlands.

Rancangan Gila : Bab Tiga

Bersambung dari Bab Dua

Aku memandu laju kereta Proton Satria Neo pemberian ayah aku membawa diri ke arah rumah yang berada agak jauh dari lokasi Zira disimpan. Bahaya jika disimpan berdekatan dengan rumah, takut ada yang kenal. Tak pasal-pasal kami bertiga bermalam di lokap kerana perempuan sial itu. Suasana pada malam ini sangat asing bagi aku, tidak seperti malam-malam yang aku lalui sebelum ini sepanjang hidupku. Mungkin kerana aku sedang melakukan perbuatan yang tidak pernah terlintas di akal fikiran sepanjang hidupku kerana perempuan itu. Ya! Kerana perempuan itu, aku telah melakukan satu kegilaan yang bakal merubah hidup aku dan mereka. Kerana dia, aku melakukan kegilaan ini. Kerana kegilaan aku untuk membalas dendam, aku sanggup meculik dan melibatkan teman-teman rapatku.

 "Menculik? Gilakah aku kerana membuat semua ini?". " Tidak! Aku tidak gila! Aku buat semua ini hanya untuk memberi kau dan teman-teman kau pengajaran agar kau tidak lagi menyakiti orang lain! Ya! Aku tidak gila! Kau yang bersalah. Aku hanya memberikan hukuman atas kesalahan kau sahaja!".  Hahaha! Gelak aku sendirian tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Lebuhraya Persekutuan seperti malam-malam biasa, masih sesak dengan manusia yang tidak kenal erti siang atau malam. Yang pasti mereka hanya mahukan duit dan hiburan. Sejak bila manusia menjadi sebegini, tidak pula aku tahu. Sejak British menjajah dulu mungkin.

Akhirnya aku sampai di pusat komersial Seksyen 7, Shah Alam. Aku singgah di sebuah kedai serbaneka 24jam. Lebih baik aku beli roti untuk santapan perut yang tidak diisi dari siang tadi. Aku mematikan enjin setelah berjaya meletakkan kereta dalam kotak parking dengan betul. Keluar dari kereta dan menekan punat alarm kereta tersebut. Aku memasuki kedai serbaneka tersebut dan mencari roti yang aku gemari, roti coklat 70sen.

"Bang, berapa harga roti ni?" Aku mengeluarkan persoalan yang aku ketahui jawapannya kepada cashier di kaunter. Saja merancakkan suasana di kedai serbaneka yang kusam ini.
"70sen je." Dia tersenyum menunjukkan gigi kuning akibat aktiviti menghisap rokok agaknya. Aku mengambil tiga bungkus roti lagi. Aku menghulurkan not berwarna merah kepada cashier itu. Baki dipulangkan dengan betul. Aku tinggalkan tempat itu dan berjalan ke arah kereta yang ditinggalkan di hadapan kedai serbaneka itu.

Aku memandu ke arah rumah aku. Beberapa minit kemudian aku sampai. Seperti di hadapan kedai serbaneka tadi, aku letak kereta dengan betul dalam kotak parking yang disediakan. Aku lihat ke arah rumahku dari bawah kelihatan seperti ada orang di rumah. Mungkin Mailis sudah ada di rumah.

Mailis merupakan teman serumah aku yang paling senior, maksudnya paling berumur. Sedang bekerja di UHUB sebagai pembantu tadbir yang mana tahun ini sudah masuk tahun ketiga di situ. Kalau belajar, sudah dikira senior. Aku keluar dari kereta dan berjalan mengikut tangga di flat rumah aku.

Penat berjalan menaiki tangga yang entah keberapa. Bodoh betul manusia yang bagi idea buat rumah tinggi-tinggi begini. Aku buka pintu rumah, memang betul Mailis sahaja yang ada. Aku tidak menegurnya seperti kebiasaannya. Aku berlalu terus ke bilik kerana kepenatan. Aku terus merebahkan badan ke atas katil kesayanganku dan terlelap.

Bersambung di Bab Empat

Nukilan bersama Miss_Sho

X,Y,Z - Intro (Bab1)

"Hussein kasi potong point 3" - kata Azmeer kepada pekerja Banglanya.
"Ok bos, point 3 potong sudah" - Balas Hussein
"Hussein, kamu potong ke tambah point 3 ni, jarak jadi semakin jauh ni" - Azmeer bertanya kepada Hussein.
"Boss, itu kalaw potong, depan ke belakang? saya keliru sama ini potong tambah boss" - Jawab Hussein.

Hussein dan Azmeer dihubungkan melalui walkie talkie Mororolla Perfect 10 yang boleh menghubungkan mereka sehingga kejauhan jarak lebih kurang 9.8 kilometer. Keadaan di tapak pembinaan Menara 21st Century Malaysia sangat kontang dan panas. Tapak pembinaan telah dipecahkan kepada 8 bahagian dimana setiap bahagian di-subkan kepada kontraktor yang berbeza.

Azmeer seorang juruukur tanah yang baru sahaja tamat pengajian yang kini berkerja secara freelance mendapat tender untuk menandakan titik-titik bagi penanaman tiang-tiang pilling untuk pembinaan kawasan letak kereta bertingkat di bahagian 5. Azmeer mendapat tender untuk menjadi inhouse surveyor bagi syarikat kontraktor Asal Bina Sendirian Berhad yang menjadi tempat Azmeer menjalani latihan praktikal tempoh hari. Kini, Azmeer berkhidmat semula diatas kecemerlangan dan prestasi yang ditunjukkan semasa menjalani latihan praktikal dahulu.

"Hussein, sudah berapa kali saya cakap, itu kalaw potong, you kasi depan. itu kalaw tambah, you kasi belakang" - tegas Azmeer kepada Hussein.
"Sorry bosss, saya baru sahaja seminggu kerja, tidak dapat ingat lagi itu depan, belakang" - kata Hussein meraih simpati Azmeer.

Hussein adalah chainman bagi Azmeer. Chainman atau nama lainnya adalah pekerja buruh bagi kerja-kerja ukur tanah memerlukan kepakaran yang tinggi dalam membantu seorang juruukur menjalankan tugas mengukur tanah. perlu ada kolabrasi dan kesefahaman yang tinggi diantara juruukur dan Chainman bagi memudahkan pengukuran dijalankan. Tanpa chainman yang bagus dan berkebolehan tinggi, juruukur yang memiliki ijazah doktor kehormat juga sukar untuk mrnjalankan kerja ukur. Hussein merupakan warganegara Bangladesh yang beragama islam, merantau ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi bagi santapan anak-anak dan isterinya. Hussein berumur 32 tahun, agak berumur sedikit berbanding Azmeer yang baru sahaja berumur 25 tahun. Hussein bukanlah seperti pekerja-pekerja bangladesh mahupun warganegara lain seperti Nepal, Mynammar dan Indonesia yang suka curi tulang sewaktu berkerja.

Dia adalah seorang yang rajin bekerja. selagi tidak disuruh berhenti, dia tidak akan berhenti atau merungut untuk rehat seketika. Itu yang membuatkan Azmeer suka akan perangai Hussein ini. Selain itu, Hussein juga taat akan perintah agama. Dia tidak bermain nombor ekor, mencari gadis-gadis indonesia untuk ditiduri atau untuk bersenggama. Baginya, rezeki yang halal adalah daripada perbuatan yang halal yang diredhai Allah. Kekurangan Hussein cuma dia agak sukar untuk mengingati istilah-istilah yang selalu digunapakai dalam kerja pengukuran seperti potong, tambah, depan, belakang, fix dan juga kiri dan kanan. Bagi Azmeer itu perkara biasa, kerana Hussein baru sahaja seminggu berkerja. Mungkin tidak biasa lagi dengan istilah berikut.

"Ok Hussein, ini point last kita, lepas ini kita rehat juga" - kata Azmeer. Point pilling yang ke 156 menjadi point terakhir bagi mereka sebelum untuk rehat tengahari.
"Ok bos. Kalaw bos mahu buat lagi pon tidak apa. Saya boleh lagi" - Kata Hussein
"Bos jangan marah sama saya sebab banyak itu silap depan belakang. Saya janji esok hari saya hafal sama itu mana depan, mana belakang bos" - Kata Hussein untuk menunjukan rasa bersalahnya.
"Aiyo Hussein, itu tak ada apa. You silap buat itu depan belakang, tapi you buat kerja laju. Saya suka punya. Sekarang kita rehat dulu ok?"

"Ok bos. terima kasiii. Bos mau makan apa, saya boleh tolong beli" - Kata Hussein
"Kamu beli teh o ais, sama nasi lauk ayam dan sayur sama saya la. Duit sudah ada?" - Kata Azmeer
"Duit mana aada bos, hehe, bos bagi itu duit sekali la. hehe"  - Balas Hussein sambil tersenyum menampakan giginya yang kekuningan.
"Ohh, saya ingat kamu mahu belanja sama saya. Bukan kah? - Kata Azmeer
"Mana boleh boss, duit gaji itu bos belum bagi lagi. nanti sudah dapat Gaji, saya belanja bos KFC pon boleh juga" - gurau Hussein
"Banyak la kamu KFC, Nah amik duit ni cepat. Pergi beli, saya tunggu sini saja ok?" - kata Azmeer.

Azmeer bersandar di kerusi bahagian belakang Ford Ranger 2.0 Turbo miliknya. bersandar sambil berehat dari cuaca panas dan kontang di kawasan tapak projek. Jam menunjukaan sudah pukul 1.30 tengahari. Bahang panas ketika ini adalah ditahap kemuncak kerana matahari berada pada kedudukan atas kepala, dengan litupan awan yang nipis, haba yang dikeluarkan oleh matahari terasa sangat panas sekali. Oleh itu, adalah lebih baik dia berehat sahaja daripada meneruskan kerja dengan keadaan panas yang boleh menggangu prestasi kerjanya dan dan Hussein.

Peristiwa malam itu version aku



Pada suatu hari, sang kancil dan sang buaya sedang bertekak Pada kebiasaannya pertekakkan itu dimenangi oleh sang kancil. Mungkin sang kancil terlalu bijak untuk sang buaya.
_______________________________________________________________________________
Bling.
Fadhil : Am, boleh tolong belikan aku makanan tak? Hantar kat kolej. Lapar la.

Ikram tersedar daripada lamunan membayangkan situasi sang kancil dan sang buaya yang sedang dibacanya di web sepenaraya.blogspot.com. Kusyuk. Pada Ikram, cerita itu terlalu epik. Lebih-lebih lagi, dia sudah membacanya sejak dari kecil lagi. Ibu Ikram yang mula memperkenalkan cerita epik sang kancil dan sang buaya kepadanya. Ibu Ikram selalu menceritakan untuk menghanyutkan Ikram supaya lebih mudah tidur.

Ikram : Kau nak apa?
Fadhil : Burger dua ketul boleh?
Ikram : Kalau takde?
Fadhil : Kau beli jela roti 70sen tu empat. Lapar ni. Tak boleh keluar.

Ikram membalas message yang dihantar oleh kawannya, Fadhil di laman web sosial, Facebook. Kesian pada Fadhil. Musim peperiksaan. Tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak universiti. Selain daripada tempat tinggal yang murah, tiada apa keistimewaan di situ. Pukul 12 malam mesti berada di kolej. Tiada cafe untuk makan. Koperasi pula kadang-kadang buka kadang-kadang tutup., sudah kaya agaknya.

Ikram : OK. Kau tunggu kat bawah. Aku gerak sekarang. Tak off.

Ikram menghantar message terakhir kepada Fadhil. Gila juga Fadhil ini. Meminta burger daripada Ikram. Ikram serba salah, takut kawannya itu kempunan. Siangnya pula nanti tak dapat menjawab kertas peperiksaan. Siapa susah? Ikram juga.

Malam itu, Ikram turun ke bawah mendapatkan motornya. Tidak memberitahu kepada Shana. Takut juga jika Shana marah. Nasib baik Shana berada di rumah kawan baiknya di Gombak. Walaupun Ikram takut untuk keluar seorang diri tetapi kerana kawannya yang sedang lapar, dia memberanikan diri juga. Memanaskan enjin motornya yang sudah sejuk akibat hujan rentik ketika itu.

Dengan berpakaian baju hujan dan seluar pendek, Ikram memecut laju motornya ke arah gerai Burger Mie dengan harapan gerai itu masih buka. Malangnya abang di gerai burger itu melambai-lambai kepadanya dari jauh menandakan gerai itu telah tutup. Ikram tidak berputus asa, kali ini dia cuba mencari di sekitar area pusat komersial pula tetapi hasilnya tetap sama. Semua gerai burger telah tutup.

Puas Ikram memikirkan di mana lagi ingin mencari burger untuk kawannya. Setelah beberapa ketika, Ikram akur yang waktu itu, semua gerai telah tutup. Memandangkan Fadhil telah memberitahunya terlebih awal supaya membeli roti 70sen jika tiada burger. Ikram berhenti di hadapan sebuah kedai serbaneka 24jam. Ikram membeli di situ. Mudah dan cepat.

Kemudian, Ikram memecut laju ke arah kolej Fadhil tinggal. Malam itu sunyi tetapi itu sahaja jalan yanga da untuk sampai ke kolej Fadhil. Suasana malam tidak seperti malam-malam yang lain. Hujan, sunyi tiada kenderaan lain. Ikram masih boleh memberanikan diri ataupun boleh dikatakan berpura-pura memberanikan diri. Dalam hati Ikram, kalau boleh ingin cepat sampai ke destinasinya.

Jalan itu mempunyai pelbagai kisah yang tidak enak. Mungkin kerana itu, dia merasakan yang sesuatu yang sedang memerhatikan perjalanannya itu. Bulu romanya tegak. Sejuk bukan main lagi. Hujan semakin lebat. Ada sedikit penyelasan dalam hatinya ketika itu.

"Ahh, lupakan semua itu. Lagi bagus kalau aku bawak motor elok-elok. Baca jela apa-apa yang aku ingat." Bisik hati Ikram sendirian. Untuk menghilangkan rasa takutnya itu, dia cuba mengingati cerita-cerita seram yang lucu. Itu sahaja yang dia boleh cuba. Nak baca ayat apa-apa, haram dia mana ingat. Al-quran pun dah lama tak sentuh. Dia lebih suka mendengar lagu-lagu yang mendayu-dayu.

Setelah beberapa ketika, Ikram sampai di kolej Fadhil. Nasib baik tiada apa yang berlaku. Yang Ikram jumpa hanyalah seebuah lori yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikkan jalan. Ikram berhenti di hadapan pintu pagar yang kedua seperti dijanjikan dengan Fadhil. Kelihatan Fadhil sedang berbaring di sebuah pondok sambil memegang telefon bimbitnya. Sedang bermain Facebook agaknya.

Bunyi motor Ikram tertangkap oleh telinga Fadhil. Fadhil berjalan ke arah Ikram untuk mendapatkan makannya yang dipesan. Fadhil berharap burger masih ada.

"Weh, aku beli roti je. Burger semua dah tutup r bro." Ikram memberitahu kepada Fadhil.
"Ok, takpelah kalau gitu." Fadhil balas. Wajahnya terpamer satu eksperasi yang kecewa tetapi dia cuba memahami rakannya yang mana ketika itu sudah terlalu lewat.

"Nanti-nanti jela kau bayar. Sejuklah." Ikram memecut untuk pulang ke rumah.

Ikram terpaksa mengikuti jalan yang dilalui sebentar tadi untuk datang. Tadi sunyi. Dia takut. Kini, perasaannya semakin takut. Seperti ada yang yang memerhatikannya pada malam itu. Tidak seperti ketika ke kolej Fadhil. Kali ini, seperti yang memerhatinya lebih daripada satu.

Ikram cuba membawa motornya dengan lebih laju tetapi tidak seperti kebiasaannya, motornya seperti tidak mahu pergi. Lagak motornya seperti sangat berat. Barulah yang Ikram tersedar yang tayar motornya pancit.

Ikram memberhentikan motornya di sisi jalan. Ikram berdiri di sisi motornya dan melihat tayar motornya dan menendang tayar tersebut. Marah kepada tayarnya walaupun tayar itu tidak bersalah walau sedikit pun. Yang bersalah ialah Ikram sendiri kerana tidak menunggang motor tersebut dengan betul sehingga terjadinya kejadian ini.

Ikram buntu. Tak tahu apa yang ingin dilakukan. Call kawan-kawan? Siapa yang masih berjaga pada waktu ini. Cilaka kata hati Ikram.

"Antara aku tunggu orang lalu ataupun aku tolak je motor ni." Hati Ikram memberitahu Ikram. Penat berfikir seorang diri, Ikram membuat keputusan untuk menolak motornya sahaja, bukan jauh pun. Pelbagai perkara yang Ikram dapat lihat ketika itu yang takkan dapat dilihat pada siang hari seperti jalan yang kosong, taman tasik yang tiada orang berjoging memakai kasut mizuno dan banyak lagi.

Setelah berjalan lebih kurang 30 minit, akhirnya Ikram sampai ke rumahnya. Ikram masuk bilik, tidur sebab jam dah lewat, esok nak pergi kerja. Malangnya Ikram tak bangun dan tidak pergi kerja di pagi hari.

NotaKaki : Cerita macam lahanat. Sekian.

Strawberry di atas sana lebih sedap - Bab 5



Bersambung dari Bab 4

Diari Ikhwan 1 (Diambil dari eikhwan4.blogspot.com)

Backpacking Cameron Highland (Day 1)


Sebenarnya dari semester lepas lagi, dapat hidayah dan petunjuk nak backpack ke Cameron Highland. Masa semester break semester lepas sebelum survey camp, aku dok umah makcik aku di Subang. Hari-hari mengadap internet. Dah bosan gila. Browse punya browse, terbaca Udey Ismail punya travellogue, macam dah bagi semacam inspirasi kat aku. Then aku decide, untuk kaki travel yang tak ada duit sangat macam aku, backpack adalah pilihan yang terbaik. Destination yang agak-agak boleh test power adventurous aku, aku pilih Cameron Highland. Sebab kos rendah, dan banyak tempat-tempat free jer kat situ.

Cameron Highland macam semua orang tahu terletak kat sempadan Pahang, Kelantan dengan Perak, kedudukan di altitude yang tinggi therefore weather dia sejuk dan nyaman sikit. Last time aku ke Cameron Highland ni masa 2005 zaman sekolah teknik Alor Setar. Kira balik, lebih kurang enam tahun jugak la tak jejak kaki ke situ. Itu yang menambah minat sikit nak ke Cameron Highland ni. Lagipon target untuk ke Cameron Highland kali ni nak trekking trail path sekitar bukit-bukit, gunung-gunung kat Cameron tu.

Jumaat malam, aku dengan travel partner Hakimi. Google sikit pasal transportation nak ke Cameron Highland tu dari Shah Alam. Ok macam senang jer, then decide apa yang nak buat di Cameron Highland tu. Planning and target ni penting jugak kalaw nak travel mana-mana sebab at least kita dapat guide what to do next. Malam tu packing semua baju kasut seluar, prepared mana-mana yang perlu. Memandangkan estimate time 3 hari jer, jadi memadaila aku bawak beg pinjam si Dol jer berbanding nak bawak beg besar gabak. Easy to move on, tak leceh sangat nanti.


Sabtu pagi, awal-awal pagi lagi aku dah bangun mandi solat semua, pesankan kat member aku jam 8pagi mintak tolong hantarkan ke stesyen KTM Padang Jawa. Lebih kurang jam 8.10 pagi aku sampai stesyen Padang Jawa. Janji dengan Kimi nak jumpa 8.30 kat stesyen, aku sampai awal pulak. Tak apelah rilek-rilek dulu, sambil baca-baca train guide yang disediakan. Untuk makluman aku memnag agak fail bab-bab naik train, Star, Putra, Monorail dan ape-ape yang berkaitan dengan train ni. Almaklumlah asal dari negeri Kedah, mana nak familiar sangat dengan transportation based on train ni kan. Pernah jugak sekali hari itu, aku datang dari Kedah, turun di stesyen Bukit Jalil pastu pening tak tahu nak buat apa. Nekad buat muka tak tahu malu, tanya jer pakgad dekat information counter, pasal nak balik Padang Jawa camna. Dari situ baru nampak justifikasi pepatah melayu, malu bertanya, sesat jalan. Kepada kimi, rajin-rajinkan bertanya ye lepas ni.

Lebih kurang jam 8.30 kimi sampai, terus aku tanya kat counter beli tiket tu macam mana nak ke Tapah Road dari Stesyen Padang Jawa ni. Haram, kerek nak mampos punya mangkok jaga tiket, dah aku noob dan sohai pasal train transportation ni sebab tu lah aku tanya. Kalaw aku dah pro, tak kelapaq aih aku nak tanya banyak. Aku tanya elok-elok, sekali dia sound setepek, cakap ada tiket sampai Tanjung Malim jer, tak kan tu pon tak tahu kot, aku just nak konformation jer dari dia. Bukan saje gedik-gedik nak tanya pon. Pagi-pagi dah bikin spoil mood. Sekali aku pon entah macam mana boleh jadi blur, beli tiket dari Padang Jawa ke Rawang jer. Sepatutnya boleh jauh lagi sampai ke Tanjung Malim. Pening. Sampai dalam train, tengok route dia bari perasan last station intercity KTM sampai Tanjung Malim.

Padang jawa ke Rawang RM5.20. Train sampai dalam pukul 8 lebih kot, aku tak ingat. Sampai ke KL Central kena transit naik tren KL Central ke Rawang pulak. Sampai Rawang dalam pukul 10.30 kot. Beli tiket ke Tanjung Malim pulak RM4.90. Dari Rawang ke Tanjung Malim, tren KTM akan tunggu lama sikit, mungkin sebab dia nak bagi penuh orang dulu baru jalan. Aku ingatkan bus jer buat style camni, train pon sama gak. Baru taw. Perjalanan dari Rawang ke Tanjung Malim memang tak taw nak buat apa, bosan pandang luar jer dua-dua orang. Selamat aku bawak spare buku, boleh la jugak baca-baca time bosan camni. Nak tido pon, pagi lagi, tak ngantok sangat pon.



Sampai Tanjung Malim, terus cari bus nak ke Tapah Road. Lepas tanya pakcik bus yang standby tunggu depan stesyen KTM Tanjung Malim, dia suruh pergi ke stesyen bus Tanjung Malim, tanya bus kat situ. Selamat jarak dari stesyen KTM ke stesyen bus dekat jer. Mula la berjalan kaki ke stesyen bus tu. Lepas tanya dekat pakcik-pakcik teksi kat stesyen bus tu, dia suruh tunggu bas jer sebab bus nak ke Tapah belum sampai lagi. Masa tu jugk sempat la beli bekal nak spare masa kat Cameron nanti. Lebih kurang setengah jam tungu bus ke Tapah sampai, untuk dapat confirmation aku pergi tanya dengan auntie ticket conductor bus tu, nak confirmation ni ke bas ke Tapah. Rupanya tak jugak, bas akan ke Sungkai dulu, pastu dari Sungkai baru akan ke Tapah, naik bas lain pulak.

Dalam hati haram jadah punya pakcik dah terang-terang aku tanya nak ke Tapah macam mana, selamba jer dia jawab naik bus tu, aku ingat bus tu direct ke Tapah la. Pakcik oh pakcik, sabar jerlah. 


Nanti aku sambung lain sebab nak pos parcel membe aku sebelum hujan.

Bersambung di Bab 6

Strawberry di atas sana lebih sedap - Bab 4



Bersambung dari Bab 3

Dari Tanjung Malim ke Sungkai ke Tapah


Kini setelah sampai di Tanjung Malim, mereka berdua mendapat satu lagi masalah. Mereka berdua tidak tahu di manakah kedudukan stesen bas yang membolehkan mereka berdua ke Tapah. Mereka berdua ini banyak juga yang perlu dipelajari. Nasib baik boleh dimaafkan kerana ini adalah pengalaman mereka yang pertama.

"Wan, camna? Nak redah jeke?" Hakimi mengeluarkan satu soalan cepumas kepada Ikhwan.
"Kita tanya kat driver bas tu jela. Senang."Jawab Ikhwan.
"Okay."

Mereka berdua berjalan ke arah sebuah bas usang yang sedang menunggu penumpang memenuhi bas tersebut barangkali ataupun sedang mencuri tulang di situ, siapa tahu, Hakimi dan Ikhwan tidak pula bertanya hal itu.

"Bos, kalau nak pergi Tapah boleh ka naik bas ni?" Ikhwan sebagai seorang yang tidak segan menegur kepada driver bas usang itu.
"Tak boleh la adik. You  orang kena naik dekat stesen bas Tanjung Malim sana." Jawab pemandu bas usang itu.
"Camne nak pergi sana?"Ikhwan tanya lagi.
"You orang jalan sahaja keluar daripada sini, lepas lintas guna jejantas sana, lepas tu ikut je jalan besar sana. Nanti boleh nampaklah itu pekan. Kecik saja." Jawab driver bas usang itu dengan sopan dan santun. Gini lah yang Hakimi suka dengar.
"Orait bos, thank you." Mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada driver bas usang itu.

Hujan mula turun rintik-rintik. Nasib baik stesen bas Tanjung Malim dekat sahaja dengan stesen komuter Tanjung Malim. Sempat lagi mereka berdua pusing-pusing di sekitar pekan kecil Tanjung Malim. Tidaklah memakan masa mereka sangat kerana pekan ini memang betul-betul kecil berbanding bandaraya Kuala Lumpur.

Setelah berjalan hampir 15minit, mereka sampai juga di stesen bas Tanjung Malim. Kali ini mereka berpusing-pusing dan terus ke arah pakcik-pakcik pembawa teksi di situ.

"Pakcik, tumpang sikit boleh?" Sekali lagi Ikhwan yang bertanya. Hakimi ini memang tak boleh diharap langsung dalam bab-bab pertanyaan ni.
"Ye, boleh."Jawab pakcik teksi itu.
"Kalau nak pergi Tapah, naik bas mana yeh?"
"Kamu dua tunggu je kat sini, kejap lagi bas tu sampai."Jawab pakcik teksi itu.
"Okay pakcik, terima kasih ye."

Mereka berdua berjalan ke arah tempat yang ditunjuk oleh pakcik teksi tadi. Sedang-sedang menunggu, Ikhwan mengajak Hakimi untuk membeli bekal untuk digunakan sepanjang mereka dalam trip ini.

Di sini, Ikhwan membeli roti gardenia, kaya dan air mineral besar. Hakimi pula membeli pemetik api dan air mineral. Pemetik api itu sebenarnya digunakan hanya untuk membakar bulu-bulu yang terdapat di beg Hakimi sahaja.

"Wan, betul ke pakcik teksi tu kata tadi ek?" Tiba-tiba Hakimi bersuara, pandai pula dia kali ini nak keluarkan soalan. Tadi senyap je masa Ikhwan tanya.
"Kau try tanya kat auntie jual tiket bas tu boleh tak?" Sambung Hakimi sambil tersenyum kambing. Patutlah pun. Ikhwan juga yang kena.

Ikhwan dengan muka dan hati yang kering pun bertanya pada auntie jual tiket bas tu pula. Dari jauh, Hakimi melihat Ikhwan membuat muka pelik. Hakimi pelik dan risau. Selepas selesai, Ikhwan berjalan ke arah Hakimi.

"Auntie tu kata mana bas ke Tapah. Kita kena ke Sungkai dulu la kalau dari sini." Terkejut Hakimi mendengar apa yang diperkatakan Ikhwan.
"Takpe-takpe, jap lagi bas nak pergi Sungkai sampai kita naik jela."Sambung Ikhwan.

Setelah menunggu hampir setengah jam, akhirnya bas ke Sungkai tiba juga. Tak sempat-sempat Hakimi dan Ikhwan berlari ke arah bas itu. Takut penuh agaknya.



Mereka berjaya mendapatkan kerusi dalam bas tersebut dan tekaan mereka memang tepat. Bas tersebut memang penuh, nasib baik mereka cepat tadi. Tiket bas daripada Tanjung Malim ke Sungkai berjumlah RM 3.80. Ketika itu sudah jam 12.30 tengahari. Basah hujan tadi pun tidak terasa kerana cuaca ketika itu sangat panas.

Bas memulakan perjalanan. Untuk sampai ke Sungkai, bas tersebut akan melalui area Felda Trolak Selatan. Malahan ada sebuah rumah yang mana Ikhwan memberitahu kepada Hakimi, dia selalu melawat kawasan ini. Pakcik Ikhwan ada menetap di area ini. Nostalgia katanya.

Lebih daripada setengah jam juga perjalanan daripada pekan Tanjung Malim untuk sampai ke Sungkai. Di Sungkai, tiada stesen bas. Bas berhenti di sebuah kawasan bersebelahan dengan kawasan perkedaian. Pekan lebih kecik agaknya daripada Tanjung Malim, tidak perlulah stesen bas yang besar. Di situ, mereka turun bersama beberapa penumpang lain dan menunggu bas ke Tapah pula sampai.

Tidak sampai 10 minit, bas ke Tapah sampai. Kali ini, bas lebih selesa cuma tiada penumpang seperti tadi. Baguslah kata Hakimi dan Ikhwan. Untuk ke Tapah mereka dikenakan tambang sebanyak RM3.00. Mereka berdua lebih banyak mendiamkan diri semenjak perjalanan daripada Tanjung Malim. Penat agaknya ditambah dengan suasana bising enjin, jika bercakap memerlukan mereka berdua menjerit.




Sedang dalam perjalanan ke Tapah, hujan mula turun dengan lebat. Hakimi cuak. Ikhwan cuak sikit-sikit tapi masih boleh control macho beliau. Mereka berdua berharap semoga bas ini selamat sampai ke destinasinya, bukan apa. Bas ini boleh melompat-lompat pula jika melalui kawasan jalan tidak rata.

Lebih kurang jam 1.30 petang, mereka selamat sampai di destanasi mereka. Hujan sudah berhenti kali ini. Syukur pada tuhan kata mereka.

Kisah Cinta Si Damak



Damak, seorang lelaki berumur 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Swasta Agama, Gombak. Sebelum ini menetap di Kuala Lumpur tetapi kini keluarganya telah berpindah ke Gombak. Sebab? Rumah di Kuala Lumpur telah dijual kerana ayah Damak ingin membeli sebidang tanah di Gombak bagi membina rumah di kemudian hari. Keuntungan yang ayah Damak memang terlalu banyak setelah menjual rumah tersebut. Cuma, cerita kali ini bukanlah mengenai rumah itu tetapi mengenai kisah cinta Damak.

Ya, walaupun Damak baru berumur 13 tahun tetapi sudah mempunyai kisah cintanya sendiri. Tidak seperti kisah cinta yang telah adam kisah cinta Damak bermula di laman sosial internet, Facebook.

Kisah Damak bermula pada satu hujung minggu tahun 2011. Kenapa hujung minggu? Kerana Damak tidak mempunyai talian internet di rumah barunya. Jika Damak ingin menggunakan internet, Damak terpaksa mengikut ayahnya ke pejabat ayahnya di Bangsar. Sambil-sambil itu, bolehlah Damak mempelajari serba sedikit perniagaan ayahnya. Manalah tahu Damak akan mewarisi perniagaan ayahnya kelak.

Seperti biasa, pada 9 April 2012, Damak mengikut ayahnya ke pejabat. Kebiasaanya Damak akan membuka facebook terlebih dahulu barulah yang lain-lain. Sedang Damak ralit melayari internet, tiba-tiba satu bunyi kedengaran memberitahu terdapat seorang awek menghantar message di facebook.

Zarina : Hai.

Damak melihat message tersebut. Pelik. Tidak pernah Damak melihat atau mengenali awek ini sebelum ini. Siapakah gerangan awek tersebut. Tergerak hati Damak untuk membalas message tersebut.

Damak : Hai balik. Hehe
Zarina : Sapa ni?
Damak : Aik, tadi awak yang message saya dulu. Lupa ke?
Zarina : Hehe...
Damak: So, sape ni?
Zarina : Zarina. Awak?
Damak : Damak.
Zarina : Umur?
Damak :  13 tahun. Awak?
Zarina : 11 tahun.
Damak : Owh, sekolah kat mana?
Zarina : Sekolah kat Sekolah Rendah Swasta Agama, Gombak.
Damak : Dekat jela dengan sekolah saya. Sekolah Menengah Swasta Agama.
Zarina : Betul la, dekat je.

Lama juga Damak bermessage dengan awek yang baru dikenali ini. Damak terasa ada chemistry antara dia dan awek ini.

Damak : Awak, nak nombor telefon boleh?
Zarina : nak buat apa?
Damak : Nanti boleh contact-contact awak lagi.
Zarina : Okay tapi awak kena janji tau jangan bagi sapa-sapa.
Damak : OK, saya janji.
Zarina : 012-3456789. Simpan tau. Jangan lupa message saya nanti ye.
Damak : OK. K r awak, saya nak log dah ni. Bye awak.
Zarina : Bye.

Damak terasa hidupnya kini dah berubah. Damak terasa seperti berbunga-bunga hidupnya. Patutlah Damak tengok abang sepupunya, Akim suka benar bercinta. Ini sebabnya rupanya. Damak nekad, dia takkan memainkan awek tadi. Bukan semua orang boleh rasa apa yang Damak dapat rasakan ini.

Esok, Damak terasa rindu dengan Zarina. Lantas Damak menghantar satu pesanan ringkas kepada Zarina dengan harapan Zarina akan membalasnya dengan pantas.

Damak : Hai awak.

Lama juga Damak menunggu message daripada Zarina. 10 minit? Tiada balasan. 20 minit? Pun sama, tiada balasan. Setengah jam? Sama juga. Sedang Damak menuggu message, perutnya terasa lapar. Jadi Damak turun ke tingkat satu rumahnya di mana terletaknya dapur. Kebiasaannya ibu Damak sudah siap memasak ketika ini.

"Ibu, dah siap masak? Lapar lah." Tanya Damak.
"Sudah Dam. Panggila ayah kamu sekali." Jawab ibunya. Damak mencari ayahnya yang sedang ralit membaca suratkhabar KenaTipuLagi di depan televisyen yang sentiasa terbuka.

"Ayah, ibu ajak makan." Panggil Damak mengajak ayahnya makan.
"Baik." Ringkas ayah Damak jawab.

"Wahh, sedap lauk ibu kamu masak hari ni kan Damak?" Ayah Damak memberi penyataan sambil bertanya kepada Damak. Mungkin mahu membodek ibu Damak.
"Betul tu ayah." Damak mengambil makanan yang terhidang depan matanya, tidak menghiraukan apa yang terjadi.
"Kamu nanti nak kawin kena cari orang yang pandai masak macam ibu kamu. Ingat tu." Ayah Damak sambil memberi peringatan. Damak teringat akan awek yang baru dikenalinya semalam.

"Saya dah calonnya ayah." Jawab Damak.
"APA?!" Ibu dan ayah Damak terkejut mendengar jawapan daripada Damak sehingga tersembur segala makanan dalam mulut mereka. Pengotor juga ibu dan ayah Damak ini rupanya.

"Tak boleh, kamu baru form 1. Baru lepas UPSR. Jangan nak menggatal sangat." Ibu Damak memarahi Damak. Damak terkejut. Damak sedih. Damak tidak dapat menghabiskan makanan yang tidak sampai suku dimakan Damak. Damak melarikan diri ke arah bilih sambil menangis teresak-esak.

Sampai ke bilik, Damak mencapai telefon bimbitnya. Satu message daripada Zarina.

Zarina : Hai, err. Sape ni?

Damak balas.

Damak : Awak, saya rasa sampai sini sahajalah hubungan kita. Ibu saya tidak merestui hubungan kita. Saya terpaksa memilih ibu saya kerana saya teramat sayangkan ibu saya. Bukanlah bermaksud saya tidak sayangkan awak tetapi ibu saya lebih penting. Anggap ini message saya yang terakhir untuk awak. Bye kekasih hati ku.

Damak sedih. Air mata jantan Damak tidak berhenti mengalir. Damak terlalu sedih. Sampai hati ibu berkata begitu kepada hubungannya. Itulah kisah cinta si Damak. Berakhir dengan kesedihan.

_______________________________________________________________________________

"Bangang apa jantan ni message aku gini. Tak paham betul aku. Bila masa pulak aku ada hubungan dengan dia ni?" Zarina kehairanan dan pelik.

Talam Dua Muka



Kelihatan seorang gadis sedang mencari sesuatu di kabinet dapur. Secara tiba-tiba mak gadis tersebut muncul di dapur itu.

"Mak, mana benda tu yeh?" Jerit Milah bertanyakan kepada maknya.
"Kamu cari apa Milah oi? Cubalah bagitau betul-betul." Jerit Mak Milah menjawab pertanyaan anaknya tadi sambil memberi persoalan yang baru.
"Ala, yang orang letak kuih-kuih tu." Kerut dahi Milah.
"Tak pun yang letak lauk-lauk tu." Milah sambung seperti tidak puas hati dengan jawapannya sendiri.
"Talam dua muka ke?" Tanya Mak Milah.
"Ish mak ni, cukuplah yang talam satu muka mak oii." Milah tersengih-sengih.
"Yang satu muka ni pun tak terjaga-jaga, ni kan pulak yang bermuka-muka." Jawab Milah selamba. Kononnya untuk bergurau dengan maknya.
"Kamu ni cari pakai kepala lutut ke? Ni haa." Jerit Mak Milah sambil memberi talam dua muka kepada anak perempuannya seorang ini.

Milah pun berlalu pergi. Tujuannya Milah mencari talam adalah untuk menganjing rakan-rakannya yang meminati Manchester United. Season lepas kan Manchester United menang piala talam sahaja. Tak kenal Manchester United? Sila mati sekarang.

Hanyut : Andam - Episod 7

Episod 6

url: walletmerah.blogspot.com
blog: aku berbisik
entri: 34# andam


dah 3 hari bos aku tak masuk kerja. bagi kerja dah la bertimbun. taknak siapkan takut kene marah plak. nak tak nak kene la tanya manager stor. manager stor ni plak india pondan. hah tempat kerja korang ada india pondan? tak kuasa mak nak layan dia hari2 hah. muahaha. aku tanya ni pun sebab rasa dah terpaksa sangat. aku rasa kerja aku ni ada hubungan ngan dia. yela kerja aku taip sampai lebam invoice kat belakang tu. kene pastikan apa yang ada kat dalam sistem tu sama dengan apa yang ada kat inventori. karang tak sama nanti mengamuk plak pakcik (bos) aku tu nanti. sebenarnya walaupun aku dah tanya si andam tu, tapi aku still cuak rr. yela pakcik ni pun satu dah tahu bagi kerja, kurang2 bagi la guideline kan. senang la aku tak payah nak terlopong2+ terpinga2 hah. ni tak, layan aku macam 10 tahun aku kerja kat sini. huh.

aku ingat lagi masa dia arah kan aku buat kerja dia ni. aku rasa ni kerja dia ni. aku rasa la.

"Yaya, awak nampak kertas2 yang bersepah2 kat atas meja saya tu? saya nak awak siapkan sebelum rabu. rabu saya tahu dah siap jer. dan lagi satu saya nak awak pastikan setiap invoice tu mestila sama dengan stok yang ada kat dalam stor tu."

gang!!! dia letak tepon. agak kurang ajarkan disitu. jangan harap nak aku tolong kemas meja kau yang bersepah tu. geram betul ngan pakcik sorang ni. macam2 perangai aku jumpa bos hah. yang ni tak marah tapi takde langsung komunikasi 2 hala. mentang2 dia bos, suka hati dia jer bagi arahan. kurang2 tanyalah akukan apa masalah aku ke apa ke..huh.(huh yang kedua tuk hari ni) haha. tak pasal2 jadi satu kerja plak nak menyusun kertas yang bersepah kat meja tu. dah pening sangat aku, last2 terpaksa gak aku tolong kemaskan. haha, macam citer "kel" kan aku. niat di hati memang malas. nyampah pun ada. apa korang ingat aku pemalas sangat ke hah?!

kat belakang plak yakni stor, pembantu si andam tu tak abis2 jeling aku semacam. jeling lepas tu sengih. dari semalam lagi aku tengok dorang tu macam tu. aku semalam dah terperasan cun dah..gagaga. yela mamat apis ni pun boleh tahan la. kira lalu la gua tengokkan. muahaha. jadi tadi disebabkan naluri batin aku meronta2 nak tahu kenapa dia jeling + sengih aku pun tanya la si mamat apis ni. tapi sebelum aku tanya dia, aku cek seluar aku dulu. yela mana la tahu zip aku terlupakan.hehe

"oit apis apsal lu pandang gua semacam?"
"aku pandang hang camna cuba hang habaq mai?"
"tadelah gua tengok mata lu jeling usha2. pe cer?"
"lu nak ngorat gua ke? wa tak main la cintan2 ni". aku sambung tanpa sempat dia sambung.dia punya la gelak bila aku ckp mcm tu.
korang tahu dia boleh balas ape?

"badan cekeding 10-10-10 perasan aku nak ngorat hang.
oit aku kalo cari marka tak nak macam hang la keras.
main pun tak sedap tak hempuk. hahahaha dia gelak kan aku."

ni dah kira celaka, hina gila aku rasa tadi.
sebelum aku sempat nak angkat kosi, dia cepat2 tenangkan aku.

"rileks la cik adik comel. abang gurauje la. kiut gak kalo ko marahkan. hehe. aku bukan apa, aku nak tanya hang mana hang dengar nama dia andam?"
"dari korang la. kan?"
"hang ni pekak tuli apa? kami panggil param la. aku pun tak terpikir nak panggil dia andam." kakaka

satu stor gelakkan aku. yang si param plak, bila aku dah panggil dia andam kemain sengih lagi. baru la aku perasan sebab apa dia tersengih2 setiap kali aku panggil dia andam. yang si apis plak macam mulut pantek, abis satu opis dia jajanya cerita aku. huh.

korang tahu, petang aku balik kerja tu suma dah start panggil si param tu andam. yang si param tu kemain suka orang panggil dia andam. aku plak jadi malu sorang2. hampeh punya param. kalo dia bg tahu awal2 tak de la aku terasa malu macam ni. huh. 

param+pondan=andam?!
korang ada.haha

Episod 8

Strawberry di atas sana lebih sedap - Bab 3



Bersambung dari Bab 2

Dari KL Sentral ke Tanjung Malim

Tidak sampai lima minit mereka menunggu train ke Rawang, train sampai juga. Tidak seperti tadi, kali ini tiada manusia yang memenuhi segala pelusuk ruang koc train tersebut.

"Wan, kau tengok. Beza kan dengan tadi? Kalau menghala ke Rawang mesti selalu kosong time-time gini." Hakimi cuba memberi perbezaan kepada Ikhwan.
"Tu la pasal. Kan syok kalau gini je dari tadi, taklah penat berdiri." Ikhwan membalas.

Sedang train melalui kawasan Segambut, Hakimi terkenangkan semasa dia masih tinggal di Kuala Lumpur sebelum keluarga dia berpindah ke Kota Bharu, Kelantan.

"Ni la tempat aku tinggal dulu Wan." Hakimi tunjukkan ke arah kubur sebelah stesen komuter Segambut berada.
"Kat seberang sana. Memang kena lalu sebelah sini kalau nak dekat."Terang Hakimi lagi.
"Mak aihh, seram gila kalau malam-malam."Ikhwan menunjukkan eksperasi takutnya.

Memang di sebelah stesen komuter Segambut terdapat satu kawasan perkuburan. Nak kata seram pada waktu malam itu, tidak pula Hakimi mengiayakan atau menidakkanya. Bukan apa, jika dikatakan seram, pernah dia melalui kawasan itu seorang diri manakala jika dikatakan tidak, macam menipu pula rasanya.

Sedang dua rakan ini berborak, sedar-sedar sahaja train sedang melalui Sungai Buloh. Ini merupakan titik terakhir pada Hakimi kerana tidak pernah dia melepasi stesen ini lagi menggunakan train komuter sepanjang hidupnya.

"Kau tau, Wan? Aku mana pernah lepas stesen ni sebelum ni. Ni kira first time r." Kata Hakimi.
"Excited pulak rasa." Sambung Hakimi.

Ikhwan seperti biasa, mendengar seperti tidak mendengar. Barangkali sedang memikirkan perutnya yang tiba-tiba sakit. Memang pada kebiasaanya pada waktu ini, Ikhwan akan membuang segala isi perutnya. Nasib baik hanya tinggal dua stesen sahaja lagi untuk sampai ke stesen komuter Rawang.

Selepas beberapa minit ,train sampai di Rawang. Ikhwan laju mencari tandas di luar stesen. Hakimi pula diarahkan untuk membeli tiket ke Tanjung Malim.

"Kak, tiket ke Tanjung Malim dua."Hakimi memberitahu kepada akak cashier.
"Tanjung Malim ni stesen paling last kan?" Sambung Hakimi.
"Ye, tu train dia. Semua sekali RM9.80. Kalau awak tak cepat, train lepas ni pukul 11 pagi tau." Akak cashier tu memberitahu sambil menunjukkan ke arah sebuah train.
"Owh, okay kak. Terima kasih ye." Suka Hakimi kerana akak kali ni jauh lebih baik daripada abang di stesen komuter Padang Jawa. Berbunga sikit hati Hakimi kali ini.

Di sini, Hakimi membeli paper 'The Star', satu minuman dan mentos. Untuk menghilangkan bosan katanya. Setelah itu, Hakimi cuba mendapatkan kawannya, Ikhwan tetapi gagal dicari. Puas Hakimi pusing-pusing di kawasan itu tetapi masih tidak jumpa.

"Auntie, toilet kat mana ye?" Hakimi bertanya pada seorang perempuan yang agak berusia umurnya. Mungkin ini tempat lepaknya ataupun sekadar menemani saudaranya di situ. Tidak pula Hakimi bertanyakan hal itu.
"Toilet kat dalam la adik." Jawab perempuan berusia itu.
"Terima kasih ye."Balas Hakimi.

"Mana pulak mamat sekor ni?"Tanya Hakimi kepada diri sendiri.
"Dah la call pun tak dapat-dapat. Train dah nak gerak dah ni. Adoi." Hakimi merungut.

Hakimi membuat keputusan untuk tunggu sahaja di sebuah kerusi di hadapan tandas yang dia jumpa. Selepas beberapa minit, barulah Ikhwan keluar daripada tandas ini. Ikhwan meminta maaf kerana sedang 'sibuk' di dalam tandas itu, tak dapat jawab.

"Jomlah, kita dah kena tinggal dengan train dah."Hakimi seperti tidak berpuas hati. Dasar kalut, memang begitu.
"Ok."Ikhwan balas ringkas.

Selepas bersembang, mereka berdua berjalan ke arah tempat menunggu train yang ke arah Tanjung Malim. Ketika itu hanyalah terdapat mereka  berdua sahaja. Mereka berdua terpinga-pinga seperti betul atau tidak di situkah mereka patut menunggu.

Nasib baik ada dua orang lagi yang datang menunggu di situ.

"Uncle, betul ke kalau nak ke Tanjung Malim tunggu di sini?" Ikhwan bertanya.
"Yes, tunggu kat sini." Jawab ringkas.

Mereka berdua mengeluarkan bahan bacaan masing-masing, kononnya tidak ingin membuang masa ketika menunggu train datang. Ikhwan dengan novel Laskar Cinta yang bermadah-madah dengan bahasa Indonesia dan Hakimi dengan paper The Star yang lagak seperti faham apa yang dibacanya.

Beberapa minit kemudian, train sampai dari arah Tanjung Malim. Mereka berdua kehairanan kerana akak di kaunter tadi kata jam 11 pagi baru ada train baru tetapi sekarang baru jam 10.15 pagi.

"Aik, akak tadi kata pukul 11 baru sampai?" Hakimi kehairanan sambil mengerutkan dahi ke arah Ikhwan.
"Kita naik jelah." Kata Ikhwan pendek.
"Ntah-ntah macam bas, kena tunggu sampai pukul 11 kang baru gerak." Sambung Ikhwan dalam nada gurauan.
"Mungkin jugak." Balas Hakimi, kali ini pendek.

Selepas 5 minit, masih hanya terdapat beberapa penumpang sahaja. Selain mereka berdua, terdapat 2 lelaki dan satu family. Tiada tanda-tanda yang train ini akan bergerak dalam masa terdekat. Gamaknya mungkin betul kata-kata Ikhwan tadi, benak hati Hakimi berkata tetapi tidak disampaikan kepada Ikhwan, ego barangkali.

Dari 5 minit kepada 10 minit kepada 20 minit kepada 40 minit. Ketika itu train sudah dipenuhi oleh beberapa manusia yang lain, tidak seperti 5 minit yang pertama. Barulah train sudah menunjukkan tanda-tanda akan bergerak. Pelbagai bunyi dikeluarkan oleh train tersebut. Hakimi dan Ikhwan bersyukur. Mereka berdua terlalu banyak membuang masa di situ.

Akhirnya train itu bergerak juga meninggalkan stesen Komuter Rawang menuju ke arah stesen Komuter Tanjung Malim. Train tersebut akan melalui beberapa stesen komuter yang lain seperti Serendah, Batang Kali, Rasa dan Kuala Kubu Baru dan barulah akan sampai Tanjung Malim.

Dalam perjalanan ini, hanya terdapat beberapa penumpang je yang naik, patutlah train komuter ini bergerak seperti bas mengikut masa-masa tertentu sahaja.

Bersambung di Bab 4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...