Siapa makan cili, dia terasa pedas



"Mummy, mana nasi goreng yang Mummy janji nak buat semalam? Takde pun." Tanya Akri kepada ibunya yang dibahasakan mummy. Biasalah duduk di bandaraya Kuala Lumpur, kenala panggil yang berunsur moden sedikit. Barulah orang pandang keluarga itu moden kononnya.

"Mummy lupalah sayang. Daddy kamu tadi sibuk sangat nak ajak breakfast di Mcdonald. Dia nak try set breakfast." Mummy Akri menjawab dengan tenang. Tak semena-mena Akri membuat muka yang sangat pelik.

"Aik, tak pernah-pernah Daddy ajak kita makan kat Mcdonald. Tiba-tiba breakfast kat situ pulak?" Jawab Akri.
" Dia kata ada tengok dalam internet, ape ntah nama dia, blog Jom Makan-makan rasanya." Mummy Akri cuba mengingati balik apa yang Daddy Akri beritahu pagi tadi.
" Itu yang dia ajak Mummy tu." Sambung Mummy Akri.
"Kalau gitu, takpelah Mummy. Nanti Akri keluar makan dengan kawan Akri jela" Akri memberitahu kepada Mummynya. Walaupun jauh dalam lubuk hati Akri sebenarnya kalau boleh ingin juga memaksa Mummynya memasak nasi goreng. Sedap katanya, tidak seperti di restoran-restoran mamak di luar sana. Semua rasa sama sahaja.

Akri mengambil kunci kereta Ford Fiesta warna oren dia dan ke arah keretanya yang baru dibeli sebulan yang  lalu. Boleh tahan juga duit dia pakai untuk memiliki kereta tersebut. Sudah lama Akri geram. Setiap kali Ford Fiesta lalu dihadapannya, matanya tidak pernah tidak terus memandang kereta tersebut sehingga hilang daripada pandangan matanya.

Akri memanaskan enjin keretanya seperti yang dilakukan oleh orang lain. Padahal dia tidak tahu apakah tujuan memanaskan enjin tersebut, lainlah kalau ianya sebuah motorsikal yang mempunya cc yang rendah. Tapi Akri tetap melakukan rutin pagi dia.

Dalam sedang pemanasan enjin secara pukal oleh Akri, dia mencapai Samsung Galaxy SIII yang baru dipakai tidak sampai seminggu. Kaya juga Akri ini. Dia mendial nombor telefon kawan rapatnya, Ana untuk menemani dia makan bersama.

Toottt, tott, toottt, toott, toottt, tooott. Kecakk.
"Assalamualaikum, hai Akri. Ya, kenapa telefon Ana pagi-pagi ni?" Ayu sahaja Ana menjawab panggilan daripada Akri. Kalau bukan kerana sudah kenal lama, mahu sahaja dia tackle si Ana ini. Mengenangkan mereka membesar bersama-sama sahaja, dia lupakan hasrat tersebut.
"Waalaikummusalam. Ana, jom teman I makan. Lapar. Mummy I tak buat breakfast la pagi ni." Akri jawab memujuk.
"You datang rumah I yeh? Pukul berapa? Ana nak siap-siap dulu boleh?" Kali ini Ana menjawab dengan penuh manja.
"I bagi you setengah jam sahaja. Boleh?" Akri memberi jawapan.
"Done." Perkataan terakhir sebelum Ana mematikan panggilan telefon.

Setengah jam kemudian, Akri tiba pada tepat masanya. Ana sedang menunggu di halaman rumahnya, duduk di atas buaian. Menunggu Akri dengan sabar. Matanya galak tertumpu pada sebuah novel terbitan sepenaraya, buku bertajuk 'Strawberry di atas sana lebih sedap'. Agaknya seronok membaca tulisan budak syok sendiri padanya.

Pin, pin. Akri menekan hon bagi memberi isyarat kepada Ana. Pelik. Tidak pernah Ana kusyuk membaca novel seperti itu. Semua orang pelik hari ini. Akri sendiri pelik dengan semua orang di sekelilinginya.

"Kusyuk you baca novel tu? Best sangat ke?" Akri bertanya pada Ana setelah Ana memasuki keretanya itu.
"Takdelah, I boring tadi tunggu you. I ambil jela novel yang I nampak." Jawab Ana ringkas.
"Oklah, kita makan tempat biasa? Boleh? Kopitiam Pakli kat Shah Alam. Boleh?" Cadang Akri.
"Tak jauh ke tu?" Tanya Ana.
"Sekali sekala bolehlah." Akri terus memecut kereta Ford Fiestanya itu ke arah Shah Alam.

_______________________________________________________________________________

" I nak makan Golden Fried Rice lah. Air, I ingat nak ambil coffee ni." Kata Akri kepada Ana.
"You nak apa?" Sambung Akri.
"I tak makanlah. I ingat nak minum sahaja. Coffee jugaklah." Ana memberitahu Akri.
"Plan kita nak bercuti di Bangkok tu? Jadi tak?" Tanya Ana. Mereka merancang untuk ke Bangkok pada hujung tahun ini. Akri memang suka berjalan ke tempat orang. Malahan boleh dikatakan satu Malaysia dia sudah bercuti.
"Mestilah jadi." Akri menjawab.

Pelayan kopitiam itu sampai ke meja mereka berdua dan membawa menu yang dipesan sebentar tadi. Akri dengan lantas tanpa membaca doa terlebih dahulu terus memasukkan nasi itu ke dalam mulut. Tak semena-mena dia berhenti. Memandang muka Ana, mata berair.

"Pedas!" Jerita Akri. Dia termakan cili yang terdapat dalam nasi goreng itu. Sudahlah tidak baca doa, kini terkena bala pula.
"Itulah you ni pun, makan tak baca doa. Macam nasi tu nak lari dari you je." Ana memberi kata.
"Orang tua-tua telah berpesan, siapa makan cili dia terasa pedasnya." Sambung Ana tanpa rasa bersalah kepada rakannya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...