stranger

usai aku mandi sama solat isyak aku alih chanel citer hindustan ke saluran 134 mustika hd. super spontan telah ke udara lebih 10 minit. mak pula masih lena di sofa hitam. tak sedar aku dah tukar chanel.

giliran ketam kompius buat persembahan. pak yus, nabil sama along cham berada diatas pentas. tak semena mena hati aku telah digeletek dengan teruk oleh pak yus.. peranan pak yus dalam game itu cukup mudah. pelakon extra. tetiba aku teringatkan peristiwa petang tadi. peristiwa pelakon extra dalam hidup aku.

kereta aku paking elok2 depan kilang. kaki aku atur langkah menuju ke pondok jaga sambil mulut aku alunkan  lagu M.nasir sama malique dalam lagu mereka mantera beradu buat penenang jiwa.

"kucing bawa tidur rimau bawa igau,
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau"

walaupun aku dah banyak kali pergi interview, nebes tu tetap ada. dia punya nebes sebijik macam nak pergi sunat. gila takut. lagi takut kalau panel tu sampai 3 orang. mula setan bisik ke telinga aku bukan2.

petang tu hujan. jadi aku tak tahu apa kene mengena hujan dengan interview lambat. jam orient aku dah menunjukkan tepat pukul 4 petang. sepatutnya interview start pukul 3 petang. entah mengapa interview masih tidak dimulakan lagi. dalam bilik meeting ni baru ada 4 orang calon. ada 2 calon lagi masih tak sampai. aku sempat mengerling nama2 calon masa aku lapor diri tadi.

aku mula tak senang duduk. rasa gugup makin lama makin kencang. ditambah pulak budak depan aku ni tanya bukan- bukan pasal kampeni profile. dia tanya pastu dia jawab. so?

disebabkan fade up dengan mamat depan poyo ni, aku alihkan pandangan aku ke muka pintu. tak semena aku terpandang sepasang mata yang garang dan tegas masuk ke dalam bilik meeting ini. tapi disebalik mata itu terukir pula senyuman yang menguntum pada kelopak mulutnya lalu mulut tu memberi salam. aku terkesima.

habis aku disoal siasat oleh dua orang panel, aku singgah ke toilet terlebih dahulu. usai membuang semua toksin, aku disapa oleh suara yang aku rasa aku baru kenal tadi. lantang dan bersahaja.

"awak datang sini naik kereta?" tak sempat aku nak jawab. "tadi pakcik saya yang hantar. dah lama sangat interviewnya saya suh pakcik balik dulu. saya nak tumpang sampai lrt boleh?"

nasib kau comel macam lisa suri hani, bisik hati. terlintas plak dalam kepala otak aku pasal "random act of kindness" dah alang- alang nak buat baik elok jugak buat baik ngan orang cantek ni. untung sabut timbul untung kelapa tenggelam. telinga aku ni mula la terdengar nasihat atuk aku yang hefner tu..

"boleh. tapi ada satu syarat.".balas aku.

"apa syaratnya?" (bunyi pelat rrr) aku paused apabila melihat  muka dia berubah kelat mencuka tapi still cun. lalu aku hadiahkan dia senyuman. tak sangka dia betul2 lisa, bisik hati aku lagi.

"takpe awak naik jela dulu.. kita citer kat dalam rrreta." aku ejek dengan pelat rr juga. dia pandang aku dengan mata yang sedikit mengecil.

di dalam kereta semasa aku memandu dia begitu mudah didampingi. terasa macam aku dah kenal dia sejak dalam perut mak lagi. sampaikan aku boleh terlupa syarat yang aku letakkan tadi. atau dia terlalu licik sehingga bejaya memperdayakan aku.

"awak tak takut ke kalo saya ni orang jahat?" laju saja soalan ini meluncur keluar dari mulut aku.

"kalo awak nak kene sembur dengan spray ni cuba la teghy." lalu dia masukkn tangan kananya dalam beg.

"woooo, takutnye.. eh serius la. awak tahu tak bahaya tumpang orang lagi2 baru awak kenal."

"alah tengok awak tu macam suci jer. baik la kot.."

"dont jugde book by its cover.." sambung aku.

"eleh kalo awak tu buku, saya da dapat agak dalamnye ape.. cliche."

aku paused.
"eh muka saya ni tak cukup jahat ke." sambil buat muka paling bodoh.

dia gelak ke aku. aku bagi signal, kemudian aku masuk simpang kekiri untuk ke pwtc.

"eh awak bagi la no akaun bank. nanti saya keje saya ganti."

"eh saya gurau je la tadi. orang macho cam saya memang suka tolong orghang." aku sengih ke dia.

aku himpit ke kiri lalu berhenti.
"terima kasih awak hantar sampai sini. semoga allah murahkn rezeki awak amin. dia keluar lalu tutup pintu kereta sepantas kilat."

aku paused. aku termangu keseorngan.

"awak, saya lupa nak tanya nama. no tepon...argh!." aku
cakap sendirian. aku masuk gear satu aku bla dengan hiba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...