SePena Raya

Se Pena Raya bermaksud Sekumpulan Penulis yang ramai. Ibarat gathering Hari Raya. Ramai bukan? Baru ditubuhkan pada 09/05/2012 yang mana ditimbulkan oleh dua rakan yang agak baik ketika sedang minum di sebuah kedai di Wisma Mais, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Apakah yang diimpikan oleh kedua insan tersebut?

Mengumpulkan beberapa rakan mereka untuk menulis cerita pendek atau dalam bahasa sastera dikenali sebagai cerpen, cerita bersiri, novel atau apa-apa bentuk cerita yang mana tidak berpeluang menunjukkan bakat masing-masing di dalam bidang penulisan sebelum ini akibat kekangan daripada pelbagai pihak. Di sini, penalis akan diberi segala kebebasan untuk menggunakan kepala otak masing-masing untuk menunjukkan bakat penulisan yang terpendam.

Blog ini juga tidak akan menutup kebebasan penalis dengan memberi tema, penalis boleh menulis dalam apa sahaja bentuk menggunakan kekreatifan diri sendiri di sini dalam apa sahaja tema yang bersesuaian dengan diri penalis sendiri.

Malahan blog ini akan memberi ruang kepada penalis-penalis yang ingin mencuba atau baru untuk menggunakan ruang ini dengan sebaik-baiknya. Sesiapa yang berminat untuk menulis dalam blog ini, sila kemukan permintaan anda di ruang komen, sebarang jawapan akan diberikan setelah beberapa ahli panel berbincang. Cuma, diharapkan setelah mendapat peluang ini, gunakannya dengan sebaik yang mungkin. Orang kata memang susah ingin menulis cerita tetapi jika tidak mencuba langsung dengan perkataan yang pertama, akan tamatkan cerita kita?

Impian yang paling tinggi bagi kedua insan itu ialah dapat menerbitkan mana-mana idea di dalam blog ini dan membawa penalis ke pentas yang lebih besar lagi.

Mungkinkah? Masa akan menentukan segala dengan usaha dan tawakal kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...