Langkah Pertama.



Teksi di bandaraya Kuala Lumpur kebiasaannya berwarna merah dan putih. Ada juga yang berwarna biru dan kuning. Warna ini mungkin membezakan pemilik syarikat kepada teksi-teksi yang berkeliaran di seluruh bandaraya Kuala Lumpur.

Kelihatan seorang pemuda yang kelihatan segak sedang mengelap teksinya di tepi Jalan Tunku Abdul Rahman di mana terletaknya beberapa pusat membeli belah yang popular seperti Sogo, Kompleks Pertama, Maju Junction dan banyak lagi. Pemuda ini sepertinya berumur dalam lingkungan bawah 30-an. Sudah membawa teksi ketika umurnya masih muda. Barangkali ingin membantu keluarga. Tiada siapa yang tahu.

“Hari ini aku mesti buat.” Kata pemuda itu sendirian yang ketika itu masih mengelap teksinya yang kelihatan sangat berkilat. Barangkali pemuda itu mengelap setiap masa ketika mempunyai masa terluang seperti sekarang. Menunggu pelanggan.

“Lama dah aku plan benda ni. Kalau aku tak buat hari ni, tak tahu ada peluang lain hari tak.” Sambung pemuda itu lagi sendirian. Kawannya datang dari jauh dan pelik memerhatikan pemuda itu yang bercakap sendirian.

“Woi! Kau apahal cakap sorang-sorang ni?” Jerit kawan pemuda itu. Pemuda itu terkejut dan tersedar dari lamunannya sebentar tadi.

“Babi kau Salleh. Terkejut aku.” Balas pemuda itu kepada kawannya, Leman.

“Takdela, aku tengok kau ni cakap sorang-sorang je dari tadi. Mula-mula aku ingatkan ada customer ke apa dalam teksi kau. Takde pun. Kau jangan macam-macam bro.” Sambung Leman.

“Sukati aku la woi nak cakap sorang-sorang ke apa. Kau apa tau.”

“Ekelen, marah pulak kau. Dahla.” Lagak Leman seperti merajuk dengan pemuda tadi, macam perempuan. Pemuda tadi tidak mengendahkan kawannya itu kerena dia mempunyai misi yang lebih penting ingin dilaksanakan.

Pemuda itu telah lama membuat satu rancangan yang mana beliau rasakan hari ini adalah hari yang paling sesuai. Setiap hari pemuda itu akan memerhatikan seorang wanita yang bekerja di salah sebuah bangunan di Jalan Tunku Abdul Rahman itu. Yang pasti, pemuda itu tidak sabar lagi. Hampir setiap hari dia memikirkan wanita itu. Bangun pagi, mandi, sarapan pagi, membawa teksi, makan tengahari, membawa teksi, makan malam dan tidur. Sentiasa memikirkan wanita itu. Pemuda itu tidak sabar dan tidak tahan lagi.

Setiap hari, wanita itu akan meletakkan kenderaannya di parking sogo dan berjalan ke arah pejabatnya. Pemuda itu tidak tahu di mana dan apa pekerjaan wanita itu. Apa yang dia tahu, wanita itu agak tinggi, berkulit cerah, kebiasaannya akan memakai baju kurung walaupun tidak bertudung. Wanita itu juga mempunyai rambut yang panjang. Sangat cantik.

Pemuda itu melihat wanita itu dari jauh. Hatinya berdebar-debar. Dia pasti kali ini dia akan lakukannya. Wanita itu telah jauh meninggalkan kenderaannya dia parking Sogo sebentar tadi. Pemuda itu melihat rakan-rakannya juga sibuk dengan perihal masing-masing, tidak mengendahkan pemuda itu. Pemuda itu berjalan ke arah ruang parking kereta perempuan itu tadi. Tempat yang sama setiap hari atau berdekatan dengan ruang parking itu.

Setelah menghampiri kereta itu, pemuda itu melihat sekeliling. Tiada sesiapa, mahupun pengawal keselamatan. Semuanya makan gaji buta sahaja tetapi bagus untuk pemuda itu. Senang untuk pemuda itu melakukan rancangannya. Beliau mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Berbentuk bulat. Pemuda itu menekan butang di atasnya dan ianya berkelip-kelip. GPS. Mungkin ada yang akan tertanya-tanya dari mana pemuda itu mendapatkan alat GPS itu. Sebenarnya bagi seorang pemandu teksi sepertinya tiada apa yang mustahil. Setiap hari, pemuda itu akan dapat berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang kaya, ada yang miskin. Ada yang jujur dan ada juga yang kuat menipu. Ada tua dan ada muda. Jadi, tidak perlulah pertikaikan daripada pemuda itu boleh mendapatkan alat GPS itu.

Pemuda itu meletakkan alat GPS tadi di bahagian depan sebelah kanan yang mana terdapat ruang-ruang kosong antara bahagian-bahagian kereta yang bersambung. Seterusnya beredar dari situ dan berjalan ke arah teksinya. Pemuda itu masuk ke dalam teksinya. Terdapat satu skrin. Pemuda itu menekan satu butang untuk membuka skrin itu. Setelah terpasang, skrin itu menunjukkan peta di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman itu tadi. Ada dua bulatan kecil yang berkelip-kelip. Satu menunjukkan kedudukan teksi pemuda itu. Satu lagi menunjukkan kedudukan kereta wanita tadi.

Kini, pemuda itu perlu lagi risau mencari kereta wanita. Hanya perlu melihat di skrin dalam teksinya sahaja. Pemuda itu hanya perlu menunggu sahaja.

………………………………………………………………………………………...............................

Lewat petang itu.

Pemuda itu berada di sekitar Jalan P. Ramlee. Menghantar pelancong yang sedang bercuti dari Australia. Apabila ditanya di mana mereka boleh berhibur pada lewat malam nanti, pemuda itu memberi cadangan di sini kerana pelbagai kelab malam yang ada di sini. Hanya perlu pandai memilih sahaja katanya.

Bulatan kecil yang menunjukkan kedudukan kereta wanita tadi telah bergerak. Pemuda itu tersentak. Nasib baik dia sempat menghantar pelancong tadi. Pemuda tadi terus ke arah jalan di mana kereta wanita tadi berjalan. Seketika risau juga kalau tidak sempat. Lebih-lebih ketika waktu puncak sebegini.

Pemuda itu bernasib baik, dapat ketemu kereta wanita tadi ketika sedang berada di Jalan Kuching. Jem. Sikit-sikit pemuda itu dapat mendekati kereta wanita tadi. Kini mereka ada di depan dan di belakang sahaja. Wanita tadi di depan, pemuda itu di belakang. Tak semena-mena pemuda itu melanggar bontot kereta wanita tadi. Pemuda itu senyum. Mereka berhenti tersentak barangkali.

Kedua-dua kereta itu bergerak ke tepi bahu Jalan Kuching, tidak mempedulikan jalan yang sibuk ketika itu.

“Bang, apa ni?” Kata wanita itu setelah keluar daripada keretannya ke arah pemuda itu. Muka wanita itu resah. Pucat pun ada.

“Saya betul-betul mintak maaf. Saya tak sengaja.”

“Ish, teruk ni bang. Adoi.” Pemuda itu senyap. Cuba menyembunyikan senyuman yang hampir terukir di mukanya.

“Camne ni bang? Janganlah senyap pulak.”

“Ermm, saya rasa saya boleh bayarkan.” Jawab pemuda itu berharap dapat memuaskan hati wanita tadi.

“Abang nak bayar camne? Kos repair or…..?”

“Saya bayar semuanya.” Memotong kata wanita tadi.

“Tapi awak kenalah bagi nombor awak ke apa. Senang nak setelkan nanti.” Sambung pemuda itu lagi.

“Okay-okay. Kejap ye.” Wanita tadi berlari mengambil sesuatu di dalam keretanya.

“Ni kad saya. Semua ada dalam.” Menghulurkan kad kepada pemuda tadi.

“Owh, Anis namanya. Manis nama tu.” Senyum pemuda itu. Pemuda itu dapat apa yang dia inginkan.

“Tapi, alamat rumah awak takde ni?”

“Eh, yela. Meh.” Wanita tadi yang bernama Anis mengambil kad itu dan menulis alamatnya di bahagian belakang kadnya tadi. Kembali memberi kepada pemuda itu setelah selesai

“Abang ada kad? Kang mana tau abang nak lari ke apa.” Tanya Anis. Pemuda itu menganguk dan memberi kadnya yang terselit di celah dompetnya. Anis membaca.

“Okaylah bang. Nanti saya dah repair, saya call abang ye.”

“Okay.” Jawab pemuda itu. Pemuda itu senyum. Dalam hatinya tak sangka begitu senang dia boleh mendapat nama dan alamat perempuan itu. Itulah langkah pertama dalam rancangannya.

Untuk berkenalan dengan wanita tadi ataupun Anis namanya.

Itu kamu.


jika diizinkan allah swt juga ditakdirkan atau kita punya jodoh yang kuat, aku teringin sekali bertemu dengan mu buat sekian kalinya. di saat itu mata ku berasa puas menatap wajah mu,telinga ku enak mendengar suara polos mu, hati ku berseri seseri bunga lili dan jantung ku rela ku berhentikan tanpa perlu mengangkut darah ke seluruh tubuh ku lagi.

Suasana di dalam train yang sesak dipenuhi mungkin jutaan umat pada petang sabtu itu akibat terdapat gangguan pada sebelumnya. Gangguan ini pada pandangan ku adalah biasa selagi ia dinamakan ciptaan manusia. Sedangkan ciptaan tuhan juga tiada yang abadi. Oleh itu masih juga aku terdengar rengekan mahupun keluhan daripada sang pengguna di sepanjang perjalanan ini.

Di stesen Wangsa Maju itu, kau sudah tersedia menunggu selama 2 jam lamanya. Kau berebut semata-mata merelakan dirimu untuk ditelan perut gerabak itu. Kau sememangnya pakar dalam hal itu. Tempoh pengajianmu selama 3 tahun di uni telah mematangkan sendi-sendimu untuk mengeksploitasi kondusi itu. Bagi pengguna yang manja dan rela berhabis wang untuk motorkarnya pasti perlu waktu untuk berevolusi pada kondusi seperti itu apabila menggunakan kumudahan awam buat pertama kalinya. Pasti terlihat aneh di saat mahu membeli tiketnya lagi. Terkial-kial itu sudah pasti.

Aku mulai masuk perut gerabak itu sejak di stesen Taman Melati lagi. Aku baru lepas lepak merapatkan silaturrahim bersama rumet dan lainnya. Itu juga kau kenal. Posisi aku pada waktu itu pada pintu yang bertentangan yang kau gunakan untuk masuk dalam perut gerabak itu tadi. Aku bersandar padanya. Kau pula berpegang pada besi yang ditengahnya. Tangan kiri memegang sebuah beg kertas. Terdapat di dalamnya sepasang baju kurung atau kebaya barangkali. Di saat itu kita masih tidak perasan satu sama lain. Ya mana mungkin untuk kita perasan sewenang-wenangnya di saat umat memenuhi perut gerabak ini.

Pada mulanya kau berdiri membelakangi aku. Tiba di stesen berikutnya pula umat manusia silih berganti masuk mahupun keluar. Oleh hal yang itu, kau membulatkan tekad untuk berdiri di pintu itu juga. Kosong melain diriku sahaja berada di situ. Kau berdiri di sudut pintu yang merupakan kegemaran mu. Di saat itu mata kita bertentang buat pertama kali setelah sekian lamanya. Tiada sebarang riaksi keduanya. Kau tetap berdiri sebelah ku, aku pula kembali menatap skrin sesentuh smartfon. Buat hal masing-masing. Tidak perasan.

Stesen berikutnya juga kembali berhenti. Mengangkut sisa pengguna yang lainnya. Tiada yang mahu turun. Sebaliknya lebih ramai yang ingin memenuhi perut gerabak itu walaupun di kala itu perut itu tersedia penuh. Mungkin jika penganggkutan ini tidak ditambah mahupun dibuat yang lain, pastinya dalam 5 tahun lagi suasana seperti di Bangladesh mahupun di Karachi, India dapat aku lihat nanti. Ruangan bumbung Rapid KL juga turut dipenuhi umat. Ia itu tidak mustahil jika ini sudah berlaku sekarang.

Di saat itu kau dikepung. Kau dikepung oleh jantina yang berbeza dari mu. Bahkan dikelilingi pula warga asing. Kau mulai rimas dan takut. Takut ada anasir yang mengambil kesempatan ke atas diri mu. Aku dapat lihat pada bahasa tubuhmu. Itu wajar kau takuti. Hal itu dapat dilihat dengan jelas pada keratan-keratan akhbar Metro. Yang aku hairan pada akhbar itu, sentiasa memaparkan cerita-cerita yang horny. Barangkali ada di kalangan wartawan akhbar itu adalah pelanggan di spa mahupun rumah urut itu. Aku yakin dengan hal yang itu.

Pada hujung minggu begini, lagi-lagi cuti umum, bukan sahaja umat tempatan yang memenuhi pusat bandar, bahkan pekerja-pekerja asing juga mengambil kesempatan untuk turun beramai-ramai ke pusat bandar. Melihat KLCC barang kali, tak kurang juga yang turun ke Lorong Haji Taib menserviskan diri. Berjauhan dari kampung halaman dan dikelilingi batang-batang pada setiap harinya pasti pada hujung minggu mahu pula dikelilingi karipap. Aku melihat dirimu dengan perasaan yang sadis.

Aku berdiri di sisi kanan mu. Tangan kanan sengaja ku pegang pada besi di kiri mu. Aku menghalang mereka! Fitrah seorang lelaki adalah melindungi wanita. Aku tidak terkecuali. Mungkin itu aku lakukan kerana kau adalah orang asing yang sebangsa denganku. Kau melihat sahaja ke bawah. Mungkin membilang-bilang kasut di bawahnya. Tidak memberi sebarang respon atas tindakanku itu.

Kereta api mulai bergerak meninggalkan stesen itu sebaik sahaja sang penumpang memenuhi ruang perut itu. Perut yang hampir terburai. Dalam sesakan itu, kau terasa diri dilindungi. Dilindungi oleh pemuda asing. Kau berasa sedikit lega apabila dirimu tidak dihimpit seperti tadi. Kini kau ingin melihat pemuda itu. Naluri kewanitaan mu meronta ingin melihat lalu berterima kasih walau dengan sejambak senyuman sebagai hadiah atau mungkin salam perkenalan.

Mata mu melirik dari kasut ku. Converse hijau dengan seluar jeans hitam lusuh bersama sweater Converse hitam. Tersemat beg di belakangnya. Kau mencari-cari susuk muka ku. Dipenuhi bulu-bulu pada pipiku, janggut dan misai. Di sisi kiri ku kau terperasan spek mata hitam terconteng sting padanya. Hati mu mulai berdebar-debar. Familiar dengan seseorang yang amat kau kenali suatu masa dahulu. Lalu kau mengharapkan sangat ianya bukan aku. Sebahagian di sudut kecil hatimu pula menginginkan itu aku.

Tanpa terima arahan dari hatiku, otak ku menyuruh sepasang mata ku yang rabun untuk bertentang mata dengan mu. Mata kita bertemu untuk kali keduanya. Paused. Momen itu terasa lama. Bunyi gerabak melalui terowong itu terdengar sayup. Aku baca dari matamu ada sedikit terkejut lalu tunduk. Aku terkesima. Otak ku bekerja keras. Menyelak setiap album yang ada dalam memori otak ku untuk mengenal pasti wajah itu milik siapa. Mataku pantas membaca pada susuk tubuhmu. Kalau-kalau aku kenal. Mungkinkah itu diri mu?!

Stesen KLCC telah tiba. Aku lihat kau sukar untuk keluar. Melihat keadaan umat yang hampir tidak bertamadun, mementing diri sendiri, berebut-rebut umat yang di luar mahu masuk walhal orang di dalamnya masih juga belum keluar. Kekecohan dan bertegang leher berlegar di sekitar perut itu. Namun begitu, kau tetap cuba menembusi setiap susuk tubuh itu. Lalu badanmu berjaya meloloskan diri tetapi tidak begmu itu. Tali nya terputus. Dengan kondusi mu itu aku datang membantu. Aku sambut beg yang terputus itu. Kau mahu beg itu kembali tetapi pantas aku menggelengkan kepala lalu ku hadiahimu satu senyuman. Aku membantu membawa beg mu itu melalui belakangmu yang telah kau bukakan jalan untukku.

"Terima kasih". Sudah lama aku tidak dengar suara yang datang dari mulut itu. Seakan bulu-bulu romaku meremang semuanya. Aku tatap wajah mu puas-puas. Aku hanya sahutnya dalam hatiku. Momen itu tidak mahu aku ganggu dengan suara burukku itu. Melihat keadaanmu yang tidak selesa ditatap begitu, lekas-lakas aku hadiahi senyuman untukmu sekali lagi. Saat kau membalas senyuman itu aku jadi terkesima sehingga lupa untuk memulangkan kembali beg itu semula. Saat aku mahu pulang beg itu juga kelihatan sedikit kaget. Keduanya bahasa tubuh nampak seperti merindui sama lain.

Kau melangkah menjauhi diri ku dengan teragak-agak. Seolahnya tidak mahu berpisah lagi. Hatimu ada di situ. Tidak berganjak walau seinci mahunya. Tetapi otak mu yang berfikir secara waras, mengerti diriku tidak punya apa lagi. Kondusi yang jauh berbeza. Kau dan aku adalah orang asing waktu ini, semalam juga untuk esok mungkin. Tapi waktu dahulu kita punyai memori. Memori indah. Kau terus melangkah. Tidak pula laju langkahmu dalam ruang legar yang mulai kosong akibat umat yang sudah mulai memenuhi perut train.
Hatimu mahu menoleh kebelakang, meronta-ronta barangkali. Tetapi ego mu menutup kemahuan mu itu. Menutup serapat-rapatnya.

Kereta api telah pun tersedia penuh. Aku tidak mahu bersesak-sesak kali ini. Aku mahu hantar kau pulang dengan mataku. Aku hantar sampai kau hilang dari pandanganku. Mungkin hilang buat selama-lamanya. Aku mengharapkan dikau untuk toleh ke belakang. Tapi aku juga amat mengenali dirimu. Aku tahu kau tidak akan lakukannya. Perasaan itu aku buang jauh-jauh, aku terus melihat dirimu yang semakin menjauhi. Di saat kau mahu menaiki tangga karen, kau lihat aku. Aku pula lihat kau. Kaki ku membawa tubuhku ke matamu. Kau pula membiarkan tubuhmu dibawa tangga itu terus ke atas. Hilang.

Aku bersandar pada pintu gerabak sepertinya tadi. Smartfon dikeluarkan lalu menyelak ke dalam galery. Jari telunjukku pantas menari-nari di skrin sesentuh mencari gambar yang aku ingini. Dapat!. Serta merta mukaku tersenyum lebar. Kelihatannya seperti aku telah menang loteri. Menang berjuta. Aku berjaya mencuri 20 keping gambarnya dengan menggunakan mod shutter. Sengaja untuk dibuat koleksi di kala keseorangan. Gambar itu berjaya aku tangkap waktu ku pura-pura mahu melihat jam. Walhal dia bukan peduli aku mahu buat apa.

Aku tatapi potret itu. Terlihat banyak perubahan keatas dirinya. 5 tahun usia perpisahan kau dan aku. Itu aku ingat hingga kini. 5 tahun itu banyak membuat dirimu berubah dari fizikalnya. Harapnya sikap dan sifat keperibadian mu tidak berubah. Kau sedikit berisi. Atau mungkin bajunya sahaja besar. Mana mungkin aku perasan akan dirinya jika dia berpakaian seperti itu. Tanpa spek mata juga converse. Sepertinya dia itu baru saja menghadiri parti atau event yang mahal-mahal. Memang aku wajar tidak mengenali dirinya. Aku lihat diriku. Totali jauh berbeza darinya. Selekeh!

"Ehem ehem."

Batuk itu mengejutkan aku. aku tersentak di kala aku leka dengan potret-potret itu. Aku tersentak kerana aku tahu batuk itu milik siapa. Sekujur tubuh telah tersedia di depan ku. Itu kau! Jerit aku dalam hati. Aku terkesima buat sekian kalinya. Mungkin waktu itu aku sedikit terlopong juga mata yang sedikit mahu terkeluar. Tidak percaya. Atau itu mungkin khayalanku semata-mata. Momen itu terasa panjang. Aku mengesat mata. Masih tidak percaya. Otakku pantas mencanang soalan mengapa dia ada di sini. Tidak juga ku temui jawapannya. Lagi pula jawapan itu hanya ada pada dia.

"Tengok gambar siapa itu?" Kau cuba melihat pada smartfonku. Aku waktu itu masih paused. Mujur suaramu itu membawa aku kembali di gerabak ini. Pantas aku menyimpannya di kocekku. Kau berdiri di sisi ku pula. Momen itu aku kira sangat aneh. Seperti mahunya ketemu ular tedung. Walhal tika itu adrenalin berada kemuncak membuatkan aku terpana melihat wajah itu milik kamu. Ya milik kamu, suara itu juga milik kamu. Aku yakin aku tidak bermimpi.

Penegak Keadilan



Aku ingat lagi masa aku kecil sekolah rendah. Mungkin darjah satu atau darjah dua kot. Masa itu bulan Ramadhan. Paham-paham jela kalau budak-budak ni macam aku ni yang baru nak meningkat ke umur remaja, orang tua sahaja yang sembahyang tarawih kat hadapan. Belakang diorang mana ada sesiapa pun.

Kebanyakkan budak-budak ni akan pergi bermain. Ada yang main kejar-kejar dengan kawan-kawan. Ada yang yang main gasing. Ada yang main cyberpet dan digimon. Game yang lawan-lawan tu la.

Tapi kebiasaannya budak-budak akan bermain mercun la. Musim bulan ramadhan je musim yang syok nak main mercun ni. Bulan lain takde nafsu langsung orang kata. Bagi free pun tak pandang.

Nak dijadikan cerita, masa itu aku baik dengan adik aku, Uda dan Rais. Kawan lain tak campur sangat. Lepas je sembahyang isya’, kitorang gerak ke kedai depan. Nak cari stok mercun untuk bom geng lain. Masa ni siapa yang boleh buat orang pandang sebab bunyi mercun korang memang power.

“Bang, stok mercun ada?” Tanya Rais kepada abang jual mercun. Aku letak nama dia Man Mercun. Senang nak ingat walaupun bukan nama sebenar.

“Shhhh. Senyap sikit. Agak-agakla korang nak beli.” Balas Man Mercun. Aku dan yang lain pelik.

“Korang nak aku kena tangkap ke apa?” Sambung Man Mercun. Masa tu baru kitorang perasan yang mercun dah diharamkan oleh kerajaan. Kitorang geleng-geleng kepala.

“Jom ikut aku ke belakang.” Ajak Man Mercun. Kitorang ikut je seperti anak-anak ayam ikut ibu ayam. Masa itu aku ada nampak seorang budak lebih kurang umur aku je masuk ke kedai. Aku buat tak tahu sebab tak berapa kenal. Aku tahu rumah dia kat mana tapi tak kawan dengan dia.

“Korang nak mercun apa ni?” Tanya Man Mercun.

“Yang paling power la bang. Mercun mancis tiga kotak.” Jawab Rais. Aku dan Uda mendiamkan diri tanda setuju.

“Semua sekali RM3.00 je. Ni ada duit tak ni?” Kitorang angguk. Tiba-tiba tokei kedai merangkap mak Man Mercun panggil Man Mercun ke hadapan. Mungkin ada barang yang nak diambil. Man Mercun meletakkan beg dia yang penuh dengan mercun. Mungkin Man Mercun takut mak dia nampak.

Masa itu lah, budak yang aku nampak tadi datang ke arah kitorang dan mengambil mercun-mercun kat dalam tu. Dia pandang kitorang dan senyum sahaja. Kemudian dia berlari dengan menggunakan pintu belakang kedai.

“Bang! Ada budak ambil barang abang ni.” Jerit aku. Man Mercun berlari-lari anak ke arah kitorang dan terus periksa beg yang ditinggalkan tadi.

“Sial. Nasib baik ada lagi yang tinggal. Korang tahu tak siapa yang ambil tadi?” Tanya Man Mercun dengan marahnya. Siapa tak marah kalau barang kena ambil.

“Tahu bang. Budak tu duduk kat rumah jalan belakang tu.” Tunjuk aku. Rais dan Uda mengiyakan untuk meyakinkan Man Mercun.

“Okay, korang tunjuk kat aku mana rumah budak tu. Nanti aku bagi upah kat korang. Boleh?” Man Mercun memberi tawaran kepada kitorang. Kitorang angguk tanda setuju. Lagi-lagi masa ni la nak jadi penegak keadilan kan? Macam dalam televisyen tu la.

Kitorang terus berjalan ke arah jalan belakang dan menunjukkan rumah budak yang mengambil mercun tadi. Man Mercun menyuruh kitorang berdiri di luar pagar rumah budak itu. Dia seorang diri pergi mengetuk pintu rumah budak itu.

“Assalamualaikum! Ada orang tak?” Jerit Man Mercun dan mengetuk pintu rumah itu. Seorang perempuan tua membuka pintu rumah itu.

“Ya, ada apa ya? Tanya perempuan tua itu.

“Anak makcik ada tak?”

“Baru sahaja balik. Kenapa nak?”

“Sebenarnya dia ada ambil barang saya ni makcik. Kalau boleh, saya nak balik barang saya.” Jawab Man Mercun. Perempuan itu membuat muka terkejut dan memanggil anaknya tadi.

Mereka berbincang bersama dan akhirnya budak itu memberi balik mercun yang diambil kepada Man Mercun. Agaknya mak budak itu dah buat muka bagi budak tu takut. Aku tak pulak perasan.

“Jom.” Ajak Man Mercun. Kitorang tak tahu ke mana hala tuju yang ingin dibawa Man Mercun tetapi kitorang tetap ikut. Mengharapkan upah yang dijanjikan tadi.

“Sebab korang dah tolong aku tadi, jom aku jadi supplier mercun korang malam ni.” Man Mercun berkata. Kitorang teruja bukan main la kan.

Sedang dalam pejalanan dari rumah budak tadi yang di jalan belakang ke tempat permainan mercun berlangsung. Man Mercun nak test power. Biar semua orang terkejut dengan kehadiran kitorang.

“Ni mercun terpedo. Kalau meletup boleh gegar satu Segambut ni.” Kata Man Mercun dengan riak. Kitorang angguk je. Sebenarnya dalam hati aku memang teruja gila dah masa tu. Nanti budak-budak taman boleh salute dengan kitorang.

Piuungggggggggg. Bunyi mercun terpedo yang Man Mercun nyalakn tadi. Kuat gila. Berdebar hati aku. Berpusing-pusing naik ke atas. Mungkin tak tegak kata hati aku sendirian.

Tiba-tiba mercun terpedo tu terbang ke arah satu tempat yang diluar jangkaan kitorang.

“Wo-woi, mana mercun tu pergi woi!” Jerit Rais tapi dah terlambat.

BOOOOOOMMMMMM!

Memang kuat bunyi letupan mercun yang Man Mercun nyalakan tadi. Biasanya kitorang mesti gembira atau excited orang putih kata tetapi kali ni tak.

Sebabnya mercun terpedo tu meletup betul-betul atas surau yang orang tengah sembahyang terawih. Senyap sekejap imam yang rancak dari tadi. Terkejut barangkali.

Dah tu, kitorang lari la tetapi geng-geng buat moreh sempat kejar kitorang. Nasib baik masa tu, Man Mercun je yang kena tarik. Kitorang buat muka seposen kot, tu yang lepas.

Supper Di Bukit Ampang


Aku capai kunci kereta berlambang H buatan korea. Aku buka pintu aku duduk. Cepat-cepat aku hidupkan enjin kereta. Sekali lagi aku lihat pada skrin handset aku kalau-kalau dia mesej lagi. Tiada. Aku jalan.

Dalam perjalanan aku ke rumah sewa dia, otak aku seakan menjadi mesin carian gugel. Mencari lokasi paling elok untuk aku dan dia lepak. Paling penting ia haruslah selamat. Gila bawak anak dara orang keluar malam-malam, bahaya woo. Tengok aje lah dada metro tu. Lurah dada beliau semakin hari semakin dalam aku tengok. Yang pasti pembacanya turut merasa horny hanya dengan membaca dadanya sahaja. Jika diselak halaman di dalam, mana yang lemah iman mahu terpancut segala air aku rasa.

Kereta, aku pandu hati-hati. Tiada yang mendorong aku untuk laju. Sampai di trafik light, terlintas pulak nak tengok wallet merah billabong aku. Tak semena-mena bau tungkik menyelubungi ruang kereta. Aku lemas. Lekas-lekas aku turunkan tingkap. Aku capai ambipur perisa lavender. Aku sedut haruman itu. Aku sedut macam orang asma. Aku terperasan ada orang perhatikan aku. Aku pandang orang yang berada dalam kereta viva itu. Nokharom. awek-awek KPJ tersengih-sengih melihat aku. Aku naikkan tingkap aku semula.  Terasa malu.

Dejey, nak dating apa wallet takde duit hah. Aku tengok jam G-shock cap siam. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Aku tengok meter minyak. pun kosong. Aku geleng kepala sampai sakit tengkuk. Dejey bebudak ni, tahu guna tapi tak reti nak isi. Haish. Dalam hati, aku doa harap-harap ada petrol pam yang ada mesin atm CIMB.

Usai isi minyak sama keluar duit, handset aku berdering. Aku tak tengok skrin sebab aku yakin dia yang call aku. Aku bilang sama dia.

"Amboi kemain tak sabar-sbar lagi nak dating hah. Sabar lah sayang." Aku gelak bila aku cakap sayang ke dia.
"Mak pun sayang kau jugak. Kau pergi mana?!"

Aduh kantoi! Aku tepuk dahi. Mana aku nak letak muka aku ni der. Kemain gagap aku cakap sama mak aku. Sudahnya, aku angguk sama geleng kepala dengar emak tercinta beletiaq. Mahu tak kena beletiaq, semalam hari ibu pun aku tak wish ke dia. Ucap sayang ke beliau, apatah lagi. Huh. Itu jam aku rasa, lipas sama semut yang ada dalam kereta aku ini pun gelak ke aku. Ini belum lagi aku buka cerita ke dia. Mahu aku kene bahan dengan dia. Seminggu cerita tak habis woo..

Ngam-ngam aku sampai rumah dia, dia call. Kali ini tiada sayang. Mood sayang aku hilang. Aku tengok dia terkedek-kedek tutup pintu pagar depan. Jalan pun sopan santun tapi pakai baju superman. Aku curiga.

"Amboi, tutup pintu kereta aku pun kemain lembut. Tak payah nak sopan sangatlah ngan aku" Aku perli dia.
"Kau ni Zimi, penat aku berlatih depan cermin nak jadi lembut tau." Dia sengih ke aku. Aku masuk gear satu dan aku jalan tinggalkan Taman Semarak.

Dalam perjalanan aku ke bandar metropolitan, dia sibuk tanya aku nak lepak kat mana. Beberapa kali itu juga aku bilang sama dia.

"Biarlah rahsia." Aku guna ayat dia. Tak semena-mena satu cubitan hinggap di paha aku tanpa sempat aku tepis. Adrenalin aku berada di puncak, aku gelak. Dia hilang sabar.

Dia, aku kenal di uni dulu. Aku start rapat dengan dia bila geng aku kene satu kumpulan dengan geng dia dalam kelas purchasing. Pensyarah aku ni pulak boleh buat macam stail kelas tadika. Duduk mengikut turutan nama. Pensyarah aku bilang lagi, cara macam tu senang dia untuk kenal nama dan tahu pelajar yang suka tuang kelas. Itu jam aku rasa bilik tu dah macam bilik tekanan tinggi dah. Kebetulan aku duduk sebelah dia. Aku tengok dia cool jer. Lama-lama aku pun ikut cool macam dia gak. Dia kata, lepak dengan aku boleh masuk air. Lama-lama lepak dengan dia, dengan-dengan dia pun masuk air macam aku gak. Haha!

"Kau ni, suka sangat bawak aku jalan kat tempat gelap kan. Takut aku."
"Lagi gelap lagi baguskan." Balas aku sambil buat muka yang menggairahkan. Ngaummmm!

Tak semena-mena telinga sama rambut aku ditariknya. Itu jam kekiri ke kanan dah kereta tu aku pandu. Kalau kereta belakang follow itu jam, mesti dorang ingat aku tengah beromen. Ala memang minded orang kita kan. Sebenarnya aku pun tak tahu macam mana aku boleh terfikir nak guna jalan tu. Terasa seram sejuk jugak time lalu kat situ. Kiri kanan hutan, kereta pulak boleh banyak yang tak lalu situ.

"Wah cantiknya view KL dari sini. Kita kat mana ni Zimi?"

Gembira gila aku dengar dia cakap macam tu. Muka dia itu jam kalo lu orang tengok boleh nangis woo. Muka kagum kot. Aku bilang sama dia,

"Kau berada dibawah naungan ku. Haha!" Aku gelak jahat ke dia. Dia renung tajam ke aku. Aku sedia untuk diapa-apakan dia. Dan dia..... tapi takde apa-apa pun. Haha.

 Aku bilang sama dia,

"Selamat datang ke Bukit Ampang" Itu jam aku ada rasa macam kepuasan gitu, kembang kempis hidung aku tengok dia excited suruh aku berhenti.

Aku bilang sama dia lagi,

"Ini malam kita dinner kat sini." Dia punyalah seronok, mahu dipeluknya aku time tu. Tetiba badan aku dah ready jer nak kena peluk ngan dia. Malangnya hanya rambut aku yang ditariknya. Katanya geram sama aku. Hati aku bilang, awat tak gigit jer aku. Huh!

Usai parking, aku, dia berlegar-legar di sekeliling situ, cari port terbaik. Bukan port ehem-ehem, tapi port makan car kuew tiau. Dia kata dia suka makan tu. Jadi memang kebetulan pulak kat situ banyak gerai tu.

Aku tengok dia. Dia tengok KL. Dia tengok aku, aku tengok KL. Kali ni aku tengok dia, dia tengok aku. Aku tatap wajah dia. Angin dingin yang sepoi-sepoi melambai lembut ke muka dia sehingga tudungnya menar-nari.

"Order lah sayang. Tu orang tu dah lama tunggu hah." Aku bilang sama dia. Satu sepakan percuma singgah di kaki aku. Aku hanya mampu cakap gol dikala itu.

Usai oder, aku uji dia dengan soalan daya tahan.

"Kau dah tengok KL, dengan aku-aku kau lupakan. Sampai oder makan pun boleh lupa. Lepas tu boleh bagi free kick lak tu. Huh!"
"Ala, sorry la Zimi. Aku terover excited. Aku teringin sangat nak lepak sini sebenarnya. Kau memang terbaik la. Terima kasih Zimi.."
"Aik, tak kan terima kasih jer yang aku dapat. Aku drive punya jauh, terima kasih jer dapat. Huh."
"Abis ko nak apa?"
"Nak kiss.." sambil hulur pipi kanan. Satu lagi free kick kena pada kaki aku. Aku jerit sakit. Kali ni siyes gila punya sakit woo. Dejey punya member.

Usai pusing-pusing KL sama dia, aku hantar dia pulang. Belum sempat dia melangkah keluar dari kereta aku, aku baru perasan dia bukan pakai selipar flipper seperti selalunya. Rupanya dia pakai kasut bunga-bunga. Aku jerit ke dia terkejut. Dia jadi malu-malu. Cepat-cepat, dia keluar dari kereta dan masuk dalam rumah.

Aku terkesima. Patut la hari ini, free kick dia sakit lain macam. Dejey!

amios.

Dedikasi untuk Zuraida. (Z kasi terbalik kata dia masa aku dengan dia tengok iklan PR) Aku pandang dia, aku gelak besar. Haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...