Hanyut : Lift - Episod 4

Episod 3

url: walletmerah.blogspot.com
blog: aku berbisik
entri: 33#lift

Salam jumaat semua. Harap jumaat kali ini lebih baik daripada jumaat yang sebelumnya. Wah dah macam seharum kurma pulak. Haha!

Ada berita baik ngan berita buruk hari ni aku nak bagi tahu kat korang. Ye berita baiknya aku dah jumpa bos hari ni, dan dia pun dah bagi aku kerja yang bertimbun. Korang mesti nak tahu hensem ke tak kan. Jawapannye biarlah rahsia. Muahaha. Bukana apa, aku dah malas nak menilai kehanseman seseorang tu daripada sudut fizikal semata-mata. Kali ni aku nak menilai kehenseman bos aku dari sudut luar dan dalam. Maknanya aku perlukan sedikit masa untuk menilai kehenseman bos aku boleh?haha.

Berita buruk hari ni, sekali lagi aku datang lewat ke tempat kerja. Tak payah nak banyak alasan, aku pagi tadi bangun lewat. Macam ini lah aku, asal hari jumaat jer mood mls membuak-buak. Asal malas membuak-buak jer hari jumaat. Muahaha. Tapi sebenarnya sempat jer aku gi tempat kerja tadi. Ini semua salah mamat tu!. Geram betul dibuatnya. Padahal aku dah terjerit terlolong la semata-mata minta dia tolong tahan lift tu. Korang tahu, dia buat bodoh jer. Sengaja tak tekan butang lift tu bagi buka. Sempat jeling lagi. tu yang aku sakit hati tu.

Lepas tu kat pejabat pun macam tu gak, kene tinggal lift. Tapi aku hilang sabar betul kali ni. Mana taknya mamat yang tinggal kan aku kat umah tadi pun ade kat pejabat tu jugak. Dan sekali lagi dier tinggal kan aku sambil akan kening. Pedih-pedih. Satu badan panas jer tadi. Memang kalau aku jumpa mamat tu nanti aku nak patah-patahkan jari dia yang malas nak tekan button lift tu. Huh.

Masa kat meja aku tu, aku bebel la sorang-sorang pasal mamat durjana tu. Tub, tub akak depan aku ni kata bos aku masuk kerja hari ni. Akak tu sambung lagi bos suruh aku masuk bilik dier. Aku pun apa lagi, dan-dan ambil cermin tengok mekap muka, tarik nafas panjang dan melangkah menuju ke bilik bos macam miss universe gitu. Padahal pakai kemeja dengan jeans je hari ini.

Korang tahu alangkah terkejutnya aku bila aku pandang bos aku tu. Rasa nak jerit jer. Mana taknya, mamat yang tinggal kan aku 2 kali kat lift itu ialah bos aku. Bila aku buat muka blur, bos tu boleh cakap

“Eh, muka awak familiar lah. Kita pernah jumpa ke?”  Masa dia cakap macam tu, aku rasa nak tarik jer telinga dia. Geram betul aku kalau orang buat-buat tak kenal ni.

Itu satu hal, yang satu hal lagi ni aku geram sangat dia sengaja buat aku tertunggu-tunggu. Maksud aku, yela aku kan pekerja baru. So aku tak nak la ketuk pintu lepas tu terus duduk kat kerusi tu. Rasa macam tak sopan pulak kan. Jadi aku berdiri lah dengan harapan dia benarkan aku duduk. Tapi haram, harapan tinggal harapan.

Dekat 15 minit gak la aku berdiri tunggu dia suruh duduk. Aku masa tu memang dah cakap dalam hati, lagi berapa minit dia tak suruh aku duduk, aku blah dari situ. Peduli apa aku! Yela tak kan aku nak tercegat depan meja dia 24 jam kan sedangkan dia tengah sibuk buat kerja. Ntah-ntah buka Facebook. Poyo konon-konon sibuk sangat.

“Eh, yang awak tercegat kat depan ni buat apa? Duduklah” Kata Bos aku.

Kau tengok ayat dia. Macam haramkan? Haish bos, nasib kau bos. Sabar Yaya sabar, aku tarik nafas dalam-dalam. Bos ambil file aku, dia baca sekejap. Tanya aku dengan siapa aku kene interview bagai, tub- tub dia tanya semua staff dah kenal aku ke belum. Tentulah aku cakap tak kan. Yela aku rasa, aku rapat ngan kak anis jer. buat masa ni la. Yang lain belum lagi. Yang lain tu dah berumur sikit, jadi dorang lebih banyak bergosip kan. Aku mana join sangat benda-benda macam tu.

“Kalau macam tu, saya nak awak perkenalkan diri awak dekat staff lain dari bilik saya. Dengan kuat." Arahan pertama daripada bos aku.
“Sekarang ke bos?” aku tanya.

Dia angguk sambil buat kerja. Dalam hati aku masa tu, bos ni memang nak maut ngan aku hari ni. Tapi bos memang silap orang la suruh aku buat macam itu kan. Datang gila aku, aku ambil kerusi bos bawa kat depan pintu bilik dia, lepas tu aku berdiri sambil tangan kat dalam poket tak buka kasut. Aku pun perkenalkan diri aku dalam bahasa orang putih dengan gaya aku. Padahal bos tak suruh pun aku speaking, tapi aku sengaja jer. Saja nak bagi tahu, aku ni bukan jahil sangat, walau tak belajar tinggi-tinggi. 
                
“Suraya, awak keluar nanti tolong panggil Kak Jue.” Arahan kedua daripada bos.

Korang mesti ingat bos marah aku, betul tak? Tiada maknanya, sibuk sangat dengan kerja dia tu. Tak herannya dia aku berdiri atas kerusi dia. Lama jugak aku kat dalam bilik dia. Banyak jugak dia terang kat aku. Itu ini itu ini. Entah aku faham tak, aku pun tak tahu. Aku memanjang jer angguk. Haha.

Tapikan, dah lama-lama tu hilang marah pulak tengok bos aku tu. Aku pun tak tahu kenapa. Tengok mata dia macam rasa kesian membuak-buak. Aku tak tahu kenapa aku tengok dia dengan perasaan simpati. Mungkin sebab rupa dia kot. Ntah la aku tengok dia macam hensem tapi macam tak..haha. mana taknya muka dia penuh jambang, mata dia redup jer. Cakap pun slow-slow gitu. Aku nak cerita pun payahlah. Tapi yang best time dia panggil nama aku. Korang tahu kan aku tak suka orang panggil aku dengan nama suraya. Tapi entah kenapa, aku boleh terima  dia panggil aku dengan nama tu. Tiba- tiba teringat kat arwah ayah plak.huh. Tak suka betul perasaan ni.

Apa aku merepek pun aku tak tahu. Dah lewat ni. Esok nak balik kampung makan durian. Haha. Aku tidur dulu.

Babai.

Episod 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...