Strawberry Di Atas Sana Lebih Sedap - Bab 2 (Edited)



Bersambung dari Bab 1

Bab 2

Dari Rumah Ke Padang Jawa Seterusnya Ke KL Sentral

Toot, tootttttoottt, totottttot,totottttotttt,toottttt.
Alarm handphone Hakimi berbunyi seperti yang yang disetkan pada jam 5.30 pagi. Ya, Hakimi memang tidak boleh set pada 6.30 pagi jika dia ingin bangun pada 6.30 pagi. Dia memerlukan sekurang-kurangnya sejam awal untuk mendengar alarm, barulah berupaya untuk bangun dan bersiap-siap pada awal pagi.

Hakimi memilih untuk snoozekan bunyi alarm handphonenya. Memang itu kebiasaan dilakukan oleh Hakimi. Tidak pernah dia bangun hanya kerana alarm pertama, tidak pernah. Apa yang dilakukan, sambung tidur sehingga bunyi alarm kedua berbunyi sepuluh minit kemudian. Itupun Hakimi melakukan seperti alarm pertama berbunyi. Dia mengulangi sehinggalah bunyi alarm yang pada jam 6.30 pagi.

Tepat 6.30 pagi, Hakimi bangun dan terus mencapai tuala bersama alatan mandi ke arah bilik air.

Tepat 7.00 pagi, Hakimi telah bersiap. Apa sahaja yang dilakukan orang lain pada waktu pagi, itulah yang dilakukan dia. Hakimi mencapai telefon bimbit dan mencari nombor telefon Hajar lalu menekan butang dial.

Bunyi panggilan kedengaran seketika sebelum Hajar mengangkat dalam keadaan mamai.
"Hello?" Mamai.
"Bee, bangun-bangun. Tolong hantar Sayang kat Komuter." Hakimi kejut. Dia tahu Hajar memang biasa tidur balik selepas subuh.
"Hmm, dah pukul berapa ni?" Tanya Hajar yang masih mamai.
"Pukul 7 pagi dah ni, bangunlah Bee." Sekali lagi Hakimi cuba kejut.
"Yela-yela, bagi Bee setengah jam." Bunyi seperti Hajar marah tetapi mungkin kerana dipaksa bangun.

_______________________________________________________________________________

"Bee nak breakfast dulu ke? Sayang teman tapi Sayang tak makan. Beli roti je kot nanti masa on the way nanti." Hakimi tanya kepada Hajar. Takut Hajar tak makan pula lepas pemergian dia ke Cameron Highlands nanti.
"Boleh jugak." Hajar setuju.

Seperti kebiasaannya kalau di waktu pagi, mereka berdua akan bersarapan di Restoran Kayu Nasi Kandar. Restoran itu antara kedai mamak yang tersenarai di atas list tempat makan mereka berdua untuk melepak. Mereka berdua menghabiskan masa hampir setengah jam untuk bersarapan di situ.

Sampai di Komuter, Hakimi ingatkan Ikhwan masih tidak sampai tetapi jangkaan dia silap, Ikhwan telah lama menunggu Hakimi di situ sambil mendengar mp3 di telinga.
"Ok Bee, thank you sebab tolong hantar Sayang." Hakimi berterima kasih kepada Hajar.
"Ok, nanti jaga-jaga pergi jalan tempat orang tu. Jangan nak menggatal pulak." Pesan Hajar. Bukan Hajar tak tahu perangai Hakimi.
"Hehe, yela." Hakimi hanya mampu tersengih sahaja.
"Bye Bee." Sambung Hakimi melihat Hajar membawa skuter Honda Icon berwarna putih itu pergi.

_______________________________________________________________________________


"Wan, lama dah kau sampai?" Hakimi bertanya pada Ikhwan.
"Takdelah, baru je sampai ni."Ikhwan jawab pendek. Mungkin boring tunggu keseorangan dari tadi.
"Jom beli tiket. Kang train sampai, naya je." Sambung Ikhwan.
"Okay. Kita beli tiket ke Rawang la kan?" Balas Hakimi.

"Bang, bagi tiket ke Rawang dua." Hakimi berkata ke arah abang yang menjual tiket Komuter itu. Seperti ingin layan tak layan. Dua orang lelaki yang membeli, begitulah perangai mereka. Serupa tahi, tak sama kalau perempuan muda yang beli.
"Rm10.40." Balas abang yang jual tiket itu.
"Nah, terima kasih ye." Hakimi menghulurkan duit dan mengambil tiket daripada abang yang jual tiket itu. Hakimi cuba melakukan sehabis baik walaupun dalam hati seperti ingin memarahi abang yang jual tiket itu, nasib baik Ikhwan ada di situ menenangkan Hakimi. Dalam benak hati Hakimi memang tidak suka kalau dilayan seperti itu, padanya mereka seharusnya melayan pelanggan dengan sehabis baik walaupun pelanggannya itu membeli tiket train semata-mata.



"Rilek r, diorang penat kot." Ikhwan dalam percubaan membela abang itu.
"Penat mende kalau pagi-pagi gini." Balas Hakimi.
"Dahlah Wan. Weh, aku rasa kita silap beli tiket la." Hakimi menyambung. Raut muka Ikhwan tiba-tiba berubah seperti risau. Hakimi seperti sahaja ingin membiarkan kawannya itu begitu sahaja.
"Ekelen, yang kau nak takut buat apa? Haha. Kita silap beli ke Rawang. Padahal aku lupa yang sekarang ni dah boleh sampai Tanjung Malim." Hakimi memberi penjelasan. Takut pula Ikhwan fikir yang bukan-bukan.
"Kau betul tak ni?" Ikhwan cuba mendapatkan kepastian sekali lagi daripada Hakimi.
"Betul la. Kalau tak caya, kau tanyalah kat abang tiket tadi."Balas Hakimi.

Ikhwan membiarkan sahaja perkara itu. Dia percaya pada Hakimi, Hakimi sudah lama berkecimpung dalam pembelian tiket komuter ini. Ikhwan tidak perlu memikirkan sangat perkara ini. Lebih baik dia memikirkan sangat ketika di Cameron Highlands nanti sahaja. Apa yang perlu dilakukan bila sudah sampai nanti?

"Kau dah makan ke Wan?" Hakimi cuba memecah kesepian sebentar tadi. Lagipun memang dia ingin makan roti yang dibeli sebentar tadi.
"Belum lagi. Lapar gak ni." Balas Ikhwan.
"Nah, ambil lah. Aku ada beli lebih tadi." Hakimi menghulurkan roti perisa jagung kepada Ikhwan. Ikhwan memang pantang dijemput, lagi-lagi kalau tengah lapar.

Walaupun waktu ketika itu boleh dikatakan awal tetapi stesen komuter Padang Jawa ini penuh dengan pelbagai umat manusia. Ada yang ingin ke tempat kerja, ada yang ingin melepaskan tensen, balik ke kampung dan pelbagai jenis manusia. Walaupun tidaklah seramai seperti hari bekerja tetapi ianya masih ramai.

Mereka berdua telah menunggu hampir setengah jam. Train komuter kalau tiada penangguhan masa memang tidak sah. Ketika itu sahaja telah dua kali train tidak sampai mengikut waktu yang tertera di atas skrin.

"Train akan tiba di platfrom nombor satu. Harap Maklum." Pengumuman telah berbunyi tandanya memang train akan sampai. Perasaan teruja dua rakan ini kembali memuncak. Nasib baik apabila train sampai, tidak ramai sangat penumpang. Mereka berdua memilih koc yang paling hadapan sekali.

Walaupun tidak ramai tetapi mereka terpaksa berdiri kerana semua kerusi penuh. Hakimi seperti tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja. Tidak habis-habis menceritakan apa ingin dibuat, apa ada disana dan lain-lain kepada Ikhwan. Ikhwan mendengar sahaja.

"Jom ambil gambar."Ikhwan memberi cadangan.
"Siapa nak ambil?" Hakimi bertanya.
"Kita minta tolong mat indon depan kita ni jela."Ikhwan jawab dan bergerak ke arah mat indon tersebut. Mat indon tersebut bersetuju untuk mengambil gambar mereka berdua.

"Satu, dua, tiga." Kecakk, bunyi kamera telefon bimbit Ikhwan berbunyi tandanya gambar telah diambil.
"Terima kasih ya pak." ucapan diberikan oleh Ikhwan dalam pelat Indon. Orang kita memang begitu, akan terikut-ikut pelat lain.

"Train ini akan tiba di stesen pertukaran KL Sentral, Harap maklum. Train ini akan meneruskan perjalanan ke arah Batu Caves." Suara awek memberikan pengumuman. Tandanya Hakimi dan Ikhwan perlu turun kerana mereka berdua menghala ke arah Rawang.

Tiba di KL Sentral, bukan mereka berdua sahaja yang turun. Boleh dikatakan hampir kesemua penumpang di dalam train tersebut turun. Ramai yang ingin berjalan di sekitar Kuala Lumpur mungkin. Pada mereka, itu tidak penting. Yang penting adalah menantikan ketibaan train yang menghala ke arah Rawang pula.

bersambung di Bab 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...