Monolog Aku untuk Kau

Dah lama aku tak mandikan badan kau. Dulu lepas sekolah tiap-tiap mingu aku mandikan kau. Bila aku ke Kuantan, kau seperti merajuk. Kau ikut kakak aku ke Skudai. Aku sedih tapi aku tetap tabah.

Lepas tu, kau ada juga ikut aku ke kuantan tapi kau seperti tidak suka sahaja. Aku biarkan kau. Aku hantar kau ke Kota Bharu. Kau dipaksa ke kebun bersama abah aku. Dibiarkan kotor. Aku sedih tapi terpaksa membiarkan kau begitu. Aku tidak punya masa mandikan kau.

Malahan ketika aku berada di Shah Alam, aku dapat berita kau ke Dungun pula bersama adik aku. Bagaimanalah dia menjaga kau. Tapi aku tetap tidak buat apa-apa kerana kau jauh dari aku.

Bila aku telah lama di Shah Alam, aku baru dapat membawa kau. Tetapi bukan aku tidak ingin memandikan kau tetapi payah. Aku terpaksa membiarkan tangan-tangan bangla menyentuh kau. Aku pasrah. Terpaksa. Maafkan aku.

Setelah sekian lama, aku akhirnya dapat memandikan kau sendiri. Aku simbah air di seluruh badan kau. Membasahi sehingga ke celah-celah yang payah dilihat. Kemudian aku mengambil sabun dan membasuh kau. Dari atas kepala, ke mata, ke badan kau, punggung kau.

Aku penat tetapi aku gagahi juga demi kau. Aku simbah kembali air membasahi kau. Aku mengambil kain untuk mengelap badan kau. Konsep sama seperti sabun radi. Kepala kau, mata kau, badan kau, punggung kau. Sehingga kering.

Aku puas melihat kau suci wahai kereta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...