Superhero!


"Kali ni aku dah nekad. Apa-apa nak jadi pun aku tak kisah dah."

Hati aku keras untuk menjadi seorang superhero di bandar Kuala Lumpur ini. Jenayah jadi kat depan mata pun, semua buat tak tahu. Semua kecut telur bila nampak ada kes ragut, kes culik, kes rompak dan lain-lain kat depan mata. Yang tak boleh blah, ada yang buat-buat tak nampak je bila jadi depan mata. Orang gini yang patut kena bukan orang lain. Sial betul penjenayah sekarang, tak pandai pilih mangsa.

Aku sendiri pernah jadi mangsa, kes rompakan bersenjata lebih kurang setahun yang lalu. Masa itu, aku sedang tunggu bestfriend aku, Aqim di stesen bas Jalan Pekeliling. Malam, masa itu mana la ada pengakutan awam dah selain teksi. Kalau nak kena cekik, sila la pakai teksi. Tengah aku sorang-sorang tunggu Aqim tu la, tiba-tiba datang 3 orang yang boleh dikatakan tough gila dengan pisau rambo datang ke arah aku.

"Woi, lu ni duduk sorang-sorang ni, tak takut ke?hahaha!"
salah seorang daripada mereka yang berparut kat tangan jerit ke arah aku sambil tergelak-gelak tanpa sebab yang kelakar.

"Takde bang, saya tengah tunggu kawan saya ni."
aku jawab dengan muka yang penuh dengan kecuakan.

"Camni jela, baik lu bagi je semua yang ada kat lu sekarang, senang cerita tapi kalau lu nak susahkan cerita pun boleh. Hahahaha!"

yang berparut tu memberi arahan ke arah aku sambil menayangkan pisau rambo dia, juga gelak tanpa sebab kelakar. Macam tajam. Gila aku nak lawan? last-last aku bagi jela apa yang ada. Nasib baik aku dari Kuantan tu pun tergesa-gesa. So, laptop aku tinggal, pakai pun selipar cap gajah je. Lepas tu diorang terus tinggalkan aku.

Yang tu baru sikit kena kat aku, tu yang lain-lain?mangsa rogol, mangsa ragut?mangsa culik?mangsa rasuah?berapa banyak mangsa kan tapi masyarakat kita?buat tak tahu jela. Ekoran dari peristiwa aku dirompak itu,aku mula memasuki Gym untuk mensasakan tubuh aku seperti Superman dalam filem Hollywood. Dalam masa yang sama, aku telah mempelajari seni mempertahankan diri.

"Shah, kenapa main gym tiba-tiba ni? Dahla Shah masuk kelas mempertahankan diri pulak tu. Seorang diri lagi."

Mama tanya ketika bersarapan bersama-sama. Bukan itu sahaja, malahan ahli keluargaku yang lain juga tertanya-tanya. Rakan-rakanku yang lain pun tidak ketinggalan untuk mempelikkan diri masing-masing. Aku? Tak pernah jawab satu soalan pun daripada diorang tentang perkara ini.

"Kostum aku pulak?nak buat sendiri ke cari dalam internet je macam Kick-Ass buat dalam filem tu ek?"

Pening jugak aku memikirkan kostum aku. Ya, kostum, setiap superhero memerlukan kostum untuk menyamar ketika melakukan tugasan ataupun hanya untuk nampak tough je? Entahla. Setelah lama memikirakn tentang kostum, aku membuat keputusan untuk hasilkan sendiri je kostum. Bukan payah pun kan. Aku akan buat topeng penutup kepala seperti Batman yang mana akan menutup segala kepala aku selain bahagian mulut sahaja dan tanpa 2 benda tajam itu. Sut badan, aku mendapatkan baju kali peluru yang telah direka seperti badan aku mempunyai six pack daripada internet. Jangan tanya bagaimana aku dapat baju tersebut, itu antara rahsia superhero. Seluar? Geli pulak aku nak pakai yang melekat-lekat dengan kulit aku. Aku pakai seluar jeans jela. Kasut pula, aku cari sepasang kasut yang tahan lasak, high cut dan mudah disarung. Lengkap kostum aku.

Untuk menjadi superhero tanpa super power yang berjaya, aku seharusnya mencontohi Batman. Batman ni, memang power dalam bab lawan-lawan dengan musuh dia tetapi Batman tetap mempunya senjaya sebagai backup kepada dia. Jadi aku juga memerlukan senjata.Nak pakai pistol? Dahla susah nak dapat, kena ada lesen pulak tu. Kang kantoi la kalau aku ada pakai masa tembak musuh-musuh aku. Nak senang cerita, aku pakai bat besbol dan spray yang boleh sakitkan mata.

Har ini, genap satu tahun aku dirompak. Hari ini, adalah debut pertama superhero pertama di bandar Kuala Lumpur. Namanya ialah Lelaki bertopeng Hitam. Aku akan membuat rondaan di sekitar Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Jalan TAR, KLCC, dan di mana-mana sahaja yang mangsa perlukan. Aku akan menggunakan sebuat motorsikal yang diubahsuai daripada motorsikal jenis Harley-Davidson. Baru nampak cool. Motorsikal aku juga akan dipasang sebuah radio yang telah menembusi sistem polis supaya aku mendapat berita-berita terkini semasa rondaan.

Rondaan pertama akan aku lakukan di sekitar Bukit Bintang. Dengar cerita sini banyak geng-geng kongsi gelap. Aku ternampak sekumpulan orang dalam satu kereta yang lagak mereka seperti ingin melakukan sesuatu. Aku ekori mereka sehingga sampai ke satu tempat, mereka parking ke sebelah jalan berdekatan sebuah bank di Jalan Sultan Ismail. Aku berhenti berdekatan dengan mereka untuk memerhatikan mereka. Sedang aku perhatikan, tiba-tiba datang seorang pakcik. Gaya seperti seorang guard di bangunan sebelah, memakai baju berwarna putih, ada lambang guard, seluar licin, kasut kulit licin berjalan ke arah sambil mengacu shotgun yang dipegang kemas takut terjatuh.

BANG!BANG!

Dua kali tembakan dilepaskan ke arah aku. Aku terjatuh dan kesakitan.

"Pakcik! Saya bukan penjenayah. Saya superhero la pakcik."

Aku cuba berkata-kata dalam kesakitan. Walaupun aku memakai sut badan kalis peluru tetapi kalau dua kali tembakan dilepaskan menggunakan shotgun, siapa tak sakit? Aku cuba berdiri untuk melarikan diri daripada pakcik guard tadi tetapi kali ini pakcik bertindak lagi. Bang!

..................................................................................................................................................................

Buletin Utama Jam 8.00 Malam

"Seorang perompak berjaya dibunuh oleh guard dengan menggunakan senjaya shotgun di sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismail. Dilaporkan suspek menggunakan motorsikal jenis Harley-Davidson yang telah diubahsuai, memakai topeng hitam dan membawa senjata bat besbol."
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...