Itu kamu.


jika diizinkan allah swt juga ditakdirkan atau kita punya jodoh yang kuat, aku teringin sekali bertemu dengan mu buat sekian kalinya. di saat itu mata ku berasa puas menatap wajah mu,telinga ku enak mendengar suara polos mu, hati ku berseri seseri bunga lili dan jantung ku rela ku berhentikan tanpa perlu mengangkut darah ke seluruh tubuh ku lagi.

Suasana di dalam train yang sesak dipenuhi mungkin jutaan umat pada petang sabtu itu akibat terdapat gangguan pada sebelumnya. Gangguan ini pada pandangan ku adalah biasa selagi ia dinamakan ciptaan manusia. Sedangkan ciptaan tuhan juga tiada yang abadi. Oleh itu masih juga aku terdengar rengekan mahupun keluhan daripada sang pengguna di sepanjang perjalanan ini.

Di stesen Wangsa Maju itu, kau sudah tersedia menunggu selama 2 jam lamanya. Kau berebut semata-mata merelakan dirimu untuk ditelan perut gerabak itu. Kau sememangnya pakar dalam hal itu. Tempoh pengajianmu selama 3 tahun di uni telah mematangkan sendi-sendimu untuk mengeksploitasi kondusi itu. Bagi pengguna yang manja dan rela berhabis wang untuk motorkarnya pasti perlu waktu untuk berevolusi pada kondusi seperti itu apabila menggunakan kumudahan awam buat pertama kalinya. Pasti terlihat aneh di saat mahu membeli tiketnya lagi. Terkial-kial itu sudah pasti.

Aku mulai masuk perut gerabak itu sejak di stesen Taman Melati lagi. Aku baru lepas lepak merapatkan silaturrahim bersama rumet dan lainnya. Itu juga kau kenal. Posisi aku pada waktu itu pada pintu yang bertentangan yang kau gunakan untuk masuk dalam perut gerabak itu tadi. Aku bersandar padanya. Kau pula berpegang pada besi yang ditengahnya. Tangan kiri memegang sebuah beg kertas. Terdapat di dalamnya sepasang baju kurung atau kebaya barangkali. Di saat itu kita masih tidak perasan satu sama lain. Ya mana mungkin untuk kita perasan sewenang-wenangnya di saat umat memenuhi perut gerabak ini.

Pada mulanya kau berdiri membelakangi aku. Tiba di stesen berikutnya pula umat manusia silih berganti masuk mahupun keluar. Oleh hal yang itu, kau membulatkan tekad untuk berdiri di pintu itu juga. Kosong melain diriku sahaja berada di situ. Kau berdiri di sudut pintu yang merupakan kegemaran mu. Di saat itu mata kita bertentang buat pertama kali setelah sekian lamanya. Tiada sebarang riaksi keduanya. Kau tetap berdiri sebelah ku, aku pula kembali menatap skrin sesentuh smartfon. Buat hal masing-masing. Tidak perasan.

Stesen berikutnya juga kembali berhenti. Mengangkut sisa pengguna yang lainnya. Tiada yang mahu turun. Sebaliknya lebih ramai yang ingin memenuhi perut gerabak itu walaupun di kala itu perut itu tersedia penuh. Mungkin jika penganggkutan ini tidak ditambah mahupun dibuat yang lain, pastinya dalam 5 tahun lagi suasana seperti di Bangladesh mahupun di Karachi, India dapat aku lihat nanti. Ruangan bumbung Rapid KL juga turut dipenuhi umat. Ia itu tidak mustahil jika ini sudah berlaku sekarang.

Di saat itu kau dikepung. Kau dikepung oleh jantina yang berbeza dari mu. Bahkan dikelilingi pula warga asing. Kau mulai rimas dan takut. Takut ada anasir yang mengambil kesempatan ke atas diri mu. Aku dapat lihat pada bahasa tubuhmu. Itu wajar kau takuti. Hal itu dapat dilihat dengan jelas pada keratan-keratan akhbar Metro. Yang aku hairan pada akhbar itu, sentiasa memaparkan cerita-cerita yang horny. Barangkali ada di kalangan wartawan akhbar itu adalah pelanggan di spa mahupun rumah urut itu. Aku yakin dengan hal yang itu.

Pada hujung minggu begini, lagi-lagi cuti umum, bukan sahaja umat tempatan yang memenuhi pusat bandar, bahkan pekerja-pekerja asing juga mengambil kesempatan untuk turun beramai-ramai ke pusat bandar. Melihat KLCC barang kali, tak kurang juga yang turun ke Lorong Haji Taib menserviskan diri. Berjauhan dari kampung halaman dan dikelilingi batang-batang pada setiap harinya pasti pada hujung minggu mahu pula dikelilingi karipap. Aku melihat dirimu dengan perasaan yang sadis.

Aku berdiri di sisi kanan mu. Tangan kanan sengaja ku pegang pada besi di kiri mu. Aku menghalang mereka! Fitrah seorang lelaki adalah melindungi wanita. Aku tidak terkecuali. Mungkin itu aku lakukan kerana kau adalah orang asing yang sebangsa denganku. Kau melihat sahaja ke bawah. Mungkin membilang-bilang kasut di bawahnya. Tidak memberi sebarang respon atas tindakanku itu.

Kereta api mulai bergerak meninggalkan stesen itu sebaik sahaja sang penumpang memenuhi ruang perut itu. Perut yang hampir terburai. Dalam sesakan itu, kau terasa diri dilindungi. Dilindungi oleh pemuda asing. Kau berasa sedikit lega apabila dirimu tidak dihimpit seperti tadi. Kini kau ingin melihat pemuda itu. Naluri kewanitaan mu meronta ingin melihat lalu berterima kasih walau dengan sejambak senyuman sebagai hadiah atau mungkin salam perkenalan.

Mata mu melirik dari kasut ku. Converse hijau dengan seluar jeans hitam lusuh bersama sweater Converse hitam. Tersemat beg di belakangnya. Kau mencari-cari susuk muka ku. Dipenuhi bulu-bulu pada pipiku, janggut dan misai. Di sisi kiri ku kau terperasan spek mata hitam terconteng sting padanya. Hati mu mulai berdebar-debar. Familiar dengan seseorang yang amat kau kenali suatu masa dahulu. Lalu kau mengharapkan sangat ianya bukan aku. Sebahagian di sudut kecil hatimu pula menginginkan itu aku.

Tanpa terima arahan dari hatiku, otak ku menyuruh sepasang mata ku yang rabun untuk bertentang mata dengan mu. Mata kita bertemu untuk kali keduanya. Paused. Momen itu terasa lama. Bunyi gerabak melalui terowong itu terdengar sayup. Aku baca dari matamu ada sedikit terkejut lalu tunduk. Aku terkesima. Otak ku bekerja keras. Menyelak setiap album yang ada dalam memori otak ku untuk mengenal pasti wajah itu milik siapa. Mataku pantas membaca pada susuk tubuhmu. Kalau-kalau aku kenal. Mungkinkah itu diri mu?!

Stesen KLCC telah tiba. Aku lihat kau sukar untuk keluar. Melihat keadaan umat yang hampir tidak bertamadun, mementing diri sendiri, berebut-rebut umat yang di luar mahu masuk walhal orang di dalamnya masih juga belum keluar. Kekecohan dan bertegang leher berlegar di sekitar perut itu. Namun begitu, kau tetap cuba menembusi setiap susuk tubuh itu. Lalu badanmu berjaya meloloskan diri tetapi tidak begmu itu. Tali nya terputus. Dengan kondusi mu itu aku datang membantu. Aku sambut beg yang terputus itu. Kau mahu beg itu kembali tetapi pantas aku menggelengkan kepala lalu ku hadiahimu satu senyuman. Aku membantu membawa beg mu itu melalui belakangmu yang telah kau bukakan jalan untukku.

"Terima kasih". Sudah lama aku tidak dengar suara yang datang dari mulut itu. Seakan bulu-bulu romaku meremang semuanya. Aku tatap wajah mu puas-puas. Aku hanya sahutnya dalam hatiku. Momen itu tidak mahu aku ganggu dengan suara burukku itu. Melihat keadaanmu yang tidak selesa ditatap begitu, lekas-lakas aku hadiahi senyuman untukmu sekali lagi. Saat kau membalas senyuman itu aku jadi terkesima sehingga lupa untuk memulangkan kembali beg itu semula. Saat aku mahu pulang beg itu juga kelihatan sedikit kaget. Keduanya bahasa tubuh nampak seperti merindui sama lain.

Kau melangkah menjauhi diri ku dengan teragak-agak. Seolahnya tidak mahu berpisah lagi. Hatimu ada di situ. Tidak berganjak walau seinci mahunya. Tetapi otak mu yang berfikir secara waras, mengerti diriku tidak punya apa lagi. Kondusi yang jauh berbeza. Kau dan aku adalah orang asing waktu ini, semalam juga untuk esok mungkin. Tapi waktu dahulu kita punyai memori. Memori indah. Kau terus melangkah. Tidak pula laju langkahmu dalam ruang legar yang mulai kosong akibat umat yang sudah mulai memenuhi perut train.
Hatimu mahu menoleh kebelakang, meronta-ronta barangkali. Tetapi ego mu menutup kemahuan mu itu. Menutup serapat-rapatnya.

Kereta api telah pun tersedia penuh. Aku tidak mahu bersesak-sesak kali ini. Aku mahu hantar kau pulang dengan mataku. Aku hantar sampai kau hilang dari pandanganku. Mungkin hilang buat selama-lamanya. Aku mengharapkan dikau untuk toleh ke belakang. Tapi aku juga amat mengenali dirimu. Aku tahu kau tidak akan lakukannya. Perasaan itu aku buang jauh-jauh, aku terus melihat dirimu yang semakin menjauhi. Di saat kau mahu menaiki tangga karen, kau lihat aku. Aku pula lihat kau. Kaki ku membawa tubuhku ke matamu. Kau pula membiarkan tubuhmu dibawa tangga itu terus ke atas. Hilang.

Aku bersandar pada pintu gerabak sepertinya tadi. Smartfon dikeluarkan lalu menyelak ke dalam galery. Jari telunjukku pantas menari-nari di skrin sesentuh mencari gambar yang aku ingini. Dapat!. Serta merta mukaku tersenyum lebar. Kelihatannya seperti aku telah menang loteri. Menang berjuta. Aku berjaya mencuri 20 keping gambarnya dengan menggunakan mod shutter. Sengaja untuk dibuat koleksi di kala keseorangan. Gambar itu berjaya aku tangkap waktu ku pura-pura mahu melihat jam. Walhal dia bukan peduli aku mahu buat apa.

Aku tatapi potret itu. Terlihat banyak perubahan keatas dirinya. 5 tahun usia perpisahan kau dan aku. Itu aku ingat hingga kini. 5 tahun itu banyak membuat dirimu berubah dari fizikalnya. Harapnya sikap dan sifat keperibadian mu tidak berubah. Kau sedikit berisi. Atau mungkin bajunya sahaja besar. Mana mungkin aku perasan akan dirinya jika dia berpakaian seperti itu. Tanpa spek mata juga converse. Sepertinya dia itu baru saja menghadiri parti atau event yang mahal-mahal. Memang aku wajar tidak mengenali dirinya. Aku lihat diriku. Totali jauh berbeza darinya. Selekeh!

"Ehem ehem."

Batuk itu mengejutkan aku. aku tersentak di kala aku leka dengan potret-potret itu. Aku tersentak kerana aku tahu batuk itu milik siapa. Sekujur tubuh telah tersedia di depan ku. Itu kau! Jerit aku dalam hati. Aku terkesima buat sekian kalinya. Mungkin waktu itu aku sedikit terlopong juga mata yang sedikit mahu terkeluar. Tidak percaya. Atau itu mungkin khayalanku semata-mata. Momen itu terasa panjang. Aku mengesat mata. Masih tidak percaya. Otakku pantas mencanang soalan mengapa dia ada di sini. Tidak juga ku temui jawapannya. Lagi pula jawapan itu hanya ada pada dia.

"Tengok gambar siapa itu?" Kau cuba melihat pada smartfonku. Aku waktu itu masih paused. Mujur suaramu itu membawa aku kembali di gerabak ini. Pantas aku menyimpannya di kocekku. Kau berdiri di sisi ku pula. Momen itu aku kira sangat aneh. Seperti mahunya ketemu ular tedung. Walhal tika itu adrenalin berada kemuncak membuatkan aku terpana melihat wajah itu milik kamu. Ya milik kamu, suara itu juga milik kamu. Aku yakin aku tidak bermimpi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...