Sawit

“Babi hang! Haram jadah!”  - Malik yang kepanasan hatinya menyumpah seranah bukan manusia, tetapi kucing yang baru sahaja berak di dalam raga motonya. Malik yang termengah kepenatan, baru sahaja selesai mengait lebih kurang 400 biji buah sawit didalam kawasan seluas 8 ekar di ladang Goods Plantation. Satu ekar ladang sawit boleh menampung kira kira 55 batang pokok jika ditanam dengan sela 29 kaki dalam bentuk segitiga tepat diantara satu pokok ke pokok yang lain. Ladang itu disewakan oleh Nusajaya Rise Sdn Bhd kepada Pak din, imigran Indonesia yang lama menetap di Malaysia sehingga Berjaya menjadi taukeh ladang tersebut.

“Hang jangan dok angin sangat Malik, semua orang puasa, aku pun puasa” - Kata Yusuf MB melihat Malik tiba tiba marah tak tentu hala. Yusuf rakan sekerja Malik dikenali sebagai Yusuf Mata Besar kerana matanya yang sentiasa kelihatan besar sedikit saiznya daripada asal apabila melihat gadis gadis Indonesia yang sedang berkerja sama menguruskan Ladang Good Plantation. Pantang sekali jika ada mana mana gadis Indonesia yang lalu lalang, akan diperhatikan sehingga besar matanya. Yusuf, lelaki berumur 30-an, masih bujang. Bujang terlajak.

“Mau aku tak hangin, aku separuh mampos kait buah sawit ni. Ingat balik kejap lagi boleh la rehat rehat minum air kejap. Ni baguih punya kucing ni berak kat raga moto aku. Spoil mood aku terus.” – balas Malik.

“Hang niat balik rumah nak minum, hang tak mau puasa, confirmlah Allah turun bala. Kah kah kah” – terbahak bahak Yusuf MB tertawakan si Malik.

Malik dan Yusuf rakan sekerja yang telah berkerja sekali sejak Goods Plantation menyewa ladang sawit berjumlah 200 ekar daripada Nusajaya Rise dari tahun 1998. Sejak dari penubuhan Goods Plantation, sering kali terjadinya keluar masuk pekerja-pekerja ladang. Ada yang berhenti mengejut dan ada yang berpindah ke ladang milik KFC Holding yang terletak bersebelahan. Mereka berdua sahajalah yang bertahan berkerja di bawah seliaan Goods Plantation sejak ia ditubuhkan. Perkerja yang lain semuanya tidak tahan dengan management kilang yang serabut mak enon. Antaranya gaji dimasukan dua bulan sekali, kadang kadang tiga bulan sekali. Tiada potongan EPF dan SOCSO untuk pekerja bawahan. Overtime tidak dibayar walau sesen pun. Namun atas desakan hidup yang menekan, mereka berdua terpaksa ikutkan sahaja cara management tersebut. Tambahan pula, tanpa segala sijil dan diploma. Syarikat mana lah sangat yang mahu menggajikan mereka. Hanya kudrat tulang empat kerat sahaja sebagai kelayakan untuk mereka mencari wang sebagai punca pendapatan.

“Wei, hang nak duit lebih tak?” -  Kata Yusuf MB.

 “Buat apa? Hang jangan nak ajak aku buat kerja tak senonoh” - balas Malik.

“Hang kalau nak, hang datang malam ni dekat blok 8 ladang kita. Aku tunggu sana, Lambat tinggal” - kata Yusuf MB dengan nada tegas.  

Jam menunjukan 8.50 malam. Malik gundah gulana mahu turut serta atau tidak dengan projek entah apa Yusuf MB itu. Malik cuba menghubungi Yusuf MB sejak dari selepas berbuka puasa tadi lagi, namun handphonenya dimatikan.

“Babi yusuf ni, projek apa nak buat tak mau habaq kat aku. Jenis semua nak sembunyi sembunyi.” - Kata Malik bersendirian.
_________________________________________________________________________________

“Abang tak pi teraweh ka malam ni?” - Ujar Mak Minah.

“Abang tak sedap perutlah sayang, kerja nak terberak jer ni.” - Balas Malik.

“itulah, main sumbat jer segala makanan masa berbuka, kan dah sakit perut” - kata Mak Minah.  

“Lapaq la sayang, nak buat macam mana” - marah Malik.

“Sayang pun lapaq jugak, steady jer makan slow-slow” - balas Mak Minah selamber.

Mak minah, isteri pertama dan terakhir Malik. Malik mengenali Mak Minah di kilangnya. Mak minah yang berkerja di bahagian processing menjadi perhatian ramai kerana bentuk badanya yang unggul. Walaupun bergelar janda anak 2, body solid mak minah masih lagi menjadi perhatian. Bermacam macam lelaki cuba mengorat mak minah. Indonesia, Nepal, Mynammar, Laos, Kemboja. Tidak keruan mak minah dengan cubaan cubaan mengorat oleh perkerja perkerja kilang tersebut. Ada yang mengirim ayam kampong sebagai tanda perkenalan sehinggalah cubaan untuk mengajaknya berkahwin di Lombok. Namun hanya ketampanan Malik berjaya mencuri bunga ditaman hati Mak Minah. Perkenalan Malik dan Mak minah terjadi semasa malik sedang me-loading sawit kedalam tong pembersihan di bahagian pemprosesan. Susuk tubuh malik yang sasa serta wajah tampan membuatkan mak minah tertarik. Akhirnya pada hujung tahun 2006 mak minah dan malik berkahwin dan bahagia sehingga sekarang.

“abang, raya dah dekat, gaji abang masuk bulan ni kan sekali gaji untuk bulan yang lepas?” Tanya mak minah kepada malik.  

“yer sayang, nanti kita pergi beli belah untuk awak dan anak anak sekali ok.” Balas malik.

Malik mengambil keputusan untuk turut serta dengan projek Yusuf MB. Untung untung ada duit raya lebih untuk aku dan anak anak katanya. Tangkas malik lalu, menghidupkan motor menuju ketempat seperti yang dijanjikan oleh Yusuf MB. Penuh dengan perasaan berdebar dan ingin tahu dalam diri malik. Denai dan susur jalan tanah merah diredahi dalam suasana gelap malam. Malik mudah menghafal jalan jalan dalam ladang tersebut. Sudah hampir 10 tahun berkerja di ladang yang sama, sangat mudah baginya untuk mengecam simpang simpang untuk ke tempat yang ditujui.

20 minit perjalanan, malik tiba di tempat yang dijanjikan. Kelihatan terdapat sebuah lori 5 tan dan beberapa individu yang tidak dikenali malik.

“woi, cepat cepat aku nak gerak dah ni” jerit Yusuf MB.

Segera malik naik ke atas lori tersebut. Lantas lori tersebut beredar meninggalkan kawasan itu. Disampingnya terdapat berpuluh puluh biji sawit yang kelihatan seperti baru sahaja dikait. Sawit itu kelihatan agak besar sedikit daripada buah sawit yang biasa dilihatnya. Malik menyimpulkan dia baru sahaja terlibat sama dengan aktiviti penjualan buah sawit secara haram diladangnya. Tetapi yang membuatkanya hairan, buat sawit tersebut kelihatan besar, tidak seperti buah sawit yang dikait diladang itu. Dari mana mereka curi buah sawit ini. Kemana mereka mahu menjual buah sawit ini. Ini semua menjadi persoalan dibenak hatinya.

 Selang 40 minit setelah mengharungi suasana suram dan sejuk diladang sawit. Kelihatan sebuah lagi lori sawit dihadapan. Malik memerhatikan Yusuf MB tergesa gesa turun dari lori dan pergi ke lori yang satu lagi. Sambil menerima sebungkus surat. Malik memandu pula lori tersebut patah balik kearah mereka memulakan perjalanan.

“woi, cepatlah turun dari lori tu. Naik lori ni. Cepat woi, cepat” – kata yusuf MB

Lalu gegas malik dan beberapa individu lain turun dari lori itu dan segera menaiki lori yang satu lagi. Malik hairan kenapa lori ini berpatah balik ketempat asal mereka. Diatas lori yang baru dinaiki tersebut juga terdapat berpuluh biji buah sawit. Malik yang pada mulanya ingatkan dia terlibat dengan aktiviti penjualan buah sawit kehairanan. Lori tersebut berpatah balik ke tempat asal. Sampai sahaja ke tempat asal malik bertemu dengan Yusuf MB dan rakan rakan, segera dia turun dari lori tersebut dan berjumpa dengan Yusuf MB.

“Nah malik ini bahagian kau” - Yusuf MB menyerahkan sampul surat yang berisi puluhan not RM100 kepadanya.

“Kau balik jangan bagitahu orang lain aku tukar buah sawit tu ok?” – Jelas Yusuf MB lagi.

Malik pulang ke rumah bersama dengan sampul berisi wang. Malek kehairanan, mengapa Yusuff MB menukar lori berisi sawit tersebut.

Selang 2 bulan kemudian, gempar dengan berita penahanan Yusuff yang terlibat dengan aktiviti pemerdagangan dadah. Yusuf ditangkap dengan dadah yang disorokan didalam buat sawit diladang mereka berkerja. Baru Malik menyedari yang malam itu dia terlibat dengan aktiviti pemerdagangan dadah. Yusuf MB menyorokan dadah didalam sawit lalu menukar dengan sawit yang kosong.

“Patutlah sawit malam tu besar besar buah dia” kata Malik dalam hati. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...