Hanyut : Hari Kedua - Episod 2

Episod 1


url: walletmerah.blogspot.com
blog: aku berbisik
entri: 31# hari kedua



Hari ini hari kedua aku berkerja dan hari ini jugaklah aku terlewat. Lewat 5 minit. Tak pernah dalam sejarah hidup aku, aku terlewat untuk hadir bekerja pada hari keduanya. Kebiasaannya hari kelima baru terlewat pergi ke tempat kerja. Al maklumla hari jumaat, mood cuti da sampai. Muahaha!

Ini semua gara-gara lelaki sengal dekat rumah aku. Kalau bukan kerana dia, mesti aku dah sampai kerja awal. Pastinya sejarah baru tidak tercipta hari ni.

Subuh tadi hujan tetapi masa nak pergi kerja tadi hujan dah berhenti. Macam biasa aku pergi kerja naik 
skuter ke sini. Punya la celaka kereta tu, dah tahu simpang tu berair sengaja dia laju kat situ. Habis basah baju kurung aku. Terpaksa lah aku patah balik ke rumah nak tukar baju lain. Dah la baju ni sahaja yang paling cantik aku ada. Dan satu- satunya baju kurung aku paling baru. Sebabnya baju kurung aku ada dua sahaja. Hahaha! Tak dapat nak melawa depan bos aku hari ni. Kene marah la jawabnya. Siap la kereta buruk hijau balik nanti. Aku kenal sangat kereta kau, aku pancitkan tayar kau nanti!. Baru puas hati aku. Muahaha!

Jam dah menunjukkan pukul 11 pagi. Batang hidung bos aku masih tak muncul-muncul. Nak tanya akak sebelah ni macam mengganggu pulak. Jadi aku buat keputusan untuk diamkan diri sahaja. Pelbagai hipotesis aku buat untuk bos aku pasal die tak datang kerja hari ni bagi mengisi masa lapangku siang tadi.

Hipotesis 1: Bos demam.
Hipotesis 2: Kereta bos rosak.
Hipotesis 3: Ahli keluarga bos sakit tak pun ada yang meninggal.
Hipotesis 4: Bos terlupa letak kunci kereta kat mana. Muahaha!

“Selamat pagi!” Terkejut aku seketika. Aku toleh ke arah suara itu. Aku diam membisu sambil mengangguk-anggukkan kepala. Cepat-cepat aku alihkan mataku dari terus menatap mata garang itu. Belum sempat aku menarik nafas panjang..

“Kenapa kamu pakai macam ni?” Tiba- tiba pejabat jadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi komputer dan laptop. Sesaat yang berlalu terasa panjang. Hati aku jadi tak sedap. Aku terus menyepi.

“Lepas ni saya tak nak tengok kamu pakai macam ni lagi, faham?!” Lelaki itu terus berlalu keluar. Aku menghantar lelaki itu melalui ekor mataku sahaja.
“Keret betul mamat ni." Keluh hatiku. Nasib aku dah janji dengan emak untuk tidak melawan. Kalau tak memang aku bahasakan dia tadi.

“Suraya!” Dua tiga kali nama aku di panggil dengan nada berbisik dalam menjerit.

“Ye, ye kak saya dengarlah.” Sambil aku memandang wajah Kak Anis yang berlesung pipit di pipi kiri. Kak Anis duduk di belakang meja aku. Dialah yang mengajak aku rehat bersama semalam.

“Kau kene ingat , dia tu selalu datang sini cari bos kau. Hari ini pun samalah tu. Dia tu memang garang sikit.” Sambungnya lagi.
“Tapi siapa dia tu kak?” aku cuba minta kepastian daripada Kak Anis.
“Aahhh, nanti kau kenal la dia siapa. Malas aku nak cerita” balas Kak Anis.

Pulang dari tempat kerja, hati aku kembali terasa sakit apabila terpandang kereta buruk hijau itu. Tanpa menbuang masa aku memberhentikan skuterku. Aku pancitkan salah satu tayar tersebut. Nak pancit lagi satu tayar takut orang perasan pulak. Dengan tidak semena- mena hatiku terus berasa puas. Muka aku penuh dengan senyuman sehinggakan emak pun turut perasan akan perubahan ku ini. hehe

...................................................................................................................................................................

“Yaya!” Mak Tam memanggil.
“Yaya!” dia terus mendiamkan diri..
“Suraya!” Ish, dia paling tak suka kalau emaknya memanggil  dengan nama tu. dia buka pintu sambil membebel seorang diri.

“Aku panggil elok-elok kau tak nak dengar.” Mak tam pula membebel.
“Kau cubalah tolong ajarkan adik kau ni matematik. Nak suruh kau tolong mak masak kau malas, jadi kau tolongla ajarkan adik kau ni.” Sambung Mak Tam lagi.
“Yelah-yelah, lepas orang up-date blog ni orang ajar.” Balas aku dengan longlai.

Yaya masuk ke biliknya semula sebelum menyusun kata penutup untuk blognya hari ini. Hari ini laptop ungunya disimpan dengan elok  dan kemas, begitu juga biliknya. Ini semua Yaya lakukan bagi mengelakkanya dari terus terkene leteran Mak Tam.   

Sambungan di episod 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...