KL Bakar (Episod 1)

“Barua masam betul ketiak kau ni.”

“Haram jadah sungguh, panas la hari ini gila! Dah la bejalan kaki dari Low Yat tadi macam haram punya sesak dengan ramai orang. “

Lia merungut kepada Ani perihal bau ketiak Ani yang masam menusuk hidungnya. Bau masam itu tidaklah semasam mana, tapi bagi kaum hawa yang pentingkan kecantikan dan kebersihan, sedikit bau sahaja sudah mengganggu environment mereka.

Panas. Ibukota Malaysia, Kuala Lumpur mencatatkan suhu yang agak tinggi 36 darjah selsius bagi dua tiga hari kebelakangan ini. Kesan dari rumah hijau justeru meningkatkan lagi kepanasan serantau (baca global warming). Kuala Lumpur juga tidak terlepas dari pembalasan alam akibat kerakusan manusia di bumi sendiri. Dua sekawan itu, baru sahaja sampai ke restoran makanan segera Mc Donals di Bukit Bintang selepas mengharungi terik matahari dari pusat membeli belah barangan elektronik Low Yat plaza. Asalnya Lia mencadangkan supaya menaiki kereta sahaja untuk ke restoran tersebut. Namun dibantah Ani yang mana mahu berjalan kaki – mahu eksersise katanya setelah sekian lama tidak berjogging akibat kecederaan tulang tendon jatuh dari bukit Tabur tempoh hari.

“Lega betul dapat duduk bawah air-cond”
“Tahu xpe! Kau lah, terhegeh-hegeh sangat kononyer nak eksersise la sangat kan. Kan dah berpeluh-peluh. Siap basah ketiak lagi. Haha.”
“Babi! Jangan cakap kuat sangat, malulah aku dengan mamat sebelah ni”. - Ani merujuk kepada seorang pemuda yang berseorangan yang kelihatan agak sasa badanya. Mungkin atlet rowing barangkali.

“Hey, aku takut bila mamat tu bau something masam kat ketiak kau, on the spot dia reject kau. Hahaha..” Berderai ketawa dua sekawan itu di ruangan atas restoran makanan segera tersebut.  

Setelah seketika duduk, Ani bangun untuk beratur ke kaunter pembelian bagi membeli Double Cheese Burger untuknya, manakala Mega Mac untuk Lia rakanya itu. Ani sudah faham dengan selera makan Lia yang agak jauh panggang dari api dengan bentuk badanya yang kecil, tetapi memiliki selera seperti gadis yang mengidap obesiti. Kelihatan agak ramai remaja sekolah yang turut serta singgah ke restoran makanan segera tersebut. Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat. Dari imej K-Pop sehinggalah imej bertudung labuh. Barangkali baru pertama kali sampai ke Kuala Lumpur lalu tidak tahu hendak kemana dituju. Yang hanya difikiran adalah Bukit Bintang. Mungkin selepas dua tiga bulan imej bertudung labuh remaja itu bakal digantikan dengan fesyen hijabnista barangkali. Selesai seorang, seorang pula memberikan order kepada si pengambil order. Kitaran tugasan yang tidak berubah dari sebulan ke sebulan membuatkan si pengambil order berkebolehan senyum, mendengar order sambil menekan punat-punat di mesin order tanpa melihat. Sudah begitu cekap sekali.

Tiba giliran Ani untuk memesan makanan.

“Hai Selamat tengahari, makan sini ataw bawa pulang?”
“Hai, umm..saya makan sini jer”
“Okay, makan ape..?”
“Umm..bagi set regular Double Cheese Burger dengan Mega Mac”
“Air..? Coke?”
“Ok, air saya nak Milo dengan..umm, jap yer”

Ani memalingkan muka ke belakang dengan harapan Lia akan menoleh kearahnya. Ani terlupa untuk bertanyakan minuman yang dimahukan Lia sebelum pergi beratur untuk memesan makanan. Malangnya Lia tengah asyik dengan Ipadnya yang baru dibeli sebentar tadi. Sedikitpun tidak diendahkanya kepada Ani. Lalu Ani mengelui Lia dengan memanggil namanya beberapa kali.

“Lia..! Lia..!”

Lia tidak perasan dengan panggilan dari Ani. Justeru Ani memberitahu si pengambil order untuk tunggu sebentar sementara Ani mahu pergi ke meja Lia untuk bertanyakan tentang minumanya. Terdengar rungutan dari pelanggan yang beratur akibat daripada kelewatan yang terjadi.

Sedang beberapa langkah Ani hendak ke meja Lia. Dengan tidak semengena..BOOMM!! Satu letupan kuat berbunyi menyebabkan Ani terpelanting sehingga ke meja Lia. Keadaan di restoran makanan segera menjadi kelam kabut. Remaja sekolah lari bertempiaran. Tidak kurang pula yang sedang menadah tangan berdoa supa keadaan menjadi tenang. Abis kerusi meja bersepah di ruangan restoran tersebut. Kedengaran bunyi tangisan anak kecil dan suara meminta tolong. Cermin kaca bertaburan sehingga ke luar restoran.

“Wei, wei..apa jadi ni?”
“Kau tanya aku, mana aku tau!”
“Jom..jom..bangun, kita blah dari tempat ni..tempat ni nak terbakar ni gila!”

Ani yang sedari tadi terbaring dilantai bingkas bangun untuk keluar dari restoran tersebut. Calar-calar di tapak tangan diendahkan berikutan kekalutan yang terjadi. Ani dan Lia harus segera keluar dari restoran tersebut sebelum terdapat sebarang letupan yang mungkin akan menyusul lagi. Namun harapan mereka untuk keluar dari restoran tersebut kelihatan agak sukar kerana tangga yang menghubungkan tingkat atas dan bawah sedang marak dimakan api. Begitu cepat api menyambar tangga tersebut sehingga hampir keseluruhan kayu pelapik dibahagian atas sudah terbakar hangus.

Satu jalan shaja yang tinggal adalah dengan melompat ke bawah menerusi tingkap kaca yang mana cerminya telah pecah sebentar tadi.

“Wei, kita lompat boleh? Bontot kau yang injured haritu dah ok kan?”
“Ah, kita lompat jerlah..ok ke tak ok ke, aku nak lompat jugak dari hangus kat atas ni!”

Persetujuan dicapai, mahu tak mahu, harus juga melompat untuk ketingkat bawah seterusnya keluar dari restoran tersebut. Tangan mereka berdua saling berpegangan. Rasa sedikit cuak mula timbul walaupun tinggi tingkat atas ke bawah hanyalah 4 meter. Bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti lasak, mungkin ini adalah satu cabaran yang besar. Barangkali ya, mungkin jika tersilap mendarat, kaki boleh terkehel mahupun patah.

“Ok, satu..dua..tiga, lompat!” booommm!!

Seraya mereka berdua lompat, satu letupan sekali lagi kedengaran dari tingkat atas. Namum tindakan pantas mereka dengan mengambil keputusan untuk melompat dari tingkat atas telah menyelamatkan mereka berdua dari hangus disambar api. Setelah berjaya melompat kebawah, dua sekawan itu lega kerana mereka telah terselamat dari musibah yang menimpa.  Dari rancangan untuk menikmati hidangan Mc Donalds telah berubah menjadi seperti aktiviti lasak di musim cuti.

“Lia, cuba kau tengok depan tu..”

Jangkaan mereka meleset sama sekali, terlepas satu bahana, bahana lain pula yang muncul. Monorail yang terjatuh dari landasan terbakar. Kelihatan mayat bergelimpangan sambil beberapa orang yang sedang nazak. Kenderaan terbabas ke tepi jalan, terbakar juga. Kedengaran siren bomba entah dari mana sedang bergegas entah ke mana. Orang ramai lari bertempiaran kesana kemari. Pokok-pokok disekitar jalan Tun Abdul Razak terbakar dengan api yang marak. Beberapa manusia terbaring sambil diberikan rawatan oleh entah siapa-siapa akibat kulit melecur dengan teruk. Traffic light meletup, bangunan-bangunan terbakar, pokok-pokok terbakar, kenderaan terbakar. Semuanya terbakar. Kuala Lumpur terbakar barangkali.

Bersambung.
Episod 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...