Hanyut : Anak Makcik Hasnah - Episod 8

Episod 7

Pada pagi sabtu ini, Yaya dikejutkan ibunya awal pagi. Kebiasaannya Mak Tam tidak akan mengganggu tidur Yaya. Dia akan membiarkan sahaja anaknya tidur. Hujung minggu begini Yaya kebiasaannya bangun lewat. Selepas sembahyang subuh, Yaya akan sambung tidur sampai jam 10 pagi. Jika hujan, makin lewat lah dia bangun. Cuma pagi ini sedikit berbeza. Mak Tam terpaksa mengejutkannya. Tidur yaya terganggu apabila

"Yaya!!!" Suara nyaring Mak Tam cuba mengejutkan Yaya. Yaya masih lagi tidak bangun. Ditariknya selimut tinggi-tinggi sehingga menutupi muka dan kepalanya. Perlahan-lahan juga dia menarik bantal kemukanya. Berulang-ulang kali juga Mak Tam memanggilnya, namun begitu Yaya masih juga tidak bangun.

Mak Tam mula hilang sabar. Kali ini Mak Tam mengetuk pintu bilik Yaya kuat-kuat. Suara Mak Tam yang pada mulanya memanggil Yaya penuh manja, kini bertukar menjadi suara harimau yang kelaparan. Jika Milah ada di rumah, pasti dia dengar dari rumahnya. Selepas pintu biliknya hampir roboh, akhirnya Yaya terpaksa akur dengan kelantangan suara Mak Tam. Tidurnya jadi terganggu mendengar ibunya membebel sorang-sorang. Hatinya jadi tak tenteram.

"Nape kejut yaya pagi-pagi ni Mak? Yaya cuti lah hari ni." Sambil membuka pintu lalu mengesat mata, lalu dia menghempaskan badannya ke sofa. Tanda anak dara pemalas.
"Mak tahu. Mak nak mintak tolong kau beli kelapa putih ni kejap. Mak lupa kelapa dah habis semalam." Sambung Mak Tam sambil menyusun kuih muihnya ke dalam troli.
"Tak de kelapa tak boleh ke?" Keluh Yaya.
"Boleh, kau la yang abiskan kuih kaswi ngan kuih apam mak tu." Jeling Mak Tam.
"Yaya abiskan je la mak." Yaya bangun untuk kembali ke biliknya.
"Mak nak duit sekali." Balas Mak Tam dengan nada memerli.
"Mak kira suma berapa bijik, nanti cukup bulan Yaya bayar." Balas Yaya dengan tenang. Dengan tidak semena-mena Mak Tam telah menarik telinganya. Yaya mengerang kesakitan. Matanya yang mengantuk bertukar menjadi segar.

"Yela-yela Yaya pergi beli. Ni nak beli kat mana ni? kedai suma tutup lagi." Keluh Yaya cuba memberi alasan.
"Pergi beli kat pasar tu hah. Kalo beli kat sini jer, takde kuasanya aku nak kejut ko." Bebel Mak Tam.

Tanpa membasuh muka dan tukar pakaian, Yaya terus mengambil spek mata hitam, di sarungnya topi menutupi rambuntnya yang kusut masai dan kunci motor untuk ke pasar.

"Budak ni, pergi la buat basuh muka, cebuk dulu ke. ni tak, busuk-busuk pergi pasar. Siapa la nak kahwin dengan ko kalo macam ni rupa kau." bebel Mak Tam melihat keletah Yaya.
"Orang tak nak kawen pun ngan orang kat pasar tu." Laung Yaya yang terus keluar menuju ke araf lif.
Mak Tam hanya menggelengkan kepala. dia tidak tahu macam mana nak ubah sikap Yaya.

..................................................................................................................................................

"Mak, nah kelapa. Kelapa putih 2 bijikan?" Sambil letak plastik beg di atas meja.
"Yaya tolong bagi abang tu air. Amek air dalam plus mak tu." Sambil tunjuk plus yang terletak dalam troli. Mak Tam terus sibuk melayan pelanggan-pelanggannya.
"Aik bila plak mak bizness air ni mak?" sambil mencari-cari bekas plus air itu.
"Dah lama dah. Ko tu dah lama tak tolong mak kan."

Memang benar, sudah lama dia tidak menolong ibunya di kedai pagi-pagi begini. Jika dia rajin dia hanya tolong ibunya masa mengemas sahaja. Tidak pun jika perut dia berasa lapar sangat dia akan turun untuk makan dan kemudian tolong mengemas. Begitu la tabiatnya jika hujung minggu.

Yaya mengambil cawan dan dituangkan teh panas itu dengan hati-hati. Yaya menghantar air yang disuruh Mak Tam tadi. Mak Tam sibuk melayan pelanggan yang datang. Sebaik sahaja dia meletakkan cawan itu di meja, tiba-tiba matanya terpandang wajah pelanggan itu. Wajah yang amat dia kenali. Mata mereka bertemu. Sejambak senyuman terukir pada wajah lelaki itu. Yaya tergamam. Dia terpinga-pinga. Lidahnya juga jadi kelu. Hanya satu perkataan yang sempat diluahkan pada waktu itu.

"Bos?!"
..................................................................................................................................................

"Selalu ke mak mamat tu breakfast kat sini?" Tanya Yaya bersungguh-sungguh. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya tadi. Bosnya begitu ramah dengan ibunya. Paling dia tidak boleh terima adiknya juga rapat dengan bosnya. Dirinya seolah-olah orang asing pada saat itu.

"Mamat mana kau cakap ni. tak habis-habis tanya dari tadi." Soal Mak Tam yang dari tadi sibuk mengemas barang-barang untuk dibawa pulang.

"Ala mamat yang Mak suh Yaya bagi air tadi la." Dengus Yaya. Geram dibuatnya apabila dia rasakan ibunya pura-pura tidak tahu.

"oh si Remy tu. Selalu jer dia makan kat sini. Kenapa? Kau berkenan ke?"
"Ish mak ni, ke situ plak dia. Mak tahu tak Remy tu sapa?"
"Siapa Remy tu? Jiran kita la kan duduk kat tingkat 9 tu."
"Bukanlah. Dia tu bos Yaya la mak."
"Tahu. aku tahu la."
"Macam mana plak mak tahu dia bos Yaya ni?"
"Heleh ko tahu tak mak ni stalker yang bagus, lagi bagus dari FBI." Sambil jeling kepada Yaya.
"Tak kelakar la mak. Mak bagi la tahu Yaya mana mak kenal dia." Yaya cuba memujuk.
"Kau ni, pelupa betul kan. Kerja ko sekarang ni siapa yang cari? Mak mintak tolong dia la. Kebetulan asisten dia berenti. Tu yang mak suh ko mintak kerja kat kampeni tu."

"Ah-ah kan, lupa plak kerja ni mak yg carikan. hehe. Tapi mak da lama ke kenal dia? Yela tengok dia mesra je ngan mak. Mak tahu, dia kat tempat kerja tak friendly langsung. Kalo cakap pun mende yang menyakitkan hati orang. huh." Cerita Yaya lagi.

"Dia saja la tu nak bergurau dengan ko. Kau mesti tak cam diakan. Ko tak kenal ke tu anak mak cik Hasnah.
"Mak cik mana pulak ni mak?"

..................................................................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...