Hanyut : Ayah - Episod 6

 Episod 5

Kereta cabuk peninggalan arwah ayah Yaya meluncur laju meninggalkan rumah nenek Milah. Tiada tanda-tanda ianya akan perlahan. Selain skuter kesayangannya, kereta cabuk itu antara Yaya jaga dengan baik. Baginya kereta itu penuh dengan nostalgia. Kereta itulah yang telah membawanya sekeluarga makan angin ke seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia. Masih segar lagi dalam ingatan Yaya ketika ayahnya berseloroh.

"Kalau nak ke Sarawak tu ada jambatan, sampai ke Sabah ayah bawak Su jenjalan tahu." Su tahu, Ayah teringin ke puncak gunung kinabalu. Terngiang lagi kata-kata ayahnya. Meskipun dia tidak mengerti waktu itu tetapi yang pasti, ayahnya gemar makin angin.

Pernah juga Yaya bergaduh dengan ibunya gara-gara kereta itu tercalar sedikit. Kecik hati Mak Tam bila Yaya naik angin.

"Sihat lagi kereta kau ni kan, Yaya." Cubaan Milah memecah kesunyian. Mungkin kedua-dua sedang memikirkan topik.
"Tengok la siapa yang jaga." balas Yaya dengan kerek.
"Kau lepas masuk U ni, kemain sombong lagikan, tinggal aku sorang-sorang."
"Ek eleh touching pulak, padahal kat fb tu mende." Balas Milah.
"Alah, mana nak sama dengan call, sentap hati mak nak." Yaya ketawa dengan jenaka yang cuba dibuat olehnya.
"Jeles aku tengok kau, ramai kawan dekat U tu. Mesti ramai yang hensem-hensemkan?" Sambung Yaya.

Milah hanya tersengih keseorangan. Tiba-tiba sahaja Milah teringat akan kawan lelakinya, Zambri dari Sabah. Menurut Milah, Zambri ketika datang mendaftar, dia tidak membawa wang pendaftaran langsung ketika itu. Dia datang ke sana hanyalah semata-mata untuk  mendaftar. Duit sakunya yang dibawa pula hanya sekadar RM100 sementara menunggu duit PTPTN masuk. Itu sahaja ayah Zambri mampu beri. Tambahnya lagi zambri betul-betul tawakal ketika masuk ke universiti.

"Patutnya kau pun masuk jer U tu dulu. Kalau tak kita boleh belajar dan balik sama-sama." kata Milah mengimbau kembali.
"Tak, Zambri ada ayah." Jawab Yaya.
"Aku mana ada. Nanti siapa nak tolong mak aku, adik aku?" Sambung Yaya.

Milah terdiam. Milah baru tersedar akan kedudukan rakannya itu. Bukan Milah tak tahu, cuma kadang kala perasaan melupakannya.

Milah masih ingat ketika ayah Yaya meninggal dunia. Di saat orang mahu mengangkat jenazah ayahnya untuk dikebumikan, tak keruan Milah melihat keadaan Yaya pada waktu itu. Kaki ayahnya tidak dilepaskannya ketika pakcik-pakciknya ingin membawa jenazah ke tanah perkuburan.

Seminggu juga Yaya berkurung di dalam rumah tanpa pergi ke sekolah. Puas Mak Tam memujuk anaknya itu untuk ke sekolah. Semenjak dari itu, Yaya tidak membenarkan sesiapa memanggilnya dengan panggilan 'Su'. Baginya panggilan 'Su' itu adalah milik ayahnya seorang sahaja.

Bersambung di Episod 7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...