paip biru

Paip biru aku buka, lalu butiran berlian bertaburan mencurah dari air pancut membasahi telapak tangan. Sejuk. Sejuk bagaikan menggenggam ais. Tak tahan akan sejuk yang dasyat, aku pulas pula paip merah. Kemudian aku adjust sampai jadi suam. Lega. Terasa heaven.

Aku tadah tangan lalu aku sapu air itu keseluruh muka sambil berniat hadas kecil di dalam hati. Aku ulang 3x kali sehingga ke dua belah kaki.

Usai aku berhadas kecil, aku basahkan seluruh tubuh. Aku ratakan manik manik air keseluruh pelosok tubuh. Aku seluk ke seluruh daerah. Aku merantau ke seluruh mukim. Aku singgah ke wilayah larangan. Tiada satu pun yang tertinggal.

Dalam leka aku membelai tubuh, aku perasan ada sepasang mata memerhatikan gerak geri ku.. aku paused.

"morning sayang." aku sapa selamba. Sarcastik sebagai breakfast aku buat dia.

Dia tersenyum manja dimuka pintu. Tiada respon darinya. Hanya nguapan menjadi ganti bicara. Habis menggeliat dia duduk pada bibir tab mandi. Seksi. Ditambah seksi bila dia kenakan baju tidur Triumph berwarna peach. Hadiah aku buatnya. Dalam tidak sedar, ia telah menaikkan nafsu syahwat . aku tahan. Benar la kata orang tua, wanita itu kecantikan natural nya terserlah bila bangun dari tidur. Itu aku akuinya kini..

"Awak ni memang camni ke mandi hari- hari?"

"Kenapa?" soal aku. Aku terus menyental seluruh jari kaki mahupun kuku tanpa mempedulikan dirinya.

"Yela, no wonder la memanjang lambat gi kerja awak tu. Dia sengih ke aku.

Aku biarka dia tanpa jawapan. dalam diam aku memuji kecantikannya. Namun dia tekun memandang setiap inci tubuh ini biarpun tidak sesasa Aeron aziz. Aku jadi tak selesa.

"Apa yang awak pandang saya macam ni? haish..." Keluh aku. "Ni saya tengah mandi...." Aku paused. Aku teringat sesuatu.

........................................................

"kecepur kecepur!"

Aku capai colgate, aku taruk pada berus gigi. Aku geleng kepala. Kembang bak hang. Da roman rambut Fellaini da berus aku.

"Kecepur kecepur"

Aku capai sebuku sabun, aku sapu seluruh badan.

3x kecepur, aku keluar bilik air.

Usai aku taruk bedak pada pipi dan pakai baju, aku duduk meja makan tunggu breakfast dari emak. 

Terjungkit jungkit bulu kening aku tengok hidangan dari emak. sup mashroom prego ini pagi aku breakfast.  Kemudian mak hilang. hilang disebalik dinding dapur.. 2,3 minit selepas tu mak muncul semula. kali ni hidung aku pula kembang kempis. Aroma garlic brade  merawang ke mukus hidung lalu merembes enzim liur. gas sitrik terembes dalam perut  dan mengeluarkn bunyi. tanda lapar.

"Bau ape busuk ni, ko mandi ke tak." soal emak.

"Lah tadi orang masuk bilik air tu mende." dahi aku kasi kerut tanda tak puas hati.

"tak de bunyi air pun mak dengar."

"Ayah ko kalo mandi abis sume celah jari dia gosok. jari kaki. sebab tu kalo dia mandi berejam jam." bebel mak.

"Ish mana mak tahu ni.." aku saja test.

"Eh aku tahu la laki aku." tempelak mak.
...........................................................

"Apa yang awak senyum sorang sorang tu.."

Lamunan aku terhenti disitu. Sekarang mengerti la aku.

"Awak, saya tengah mandi wajib la. Jangan dekat, gi main jauh jauh.." Aku simbah air ke muka dia.

Jari telunjuk terjungkit kearah aku tanda seround lagi.

"Dah nak masuk asar." cepat aku geleng kepala.

Kemudian dia buat muka paling kiut. Tanda merayu.

"No." aku berkeras dalam lembut.

Dia menghampiri sambil kedua belah tangan diangkat tanda sedia untuk menerkam seperti harimau betina horny.

aku paused...

aku senyum..

aku beri salam...

dengan nama tuhan...

aku tewas...

tewas dalam dakapannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...