Cokelat Angin

"Bang, bang..hold, hold jap lif tu" - Loko, seorang pelajar semester 4, Sains Gunaan, Universiti Jalan   Bricfields, cawangan Kuala Segantang, Ipoh Perak.
"Cepat bro, kang orang bawah sumpah seranah pulak lift stuck tak turun-turun bawah ni."

Perkhidmatan lift di Flat Seri Rampaian sangat terhad. Untuk perumahan flat setinggi 17 tingkat, hanya 2 buah lif sahaja yang dapat digunakan. Asalnya terdapat 3 buah lift yang disediakan, tetapi akibat mentaliti kelas ketiga sesetengah manusia yang lahir diarus kemodenan, sebuah lif telah rosak teruk, hasilnya pihak perbadanan pengurusan kawasan flat mengambil langkah keputusan untuk menghadkan penggunaaan lift yang beroperasi kepada 2 buah sahaja.

Loko telah terlewat ke kelas. Kelas Fizik Quantum dijadualkan bermula pada jam 2.10 petang. Tetapi sehingga jam 2.15 petang, Loko masih di kawasan flat rumah sewanya. Ditambah pula dengan perjalanan ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 10 minit, sudah pasti bahawa Loko hanya berupaya untuk masuk ke kelasnya pada jam 2.30 petang.

Lift menuruni tingkat demi satu tingkat. setiap kali pintu lif terbuka tetapi tiada orang yang masuk, setiap kali itulah Loko menyumpah seranah manusia yang tinggal di tingkat tersebut. Mengikut perkiraanya, lift akan berhenti disetiap tingkat jika ada manusia yang menekan butang untuk menaiki lift adalah sebanyak 10 saat minimum. Jika lift berhenti sebanyak 6 tingkat, sudah seminit dibazirkan. Bertambah lewat bagi Loko untuk ke kelasnya.

Setelah hampir 2 minit, lift tiba di tingkat aras tanah. Loko cepat-cepat bergegas keluar mengejar masa sambil berlari-lari ayam ke motosikalnya.

"Ahh, cokelat angin! Kunci moto tertinggal kat atas!" - Loko tertinggal kunci motosikalnya di rumah. ini bermaksud Loko perlu kembali ke atas. Untuk kembali ke atas, Loko memerlukan hampir 15 minit, kerana lift yang dituruni tadi telah keatas semula. Sementara lift yang sebuah lagi masih lagi berada di tingkat 14. Loko mengambil keputusan untuk menggunakan tangga untuk kembali ke rumahnya mengambil kunci motosikal. Selalunya Loko telah siap-siap memasukan kunci motosikal kedalam beg sebelum ke kelas. Disebabkan malam semalam Loko pergi ke Jusco Ipoh untuk membeli barang, jadi kunci motosikal tertinggal di dalam kocek seluar yang dipakai semalam.

Berpeluh-peluh Loko menapak setiap anak tangga mendaki sehingga ke tingkat 13. Jam menunjukan waktu ketika itu adalah 2.30 petang. Loko nekad untuk ke kelas tersebut kerana minggu yang sebelumnya, dia telah ponteng untuk kali kedua. Jika dia gagal untuk menghadiri kelas pada hari ini, Loko terpaksa mungulang subjek tersebut kerana 3 kali gagal akan menghalang pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan akhir bagi subjek tersebut.

Kunci diambil, rumah dikunci semula. Loko bergegas ke lif di hujung koridor. Loko berdoa didalam hati supaya lif ada pada ketika itu. Doanya dimakbulkan, setibanyanya Loko di depan lift, dia hanya perlu menunggu seketika untuk menggunakan lif tersebut. Kali ini, lift bergerak laju kerana ketiadaan orang yang mahu menggunakan perkhidmatan lift pada ketika itu.

Setibanya di tingkat aras tanah. Loko berlari ke arah motosikalnya, menghidupkan enjen motosikal lalu memecut ke kampus. Lampu isyarat berwarna merah tidak diendahkan, selang 3 lampu isyarat yang dilanggarnya, tiba di lampu isyarat yang keempat, seperti biasa, juga diendahkankan. Loko memecut laju mara kehadapan. Tapi agak malang baginya kali ini kerana Polis trafik sedang mengadakan sekatan jalanraya 50 meter dari lampu isyarat tersebut.

"Lesen, IC.." - kata anngota polis berpangkat sarjan.
"Ni hang kalut-kalut ni, nak pi mana ni?" - kata sarjan tersebut.
"Tuan, saya dah terlewat nak ke kelas ni, bagi saya chance kali ni jer boleh" - rayu Loko dengan mimik muka mengharapkan simpati sarjan tersebut.
"Itu masaalah hang, hang terlewat pi kelas. hang lewat ka, hang awai ka nak pi kelas, hang ingat suka-suka hati ja boleh langgar lampu isyarat. ingat kami boh situ saja untuk perhiasan?" - tegas sarjan dengan antonasi suara yang tegas.
"Nah, ini surat saman. lain kali buat lagi noo" - tambah sarjan tersebut sambil menghulurkan Loko surat samanya.

Loko meneruskan perjalan ke kelas. Dengan basah kuyup di ketiak dan berbekalkan surat saman, Loko melangkah masuk ke kelas. Jam menunjukan pukul 2.45 petang. Nasibnya agak baik kerana pensyarah Quantum Fizik belum masuk ke kelas lagi. Loko mengambil tempat, merehatkan badan seketika.

5 minit kemudian pensyarah tiba ke kelas. Semua pelajar bersiap sedia untuk mengikuti kelas tersebut. Namun pensyarah tersebut bukan datang kekelas dengan niat untuk mengajar, tetapi memberitahu bahawa kelas pada hari tersebut ditunda ke minggu hadapan kerana mahu menghadiri jamuan makan yang dianjurkan fakulti.

Pundek! Cokelat angin jer! kata Loko.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...