Hanyut : Milah - Episod 5

Episod 4


Bunyi telefon kedengaran di ruang tamu rumah Mak Su. Itu adalah nada dering telefon Yaya. Ain sepupu Yaya yang sedang menyapu, lekas- lekas mendapatkan Yaya di dapur yang sedang makan durian. Ain muda dua tahun dari Yaya dan kini sedang bercuti semesta. Ain tidak seperti Yaya, cekap mengemas. Malah rajin menolong ibunya di dapur. Ibu yaya  sering membandingkan anaknya dengan Ain. Yaya tidak suka dibanding-bandingkan. Setiap kali dia dibandingkan, Yaya akan bergaduh dengan ibunya.

“Siapa yang call, Ain?” Yaya ingin dapatkan kepastian daripada sepupunya itu. Ain hanya menggelengkan kepala sahaja.
“Hello?” Yaya menjawab telefon yang diberikan oleh Ain.
“Waalaikumsalam, siapa ni?” Tanya Yaya kepada pemanggil tadi.
“oii kau Milah rupanya?! Kau pakai telefon siapa pulak ni?” Sambung Yaya.
“ohh kat kampung. Aku pun kat sini jugak ni.” Makin rancak Yaya bercakap.
“Aku balik lepas magrib kot, tak tahu la mak aku. Wei, meh la lepak sini makan durian!” Ajak Yaya kepada Milah.
“Ok, ok, kau tunggu datang ambil kau. Kalau aku datang, kau tak siap lagi lebam bijik mata kau!” Yaya ketawa.   

"Siapa call tu, Yaya?" tanya ibunya.
"Milah mak. katanya dia tengah cuti." Jawab Yaya ringkas.
"Eh, kebetulan pula. Dia pun ada dikampungkan" balas ibunya.
"kita orang kan serasi mak. Mak, Yaya pergi dulu ya. Nak ambil Milah sekejap." Yaya memberitahu kepada ibunya.
"Yaya ke mana Mak Tam?" tanya Ain pula kepada ibu Yaya.

Dekat setahun Yaya tidak bertemu Milah. Kali terakhir ketika dia dan kawan- kawannya yang lain keluar bersama- sama. Mereka keluar sebelum masing-masing mendapat tawaran belajar.

Walaupun tidak berjumpa, mereka kerap berhubung melalui telefon ataupun facebook. Milah merupakan kawan rapatnya sejak tingkatan 2. Mereka mula kenal antara satu sama lain ketika menghadiri kelas komputer di sekolah. Pada masa itu setiap pelajar wajib menghadiri kelas komputer. Kebetulan rumah Milah tinggal dikawasan perumahan yang sama dengan Yaya. Cuma Milah tinggal di blok F manakala Yaya di blok D.

Sejak dari itu, mereka mula pergi ke kelas komputer bersama- sama. Dari situ lah mereka mulai rapat.

Masih segar diingatan Yaya, setiap pagi Milah pasti membebel. Yaya selalu lewat untuk ke sekolah. Milah bertambah marah apabila Yaya selalu tinggalkan Milah jika dia lewat ke sekolah. Begitulah ragam mereka pagi- pagi.

Pin..pin..
Yaya membunyikan hon tanda dia telah tiba di hadapan rumah nenek Milah.

"Yaya kau tak nak masuk dulu ke?" Ajak Milah.
"Tak payah la, balik karang je la aku laga-laga pipi dengan nenek kau." balas Yaya sambil tersengih menampakkan giginya.
"ceit! Tak mandi lagi lettew."
"kau paham-paham jer kan" sambil Yaya ketawa. Diikuti dengan Milah yang sedang memasuki kereta Yaya.

 Episod 6

p/s: maaf kerana sudah lama tidak update cerita ni gara2 sibuk prektikal. haha.(alasan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...