Strawberry di atas sana lebih Sedap - Bab 1


Bab 1

Malam Itu

"Wan, esok camna? Kau dah survey tempat nak pusing kat atas sana nanti?" Hakimi bertanya pada Ikhwan tentang perjalanan ke Cameron Highland esoknya.

Mereka berdua sudah lama merancang perjalanan ke sana, lebih kurang sebulan sebelum itu lagi. Ianya tertunda gara-gara Hakimi ingin menunggu cuti am yang panjang, tak perlulah dia minta cuti. Lainlah Ikhwan yang merupakan seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

"Ni aku nak google dulu la. Pinjam komputer kau sekejap" Jawab Ikhwan acuh tak acuh.
"Kau memang kan, esok dah nak bertolak malam ini barulah nak google. Elok la perangai tu." Hakimi seperti hampa dengan jawapan rakannya itu. Bukan apa, perjalanan ini merupakan yang pertama dalam hidup dia yang mana pergi bercuti dengan duit poket sendiri, Jadi dia mengharapkan yang terbaik, tidak ingin membazir padanya.

"Aku plan kita akan guna tren dari Padang Jawa ke stesen paling last yang dekat. Lepas itu, kita guna bas naik ke atas sana." Cadang Ikhwan.
"Aku tak kisah, asalkan sampai je kat atas tu." Hakimi mengikut sahaja.

Mereka berdua merancang untuk membuat satu perjalanan style backpakers. Ianya gara-gara Ikhwan yang memang suka bajet dalam setiap perbelanjaannya dan Hakimi tidak kisah, yang penting sampai ke destinasi walaupun dia tidak berapa tahu apakah itu backpakers.

"Aku masa kat atas sana nanti kalau boleh nak makan strawberry. Orang kata makan kat atas sana lagi sedap, aku nak buktikan la ni betul ke tidak." Kali ini Hakimi cuba memberitahu apa yang tersemat dalam hati dia.
"Ok gini, aku dah google. Kita pergi sana kalau boleh cuba meminimumkan bajet. So, kita pergi tempat-tempat yang free je kalau boleh." Jawab Ikhwan.
"And kita pergi sana, aku nak jungle trekking. Itu wajib dan keutamaan aku kat sana." Sambung dia dengan tegas. Walaupun Ikhwan nampak seperti pendiam tetapi dalam sesetengah hal dia memang tegas.

Setelah google tempat-tempat menarik di Cameron Highlands, mereka berdua telah bersetuju dalam beberapa perkara. Pertama, mereka akan menggunakan pengakutan awam untuk naik ke atas sana walaupun agak leceh pada sesetengah orang. Kedua, tempat yang akan mereka berdua singgah kalau boleh tidak perlu guna duit. Ketiga, tidur di mana-mana sahaja ataupun penggunaan bilik yang paling murah.

"Aku memang okay je dengan idea Ikhwan tapi boleh ke aku kat atas sana nanti?" Terdetik di hati Hakimi seketika memikirkan idea daripada Ikhwan. Bukan apa, Hakimi tidak pernah melancong yang diurus oleh sendiri.

"Okaylah, esok pagi lepas subuh kita jumpa kat Komuter Padang Jawa." Ikhwan beri peringatan kepada Hakimi.
"Nanti kau minta tolong kawan kau hantarkan ke?" Hakimi bertanya pada Ikhwan untuk kepastian.
"Yup, kita jumpa sana esok. Aku balik dulu lah." Balas Ikhwan. Ikhwan tinggal di Kolej Jati, asrama kepada pelajar lelaki UiTM. Dia kena balik sebelum pukul 12 malam, kalau tak nanti nama kena ambil oleh pak guard. Kononnya nak bagi ke pihak atasan supaya nama-nama tersebut tidak diberi tempat dalam Kolej Jati itu lagi.

_________________________________________________________________________________

"Esok pagi, Bee tolong hantar Sayang kat komuter yeh?" Hakimi meminta tolong kepada Hajar, awek dia sejak mereka belajar di Polisas, Kuantan lagi.
"Yela, nanti kejutlah awal-awal. Pukul berapa esok?" Pertanyaan oleh Hajar memceritakan segalanya kepada Hakimi. Dia sebenarnya ingin ikut sama tetapi Hakimi tidak ajak dia langsung. Sedih juga hati dia.

Bukan Hakimi tidak tahu yang Hajar sedih tetapi dia tidak ingin melihat Hajar kesusahan ketika berada di atas sana nanti. Cadangan Ikhwan untuk tidur kat mana-mana itu yang membuatkan dia tidak mengajak Hajar bersama. Puas juga Hakimi cuba memujuk Hajar untuk memahami situasi dia ketika itu.

"Lepas subuh, sayang kejut Bee tau nanti. Jangan tak bangun pula." Balas Hakimi.
"Dah la, Sayang tidurlah, Kang pagi esok dia yang tak bangun pulak." Tak pasal-pasal Hakimi dimarahi Hajar.
"Errm, yelah. Nite."

Hakimi cuba melelapkan matanya tetapi gagal. Semua berpunca dari beberapa perkara. Tentang aweknya yang tidak dapat ikut bersama. Perasaan teruja untuk pergi bercuti di Cameron Highlands lagilah tak dapat dibendung. Cuma, yang paling Hakimi risau ialah mampukan dia menghabiskan perjalanannya di sana nanti.

Tanpa disedari, Hakimi berdengkur ditemani bunyi bising rakan rumahnya. Orang bujang memang pada waktu malam baru menjadi hantu.

Bersambung di Bab 2

Rancangan Gila : Bab Satu




Aku merenung wajah itu. Wajah yang telah menggampangkan hidup aku. Ya! Wajah itu! Tidak! Aku tak boleh berbuat jahat! Aku harus belajar memaafkan orang yang telah menyakiti aku. TIDAK! Mana mungkin kau aku maafkan setelah apa yang telah kau lakukan. Kau tidak layak mendapatkan walau secebis kemaafan dari aku. Ya, aku akan membalas dendam untuk setiap perbuatan kau kerana menyakiti aku untuk sekian lama.

"Hahaha." Gelak aku sendirian setelah aku merangka sebuah rancangan gila yang bakal membuatkan teman serumahku menyesal seumur hidup kerana menyakiti aku. Setelah syaitan menguasai diri, tiada apa yang dapat dilakukan.

"Hoi Rin! Kau kenapa gelak sorang-sorang macam orang gila ni? Dah hilang akal?" jerit Zira kepada aku selepas melihat aku tergelak sendirian.

"Bukan urusan kaulah, sibuk je"Jawab aku seringkas mungkin lalu aku mengangkat kaki melangkah ke bilik. Tidak mahu aku mengadap wajah itu. Makin lama, makin panas hati aku melihat dia.

Sudah lama aku berdendam dengan minah gampang itu. Semuanya berpunca dari dia. Sejak aku mula menjejakkan kaki ke dalam Universiti Hanya Untuk Bumi (UHUB), Shah Alam ini, tidak pernah sekalipun dia tidak mencari pasal dengan aku. Bayangkan, untuk hal yang sekecil-kecil semut pun boleh menjadi sebab untuk mencari pasal. Pernah satu ketika, dia menghasut rakan-rakan lain untuk membenci aku hanya disebabkan aku tidak mengajak dia berkelah sekali.

Kesannya, lama juga aku tidak bertegur sapa dengan rakan-rakan yang lain. Nasib baik ada dua rakan iaitu Nina dan Diman, yang tidak termakan hasutan syaitan bertopengkan minah gampang itu. Dan dengan rakan aku yang berdua itu jugalah aku merangka rancangan gila aku itu.

Aku mendapatkan telefon bimbit berjenama CSL aku yang pernah dikutukan oleh minah gampang itu. Aku mendailkan rakan aku, Diman untuk kepastian mengenai rancangan gila itu.

Toot, toot, toot, tooot......kecakk.
"Hello, ini Diman jejaka kacak bercakap, Siapa di sana?" Jawab Diman dalam gurauan yang tak pernah habis.
"Hello Diman, ini akulah Hairin. Kacaklah sangat kau itu kan." Balas aku dengan serius.
"Aku tahu la itu kau, sebab tu aku kata macam tu. Kot-kot terlekat kau minat kat aku." Sambung Diman mengayat aku. Masa itu aku tahu yang Diman minat pada aku tetapi aku takkan layan semua itu selagi dendam aku tidak terbalas.

"Aku nak tanya kau pasal rancangan gila kita tu, jadi tak kita nak buat?" Tanya aku kepada Diman.
"Owh, ermm, tentang itu, aku dah settlekan semua. Tunggu kau dengan Nina jela." Jawab Diman.

"Kalau macam tu, kita start rancangan tu dua hari lagi. Kau pastikan rancangan kita berjalan dengan lancar. Semua kelengkapan cukup. Jangan ada yang menghalang kerja ni. Aku nak sialan tu terima balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat pada aku." Serius jawapan aku pada Diman dan talianku putuskan.

"Dendam aku pada kau hanya akan terpadam setelah rancangan ini berjaya." Senyuman terukir di wajah aku yang sedang memikirkan dendam aku akan terurai tidak lama lagi.

"Nina, Diman, maafkan aku kerana melibatkan kamu berdua dalam rancangan gila aku, tapi tanpa kamu berdua pasti rancangan ini akan gagal." Ucap aku sendirian.

Sambungan di Bab Dua

Nukilan Bersama miss_sho

Hanyut : Lift - Episod 4

Episod 3

url: walletmerah.blogspot.com
blog: aku berbisik
entri: 33#lift

Salam jumaat semua. Harap jumaat kali ini lebih baik daripada jumaat yang sebelumnya. Wah dah macam seharum kurma pulak. Haha!

Ada berita baik ngan berita buruk hari ni aku nak bagi tahu kat korang. Ye berita baiknya aku dah jumpa bos hari ni, dan dia pun dah bagi aku kerja yang bertimbun. Korang mesti nak tahu hensem ke tak kan. Jawapannye biarlah rahsia. Muahaha. Bukana apa, aku dah malas nak menilai kehanseman seseorang tu daripada sudut fizikal semata-mata. Kali ni aku nak menilai kehenseman bos aku dari sudut luar dan dalam. Maknanya aku perlukan sedikit masa untuk menilai kehenseman bos aku boleh?haha.

Berita buruk hari ni, sekali lagi aku datang lewat ke tempat kerja. Tak payah nak banyak alasan, aku pagi tadi bangun lewat. Macam ini lah aku, asal hari jumaat jer mood mls membuak-buak. Asal malas membuak-buak jer hari jumaat. Muahaha. Tapi sebenarnya sempat jer aku gi tempat kerja tadi. Ini semua salah mamat tu!. Geram betul dibuatnya. Padahal aku dah terjerit terlolong la semata-mata minta dia tolong tahan lift tu. Korang tahu, dia buat bodoh jer. Sengaja tak tekan butang lift tu bagi buka. Sempat jeling lagi. tu yang aku sakit hati tu.

Lepas tu kat pejabat pun macam tu gak, kene tinggal lift. Tapi aku hilang sabar betul kali ni. Mana taknya mamat yang tinggal kan aku kat umah tadi pun ade kat pejabat tu jugak. Dan sekali lagi dier tinggal kan aku sambil akan kening. Pedih-pedih. Satu badan panas jer tadi. Memang kalau aku jumpa mamat tu nanti aku nak patah-patahkan jari dia yang malas nak tekan button lift tu. Huh.

Masa kat meja aku tu, aku bebel la sorang-sorang pasal mamat durjana tu. Tub, tub akak depan aku ni kata bos aku masuk kerja hari ni. Akak tu sambung lagi bos suruh aku masuk bilik dier. Aku pun apa lagi, dan-dan ambil cermin tengok mekap muka, tarik nafas panjang dan melangkah menuju ke bilik bos macam miss universe gitu. Padahal pakai kemeja dengan jeans je hari ini.

Korang tahu alangkah terkejutnya aku bila aku pandang bos aku tu. Rasa nak jerit jer. Mana taknya, mamat yang tinggal kan aku 2 kali kat lift itu ialah bos aku. Bila aku buat muka blur, bos tu boleh cakap

“Eh, muka awak familiar lah. Kita pernah jumpa ke?”  Masa dia cakap macam tu, aku rasa nak tarik jer telinga dia. Geram betul aku kalau orang buat-buat tak kenal ni.

Itu satu hal, yang satu hal lagi ni aku geram sangat dia sengaja buat aku tertunggu-tunggu. Maksud aku, yela aku kan pekerja baru. So aku tak nak la ketuk pintu lepas tu terus duduk kat kerusi tu. Rasa macam tak sopan pulak kan. Jadi aku berdiri lah dengan harapan dia benarkan aku duduk. Tapi haram, harapan tinggal harapan.

Dekat 15 minit gak la aku berdiri tunggu dia suruh duduk. Aku masa tu memang dah cakap dalam hati, lagi berapa minit dia tak suruh aku duduk, aku blah dari situ. Peduli apa aku! Yela tak kan aku nak tercegat depan meja dia 24 jam kan sedangkan dia tengah sibuk buat kerja. Ntah-ntah buka Facebook. Poyo konon-konon sibuk sangat.

“Eh, yang awak tercegat kat depan ni buat apa? Duduklah” Kata Bos aku.

Kau tengok ayat dia. Macam haramkan? Haish bos, nasib kau bos. Sabar Yaya sabar, aku tarik nafas dalam-dalam. Bos ambil file aku, dia baca sekejap. Tanya aku dengan siapa aku kene interview bagai, tub- tub dia tanya semua staff dah kenal aku ke belum. Tentulah aku cakap tak kan. Yela aku rasa, aku rapat ngan kak anis jer. buat masa ni la. Yang lain belum lagi. Yang lain tu dah berumur sikit, jadi dorang lebih banyak bergosip kan. Aku mana join sangat benda-benda macam tu.

“Kalau macam tu, saya nak awak perkenalkan diri awak dekat staff lain dari bilik saya. Dengan kuat." Arahan pertama daripada bos aku.
“Sekarang ke bos?” aku tanya.

Dia angguk sambil buat kerja. Dalam hati aku masa tu, bos ni memang nak maut ngan aku hari ni. Tapi bos memang silap orang la suruh aku buat macam itu kan. Datang gila aku, aku ambil kerusi bos bawa kat depan pintu bilik dia, lepas tu aku berdiri sambil tangan kat dalam poket tak buka kasut. Aku pun perkenalkan diri aku dalam bahasa orang putih dengan gaya aku. Padahal bos tak suruh pun aku speaking, tapi aku sengaja jer. Saja nak bagi tahu, aku ni bukan jahil sangat, walau tak belajar tinggi-tinggi. 
                
“Suraya, awak keluar nanti tolong panggil Kak Jue.” Arahan kedua daripada bos.

Korang mesti ingat bos marah aku, betul tak? Tiada maknanya, sibuk sangat dengan kerja dia tu. Tak herannya dia aku berdiri atas kerusi dia. Lama jugak aku kat dalam bilik dia. Banyak jugak dia terang kat aku. Itu ini itu ini. Entah aku faham tak, aku pun tak tahu. Aku memanjang jer angguk. Haha.

Tapikan, dah lama-lama tu hilang marah pulak tengok bos aku tu. Aku pun tak tahu kenapa. Tengok mata dia macam rasa kesian membuak-buak. Aku tak tahu kenapa aku tengok dia dengan perasaan simpati. Mungkin sebab rupa dia kot. Ntah la aku tengok dia macam hensem tapi macam tak..haha. mana taknya muka dia penuh jambang, mata dia redup jer. Cakap pun slow-slow gitu. Aku nak cerita pun payahlah. Tapi yang best time dia panggil nama aku. Korang tahu kan aku tak suka orang panggil aku dengan nama suraya. Tapi entah kenapa, aku boleh terima  dia panggil aku dengan nama tu. Tiba- tiba teringat kat arwah ayah plak.huh. Tak suka betul perasaan ni.

Apa aku merepek pun aku tak tahu. Dah lewat ni. Esok nak balik kampung makan durian. Haha. Aku tidur dulu.

Babai.

Episod 5

KL Bakar (Episod 1)

“Barua masam betul ketiak kau ni.”

“Haram jadah sungguh, panas la hari ini gila! Dah la bejalan kaki dari Low Yat tadi macam haram punya sesak dengan ramai orang. “

Lia merungut kepada Ani perihal bau ketiak Ani yang masam menusuk hidungnya. Bau masam itu tidaklah semasam mana, tapi bagi kaum hawa yang pentingkan kecantikan dan kebersihan, sedikit bau sahaja sudah mengganggu environment mereka.

Panas. Ibukota Malaysia, Kuala Lumpur mencatatkan suhu yang agak tinggi 36 darjah selsius bagi dua tiga hari kebelakangan ini. Kesan dari rumah hijau justeru meningkatkan lagi kepanasan serantau (baca global warming). Kuala Lumpur juga tidak terlepas dari pembalasan alam akibat kerakusan manusia di bumi sendiri. Dua sekawan itu, baru sahaja sampai ke restoran makanan segera Mc Donals di Bukit Bintang selepas mengharungi terik matahari dari pusat membeli belah barangan elektronik Low Yat plaza. Asalnya Lia mencadangkan supaya menaiki kereta sahaja untuk ke restoran tersebut. Namun dibantah Ani yang mana mahu berjalan kaki – mahu eksersise katanya setelah sekian lama tidak berjogging akibat kecederaan tulang tendon jatuh dari bukit Tabur tempoh hari.

“Lega betul dapat duduk bawah air-cond”
“Tahu xpe! Kau lah, terhegeh-hegeh sangat kononyer nak eksersise la sangat kan. Kan dah berpeluh-peluh. Siap basah ketiak lagi. Haha.”
“Babi! Jangan cakap kuat sangat, malulah aku dengan mamat sebelah ni”. - Ani merujuk kepada seorang pemuda yang berseorangan yang kelihatan agak sasa badanya. Mungkin atlet rowing barangkali.

“Hey, aku takut bila mamat tu bau something masam kat ketiak kau, on the spot dia reject kau. Hahaha..” Berderai ketawa dua sekawan itu di ruangan atas restoran makanan segera tersebut.  

Setelah seketika duduk, Ani bangun untuk beratur ke kaunter pembelian bagi membeli Double Cheese Burger untuknya, manakala Mega Mac untuk Lia rakanya itu. Ani sudah faham dengan selera makan Lia yang agak jauh panggang dari api dengan bentuk badanya yang kecil, tetapi memiliki selera seperti gadis yang mengidap obesiti. Kelihatan agak ramai remaja sekolah yang turut serta singgah ke restoran makanan segera tersebut. Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat. Dari imej K-Pop sehinggalah imej bertudung labuh. Barangkali baru pertama kali sampai ke Kuala Lumpur lalu tidak tahu hendak kemana dituju. Yang hanya difikiran adalah Bukit Bintang. Mungkin selepas dua tiga bulan imej bertudung labuh remaja itu bakal digantikan dengan fesyen hijabnista barangkali. Selesai seorang, seorang pula memberikan order kepada si pengambil order. Kitaran tugasan yang tidak berubah dari sebulan ke sebulan membuatkan si pengambil order berkebolehan senyum, mendengar order sambil menekan punat-punat di mesin order tanpa melihat. Sudah begitu cekap sekali.

Tiba giliran Ani untuk memesan makanan.

“Hai Selamat tengahari, makan sini ataw bawa pulang?”
“Hai, umm..saya makan sini jer”
“Okay, makan ape..?”
“Umm..bagi set regular Double Cheese Burger dengan Mega Mac”
“Air..? Coke?”
“Ok, air saya nak Milo dengan..umm, jap yer”

Ani memalingkan muka ke belakang dengan harapan Lia akan menoleh kearahnya. Ani terlupa untuk bertanyakan minuman yang dimahukan Lia sebelum pergi beratur untuk memesan makanan. Malangnya Lia tengah asyik dengan Ipadnya yang baru dibeli sebentar tadi. Sedikitpun tidak diendahkanya kepada Ani. Lalu Ani mengelui Lia dengan memanggil namanya beberapa kali.

“Lia..! Lia..!”

Lia tidak perasan dengan panggilan dari Ani. Justeru Ani memberitahu si pengambil order untuk tunggu sebentar sementara Ani mahu pergi ke meja Lia untuk bertanyakan tentang minumanya. Terdengar rungutan dari pelanggan yang beratur akibat daripada kelewatan yang terjadi.

Sedang beberapa langkah Ani hendak ke meja Lia. Dengan tidak semengena..BOOMM!! Satu letupan kuat berbunyi menyebabkan Ani terpelanting sehingga ke meja Lia. Keadaan di restoran makanan segera menjadi kelam kabut. Remaja sekolah lari bertempiaran. Tidak kurang pula yang sedang menadah tangan berdoa supa keadaan menjadi tenang. Abis kerusi meja bersepah di ruangan restoran tersebut. Kedengaran bunyi tangisan anak kecil dan suara meminta tolong. Cermin kaca bertaburan sehingga ke luar restoran.

“Wei, wei..apa jadi ni?”
“Kau tanya aku, mana aku tau!”
“Jom..jom..bangun, kita blah dari tempat ni..tempat ni nak terbakar ni gila!”

Ani yang sedari tadi terbaring dilantai bingkas bangun untuk keluar dari restoran tersebut. Calar-calar di tapak tangan diendahkan berikutan kekalutan yang terjadi. Ani dan Lia harus segera keluar dari restoran tersebut sebelum terdapat sebarang letupan yang mungkin akan menyusul lagi. Namun harapan mereka untuk keluar dari restoran tersebut kelihatan agak sukar kerana tangga yang menghubungkan tingkat atas dan bawah sedang marak dimakan api. Begitu cepat api menyambar tangga tersebut sehingga hampir keseluruhan kayu pelapik dibahagian atas sudah terbakar hangus.

Satu jalan shaja yang tinggal adalah dengan melompat ke bawah menerusi tingkap kaca yang mana cerminya telah pecah sebentar tadi.

“Wei, kita lompat boleh? Bontot kau yang injured haritu dah ok kan?”
“Ah, kita lompat jerlah..ok ke tak ok ke, aku nak lompat jugak dari hangus kat atas ni!”

Persetujuan dicapai, mahu tak mahu, harus juga melompat untuk ketingkat bawah seterusnya keluar dari restoran tersebut. Tangan mereka berdua saling berpegangan. Rasa sedikit cuak mula timbul walaupun tinggi tingkat atas ke bawah hanyalah 4 meter. Bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti lasak, mungkin ini adalah satu cabaran yang besar. Barangkali ya, mungkin jika tersilap mendarat, kaki boleh terkehel mahupun patah.

“Ok, satu..dua..tiga, lompat!” booommm!!

Seraya mereka berdua lompat, satu letupan sekali lagi kedengaran dari tingkat atas. Namum tindakan pantas mereka dengan mengambil keputusan untuk melompat dari tingkat atas telah menyelamatkan mereka berdua dari hangus disambar api. Setelah berjaya melompat kebawah, dua sekawan itu lega kerana mereka telah terselamat dari musibah yang menimpa.  Dari rancangan untuk menikmati hidangan Mc Donalds telah berubah menjadi seperti aktiviti lasak di musim cuti.

“Lia, cuba kau tengok depan tu..”

Jangkaan mereka meleset sama sekali, terlepas satu bahana, bahana lain pula yang muncul. Monorail yang terjatuh dari landasan terbakar. Kelihatan mayat bergelimpangan sambil beberapa orang yang sedang nazak. Kenderaan terbabas ke tepi jalan, terbakar juga. Kedengaran siren bomba entah dari mana sedang bergegas entah ke mana. Orang ramai lari bertempiaran kesana kemari. Pokok-pokok disekitar jalan Tun Abdul Razak terbakar dengan api yang marak. Beberapa manusia terbaring sambil diberikan rawatan oleh entah siapa-siapa akibat kulit melecur dengan teruk. Traffic light meletup, bangunan-bangunan terbakar, pokok-pokok terbakar, kenderaan terbakar. Semuanya terbakar. Kuala Lumpur terbakar barangkali.

Bersambung.
Episod 2

Hanyut : Hari Khamis - Episod 3

Episdo 2

url: walletmerah.blogspot.com
blog: aku berbisik
entri: 32#hari khamis

Hari ni hari khamis. Dah 4 hari bos tidak masuk ke tempat kerja. Aku dah mula rasa bosan. Semangat nak jumpa bos pun dah hanyut. Orang kata menunggu itu satu penyeksaan. Jadi mulai hari ni aku dah malas nak ambil tahu pasal bos. Masalah jugak kalau dah kerja tapi tiada kerja. Lagi masalah dah ada kerja tapi tak reti buat kerja. Itulah sikap manusia termasuk aku, tak pernah berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang telah tuhan berikan. Kali ini walaupun aku tak suka, aku terpaksa kayuh juga.

Aku dah janji dengan emak untuk tak berhenti kerja lagi. Sepanjang hidup, aku tengok dia tak pernah berehat untuk tidak mencari duit. Pada bulan puasa pun dia masih berniaga. Bahkan lagi kuat bekerja semata-mata bagi memastikan kami dapat menyambut hari lebaran dengan meriah. Aku masih ingat lagi kata-katanya. Emak kata, dia tidak mahu berniaga pada ramadhan akan datang. Katanya lagi, kali ini dia ingin solat tarawih sahaja. Memang benar, sudah lama emak tidak bertarawih di surau. Kali terakhir mungkin pada masa abahku masih ada.

Oleh hal yang demikian, pada tahun ini aku berazam untuk bekerja bersungguh-sungguh dan tidak mahu berhenti kerja lagi. Dapat gaji bulan ini akan ku simpan separuh untuk bulan puasa nanti. Begitu jugak la untuk bulan yang berikutnya. Biarlah orang kata aku kedekut. Janji aku dapat tolong emak. Ya Allah kau murahkan lah rezeki keluarga ku. Amin.

0wh ya, petang tadi lepas balik kerja aku lihat kereta buruk hijau tu masih belum dibaiki  lagi . Padan muka dia. Mesti dia nak pergi kerja pagi tadi tak dapat dan terpaksa naik bas. Lepas itu mesti lambat dan kene marah. Tunggu gaji la tu baru nak baiki.  Muahahaha! Puas hati aku. Siapa sakitkan hati aku, terimalah balasannya.

                                                                                                                                                                     

Belum sempat Yaya menyusun kata- kata terakhir pada blognya, tiba-tiba.

“Yaya!” ibunya memanggilnya.
“Ye mak!” Yaya menyahut. Kali ini dia lebih cepat menyahut dan bangun mendapatkan ibunya tanpa keluh kesah.
“Ada apa mak?” sambil Yaya menutup pintu biliknya. Matanya memandang tepat wajah ibunya yang sibuk melipat kain di atas kerusi kayu usang.
“Mak Su kau telefon ni hah..”
“Bila dia telefon?” sambil Yaya duduk berhampiran dengan ibunya.
“Baru sekejap tadi hah. dia bagi tahu, durian dah gugur. Kalau nak makan, datanglah.”
“Yeke, banyak ke mak?”
“Tak banyak katanya, daripada 6 pokok 3 jer yang menjadi.”
“Banyak la tu mak.”
"Ahh kau, memang la banyak tapi banyak juga saudara Pak Su kau tu. Kalau lambat pergi, habis juga durian tu nanti” Balas ibunya lagi.

Yaya terdiam seketika. Terus memandang ibunya. Yaya sedar akan kemahuan ibunyanya itu. ibunya amat suka makan buah durian. Begitu juga adiknya.

“Sabtu ni kau cutikan? Kau hantar emak pergi umah Mak su kau.” Pinta ibunya.
“Yelah orang hantar.” Balas yaya. Yaya akur dengan permintaan ibunya. Mata Yaya tetap menonton televisyen sambil fikirannya menjengah kampung halaman mak su. Memang benar, sudah lama dia sekeluarga tidak melawat Mak Sunya itu. 

Episod 4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...