Hanyut : Hari Khamis - Episod 3

Episdo 2

url: walletmerah.blogspot.com
blog: aku berbisik
entri: 32#hari khamis

Hari ni hari khamis. Dah 4 hari bos tidak masuk ke tempat kerja. Aku dah mula rasa bosan. Semangat nak jumpa bos pun dah hanyut. Orang kata menunggu itu satu penyeksaan. Jadi mulai hari ni aku dah malas nak ambil tahu pasal bos. Masalah jugak kalau dah kerja tapi tiada kerja. Lagi masalah dah ada kerja tapi tak reti buat kerja. Itulah sikap manusia termasuk aku, tak pernah berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang telah tuhan berikan. Kali ini walaupun aku tak suka, aku terpaksa kayuh juga.

Aku dah janji dengan emak untuk tak berhenti kerja lagi. Sepanjang hidup, aku tengok dia tak pernah berehat untuk tidak mencari duit. Pada bulan puasa pun dia masih berniaga. Bahkan lagi kuat bekerja semata-mata bagi memastikan kami dapat menyambut hari lebaran dengan meriah. Aku masih ingat lagi kata-katanya. Emak kata, dia tidak mahu berniaga pada ramadhan akan datang. Katanya lagi, kali ini dia ingin solat tarawih sahaja. Memang benar, sudah lama emak tidak bertarawih di surau. Kali terakhir mungkin pada masa abahku masih ada.

Oleh hal yang demikian, pada tahun ini aku berazam untuk bekerja bersungguh-sungguh dan tidak mahu berhenti kerja lagi. Dapat gaji bulan ini akan ku simpan separuh untuk bulan puasa nanti. Begitu jugak la untuk bulan yang berikutnya. Biarlah orang kata aku kedekut. Janji aku dapat tolong emak. Ya Allah kau murahkan lah rezeki keluarga ku. Amin.

0wh ya, petang tadi lepas balik kerja aku lihat kereta buruk hijau tu masih belum dibaiki  lagi . Padan muka dia. Mesti dia nak pergi kerja pagi tadi tak dapat dan terpaksa naik bas. Lepas itu mesti lambat dan kene marah. Tunggu gaji la tu baru nak baiki.  Muahahaha! Puas hati aku. Siapa sakitkan hati aku, terimalah balasannya.

                                                                                                                                                                     

Belum sempat Yaya menyusun kata- kata terakhir pada blognya, tiba-tiba.

“Yaya!” ibunya memanggilnya.
“Ye mak!” Yaya menyahut. Kali ini dia lebih cepat menyahut dan bangun mendapatkan ibunya tanpa keluh kesah.
“Ada apa mak?” sambil Yaya menutup pintu biliknya. Matanya memandang tepat wajah ibunya yang sibuk melipat kain di atas kerusi kayu usang.
“Mak Su kau telefon ni hah..”
“Bila dia telefon?” sambil Yaya duduk berhampiran dengan ibunya.
“Baru sekejap tadi hah. dia bagi tahu, durian dah gugur. Kalau nak makan, datanglah.”
“Yeke, banyak ke mak?”
“Tak banyak katanya, daripada 6 pokok 3 jer yang menjadi.”
“Banyak la tu mak.”
"Ahh kau, memang la banyak tapi banyak juga saudara Pak Su kau tu. Kalau lambat pergi, habis juga durian tu nanti” Balas ibunya lagi.

Yaya terdiam seketika. Terus memandang ibunya. Yaya sedar akan kemahuan ibunyanya itu. ibunya amat suka makan buah durian. Begitu juga adiknya.

“Sabtu ni kau cutikan? Kau hantar emak pergi umah Mak su kau.” Pinta ibunya.
“Yelah orang hantar.” Balas yaya. Yaya akur dengan permintaan ibunya. Mata Yaya tetap menonton televisyen sambil fikirannya menjengah kampung halaman mak su. Memang benar, sudah lama dia sekeluarga tidak melawat Mak Sunya itu. 

Episod 4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...