Pengajaran Pertama


"Apalah yang cikgu ini mengajar kat depan aku ni?satu apa pun aku tak faham, dah la tahun depan aku dah kena ambil SPM." bentak hati aku mengingatkan sistem di sekolah teknik aku menetapkan guru yang sama mengajar dari tingkatan 4 dan tingkatan 5. Subjek matematik. Subjek yang antara aku paling lemah.

"Bila lah agaknya dapat tukar cikgu ni." Rungut aku seorang diri lagi. Kring! Loceng berbunyi, tanda azab 45 minit aku menghadap muka cikgu yang mengajar dalam keadaan syok sendiri telah tamat. Pada aku, itulah saat yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kerana aku tidak menyukai subjek matematik.

"Yes, habis pun masa Cikgu Manisah ni, dahla bosan." Dan itu juga bermaksud tamatlah waktu persekolah aku pada hari ini. Aku nak balik, nak mandi lama-lama, lepaskan tension aku.

..................................................................................................................................................................

"Assalamualaikum. Perhatian, semua pelajar diminta berkumpul di dewan sekarang juga". Kedengaran suara guru yang bertugas pagi ini meminta semua pelajar pergi ke dewan menggunakan pembesar suara.

"Ada perhimpunan apa pula pagi-pagi ini?" Tanya aku kepada Ila, ketua kelas aku.

"Tak tahu la aku, ada hal penting agaknya. Jomlah, kalau lewat nanti kena denda pula" kata Ila kepada aku. Kami mengatur langkah kaki menuju ke dewan sepertimana yang telah diarahkan.

..................................................................................................................................................................

"Assalamualaikum para pelajar semua. Pengetua Azman membuka kata.

"Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa sekolah kita menerima dua orang guru baru yang akan mula mengajar kamu semua hari ini. Kamu semua kena memberikan kerjasama yang baik kepada mereka berdua. Kita menerima seorang guru lelaki yang mengajar lukisan kejuruteraan dan seorang guru wanita yang akan mengajar subjek matematik". Sambung Pengetua Azman.

Semua pelajar bertepuk tangan tanda meraikan kedatangan kedua-dua guru baru ini. Budak sekolah, nampak sahaja cikgu lelaki yang hensem dan cikgu wanita yang cantik, mestilah hati cair nak belajar. Muda pulak tu.

"Seronoknya kalau cikgu perempuan tu mengajar kita. Cantik pula tu". Aku terdengar bisikan Kamarul kepada Fahmi.

" Nak menggatal la tu". bisik hati aku. Pelajar lelaki kebanyakkan memang begitu.

" Tanpa membuang masa lagi, saya ingin mengumumkan yang Cikgu Haiza akan mengambil alih tugas Cikgu Manisah sebagai guru matematik di kelas 4 kejuruteraan awam 2 dan kelas automatif. Cikgu Azran akan mengambil alih tugas Cikgu Salleh dalam subjek Lukisan kejuruteraan bagi kelas vokasional. Sekian sahaja perhimpunan pada pagi ini.terima kasih. Assalamualaikum." Kata Pengetua Azman mengakhiri perhimpunan pada pagi yang indah ini.

"Haha, memang cikgu perempuan itu ajar kelas kita la Fahmi." Jerit Kamarul yang seperti semua orang dengar kata-kata dia.

"Alamak! Cikgu baru tu mengajar kat kelas aku la." Aku pula menjerit dalam hati. Harap-harap la okay Cikgu Haiza mengajar. Janganlah macam Cikgu Manisah, kalau tak baik jangan tukar cikgu.

"Cepat betul tuhan makbulkan doa orang teraniaya ni." kata aku dalam hati sambil meneruskan langkah menuju ke kelas yang agak jauh dari dewan sekolah. Kelas aku betul-betul menghadap jalan utama menuju ke bandar. 

Empat puluh lima minit kemudian, Cikgu Haiza menjejakkan kakinya memasuki  kelas aku.

"Assalamualaikum kelas." Salam pertama oleh beliau.

"Nama saya Cikgu Haiza. saya akan mengajar kamu subjek matematik. Kalau ada pelajar yang tak faham apa yang saya ajar, boleh bertanya." Kata Cikgu Haiza selepas memperkenalkan diri.

"Sekarang giliran kamu semua pula memperkenalkan diri". arahan pertama beliau kepada kami. Seorang demi seorang bangun memperkenalkan diri dengan ucapan-ucapan meng'up'kan diri masing-masing termasuklah aku.

Selepas sesi memperkenalkan diri tamat, cikgu haiza berkata dalam kelas dia ada beberapa peraturan yang perlu kami patuhi.

 "Baru masuk, dah tetapkan peraturan." kata Azam yang ditujukan ke arah Shahir.

"Nak buat macamana, dia cikgu kita. Ikut jela peraturan dia." balas Shahir.

"Yang pertama, saya paling tak suka bila saya bercakap di depan, ada orang yang bercakap di belakang." kata Cikgu Haiza sambil matanya melirik tajam dan tepat kepada pada azam dan shahir.

"Tanda amaran agaknya." Bisik hatiku.

"Yang kedua, kamu semua tidak dibenarkan meniru samada kerja rumah, kerja sekolah atau apa-apa tugasan yang berkaitan dengan subjek saya. Kalau ada yang berani buat juga, tahulah kamu semua akibatnya nanti. Yang ketiga, tiada makan atau minum dalam kelas saya. Yang keempat, semua mesti ada buku latihan, buku teks dan buku kerja sendiri. Jangan nak meminjam dari pelajar lain. Kamu ikut peraturan saya atau kamu akan didenda. Itu sahaja, faham semua?" Terang beliau dengan penuh senyuman yang sukar untuk ditafsirkan. Mungkin dia nak bunuh kami agaknya kalau ada yang langgar peraturan dia.

" Faham cikgu!" kami semua mengangguk sebagai tanda kononnya memahami arahan beliau.

"Saya akan memulakan sesi pembelajaran kita pada hari ini sekarang. Sila keluarkan buku teks masing-masing". Pinta beliau. Ada beberapa kawan kelas aku mengeluarkan buku teks seperti yang dipinta.

"Sesiapa yang tidak membawa atau mempunyai buku teks sendiri, sila berdiri sekarang sebelum kamu ditangkap". Ramai yang bangun termasuk aku. Dah masa belajar dengan Cikgu Manisah, dia tak pernah kisah ada buku teks atau tidak.

"Disebabkan hari ini hari pertama saya mengajar, kamu dimaafkan." kata Cigu Haiza.

"Tetapi dalam masa 5 minit, sila keluar dari kelas ini dan pinnjam dari mana-mana pelajar di kelas lain." Tambah beliau.

"SEKARANG!" Tegas beliau. Kami pun terus melangkah keluar dari kelas untuk mencari buku teks. Semua berjaya dapatkan bukut teks. Sedang kami masuk balik dalam kelas.

"Kamu lima orang lewat 30 saat." Kata Cikgu Haiza kepada Azam, Shahir, Iza, Mirul dan Imah.

"Maknanya, lima orang rakan kamu ini akan memulakan sesi pembelajaran di luar kelas." Kata Cikgu Haiza dengan penuh senyuman sinis terukir di bibir beliau. Geram aku tengok senyuman sinis dia tu. Nasib baik aku cepat tadi, kalau tak, denga aku kena duduk di luar. Malu la kalau kena denda kat luar. Jatuhlah sahan aku nanti. Duduk bersila sambil pegang buku teks selama 15 minit pula tu.Kenapa 15 minit? Dah masa 30 minit tadi dihabiskan dengan sesi temubual. Haha.

Sebelum mengakhiri kelas pada hari ini, Cikgu Haiza ada memberikan kami 'homework' untuk kami siapkan. 'Homework' tersebut perlu dihantar sebelum jam 8 pagi esoknya. Pesan beliau lagi, jangan ada yang cuba melanggar peraturan beliau lagi kalau tak terima hadiah istimewa daripada beliau.

"Jangan lupa bawa buku esok." Sempat lagi dia ingatkan kami. Aku tak tahu lah, dia perli atau memang nak ingatkan kami. Seperti biasa, kami mengangguk kononnya tanda faham.

..................................................................................................................................................................

"Aik, awal pula kelas aku penuh pagi ini." Pelik aku dalam hati seorang diri ketika tiba di kelas. Mesti kes tak siap homework Cikgu Haiza la ni.

"Nak meniru la tu. Biasa pagi-pagi macam ni, aku dengan budak kaca mata saja yang ada dalam kelas." Kata aku sambil menghayunkan kaki dengan malas melangkah ke kelas.

"Jaja, dah siap kerja rumah semalam?" Tanya mirul pada aku.

"Dah, kenapa kau tanya?" Err...macam bodoh je soalan aku,padahal aku dah tahu niat hati si mirul ni.saja  aku nak panjangkan cerita.hehe. Nak pinjam lah tu.

"Nak pinjamlah, sengal!" Kata Mirul dengan penuh nada bergurau.

"Dahla nak pinjam kerja aku, panggil aku sengal pula. suka hati engkau je" Jawab aku sambil menghulurkan buku latihan biru kepada Mirul. Mirul dengan pantas menyambar buku dari tangan aku dan meneruskan sesi persalinan tugasan yang perlu dihantar sekejap lagi kepada Cikgu Haiza. 

Tepat jam 7.50 pagi, Zarul selaku ketua kelas mengutip semua buku latihan untuk dihantar kepada Cikgu Haiza. Setelah cukup buku latihan, dia menghantarkan buku itu kepada Cikgu Haiza. Sempatla Cikgu Haiza nak semak sebelum masuk ke kelas kami selepas waktu rehat.

Jam 10.30 pagi, waktu rehat tamat. kami memasuki kelas dengan masing-masing perut kenyang baru lepas makan, diikuti dengan Cikgu Haiza.

"Saya mendapati ada pelajar yang berani melanggar arahan saya semalam. Oleh itu, saya telah memikirkan hadiah untuk mereka yang melanggar arahan saya." Ayat pertama keluar dari mulut Cikgu Haiza selepas beliau memberikan salam. Kami menelan air liur tanda kecut perut. Baru dengar dia kata, belum terima hadiah lagi.

"Pelajar yang saya panggil, sila keluar." Pinta Cikgu Haiza. Nama pertama yang dipanggil adalah Mirul.

"Aduh, boleh pulak nama dia yang keluar." Bisik hati aku. Muka dah pucat habis masa itu. Cikgu Haiza berkata dia ada menjumpai salah yang sama dengan salah seorang pelajar kelas kami.

"Siapa yang meniru dan ditiru?" Tanya Cikgu Haiza. Mirul berkata dia membuat sendiri kerja tersebut berulang kali tapi Cikgu Haiza tetap tidak percaya. Aku dah gementar kerana Mirul meniru kerja aku. Setelah didesak berulang kali, akhirnya Mirul mengaku yang dia meniru kerja aku.

"Kamu, Jaja, sila ke depan." Sepantas itu juga nama aku dipanggil. Aku berjalan ke hadapan dengan rasa ketakutan.

"Ini adalah pelajar yang meniru dan ditiru." Menunjukkan ke arah aku dan Mirul.

"Sebagai hukuman kerana melanggar arahan saya, yang ditiru sila ketuk ketampi di luar kelas sebanyak lima kali" Arah Cikgu Haiza. Baru dua hari mengajar, pelbagai arahan dah dikeluarkan. Aku terus berjalan dan menjalani hukuman tersebut. Mirul memandang aku dengan wajah serba salah.

Setelah aku, ramai juga yang mengambil giliran di luar kelas untuk menjalani hukuman tersebut. Ada yang dihukum secara berkumpulan. Tetapi yang paling memalukan, boleh pulak, budak automatif di bangunan sebelah tolong kirakan ketuk ketampi untuk kami. malu siot! 

"Jangan ada yang cuba melanggar peraturan saya lagi selepas ini" Pesan cikgu haiza selepas Usai memberikan homework kepada kami. Pengajaran pertama yang aku dan kawan-kawan dapat dari Cikgu Haiza pada hari itu, kalau tidak faham silalah bertanya kepada guru anda. Jangan mengharapkan kawan-kawan kerana mereka tidak selalunya betul. Tetapi pada aku pula, tidak mengatakan mereka salah. Cuma, tidak salah bertanya kepada kawan, tapi janganlah meniru.

"Lepas ini kena fikir betul-betul. Kalau nak tiru kena tiru cara berilmu sikit." Detik hati aku sambil tersenyum sinin memandang Cikgu Haiza yang perasan cun hari ini.


Idea asal dan nukilan by miss sho
edited by skulluv

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...