X,Y,Z - Intro (Bab1)

"Hussein kasi potong point 3" - kata Azmeer kepada pekerja Banglanya.
"Ok bos, point 3 potong sudah" - Balas Hussein
"Hussein, kamu potong ke tambah point 3 ni, jarak jadi semakin jauh ni" - Azmeer bertanya kepada Hussein.
"Boss, itu kalaw potong, depan ke belakang? saya keliru sama ini potong tambah boss" - Jawab Hussein.

Hussein dan Azmeer dihubungkan melalui walkie talkie Mororolla Perfect 10 yang boleh menghubungkan mereka sehingga kejauhan jarak lebih kurang 9.8 kilometer. Keadaan di tapak pembinaan Menara 21st Century Malaysia sangat kontang dan panas. Tapak pembinaan telah dipecahkan kepada 8 bahagian dimana setiap bahagian di-subkan kepada kontraktor yang berbeza.

Azmeer seorang juruukur tanah yang baru sahaja tamat pengajian yang kini berkerja secara freelance mendapat tender untuk menandakan titik-titik bagi penanaman tiang-tiang pilling untuk pembinaan kawasan letak kereta bertingkat di bahagian 5. Azmeer mendapat tender untuk menjadi inhouse surveyor bagi syarikat kontraktor Asal Bina Sendirian Berhad yang menjadi tempat Azmeer menjalani latihan praktikal tempoh hari. Kini, Azmeer berkhidmat semula diatas kecemerlangan dan prestasi yang ditunjukkan semasa menjalani latihan praktikal dahulu.

"Hussein, sudah berapa kali saya cakap, itu kalaw potong, you kasi depan. itu kalaw tambah, you kasi belakang" - tegas Azmeer kepada Hussein.
"Sorry bosss, saya baru sahaja seminggu kerja, tidak dapat ingat lagi itu depan, belakang" - kata Hussein meraih simpati Azmeer.

Hussein adalah chainman bagi Azmeer. Chainman atau nama lainnya adalah pekerja buruh bagi kerja-kerja ukur tanah memerlukan kepakaran yang tinggi dalam membantu seorang juruukur menjalankan tugas mengukur tanah. perlu ada kolabrasi dan kesefahaman yang tinggi diantara juruukur dan Chainman bagi memudahkan pengukuran dijalankan. Tanpa chainman yang bagus dan berkebolehan tinggi, juruukur yang memiliki ijazah doktor kehormat juga sukar untuk mrnjalankan kerja ukur. Hussein merupakan warganegara Bangladesh yang beragama islam, merantau ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi bagi santapan anak-anak dan isterinya. Hussein berumur 32 tahun, agak berumur sedikit berbanding Azmeer yang baru sahaja berumur 25 tahun. Hussein bukanlah seperti pekerja-pekerja bangladesh mahupun warganegara lain seperti Nepal, Mynammar dan Indonesia yang suka curi tulang sewaktu berkerja.

Dia adalah seorang yang rajin bekerja. selagi tidak disuruh berhenti, dia tidak akan berhenti atau merungut untuk rehat seketika. Itu yang membuatkan Azmeer suka akan perangai Hussein ini. Selain itu, Hussein juga taat akan perintah agama. Dia tidak bermain nombor ekor, mencari gadis-gadis indonesia untuk ditiduri atau untuk bersenggama. Baginya, rezeki yang halal adalah daripada perbuatan yang halal yang diredhai Allah. Kekurangan Hussein cuma dia agak sukar untuk mengingati istilah-istilah yang selalu digunapakai dalam kerja pengukuran seperti potong, tambah, depan, belakang, fix dan juga kiri dan kanan. Bagi Azmeer itu perkara biasa, kerana Hussein baru sahaja seminggu berkerja. Mungkin tidak biasa lagi dengan istilah berikut.

"Ok Hussein, ini point last kita, lepas ini kita rehat juga" - kata Azmeer. Point pilling yang ke 156 menjadi point terakhir bagi mereka sebelum untuk rehat tengahari.
"Ok bos. Kalaw bos mahu buat lagi pon tidak apa. Saya boleh lagi" - Kata Hussein
"Bos jangan marah sama saya sebab banyak itu silap depan belakang. Saya janji esok hari saya hafal sama itu mana depan, mana belakang bos" - Kata Hussein untuk menunjukan rasa bersalahnya.
"Aiyo Hussein, itu tak ada apa. You silap buat itu depan belakang, tapi you buat kerja laju. Saya suka punya. Sekarang kita rehat dulu ok?"

"Ok bos. terima kasiii. Bos mau makan apa, saya boleh tolong beli" - Kata Hussein
"Kamu beli teh o ais, sama nasi lauk ayam dan sayur sama saya la. Duit sudah ada?" - Kata Azmeer
"Duit mana aada bos, hehe, bos bagi itu duit sekali la. hehe"  - Balas Hussein sambil tersenyum menampakan giginya yang kekuningan.
"Ohh, saya ingat kamu mahu belanja sama saya. Bukan kah? - Kata Azmeer
"Mana boleh boss, duit gaji itu bos belum bagi lagi. nanti sudah dapat Gaji, saya belanja bos KFC pon boleh juga" - gurau Hussein
"Banyak la kamu KFC, Nah amik duit ni cepat. Pergi beli, saya tunggu sini saja ok?" - kata Azmeer.

Azmeer bersandar di kerusi bahagian belakang Ford Ranger 2.0 Turbo miliknya. bersandar sambil berehat dari cuaca panas dan kontang di kawasan tapak projek. Jam menunjukaan sudah pukul 1.30 tengahari. Bahang panas ketika ini adalah ditahap kemuncak kerana matahari berada pada kedudukan atas kepala, dengan litupan awan yang nipis, haba yang dikeluarkan oleh matahari terasa sangat panas sekali. Oleh itu, adalah lebih baik dia berehat sahaja daripada meneruskan kerja dengan keadaan panas yang boleh menggangu prestasi kerjanya dan dan Hussein.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...