betul ke bohong

selepas menunggu sejam lamanya, aku dipanggil masuk untuk ditemuduga. sampai di muka pintu, aku ketuk pintu terlebih dahulu. itu tips yang pertama aku gugel semalam.

"masuk!"

aku dengar suara dari dalam beri keizinan. dalam hati aku rasa lega bila dia sambut guna bahasa ibunda. dapat la aku guna bahasa rojak kejap lagi, bisik hati.

sebelum aku duduk aku hulurkan tangan untuk bersalaman kepada 2 orang panel itu.

"i m zimi, its plesure to meets you."

kemudian baru duduk. tu tips no2. hah nampak macam pro kan.

aku duduk kemas kemas dan sedikit rileks. file aku letak atas meja elok elok. air cond yang seperti kebiasaanya sejuk aku rasa panas. hilang fokus. 2 panel selesai kenalkan diri masing masing. aku makin gugup. aku telan liur.

"can u tell about yourself that something  different in your resume."

"ah sudah, aku nak carut ape ni." bisik hati aku.

stage satu habis. file bertukar tangan. dia gelak. aku bingung.

"how come you failed in the fourth sem?" aku kelu. paused. aku tarik nafas.

"hehe." aku sengih. "if someone failed everyone will noticed. did your noticed that in the next semester i get dean award."

"so what happen and how you solve it?"

"ah sudah, nak citer betul ke nak bohong." bisik hati aku lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...