Hanyut : Hari Pertama - Episod 1

url: walletmerah.blogspot.com
blog: aku berbisik
entri: 30# hari pertama

Hari ini, hari pertama aku bekerja. Cuti selama 3 bulan membuatkan seluruh badan ku menjadi lesu dan malas. Nasib baik bos aku tak de hari ni. jadi satu hari ni aku melepak sambil udara air cond. Kata Kak Jue, bos tak sihat hari ni. Oh ya, lupa pulak aku. Kak Ju pekerja dibahagian sumber manusia. Dia adalah orang pertama yang aku jumpa semasa aku daftar masuk tadi. Orangnya kecil-kecil dan agak kasar. Walaupun begitu, tudung ala Hana tajima yang dikenakan padanya amat cocok sekali dengan kulitnya yang kuning langsat. Dialah yang memperkenalkan aku pada orang di sekitar meja aku.

Selepas ditunjukkan meja oleh Kak Jue, aku hanya duduk melanguk. Toleh kiri, kanan, tangan tonkat dagu. Huh. bosan jugak bila dah keje takde keje. Aku dapati pekerja di syarikat swasta ini tenang jer sambil sibuk buat kerja masing- masing. Antara ramai-ramai pekerja di situ aku amati, aku adalah pekerja paling muda di situ. Semunya makcik-makcik belaka. boleh la nak manja- manja nanti dengan dorang. berani la dorang nak buli aku. haha. Lelaki yang duduk di belakang aku, dari tadi aku tengok dia mundar- mandir jer. takde kerja ke dia ni. Aku pun tak faham dengan orang- orang yang bekerja kat sini.

Hari pertama aku kerja, tanpa aku tahu apa tugas dan tanggung jawab aku. Temuduga yang lepas aku ditawarkan sebagai pembantu kepada bos aku. Lebih kurang sebagai kerani lah. Paling tidak pun jadi sebagai setiusaha dia.  Perasan, belajar tak tinggi mana berangan nak jadi setiusaha. haha. Harap kerja kali ini aku dapat bertahan lama. Setiap kali aku berhenti kerja pasti mak berleter. huh.

Aku bukannya apa, umur mak tahun depan genap 50 tahun dan dia masih kuat bekerja. Bekerja untuk anak-anaknya. Semenjak pemergian ayah, emak lah menjadi ketua keluarga dalam rumah ni. Pada usia aku sekarang sepatutnya aku boleh menggantikan tempatnya. Biar aku seorang cari duit. Tidak lagi perlu kerah keringat menjual nasi lemak pagi-pagi. Tapi sayang pula nak suruh emak berhenti. Nasi lemak emak laku woo. Macam goreng pisang panas tuu. Nasib dia tak menjual pisang goreng jugak. Kalau tak tentu orang lain susah hendak mencari makan. 

Pernah juga aku ajukan kepada emak tentang hal itu. Emak dengan nada tenang seraya berkata, 

“Bersyukurlah dengan rezeki ni Yaya. Orang lain pun susah juga. Mungkin lagi susah daripada kita. Cukup lah dapat duit makan sikit, duit rumah, api, air.”

Aku kagum betul dengan semangat mak. Dalam kami sekeluarga susah, dia masih ingat lagi ada orang yang lagi susah. Memang betul, lagipun isi perut rumah ni bukannya besar sangat. Aku, adik aku dan emak. Semuanya kurus. Adik lelaki aku jela yang gemuk. Dah la gemuk, manja pulak tu. Kadang-kadang geram juga dibuatnya. Tahun ini dia ambil peperiksaan PMR. Aku hendak dia belajar pandai-pandai.  Jangan jadi macam aku. 

Tiba-tiba tak sabar pulak nak tunggu hari esok. Harap-harap dapat bos hensem dan baik hati. Tadi kak Jue cakap, bos aku ni ok-ok saja. Single lagi tu.. Woot woot. haha. Haruslah begini sebab sebelum ni dapat bos tua dan yang dah kahwin. Hmm aku tak kisah sebenarnya, cuma jangan dapat bos yang suka tengking-tengking sudah. Siapa boleh tahankan. Malas aku nak ingat balik..

Ok cau dulu, esok nak bangun awal. Maklumla dah bekerjaya. Doakan aku ek. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...