Rancangan Gila : Bab 4


Bersambung dari Bab Tiga

Kringggggggg, kringggggggg, kringggggggggggg. Bunyi itu amat membingitkan telinga aku  dan telah membuatkan aku terjaga dari tidurku. Ianya datang daripada telefon bimbitku yang satu lagi berjenama Samsung Galaxy S3. Handphone itu adalah pemberian teman lelakiku, Im setelah aku menceritakan handphoneku keluaran CSL pernah dikutuk oleh minah gampang itu sebelum ini di dan barangkali dia jugalah yang menelefonku. Sebenarnya aku cukup pantang sebenarnya mendengar bunyi bising jika aku sedang tidur, lebih-lebih lagi jika aku tidur dengan lena.

"Hello?" jawabku dengan bersahaja. Kebiasaanya aku tidak akan menjawab panggilan jika aku sedang tidur tetapi memandangkan memang Im yang menghubungi aku. Aku terpaksa menjawabnya juga, lebih-lebih lagi aku tak suka jika dia menyoal aku dengan pelbagai soalan kelak. Aku yang pening kepala untuk menjawab segala persoalannya nanti. Kalau boleh aku tidak mahu kantoi dengan sesiapa pun.

"Hello Sayang. You ni tidur lagi ke?" Im membalas. Lembut sahaja nada bicara teman lelaki aku ini. Untung juga rupanya aku ini.

"Dah 15 minit I tunggu you kat bawah ni. Jadi tak kita nak keluar ni?" Sambung Im.

"Alamak you! Boleh bagi I 30 minit untuk siap-siap tak?" Aku terlupa yang sepatutnya aku menemani Im malam ini. Kami jarang berjumpa dalam dua tiga bulan ini. Aku sibuk dengan tesis aku dan Im selalu outstation atas arahan boss besar dia.

"Sorry-sorry. I tertidur tadi. Tunggu sekejap tau?" Sambung aku lagi meminta maaf. Im pernah memarahi aku hanya disebabkan aku tidak menepati janji sebelum ini. Jadi, sebelum dia memarahi aku, baik aku minta maaf terlebih dahulu.

"OK. 30 minit je. Lambat cancel." Im seperti biasa bernada lembut tapi memberi amaran dengan tegas.

Tanpa membuang masa, aku membuka baju dan seluar yang tersarung sejak malam tadi ketika aku menculik minah gampang lagi. Selepas itu, aku turut membuang coli dan panties aku. Hanya bertelanjang sahaja dalam bilik sendirian. Kalau aku keseorangan memang selalunya aku akan berkelakuan seperti ini. Lebih senang untuk ke bilik air. Sempat juga aku memandang tubuhku ke cermin. Masih cantik dan bergetah. Aku tersenyum seorang diri dan terus mengambil tuala untuk membaluti tubuhku.

Nasib baiklah tiada sesiapa yang sedang mandi di bilik air. Dapatlah aku mandi dan segera menyiapkan diri. Aku tidak memerlukan masa yang lama seperti wanita-wanita lain untuk mandi. Walaupun aku perempuan yang normal, aku sendiri tidak pasti kenapa aku mengambil masa yang singkat untuk mandi. Apabila ditanya pada rakan yang lain, rutin yang dilakukan juga sama sahaja.

30 minit kemudian aku telah berada di bawah. Dah diberi amaran oleh Im sebentar tadi, lebih baik aku cepat. Tak pasal-pasal nanti Im membatalkan pertemuan ini gara-gara aku terlupa. Sebenarnya mungkin aku boleh ingat jika tidak melakukan apa-apa semalam tetapi penat aku masih tidak hilang. Mungkin itu punya aku terlupa.

"Hai you,sorry buat you tunggu I ye." Kata aku yang sedang memasuki pintu kereta Im, Proton Preve. Im sangat menyokong kereta keluaran tempatan, lebih-lebih lagi jika Proton yang mengeluarkannya. Tidak tahu mengapa. Semangat nasionalisme tersemat dalam jiwa Im mungkin.

"Aik Sayang, kenapa you nampak gembira semacam saja ni.?" Im tanya kepadaku. Aku rasa diriku sama sahaja jika berjumpanya dengannya. Takkanlah Im boleh tahu pulak apa yang aku lakukan malam tadi.

"Eh, mana ada la you. I sama jela." Balas aku cuba menyembunyikan perkara sebenar.

"Serius. I rasa you happy sangatla. Muka you tu tak habis-habis senyum je dari tadi." Shit. Aku senyum melampau sangat ke hari ini. Biasa aku senyum macam mana? Im buat perangai pelik apa pula ni.

"You taknak kongsi dengan I ke" Sambung Im lagi.

"You ni, I kan memang macam ni. Happy go lucky. Haha" Jawab aku lagi sambil diakhiri dengan gelak. Tujuannya supanya aku dapat menyembunyikan raut muka aku yang kononnya cuba memberitahu Im sesuatu. Aku tidak mahu Im tahu rancangan gila yang aku buat malam tadi. Aku tidak mahu membabitkan Im dalam hal ini. Dia terlalu baik. Aku sayang dia. Selain itu, aku takut dia juga akan menggagalkan rancangan gila aku itu.

"Haa, ntah-ntah You ada buat apa-apa yang I tak tau?" Tepat pulak tekaan kau kan Im. Ada kuasa physic ke apa kau ni. Aku hanya memandang ke muka Im dan berpura-pura mengerutkan kening aku.

"Or You dah kidnapped minah gampang yang You selalu cerita tu? Bagitaulah kat I." Sah kau ada kuasa physic ni Im. Aku seperti tadi tidak mengakuinya.

"Takdepape la You." Aku cuba meninggikan suara.

"Kan I kata I memang macam ni. Lagipun salah ke I kalau happy bila keluar dengan you? Bukan dapat jumpa selalu pun." Sambung aku. Kali ini aku cuba menggunakan teknik yang kebanyakkan perempuan buat untuk mengelakkan diri ketika ditanya dengan pelbagai soalan. Memberi fakta yang betul dan nyata dalam nada yang tinggi. Kebanyakkan lelaki akan senyap.

"And kenapa You sebut pulak pasal perempuan tu? You tau I benci dia tapi You still sebut pasal dia! You nak buat I marah?' Kali ni mata aku dibuka seluas yang mungkin dan memandang tepat ke arah anak mata Im. Biar dia takut sedikit.

"I minta maaf. Bukan tu maksud I. Cuma I taknaklah You buat something yang akan menyusahkan You nanti hanya disebabkan You tak suka minah gampang tu." Jawab Im sambil menghidupkan enjin keretanya.

Cehhhh ceehhhh Cehhhh hheennnnnngggg. Bunyi enjin Proton Preve Im apabila dihidupkan. Slow sahaja bunyi enjin kereta moden. Tidak terasa jantan pula aku rasa kereta-kereta moden ini.

"Alaa, kalau I buat apa-apa pun, bukan You yang kena. I jugak yang kena nanti." Bodoh betul jawapan aku. Hampir mengkantoikan rancangan gila aku.

"Sayang. You jangan main-main. Mati minah tu kang." Kata Im.

"Yang you nak pertahankan perempuan tu kenapa? I lebih senang tengok dia mati dari dengar You pertahankan dia! Lagipun,perempuan keparat macam tu patutnya dah mati dari dulu lagi! Hidup cuma tahu nak sakitkan hati orang saje." Jerit aku mempertahankan diri walaupun aku tahu aku memang salah. Aku tidak suka Im pertahankan minah gampang itu.

"Sayang, I bukan nak pertahankan dialah. Tapi I tengah nasihatkan You supaya tak pilih jalan yang salah." Balas Im.

"You tahukan I sayangkan You. Sebab tu I bagitahu you semua ni." Im mula melontarkan kata-kata yang aku suka. Pandai betul Im ni nak pujuk aku.

"Dan I minta maaf sebab serkap jarang tadi. Ok? Pandang Im kepada aku dengan matanya yang cantik. Cair aku.

"Ok." Jawab aku sambil tersenyum nipis kononnya masih marahkan Im.

"Sudahlah tu yeh. Malam ni I nak date dengan You. taknaklah gaduh-gaduh ye. Sekarang masa kita berdua saja." Kata Im lagi.

Aku mengangguk dan memberi satu ciuman di pipi Im. Tandanya aku memaafkan dia tapi lepas ni aku nak perah duit dia kaw-kaw. Padan muka. Main tuduh aku lagi tadi. Aku tersenyum seorang diri lagi. Im hanya memandu keretanya yang entah ke mana hala tujunya.

Nukilan bersama miss_sho

Habaq mai!

Salam semua jejaka tampan dan gadis-gadis anggun sekalian!

Sepenaraya sudah mengorak langkah satu tapak kehadapan kerana telah berjaya menubuhkan satu kedai online bagi menjual segala jenis novel power pada masa kini. Diharapkan readers semua boleh la jenguk-jenguk page kami, dan like bagi menandakan sokongan terhadap kami.

Terima kasih u ollz semua memang awesome like kuih bangkit di hari raya!

Page Sepenaraya


Lagu lama.


Buka novel. Takde mood baca novel. Tutup novel. Pasang browser. Buka Facebook. Ada message. Dengar semua lagu dalam PC. Lagu lama terpasang. Rasa best. Kepala terangguk-angguk.

Bukan salahku

Sumbangan: https://twitter.com/aisyahlah


"Bukan salahku, Min!", mulutku bicara. Memang bukan salahku. Bukan salah hati kecilku  yang mula melahirkan perasaan sayang kepada Amin.

"Tapi kita kan kawan lama, Jun", sahut Amin.

Amin dan Jun telah lama bersahabat, semenjak dari sekolah rendah lagi. Semenjak dari saat pertukaran ucapan kata pengenalan diantara satu sama lain, mereka tidak pernah jemu untuk  bersahabat. Banyak yang dibualkan dan dibicara oleh mereka berdua mengenai perihal kehidupan. Dari perihal agama, keluarga, persahabatan, pelajaran mahupun perihal cinta. Perpisahan sewaktu Amin mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dahulu pun tidak mampu merenggangkan persahabatan mereka. Ada sahaja cara untuk mereka saling berhubung dan berutusan diantara satu sama lain. Dari kiriman pesanan ringkas sms, sehinggalah coretan menerusi mail elektronik. Namun, tidak pernah sedikitpun terdetik di dasar hati Amin sebelum ini yang Jun menyayanginya lebih daripada sebagai seorang sahabat, sehingga Jun mengungkapkanya pada hari ini.

"Betul aku sayangkan kau, aku tak dapat nak lawan perasaan ni, Min", rintihan suaraku.

Aku pernah punyai ramai teman lelaki, tapi tidak seorang pun yang boleh memahamiku sebagaimana Amin. Malahan, aku berpisah dengan bekas teman lelaki aku adalah kerana Amin. Bekas teman lelakiku juga memberitahu aku agar mengakui perasaanku terhadap amin dan meluahkan perasaan hati aku kepadanya. Katanya kejernihan pandangan mataku lebih bersinar dan sempurna apabila ditujukan kepada Amin, namun hanyalah kekaburan ketidak pastian yang kosong apabila ditujukan kepadanya. Bekas teman lelaki aku mengatakan, jika aku tidak menyuarakan perasaan aku kepada Amin, sampai bila-bila pun aku tak dapat mencintai orang lain.

"Tapi kau kan baru je lepas putus cinta, ini semua mainan perasaan kau je", Amin cuba menyangkal perasaan Jun terhadapnya.

Amin merasakan apa yang Jun luahkan kepadanya hanyalah gurauan semata-mata. Tidak mungkin apa yang Jun rasakan ini adalah perasaan cinta. Baginya Jun baru sahaja berpisah dengan bekas teman lelakinya. Jun memberitahunya bahawa mereka sudah tidak serasi lagi. Jun menerangkan kepada Amin bahawa bekas teman lelakinya itu bukanlah seperti yang dia sangkakan. Lelaki itu meninggalkannya kerana merasakan tidak yakin yang perhubungan mereka boleh bertahan sehingga ke akhir hayat walaupun sekiranya mereka akan berkahwin pada suatu masa nanti.

"Aku ikhlas menyayangi kau, lebih dari kawan, Min", akhirnya aku luahkan. Sejak kami mula berkawan, Amin bukan hanya sebagai seorang rakan, tapi sebagai seorang teman. Tidak pernah jemu melayan kerenah aku. Perangai panas baran aku, tangisan kesedihanku, kegembiraan aku, semuanya dikongsi dengan Min. Tidak pernah sesekali dia membelakangi aku walau dalam apa jua perkara. Kata-katanya dia tidak pernah menjatuhkan ku malahan sentiasa memberi semangat baru untuk aku meneruskan perjuangan hidup. Lebih manis lagi apabila dia sentiasa mengingatkan aku dengan kehadiran yang Ilahi. Jika tak diucapkan sekarang, mungkin sampai bila-bila perasaanku, rasa cintaku kepada Amin terbuku begitu sahaja.

Hari ini merupakan hari terakhir Amin berada di tanah air. Amin berjaya melanjutkan pelajaranya ke Sheffield Hallam University, South Yorkshire S1 1WB, United Kingdom. Bagi menzahirkan rasa kesyukuran kepada ilahi, puan Zaharah, ibu Amin, mengadakan kenduri kesyukuran di kediamanya di Damansara Perdana. Puan Zaharah turut menjemputku sekeluarga bagi turut sama menyertai majlis kenduri kesyukuran ini. Hubungan keluargaku dengan keluarga Amin sudah seperti adik beradik. Kedua ibu bapaku dengan kedua ibu bapa Amin sudah mesra semenjak kami berdua di bangku sekolah rendah lagi. Ini berikutan sebelum keluarga Amin berpindah ke Damansara Perdana, mereka adalah jiran tetangga aku di Bukit Pantai sewaktu dulu. Aku juga tidak lepaskan peluang ini untuk berjumpa dengan Amin buat kali terakhirnya dalam masa yang sama menzahirkan perasaanku kepadanya.   

“Maaf Jun, aku tidak boleh memberi sebarang kata putus sekarang.” – kata Amin. Jun tersentak, luruh hatinya mendengar jawapan dari Amin. Sepertinya Amin tidak langsung menghargai ketulusan hatinya meluahkan perasaan kepadanya.

“Kau tahu kan ibu bapa aku mengharapkan anak sulung mereka ini berjaya menjadi seorang jurutera automotif. Aku harus menumpukan terhadap pelajaran terlebih dahulu sebelum memikirkan perihal ini” - terang Amin kepada Jun. Jun diam seribu bahasa. Cukuplah sudah cinta hatinya tidak berbalas. Jangan pula ditambahkan lagi dengan seribu satu alasan bagi menyedapkan hatinya.

Luluh hati Jun tidak mendapat sebarang jawapan positif dari Amin. Namun dia percayakan nalurinya yang Amin juga menaruh perasaan terhadapnya. Cuma tidak diluahkan.

“Jun, aku janji setelah aku selesai pengajianku di sana nanti, aku akan pulang memberikan kata putus kepada kau”- pujuk Amin melihatkan Jun yang tiba-tiba menjadi diam seribu bahasa dengan jawapanya sebentar tadi.

“Sebenarnya aku mahu juga menjadi pembuka kepada kunci pintu hati kau yang terluka.” – ungkap Amin.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...