'Hadiah' Seorang Ayah


"Along, adik, kakak! Naik sebelum ayah turun rotan korang!" Jerit ayah dengan muka yang menyinga pada aku, Along dan Akak, sebab kami sedang bermandi-manda di sungai tanpa pengetahuan ayah dan mak yang sepatutnya sedang bekerja di pejabat. Dahla tengah musim hujan pulak tu.

"Macamana pulak Ayah boleh muncul time-time macam ni, ha? Biasanya ayah ada di pejabat lagi. Bukan orang opis balik pukul 5 ke? Paling-paling awal pun, sepatutnya ayah dan mak boleh sampai pukul 6 kat rumah sebab jalan jem dari bandar". Otak aku ligat berfikir sambil memerhatikan muka garang ayah.

Sedang otak aku ligat berfikir, boleh ayah turun dari atas tebing sambil memegang rotan ke bawah tebing nak masuk dalam air sungai. Dah sampai gitu, apa lagi. Cabutla! Nak mampus kena rotan dekat situ. Orang lain tengok buat malu je.Nasib baik Tuhan cipta alam ini dengan pelbagai bentuk, ayah berada di tebing sebelah kiri, kami tiga orang anak Ayah lari ikut tebing sebelah kanan. Bila tersedar yang selipar ada kat sebelah tebing Ayah tunggu itu, nak tak nak kena biarkan jela. Takut kena rotan. Paling-paling tak pun, ayah cuma mengamuk di rumah sahaja, taklah malu sangat dengan orang-orang kampung.

Dengan berkaki ayam, kami semua lari lintang pukang tinggalkan sungai sebab takut dengan libasan rotan Ayah. Kalau mengamuk, boleh tahan ganas Ayah aku ini. Kami berlari tak ingat dunia dah masa itu, selaju yang mungkin, dengan harapan cepat sampai ke rumah. Dalam hati, aku berdoa semoga kami sampai dulu sebelum Ayah sampai. Taklah ayah mengamuk sakan kalau dia yang sampai dulu.

Sampai depan pintu pagar rumah, kami dah nampak motor Honda Cup lampu petak ayah yang popular pada zaman 70an dulu. Confirmla kami kena sediakan tangan untuk mendapatkan 'hadiah' daripada seorang Ayah tercinta. Perghhh! Bukan selalu boleh dapat 'hadiah' itu. Orang yang istimewa seperti kami beritga sahaja boleh dapat. Korang ada ke?haha.

Dahulu, rumah aku mana ada grill kat pintu dan tingkap. Oleh itu, kami adik beradik, bila ada yang buat salah selalunya terjun dari tingkap keluar dari rumah. Bukan tinggi pun rumah aku, setingkat sahaja tetapi tingkap rumah aku itu bukan main luas lagi. Bukak pintu rumah, aku dah boleh agak, mesti Ayah sedang duduk atas kerusi sambil menilik rotan beliau. Jalan depan sikit, memang betul tekaan aku. Ayah tengah tunggu atas kerusi.

Kami bertiga beratur siap-siap ambil nombor giliran nak minta 'hadiah' daripada Ayah. Macam biasala kan, dalam mana-mana hal pun, yang tua kena kedepan dahulu. Hmm, dan dengan penuh kerelaan hati, aku tengok Along dah menadah tangan meminta 'hadiah' istimewa dari ayah. Zasss! Satu libasan hinggap di tangan. Tuhan sahaja yang tau betapa sakitnya tangan along ketika itu. Aku sendiri tengok pun dah sakit.

Dalam merasai kesakitan itu, aku terus panjat tingkap dalam cubaan melarikan diri meninggalkan rumah.

"Adik, baik jangan lari dari sini, nanti lagi teruk kau kena dengan ayah" Amaran ayah pertama dikeluarkan  kepada aku. Aku membatalkan niat aku sebentar tadi yang kononnya nak melarikan diri apabila dengar amaran ayah. Tak jadi memanjangkan langkah. Kemudian akak mengambil giliran untuk mengambil 'Hadiah' daripada ayah dan seterusnya, yang terakhir mestilah aku yang kena

" Lainkali, janganla mandi sungai lepas hujan turun. Bahaya tahu tak? Paham tak semua ni? Ayah dengan Mak dahla berkerja, kalau jadi apa-apa  kat kamu bertiga, macam mana? " Sambil memberi 'hadiah' pada aku, sempat lagi ayah aku membebel memberi pesanan kepada kami bertiga. Dah masa itu baru lepas kena rotan, tiga-tiga mengangguk paham jela.

Tapi anggukan itu bukan bermakna tiada lagi mandi sungai  untuk kami bertiga selepas ini.

Idea asal dan nukilan by miss sho
edited by skulluv
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...