Jumaat Yang Hingaq.


Amin......amin....

Aku tengok sebelah kanan aku. Amboi kemain kusyuk abang tu tadah tangan berdoa hah, ntah apa la besar sangat dosa dia, bisik hati aku. Aku tengok pula orang disebalah kiri aku. Aik, dah hilang. Panas na punggung dia duduk kat masjid ni lama-lama. Haish.. aku geleng kepala seorang-seorang.

Aku kembali menatap tangan lalu aku mohon keampunan pada yang maha esa. Sedang aku nak ambil mood macam abang yang sebelah tu, sedang molek pulak lipas lalu depan aku. Besar pulak tu. Aku tatap wajah beliau dengan rasa takut dan geli. Bercampur- campur. Beliau pula pandang aku dengan harapan aku boleh bagi dia Emma Maembong. Heh?. Beliau menghampiri aku. Aku tenung dengan tajam lalu mata aku bertukar ke mata sharinggan. Beliau tidak jadi menghampiri ku. Akibat takutkan kuasa susano aku yang akan aku jelmakan nanti, beliau telah menyorok di sebalik kain makmum di hadapan ku. Lalu hilang. Aku pula tersenyum nipis seorang diri.

Makmum di hadapan aku bangun dengan tiba- tiba. Itu telah aku duga. Lalu dia kibaskan kainnya dengan pantas. Itu jam kalo dia pakai seluar komfem dia dah tanggalkan kain dia. Suasana menjadi tegang apabila dia berlari- lari anak untuk keluar dari masjid. Akhirnya beliau telah jatuh ke tanah jua. Selang 4, 5 saat baru beliau bergerak semula. Aku yakin beliau telah pengsan akibat termasuk ke kawasan larangan. Pasti beliau hairan mana datang hutan rimba tiba-tiba.

Beliau sedaya upaya untuk bangun semula selepas jatuh terlentang. Aku tengok brader gemok yang berhampiran dengannya masih tak perasan akan kehadiran beliau. Dalam hati aku masa tu brader ni gerenti cabut kalau beliau berjaya bangun. Biar brader gemok tu berjuta juta kali besar dari beliau, kalau diberi lipas pada Sazali Samad si jaguh bina badan pun mesti dia takut jugak. tak dapat aku bayangkan cam mana roman Sazali Samad kalo terserempak dengan beliau.

Satu, dua, tiga, bangun. Beliau akhirnya berjaya menterbalikkan dirinya. Lalu hilang dari pandangan ku. "Ayah lipas!" budak di sebelah kanan brader gemok menuding jarinya itu kepada ayahnya. Brader gemok yang sedang menopang dagu dengan tangan kanannya bingkas bangun dan mengibas- ngibas kainnya lalu beliau tercampak ke seberang pula. Dengan penuh terkejut pakcik itu mengibas beliau yang berada pada bahunya lalu bangun. Servis bertukar tangan sehingga semua makmum berdiri dan keluar dari masjid. Termasuk aku. Suasana menjadi hingar seketika. Dan beliau hilang ntah kemana.

Makmum di ruang solat utama tidak tahu akan hal yang kecoh itu. Habis solat jumaat, Pak imam tanya aku

"Awat yang hingaq tadi tu?"
"Lipas imam." Balas aku spontan.
"Lipas pun takut?" Imam geleng kepala. Macam power jer orang tua ni bisik hati aku.
"Imam lipas!" Aku buat muka panik sambil jari telunjuk aku tersembul keluar.
"Opocot mak kau!"

Aku blah dengan puas hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...