Keranamu Cikgu

Kringgggggggggggggggggggggggggg
Loceng menandakan waktu rehat telah tamat.

"Habislah aku, lepas ni waktu Cikgu Michellle. Berapa la markah subjek awam ni? Macam kena denda je sekejap lagi." Hati berbicara sendiri. Sambil berbicara, kakiku hayunkan menuju ke kelas yang tidak jauh dari kantin sekolah.

Lima minit kemudian, kelibat Cikgu Michelle kelihatan bersama rotan yang halus di tangan menuju ke kelas Pengajian 4 Kejuruteraan awam 2.

"Bangun! Selamat Pagi cikgu." Ucapan hormat dari pelajar kelas buat guru tersayang.
"Pagi. Jangan duduk lagi. Tunggu nama kamu dipanggil, barulah kamu tahu kamu layak atau tidak untuk duduk" Lancar sungguh tutur bicara guru yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini. Mana tidaknya, tinggal di kalangan orang melayu, memang agak fasih dan lancar tutur bicaranya. 

Seorang demi seorang menanti namanya di panggil. Bermula dengan aku yang mendapat markah tertinggi dalam kelas. Saat namaku disebut, hampir luruh jantungku kerana terkejut.

"Shaza, kamu mendapat markah tertinggi dalam kelas ini untuk subjek saya. Tahniah walaupun markah kamu tidak memuaskan hati saya. Ini kertas jawapan peperiksaan kamu. Telah saya ingatkan di awal kelas saya, markah lulus adalah 50 dan sesiapa yang mendapat markah kurang dari 50, kamu secara automatik akan didenda." Kata Cikgu Michelle sambil menghulurkan kertas kepada aku yang betul-betul berada di hadapan beliau. 

Dengan rasa gembira dan sedikit bangga kerana mendapat markah tertinggi, aku mendapatkan kertas jawapanku dengan harapan lulus dan dapat duduk. Suprise! Markah aku hanya 49. Lagi 1 je nak lulus. Aku tanpa rasa malu dan segan silu meminta kepada cikgu michelle untuk menambah markah peperiksaanku sebabnya aku nak duduk dan taknak kena denda. Malu la kena denda. Kalau tak malu, mesti dapat sakit. Jadi aku pun terus merayu agar ditambah markahku tapi sayangnya pendirian guruku amatlah teguh. Andai TIDAK jawapannya, usahlah kau memujuk kerana pasti tidak akan berjaya. Aku hampa dan meneruskan kerjaku yang tadi iaitu berdiri kerana tidak lulus. Rakan-rakan lain ku lihat agak cuak rupanya kerana pastinya mereka akan menerima nasib yang serupa sepertiku atau nasib mereka akan lebih teruk dariku.

Seorang demi seorang dipanggil. Tiada seorang pun yang menunjukkan wajah-wajah gembira. Yang ada hanya rasa kecewa. Mane la tak kecewa, memang sah-sahla korang semua takkan dapat duduk sebab markah yang paling tinggi tu aku. Aku pun tak dapat duduk, korang lagi la kan? Berlagak gila ayat aku. hehe

Setelah tamat sesi mendapatkan kertas jawapan masing-masing, kami meneruskan pelajaran seperti biasa tapi dalam keadaan yang luar biasa. Memangla luar biasa sebab biasa kami belajar duduk, hari ini kena belajar berdiri. So, korang tak rasa tu luar biasa ke?Hebat kan? Kelas kami mencipta rekod apabila semua gagal. Buruk betul rekod kelas aku.Tak bangga langsung.

"Saya akan bincangkan jawapan untuk soalan peperiksaan kamu. Sebelum itu saya nak tanya, susah sangat ke soalan yang saya bagi tu? Kenapa sampai macam ni sekali rekod kamu?" Tanya cikgu menantikan jawapan dari kami.

Agak-agakla kan, pelajar akan jawab apa ye? Mustahilla jawab senang sebab tak senang. Kalau senang, takkan la kami macam ni kan?

"Susahla cikgu. Kami semua dah usaha, tapi macam ni la. Still kena denda" Jawab salah seorang wakil kami dan semua mengangguk dengan muka yang agak kesian mengharapkan belas ehsan seorang guru untuk duduk.haha.

"Susah sebab kamu tak belajar. Kalau kamu belajar, takkan kamu macam ni." Ringkas Cikgu Michelle berkata.
"Shaza, kamu kalau usaha lebih sikit, pasti lulus." Cikgu Michelle memandang aku dengan sedikit senyuman terpalit di wajah ayunya. Aku cuma mampu tersenyum dan mengiakan kata-kata guruku yang ada kebenarananya itu.
"Baiklah, jangan buag masa lagi. Mari kita bincangkan jawapan kamu dan jika terdapat kesilapan dalam penandaan jawapan kamu, sila maklumkan kepada saya dengan segera. Hanya hari ini sahaja markah kamu akan dibetulkan, Faham?" Cikgu michelle memberi penerangan dan menerima anggukan kami semua sebagai tanda faham.

20 minit berlalu, tiada tanda-tanda bahawa aku akan lulus kerana masih gagal menjumpai kesalahan atau kecuaian guruku itu. Wajahku hampa.

"Hai, nampaknya memang aku berdiri jela sepanjang waktu ni" Monolog aku sendiri. Sedang aku hampa, aku melihat kertas jawapanku yang ku selak sehelai demi sehelai itu. Seperti tau-tau saja yang aku hampa, aku melihat ada tanda-tanda yang aku akan berjaya untuk duduk hari ini kerana ada 1 soalan yang mengandungi diagram yang tidak bertanda. Aku menunduk sedikit mencari buku teks kejuruteraan awam milikku dan perlahan aku mencari jawapan untuk soalan itu dan,

"Cikgu, jawapan saya cikgu tak tanda pun!" Aku mengukir senyuman. Dengan pantas,guruku menghayunkan kaki melangkah ke arahku untuk mendapatkan kepastian. Riuh jugakla kelas aku masa tu, tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku mendapat sedikit cahaya untuk bernafas dengan lega agaknya.
"Awak pasti saya tak tanda jawapan awak?" Tanya cikgu inginkan kepastian. Mungkin risau jika aku menipu untuk duduk agaknya.
"Yelah cikgu, buat apa saya nak menipu, pensil pun saya tak pegang sekarang ni. Macamana saya nak tambah?" Jawab aku cuba meyakinkan guruku itu.
"Suhaila, betul Shaza tak ubah jawapan dia?" Tanya cikgu kepada rakan sebelah mejaku.
"Betul cikgu, shaza tak tipu". Jawab suhaila dengan penuh kepastian.

"Mari saya betulkan jawapan kamu" Kata Cikgu Michelle. Aku menghulurkan kertas dengan senyuman.
"Haaaa, cikgu kena tambah markah saya la kan?" Jawab aku dengan yakin.
"Tunggu saya kira dulu, baru tau markah kamu bertambah atau tidak." Cikgu michelle memberi penjelasan.
"Baik" Jawabku dengan senyuman dan harapan. 

"Setelah disemak, Shaza mendapat 50 markah dan mencapai markah lulus saya. Jadi hanya Shaza yang dibenarkan duduk sementara yang lain teruskan berdiri seperti sekarang melainkan kamu mendapat markah 50 untuk lulus." Terang guruku dengan penuh penjelasan dan disambut dengan anggukan dari kami.  Sehingga akhir waktu, tiada pelajar lain yang dapat duduk selain dariku.Dan lantas aku tersenyum sendiri mengenangkan kejayaanku.hehe. 

Ingatan terakhir dari guruku " Jika kamu gagal untuk kali kedua, kamu akan saya denda dengan hukuman yang setimpal dengannya. Kali ini, saya tidak akan merotan kamu, tetapi lain kali kamu akan dirotan mengikut markah kamu" Ingatan guruku dengan senyuman yang cukup manis di wajahnya. Dan kami memberi ucap hormat setelah tamat masanya.

Idea dan Penulis Asal miss_sho
Edited by skulluv

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...