Strawberry di atas sana lebih Sedap - Bab 1


Bab 1

Malam Itu

"Wan, esok camna? Kau dah survey tempat nak pusing kat atas sana nanti?" Hakimi bertanya pada Ikhwan tentang perjalanan ke Cameron Highland esoknya.

Mereka berdua sudah lama merancang perjalanan ke sana, lebih kurang sebulan sebelum itu lagi. Ianya tertunda gara-gara Hakimi ingin menunggu cuti am yang panjang, tak perlulah dia minta cuti. Lainlah Ikhwan yang merupakan seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

"Ni aku nak google dulu la. Pinjam komputer kau sekejap" Jawab Ikhwan acuh tak acuh.
"Kau memang kan, esok dah nak bertolak malam ini barulah nak google. Elok la perangai tu." Hakimi seperti hampa dengan jawapan rakannya itu. Bukan apa, perjalanan ini merupakan yang pertama dalam hidup dia yang mana pergi bercuti dengan duit poket sendiri, Jadi dia mengharapkan yang terbaik, tidak ingin membazir padanya.

"Aku plan kita akan guna tren dari Padang Jawa ke stesen paling last yang dekat. Lepas itu, kita guna bas naik ke atas sana." Cadang Ikhwan.
"Aku tak kisah, asalkan sampai je kat atas tu." Hakimi mengikut sahaja.

Mereka berdua merancang untuk membuat satu perjalanan style backpakers. Ianya gara-gara Ikhwan yang memang suka bajet dalam setiap perbelanjaannya dan Hakimi tidak kisah, yang penting sampai ke destinasi walaupun dia tidak berapa tahu apakah itu backpakers.

"Aku masa kat atas sana nanti kalau boleh nak makan strawberry. Orang kata makan kat atas sana lagi sedap, aku nak buktikan la ni betul ke tidak." Kali ini Hakimi cuba memberitahu apa yang tersemat dalam hati dia.
"Ok gini, aku dah google. Kita pergi sana kalau boleh cuba meminimumkan bajet. So, kita pergi tempat-tempat yang free je kalau boleh." Jawab Ikhwan.
"And kita pergi sana, aku nak jungle trekking. Itu wajib dan keutamaan aku kat sana." Sambung dia dengan tegas. Walaupun Ikhwan nampak seperti pendiam tetapi dalam sesetengah hal dia memang tegas.

Setelah google tempat-tempat menarik di Cameron Highlands, mereka berdua telah bersetuju dalam beberapa perkara. Pertama, mereka akan menggunakan pengakutan awam untuk naik ke atas sana walaupun agak leceh pada sesetengah orang. Kedua, tempat yang akan mereka berdua singgah kalau boleh tidak perlu guna duit. Ketiga, tidur di mana-mana sahaja ataupun penggunaan bilik yang paling murah.

"Aku memang okay je dengan idea Ikhwan tapi boleh ke aku kat atas sana nanti?" Terdetik di hati Hakimi seketika memikirkan idea daripada Ikhwan. Bukan apa, Hakimi tidak pernah melancong yang diurus oleh sendiri.

"Okaylah, esok pagi lepas subuh kita jumpa kat Komuter Padang Jawa." Ikhwan beri peringatan kepada Hakimi.
"Nanti kau minta tolong kawan kau hantarkan ke?" Hakimi bertanya pada Ikhwan untuk kepastian.
"Yup, kita jumpa sana esok. Aku balik dulu lah." Balas Ikhwan. Ikhwan tinggal di Kolej Jati, asrama kepada pelajar lelaki UiTM. Dia kena balik sebelum pukul 12 malam, kalau tak nanti nama kena ambil oleh pak guard. Kononnya nak bagi ke pihak atasan supaya nama-nama tersebut tidak diberi tempat dalam Kolej Jati itu lagi.

_________________________________________________________________________________

"Esok pagi, Bee tolong hantar Sayang kat komuter yeh?" Hakimi meminta tolong kepada Hajar, awek dia sejak mereka belajar di Polisas, Kuantan lagi.
"Yela, nanti kejutlah awal-awal. Pukul berapa esok?" Pertanyaan oleh Hajar memceritakan segalanya kepada Hakimi. Dia sebenarnya ingin ikut sama tetapi Hakimi tidak ajak dia langsung. Sedih juga hati dia.

Bukan Hakimi tidak tahu yang Hajar sedih tetapi dia tidak ingin melihat Hajar kesusahan ketika berada di atas sana nanti. Cadangan Ikhwan untuk tidur kat mana-mana itu yang membuatkan dia tidak mengajak Hajar bersama. Puas juga Hakimi cuba memujuk Hajar untuk memahami situasi dia ketika itu.

"Lepas subuh, sayang kejut Bee tau nanti. Jangan tak bangun pula." Balas Hakimi.
"Dah la, Sayang tidurlah, Kang pagi esok dia yang tak bangun pulak." Tak pasal-pasal Hakimi dimarahi Hajar.
"Errm, yelah. Nite."

Hakimi cuba melelapkan matanya tetapi gagal. Semua berpunca dari beberapa perkara. Tentang aweknya yang tidak dapat ikut bersama. Perasaan teruja untuk pergi bercuti di Cameron Highlands lagilah tak dapat dibendung. Cuma, yang paling Hakimi risau ialah mampukan dia menghabiskan perjalanannya di sana nanti.

Tanpa disedari, Hakimi berdengkur ditemani bunyi bising rakan rumahnya. Orang bujang memang pada waktu malam baru menjadi hantu.

Bersambung di Bab 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...