Pandangan Daripada Dia


Kelas aku riuh dengan pelbagai gelagat rakan kelas aku yang lain. Ada yang main bola pakai kertas lipat-lipat. main kejar-kejar pun ada, boleh pulak pusing satu kelas. Yang best, ada yang dah nak jadi geng Melodi, ala yang rancangan hiburan main terjah-terjah artis itu. Cuma yang ini gosip pasal budak-budak darjah 6 sahaja. Suka hati kau orang la, masa cikgu tiada la nak buat macam ini.

Aku, seperti biasa mentelaah buku yang ada. Tahun ini aku nak ambil UPSR, kononnya nak dapat keputusan yang bagus. Boleh aku masuk sekolah asrama penuh. Tak nak masuk sekolah biasa-biasa, nanti mummy tak nak bagi basikal BMX baru. Tak best. Aku seorang je yang naik basikal yang ada bakul kat depan, dahla warna ungu. Tak 'raged' la budak-budak kata.

Tengah sibuk mentelaah buku latihan matematik, subjek kegemaran orang kata, aku boleh terpandang pada sepasang mata yang tepat menuju ke arah mata aku. Pergh, dia pandang aku. Tak boleh aku tengok lama-lama. Mata aku alih balik ke arah buku latihan matematik. Tau tak kenapa? Dia 'hot. Dalam sekolah aku, tiada sesiapa boleh lawan ke'hot'an dia. Dan kali ini dia pandang aku.

Siapa dia? Zura. Nama pun dah hot. Kalau tengok mata, Boleh tak tidur malam,. Badan dia, macam Abby Abadi. Dah dia je artis yang hot time zaman Y2K ini. Padahal baru darjah 6 budak Zura ini. Apa jamu mak dia bagi pun aku tak tahu. Kalau surat cinta bawah meja, jangan kata seminggu, tiap-tiap hari ada sahaja yang baru. Aku syak yang mak dia bagi susuk kat budak Zura ini la.

Tapi itu semua aku tolak ke tepi, sekarang pandangan mata Zura sangat tepat ke arah aku. Ya, aku, seorang budak darjah 6 yang sedang mentelaah buku latihan matematik, ingin mendapat basikal BMX baru jika mendapat masuk asrama penuh tahun hadapan. Jantung aku, jangan nak katala. Tak henti berdegup sejak aku ternampak anak mata Zura. Dup dap,dup dap, dup dap. Aku ketuk-ketuk sikit jantung aku, konon boleh perlahankan deguapan jantung akula kan.

"Nizam, kenapa muka merah gila?" Tanya Amri. Sial betul Amri ini. Aku tengah layan perasaan la, Zura tengah pandang aku. Aku tetap tak jawab soalan Amri. Aku biarkan dia dengan soalan dia. Aku dalam dunia aku. Melayan perasaan seorang diri.

"Zura, sudikah engkau mengahwini diri aku?" Soal aku seperti P.Ramlee bertanya pada Saloma dalam cerita zaman dulu-dulu. Aku masih dalam khayalan aku. Woi, aku muda lagi la. Dah sampai nak kahwin itu kenapa. Gila betul kepala otak aku masa itu. Orang tua pun dah kata, Cinta itu buta. Cuma sekarang, cinta bukan buat aku buta, tapi buat aku jadi gila bayang.

"Nizam, aku tengok dari tadi kau asyik pandang buku itu, tapi tak gerak-gerak pun. Tangan pun tak buat apa-apa. Muka merah, pelik la kau ni Nizam." Sekali lagi, Amri menyibukkan diri kononnya mengambil berat tentang aku.

"Janganlah kacau aku." Jawab aku ringkas kepada Amri. Dia tergaru-garu rambut yang belah tengah ala-ala Tomok, artis kumpulan New Boyz. Nyanyi tangkap leleh orang kata. Aku biarkan dia lagi.

Aku toleh mata aku balik kepadaZura, mata dia tetap ke arah aku. Sudah, takkan lah dia tangkap syok kat aku. Lama betul dia pandang aku. Dekat lima minit dah ini. Memang pada manusia biasa, lima minit itu sekejap tetapi pada si angau macam aku sangatlah lama tempoh itu.

Tak boleh jadi, aku kena tanya juga kepada Zura, kenapa dia pandang aku. Untung-untung dia luahkan perasaan kat aku depan orang ramai. Biar semua orang tahu siapa Nizam sebenar. Bukan sahaja seorang budak yang suka mentelaah buku yang ingin masuk sekolah asrama penuh kerana inginkan basikal BMX baru.

"Zura! Kenapa kau asyik pandang-pandang aku dari tadi?!" Jerit aku kepada Zura yang selang beberapa meja dengan aku. Dia kerut mata. Ah sudah, kenapa pulak ini.

"Bila masa aku tengok kau? Aku tengok almari kat belakang kau. Ada jadual kelas, aku tak ingat." Jerit Zura dengan muka selamba. Hahahahahahaha! Satu kelas gelakkan ke arah aku. Aku masa itu, muka mantain merah tapi kali ini merah sebab malu. Sial punya Zura.

"Mesti kau tengok Nizam sebab dia hensem kan?" Amri cuba membetulkan keadaan. Tapi Zura makin mengerutkan mata. Tiba-tiba semua senyap.

"Bangun semua. Asalamualaikum cikgu!" Jerit ketua kelas aku, Joe. Nasib baik Cikgu Asmawi masuk menyelamatkan aku dalam keadaan malu. Takpe Zura, aku tahu kau malu nak ngaku depan budak kelas. Petang nanti aku bawak aiskrim conneto untuk kau masa pulang ke rumah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...