Monolog Aku untuk Kau

Dah lama aku tak mandikan badan kau. Dulu lepas sekolah tiap-tiap mingu aku mandikan kau. Bila aku ke Kuantan, kau seperti merajuk. Kau ikut kakak aku ke Skudai. Aku sedih tapi aku tetap tabah.

Lepas tu, kau ada juga ikut aku ke kuantan tapi kau seperti tidak suka sahaja. Aku biarkan kau. Aku hantar kau ke Kota Bharu. Kau dipaksa ke kebun bersama abah aku. Dibiarkan kotor. Aku sedih tapi terpaksa membiarkan kau begitu. Aku tidak punya masa mandikan kau.

Malahan ketika aku berada di Shah Alam, aku dapat berita kau ke Dungun pula bersama adik aku. Bagaimanalah dia menjaga kau. Tapi aku tetap tidak buat apa-apa kerana kau jauh dari aku.

Bila aku telah lama di Shah Alam, aku baru dapat membawa kau. Tetapi bukan aku tidak ingin memandikan kau tetapi payah. Aku terpaksa membiarkan tangan-tangan bangla menyentuh kau. Aku pasrah. Terpaksa. Maafkan aku.

Setelah sekian lama, aku akhirnya dapat memandikan kau sendiri. Aku simbah air di seluruh badan kau. Membasahi sehingga ke celah-celah yang payah dilihat. Kemudian aku mengambil sabun dan membasuh kau. Dari atas kepala, ke mata, ke badan kau, punggung kau.

Aku penat tetapi aku gagahi juga demi kau. Aku simbah kembali air membasahi kau. Aku mengambil kain untuk mengelap badan kau. Konsep sama seperti sabun radi. Kepala kau, mata kau, badan kau, punggung kau. Sehingga kering.

Aku puas melihat kau suci wahai kereta.

cucu hefner


Aku memang suka sangat makan kat fast food tu. Dari aku kecik sampai la, rasa dia tetap maintain. Penah jugak dulu aku terpikir, fast food ni guna bomoh ape. Yela, satu malaysia rasa dia sama kot. Kau pergilah ceruk mana, kalau kata cheese beger, itu lah rasanya. Tidak berubah. Aku ingat lagi, aku punya la seronok dapat happy meal masa mak balik dari kerja. Dapat mainanlah kata ko. Gembira dapat happy meal tu ibarat dapat hadiah hari jadi la masa tu. Gila suka aku kat fast food tu.

Keseronokan fast food tidak terhenti disitu. Masa aku kapel dulu pun situ jugaklah aku tuju untuk makan. Tambah best adegan suap menyuap fries dapat aku buat. Kadang- kadang dia suap ke aku. Gila sayang waktu tu. Paling best aku dinner sama dia depan klcc. orang lain makan kat dalam air cond, aku sama dia take away makan kat luar. Dia kata, romantik gila aku bawak dia makan dinner kat situ. Itu jam, aku punya bangga setinggi menara tu jugak. Satu malam aku tersengeh. heh. Dia jugak selalu cakap, fries fast food tu lagi sedap dari fast food yang lain. Tapi masa tu aku tak penah ambil pot pasal hal yang itu. Tapi kini, bila dah forever alone, baru paham. huh.

Lepas clash, lama jugak aku tak ke situ. Tapi hari ni sengaja aku nak makan fast food tu. Ubah selera. Fast food tu memang dekat benar dengan tempat kerja aku. Aku perati jer dari jauh tiap kali aku balik dari kerja mahupun pergi kerja. Banyak sangat kenangan kat situ. Dari best sampai yang tak best. Tu pasal la aku malas nak lepak situ.

Tapi hari ni aku gagahkan juga kaki aku untuk pergi. Mende dah lamakan. Lagipun tekak aku ni ntah kenapa mengidam nak makan big mac. Dia punya mengidam serupa nak beranak sepuluh woo. sebelum aku kempunan baik aku makan. Aku dah la tak rasa lagi sebahagian nikmat syurga di dunia yaqni malam pertama. Gila rugi woo siapa yang mati tak sempat rasa. 

Aku buka pintu fast food tu aku tengok ramai yang beratur lalu aku masuk. Sementara tunggu giliran aku kuarkan smartfon, aku singgah ke twitter. Saja baca twitt yang sengal- sengal. sampai giliran aku, aku masih leka dengan smartfon.

"en. boleh saya ambil oder"

Suara itu membawa aku kembali ke dalam fast food tu. Aku simpan smartfone aku toleh ke suara itu. Aku paused. Terkesima. Tiada kerdipan dari mata aku. Aku tatap puas wajah itu. Keningnya, matanya, hidungnya, mulutnya, wajahnya, auranya..aduhh... Terus aku tak jadi take away. Aku makan kat situ jer. Makan sambil cuci mata. Itulah desert aku tuk hari tu.

Esoknya aku datang makan kat situ lagi. Tapi kali ni aku bukan nak oder makan jer, tapi aku nak oder no tepon dia sekali. Gila, tak tidur aku malam tadi memikirkannya. Dia tu macam ada magnet dalam diri dia yang buat aku tertarik lagi terpikat. Ada x factor gitu. Jadi malam tu aku membulat kan tekad nak gi mintak jugak no tepon dia.

Dengan berbismillah dalam hati, aku tolak pintu kaca fast food. Kaki yang maju terlebih dahulu harusla kaki kanan der. Ambil berkat konon- konon. Itu jam, gaya aku langkah dah macam nak ambil spm kali kedua da rasa. Time amek oder pun tergagap2. Memang macam cibai mulut aku itu jam. Jantung aku plak boleh berdebar macam first time nak malam pertama. Siyey. Sudahnya aku teroder happy meal. Gementar punya pasal. Jadi tengah hari tu aku makan happy meal dalam kereta jer. Karang makan kat pejabat mampus kene gelak. Itu aku kompom.

Aku masih tak putus harapan, balik dari kerja aku tunggu dia. Aku mesti try dapat kan no dia. Aku dah buat keputusan biar putih tulang jangan putih2 melati. Belum cuba belum tahu kan.

Jam G- Shock aku sekarang pukul 11 malam. Minah ni ot pe hari ni, tak balik- balik. dengan perut aku yang gila lapar, aku masuk nak beli beger. Sambil tu boleh usha dia sekali. Mana tahu dia dah balik ke. Saje nak sportcheck. Usai kunci kereta semua aku gerak ke pintu cermin. Sambil tu mata aku meliar memandang sekeliling, kalau- kalau dia ada kat situ. Sedang elok aku nak tolak pintu cermin tu tiba tiba...

"kedegang!"

"ooopsss..." aku tolak pintu terkena orang. Minah ni pun boleh tahan jalan pandang belakang bisik hati aku. Sebaik dia toleh ke aku sambil menggosokkan kepalanya, lalu mata aku bertentang dengan matanya. Siyey, itu dia. Mulut aku terkunci. Dia terus berlalu meninggalkan aku. Aku pula mara ke depan. Aku paused.

"Bodoh kau buat ape terjegat kat situ!. gi la say something. sory ke.. herrr." suara itu bisik pada telinga aku.

Aku berlari menuju kearahnya. Dia pula sedang panaskan enjin motor duke 200. Pegh rempit jugak minah ni. Sebelum dia nak bla, aku sempat tahan motor dia. Macam biasa, sawan gagap aku menyerang time nak cakap dengan dia.

"eg eg eg... sa sa sa.."
"awak ni gagap ke ape?" aku geleng kepala laju2. selepas 2,3 kali aku tarik nafas dalam2. 

"eg eg cantik motor awak...bukan2 sy nak mintak maaf yg tadi tu..huh."
"tu jer?" 
"tak, sy nak no tel awak." pantas aku cakap.

Tiada jawapan dari dia. Dia hanya tersenyum pada aku. Dia masuk gear satu, dia bla. pergi tinggalkan aku yang tengah termangu- mangu.

Mujur genetik keturunan nenek moyang aku jenis tak mudah putus asa. Lagi2 bab pompuan. kalu tengok salah silah datuk aku, semuanya berjaya. Bukannya berjaya apa. Berjaya kahwin lebih dari satu. Gila playboy atuk aku. patut la aku tengok muka dia sekarang ada sikit- sikit nak macam hefner dah.  Esok malamnya aku datang lagi skali ke fastfood tu. Aku sebenarnya malu jugak nak jumpa tapi bila teringat senyuman dia semalam, aku tebalkan muka. cucu Hefner kene power! 

Macam biasa aku tunggu dia balik kerja. Sementara tunggu aku pekena big mac set besar. Elok molek aku habis makan aku gi basuh tangan. Habis basuh, aku kuarkan smartfone. Ade orang mesej.

"awak stalker saya ek...tu yang sengeh- sengeh tu...awk tangkap gambar saya ke?" Kebetulan dia jugak ada kat situ.

"eh awak!.. mana de... tak caya nah amek tengok." aku tersentak kemudiannya aku hulurkan smartfone padanya. dia amek lalu aku beredar dari situ. tinggalkan dia keseorangan sambil belek smartfon aku.

"awak nak gi mana tu.. ni telefon awak." aku hadiahkn senyuman ke dia lalu aku buat isyarat tangan. I call you back. aku pulang dari fast food dengan senyuman yang menggunung. kompom malam karang aku call. heh.

dalam diam aku doa. harap skandel- skandel aku tak cari aku malam ni... amin

Sawit

“Babi hang! Haram jadah!”  - Malik yang kepanasan hatinya menyumpah seranah bukan manusia, tetapi kucing yang baru sahaja berak di dalam raga motonya. Malik yang termengah kepenatan, baru sahaja selesai mengait lebih kurang 400 biji buah sawit didalam kawasan seluas 8 ekar di ladang Goods Plantation. Satu ekar ladang sawit boleh menampung kira kira 55 batang pokok jika ditanam dengan sela 29 kaki dalam bentuk segitiga tepat diantara satu pokok ke pokok yang lain. Ladang itu disewakan oleh Nusajaya Rise Sdn Bhd kepada Pak din, imigran Indonesia yang lama menetap di Malaysia sehingga Berjaya menjadi taukeh ladang tersebut.

“Hang jangan dok angin sangat Malik, semua orang puasa, aku pun puasa” - Kata Yusuf MB melihat Malik tiba tiba marah tak tentu hala. Yusuf rakan sekerja Malik dikenali sebagai Yusuf Mata Besar kerana matanya yang sentiasa kelihatan besar sedikit saiznya daripada asal apabila melihat gadis gadis Indonesia yang sedang berkerja sama menguruskan Ladang Good Plantation. Pantang sekali jika ada mana mana gadis Indonesia yang lalu lalang, akan diperhatikan sehingga besar matanya. Yusuf, lelaki berumur 30-an, masih bujang. Bujang terlajak.

“Mau aku tak hangin, aku separuh mampos kait buah sawit ni. Ingat balik kejap lagi boleh la rehat rehat minum air kejap. Ni baguih punya kucing ni berak kat raga moto aku. Spoil mood aku terus.” – balas Malik.

“Hang niat balik rumah nak minum, hang tak mau puasa, confirmlah Allah turun bala. Kah kah kah” – terbahak bahak Yusuf MB tertawakan si Malik.

Malik dan Yusuf rakan sekerja yang telah berkerja sekali sejak Goods Plantation menyewa ladang sawit berjumlah 200 ekar daripada Nusajaya Rise dari tahun 1998. Sejak dari penubuhan Goods Plantation, sering kali terjadinya keluar masuk pekerja-pekerja ladang. Ada yang berhenti mengejut dan ada yang berpindah ke ladang milik KFC Holding yang terletak bersebelahan. Mereka berdua sahajalah yang bertahan berkerja di bawah seliaan Goods Plantation sejak ia ditubuhkan. Perkerja yang lain semuanya tidak tahan dengan management kilang yang serabut mak enon. Antaranya gaji dimasukan dua bulan sekali, kadang kadang tiga bulan sekali. Tiada potongan EPF dan SOCSO untuk pekerja bawahan. Overtime tidak dibayar walau sesen pun. Namun atas desakan hidup yang menekan, mereka berdua terpaksa ikutkan sahaja cara management tersebut. Tambahan pula, tanpa segala sijil dan diploma. Syarikat mana lah sangat yang mahu menggajikan mereka. Hanya kudrat tulang empat kerat sahaja sebagai kelayakan untuk mereka mencari wang sebagai punca pendapatan.

“Wei, hang nak duit lebih tak?” -  Kata Yusuf MB.

 “Buat apa? Hang jangan nak ajak aku buat kerja tak senonoh” - balas Malik.

“Hang kalau nak, hang datang malam ni dekat blok 8 ladang kita. Aku tunggu sana, Lambat tinggal” - kata Yusuf MB dengan nada tegas.  

Jam menunjukan 8.50 malam. Malik gundah gulana mahu turut serta atau tidak dengan projek entah apa Yusuf MB itu. Malik cuba menghubungi Yusuf MB sejak dari selepas berbuka puasa tadi lagi, namun handphonenya dimatikan.

“Babi yusuf ni, projek apa nak buat tak mau habaq kat aku. Jenis semua nak sembunyi sembunyi.” - Kata Malik bersendirian.
_________________________________________________________________________________

“Abang tak pi teraweh ka malam ni?” - Ujar Mak Minah.

“Abang tak sedap perutlah sayang, kerja nak terberak jer ni.” - Balas Malik.

“itulah, main sumbat jer segala makanan masa berbuka, kan dah sakit perut” - kata Mak Minah.  

“Lapaq la sayang, nak buat macam mana” - marah Malik.

“Sayang pun lapaq jugak, steady jer makan slow-slow” - balas Mak Minah selamber.

Mak minah, isteri pertama dan terakhir Malik. Malik mengenali Mak Minah di kilangnya. Mak minah yang berkerja di bahagian processing menjadi perhatian ramai kerana bentuk badanya yang unggul. Walaupun bergelar janda anak 2, body solid mak minah masih lagi menjadi perhatian. Bermacam macam lelaki cuba mengorat mak minah. Indonesia, Nepal, Mynammar, Laos, Kemboja. Tidak keruan mak minah dengan cubaan cubaan mengorat oleh perkerja perkerja kilang tersebut. Ada yang mengirim ayam kampong sebagai tanda perkenalan sehinggalah cubaan untuk mengajaknya berkahwin di Lombok. Namun hanya ketampanan Malik berjaya mencuri bunga ditaman hati Mak Minah. Perkenalan Malik dan Mak minah terjadi semasa malik sedang me-loading sawit kedalam tong pembersihan di bahagian pemprosesan. Susuk tubuh malik yang sasa serta wajah tampan membuatkan mak minah tertarik. Akhirnya pada hujung tahun 2006 mak minah dan malik berkahwin dan bahagia sehingga sekarang.

“abang, raya dah dekat, gaji abang masuk bulan ni kan sekali gaji untuk bulan yang lepas?” Tanya mak minah kepada malik.  

“yer sayang, nanti kita pergi beli belah untuk awak dan anak anak sekali ok.” Balas malik.

Malik mengambil keputusan untuk turut serta dengan projek Yusuf MB. Untung untung ada duit raya lebih untuk aku dan anak anak katanya. Tangkas malik lalu, menghidupkan motor menuju ketempat seperti yang dijanjikan oleh Yusuf MB. Penuh dengan perasaan berdebar dan ingin tahu dalam diri malik. Denai dan susur jalan tanah merah diredahi dalam suasana gelap malam. Malik mudah menghafal jalan jalan dalam ladang tersebut. Sudah hampir 10 tahun berkerja di ladang yang sama, sangat mudah baginya untuk mengecam simpang simpang untuk ke tempat yang ditujui.

20 minit perjalanan, malik tiba di tempat yang dijanjikan. Kelihatan terdapat sebuah lori 5 tan dan beberapa individu yang tidak dikenali malik.

“woi, cepat cepat aku nak gerak dah ni” jerit Yusuf MB.

Segera malik naik ke atas lori tersebut. Lantas lori tersebut beredar meninggalkan kawasan itu. Disampingnya terdapat berpuluh puluh biji sawit yang kelihatan seperti baru sahaja dikait. Sawit itu kelihatan agak besar sedikit daripada buah sawit yang biasa dilihatnya. Malik menyimpulkan dia baru sahaja terlibat sama dengan aktiviti penjualan buah sawit secara haram diladangnya. Tetapi yang membuatkanya hairan, buat sawit tersebut kelihatan besar, tidak seperti buah sawit yang dikait diladang itu. Dari mana mereka curi buah sawit ini. Kemana mereka mahu menjual buah sawit ini. Ini semua menjadi persoalan dibenak hatinya.

 Selang 40 minit setelah mengharungi suasana suram dan sejuk diladang sawit. Kelihatan sebuah lagi lori sawit dihadapan. Malik memerhatikan Yusuf MB tergesa gesa turun dari lori dan pergi ke lori yang satu lagi. Sambil menerima sebungkus surat. Malik memandu pula lori tersebut patah balik kearah mereka memulakan perjalanan.

“woi, cepatlah turun dari lori tu. Naik lori ni. Cepat woi, cepat” – kata yusuf MB

Lalu gegas malik dan beberapa individu lain turun dari lori itu dan segera menaiki lori yang satu lagi. Malik hairan kenapa lori ini berpatah balik ketempat asal mereka. Diatas lori yang baru dinaiki tersebut juga terdapat berpuluh biji buah sawit. Malik yang pada mulanya ingatkan dia terlibat dengan aktiviti penjualan buah sawit kehairanan. Lori tersebut berpatah balik ke tempat asal. Sampai sahaja ke tempat asal malik bertemu dengan Yusuf MB dan rakan rakan, segera dia turun dari lori tersebut dan berjumpa dengan Yusuf MB.

“Nah malik ini bahagian kau” - Yusuf MB menyerahkan sampul surat yang berisi puluhan not RM100 kepadanya.

“Kau balik jangan bagitahu orang lain aku tukar buah sawit tu ok?” – Jelas Yusuf MB lagi.

Malik pulang ke rumah bersama dengan sampul berisi wang. Malek kehairanan, mengapa Yusuff MB menukar lori berisi sawit tersebut.

Selang 2 bulan kemudian, gempar dengan berita penahanan Yusuff yang terlibat dengan aktiviti pemerdagangan dadah. Yusuf ditangkap dengan dadah yang disorokan didalam buat sawit diladang mereka berkerja. Baru Malik menyedari yang malam itu dia terlibat dengan aktiviti pemerdagangan dadah. Yusuf MB menyorokan dadah didalam sawit lalu menukar dengan sawit yang kosong.

“Patutlah sawit malam tu besar besar buah dia” kata Malik dalam hati. 

Patung


"Ibu, boleh tak kalau Ira nak patung tu?" Tanya si kecil, Ira kepada ibunya. Seboleh-boleh Ira memosenkan mukanya supaya ibunya membelikan patung tersebut.

"Patung tu kan budak tu dah ambil." Kata ibu Ira. Ira toleh dan melihat kepada patung yang dimintanya sebentar tadi. Sedih. Cuba mengambil patung yang lain. Ira cuba bermain dengan patung yang lain. Tak sama. Ira masih inginkan patung yang mula-mula dia inginkan. Dia memandang ke arah patung tadi.  Kelihatan susuk tubuh yang kecil seperti sedang bermain dengan patung itu.

"Tapi Ira tetap nak yang itu, Ibu. Bolehlah?" Memandang ke arah ibunya lagi.

"Hmmmm." Ibu Ira mengeluh. Tidak tahu apa yang boleh dia lakukan untuk yakinkan. Ibu Ira menarik tangan kecil Ira ke arah kedai lain. Ira merajuk dengan ibunya. Senyap. Ibu Ira juga membiarkan anak kecil begitu. Lebih baik begitu daripada meronta-ronta tak tentu hala.

"Jom la kita cari tempat lain. Nak?" Ajak Ibu Ira. Mata Ibu Ira memandang ke arah patung yang diminta oleh ir tadi. Dengan harapan patung itu diletak kembali. Memang nasib Ira baik hari itu kerana patung itu diletak kembali.

Ibu Ira dengan tangkas berjalan ke arah patung itu. Ambil dan bayar di kaunter. Ira ketika itu tersenyum keriangan melihat perlakuan ibunya. Suka barangkali kerana akan mendapat patung yang diminta tadi.

_____________________________________________________________________________________

Di rumah selepas beberapa tika. Dan beberapa hari berlalu juga.

Kelihatan Ira seronok bermain dengan patung yang dibeli oleh ibunya tadi. Patung itu diberi layanan kelas pertama oleh Ira. Diberi makan, digosok pakaiannya, bermain masak-masak bersama.

Patung-patung Ira yang lain tidak lagi diendahkan. Tangan ira sentiasa memegang patung yang baru itu. Kemana-mana. Makan bersama, mandi bersama, tidur bersama, keluar bersama. Pendek kata seperti orang yang baru berkahwin. Kentut pun wangi lagi.
Walaupun hakikatnya ianya cuma hubungan antara si kecil, Ira dan patungnya.

Ibu Ira melihat sahaja gelagat anaknya bermain dengan patung dibeli itu. Seronok. Ibu mana tak seronok apabila pemberian dihargai sebegitu. Tidak sia-sia Ibu Ira berlari mendapatkan patung itu.

"Suka benar anak awak tu main dengan patung dia ya." Lamunan Ibu Ira terhenti. Ayah Ira baru balik dari pejabatnya. Lama memerhatikan gelagat anaknya dan ibu kepada anaknya.

"Yela bang, puas hati saya dapat belikan untuk dia hari tu." Ibu Ira terkenang gelagat anaknya dia kedai tempohari.

"Bagusla camni kan. Nak beli apa-apa pun tak kisah. Pandai dia hargai barang dia." Balas Ayah Ira. Kemudian hilang, ke bilik air agaknya.

_____________________________________________________________________________________

Beberapa bulan kemudian. Di sebuah kampung. Ketika musim raya.

"Eh Ira. Comella patung awak tu. Saya nak main boleh?" Tanya sepupu Ira. Ira berhenti bermain. Memandang ke arah sepupunya yang tinggal di kampung itu.

"Tak boleh." Ira jawab ringkas. Tidak cukup dengan itu, Ira juga menjelirkan lidahnya ke arah sepupunya itu.

"Ala, kedekut la awak ni. Mehla, kita pun nak main jugak!" Pinta sepupunya lagi. Kali ini lebih agresif. Tangannya cuba mengambil patung itu daripada tangan Ira yang leka bermain.

Ira melawan. Sepupu Ira masih mencuba. Ira memegang bahagian badan patung itu, manakala sepupu Ira merampas dengan memegang bahagian tangan patung tersebut. Kedua-dua tidak mahu mengalah. Ira mempertahan patungnya, sepupu Ira pula dalam cubaan merampas.

Tiba-tiba bahagian tangan patung itu tercabut. Kedua-dua, Ira dan sepupunya tergamam seketika. Air mata mengalir di pipi Ira.

"Hah, tu la. Kita nak main, awak taknak bagi." Kata sepupu Ira. Seperti mencurahkan minyak tanah ke api yang sedang menyala. Api membara.

"Padan muka awak!" Sambung sepupu Ira lagi. Ira menangis dengan kuat setelah mendengar kata-kata sepupunya. Sepupu Ira melarikan diri. Takut barangkali kerana kelihatan Ibu Ira menghampiri mereka berdua.

"La, kenapa ni sayang?" Tanya Ibu Ira ketika menghampiri Ira. Ira masih menangis. Kuat seperti tadi. Ibu Ira cuba memujuk Ira tetapi gagal.  Masih menangis.

"Abang, cuba awak pulak yang pujuk. Saya tak tahu la nak pujuk camne lagi anak awak ni" panggil Ibu Ira kepada Ayah Ira yang sedang membaca suratkhabar dari tadi. Bukan tidak nampak anaknya menangis tetapi lumrah bagi seorang lelaki, membiarkan selagi tidak dipanggil.

"Ira sayang. Kenapa nangis-nangis ni?" Pujuk Ayah Ira. Sama. Masih menangis.

"Jangan nangis sayang. Cuba bagitau kat ayah." Masih memujuk.

"Kalau Ira tak bagitau kat ayah dengan ibu, camne ayah nak tolong kan?"

"Takpun kan, ayah belanja aiskrim nak tak?" Tangisan Ira berkurangan. Memberi beberapa anggukan tanda setuju. Ayah Ira tersenyum dan melihat Ibu Ira. Bangga barangkali.

"Tapi..tapi..tapi..patung Ira." Ira cuba bercakap tentang patungnya ketika masih dalam tangisan.

"Apa yang Ira cakap ni? Ayah tak paham la. Cuba Ira berhenti menangis dulu. Lagipun Ayah tengok buruk sangat bila nangis ni. Takmau nangis-nangis dah." Kata ayah Ira. Ira memgesat air matanya.

"Patung Ira rosak la ayah. Tu!" Jawab Ira dan menunjukkan jarinya ke arah patungnya yang tersadai di tepi dinding berdekatan mereka. Bahagian tangan terputus terlindung. Mungkin itu la kenapa ayah dan ibu Ira tidak tahu punca anak mereka menangis sebentar tadi.

"La, sebab itu je Ira nangis dari tadi?" Ayah Ira tanya. Ira menganggukkan kepalannya.

"Ish, Ira ni. Bagitau awal-awal kan senang. Ni ayah dah kena belanja Ira aiskrim dulu. Ira. Ira."

"Ayah, Ira nak patung baru boleh?" Tanya Ira.

"Hmm, yelah. Jom kita pi cari kat bandar."

"Aiskrim sekali tau ayah." Sambung Ira.

"Ye, ayah tak lupa. Jom." Mereka berdua menaiki kereta dan bergerak ke arah bandar untuk mencari patung baru dan aiskrim untuk Ira.

Sejak itu, tiada siapa pun tahu apa yang terjadi kepada patung Ira yang telah terputus tangan tadi. Ira sendiri telah melupai patung itu walaupun Ira sangat menyayangi patung itu selama ini. Mungkin patung yang baru itu lebih menarik?

_____________________________________________________________________________________

Kelihatan seorang budak kecik sedang bergembira bersama sebuah patung yang tidak mempunyai sebelah tangan.

Tamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...