Kisah Cinta #3


Aku membesar seperti budak-budak normal yang lain. Bermain dan berseronok sahaja dalam kepala aku. Aku dah tak ingat langsung kisah-kisah aku bersama Alya dan Syikin. Sehingga la aku berusia 12 tahun. Sesuatu mengingatkan yang aku ini adalah seorang budak lelaki.

Aku ingat lagi, tahun tu 2000. Aku terpaksa masuk kelas yang kebanyakkan pelajar lain adalah sangat asing daripada aku. Tak silap aku, hanya 2 atau 3 orang sahaja dari kelas darjah 5 aku yang masuk ke kelas tu. 6 Gigih nama kelas tu. Sebelum tu aku dalam kelas 5E. Erat kot. Tak ingat.

Masa hari pertama masuk kelas tu, aku senyap. Aku memang macam tu, lagi-lagi bila ramai yang aku tak kenal mana. Sama macam hari-hari pertama aku dari kecil, aku mesti masuk kelas awal. Aku perhati je sorang-sorang masuk dalam kelas tu. Muka-muka sorang demi sorang aku tengok. Aku cuba ingat balik, kalau-kalau ada yang aku pernah kenal sebelum ni.

Dalam ramai-ramai tu, aku nampak Edwan masuk kelas. Aku senyum. Aku pernah satu kelas dengan dia sebelum ni. Lepas tu aku nampak Ali pula masuk dalam kelas tu. Bertambah senyum aku. Aku pernah kelas dengan dia jugak sebelum ni. Ada dua orang aku kenal. Kebetulan pula, meja kat area aku duduk tu ada tiga meja. Aku panggil diorang duduk sebelah aku.

Aku borak-borak dengan diorang. Yela, sebenarnya bukannya aku rapat sangat dengan diorang. Sebab satu kelas ni jela, aku kena berbaik-baik dengan dorang. Kira sambil menyelam minum air kata orang tua-tua. Pandai kan aku berfalsafah? Sebenarnya bukan ini yang aku nak cerita.

Sama macam tajuk cerita ni, kesinambungan dari Kisah Cinta #1 dan Kisah Cinta #2 yang pernah aku ceritakan sebelum ni.

Aku ingat lagi, bila kelas dah penuh. Cikgu masuk. Cikgu lelaki. Mungkin guru kelas aku. Aku bertambah takut. Semua budak dalam kelas aku berdiri.

"SELAMAT PAGIII, CIKGGUUU!" Jerit satu kelas. Aku turut ikut.

"Selamat pagi. Ok, duduk semua." Jawab cikgu tadi.

"Nama saya Ismawi. Boleh panggil saya Cikgu Ismawi." Cikgu lelaki tadi perkenalkan dirinya. Satu kelas mengangguk-angguk kepala atas dan bawah. Yela, mana ada orang angguk kepala kiri kanan kan?

"Sekarang saya nak awak perkenalkan diri masing-masing." Bila dengar je yang ni. Aku lemah. Aku paling tak suka perkenalkan diri aku.

"Kita start dari belakang kiri saya." Sambung Cikgu Ismawi. Memang elok perangai cikgu ni, aku dah la duduk barisan belakang sekali. Nasib baik sikit je aku duduk belah kanan Cikgu Ismawi tu.
Sorang-sorang pelajar berdiri perkenalkan diri.

Blaaaa, hassan, blaaaa, segambut, blaaaa, oktober, blaaaa, kelantan, blaaaa, perak, blaaa, kuala lumpur, blaaaa.

Aku tak layan sangat apa yang budak-budak lain perkenalkan diri. Dalam kepala otak aku tengah hafal nama penuh aku, tarikh lahir aku, alamat rumah, tempat lahir dan kampung aku berulang-ulang kali. Takut tersilap.

Seketika kemudian, giliran aku tiba. Aku berdiri.

"Nama saya Haikal, lahir..." Aku perkenalkan diri aku.

"Jap, jap, jap. Saya tak dengar la. Tolong kuat sikit." Jerit Cikgu Ismawi. Malu gila rasa, habis kuat dah aku rasa aku jerit perkenalkan diri aku.

"NAMA SAYA HAIKAALLL! LAHIRRR 14 OKTOBERRR 1988!! DI HOSPITAL USM, KUBANG KERIAN! TINGGAL DI TAMAN SPPK SEGAMBUT DAN KAMPUNG SAYA DI KOTA BHARU CIKGGUUUU!" Jerit aku. Cikgu Ismawi terangguk-angguk tanda dia dengar. Aku duduk.

Blaaaa, hassan, blaaaa, segambut, blaaaa, oktober, blaaaa, kelantan, blaaaa, perak, blaaa, kuala lumpur, blaaaa, kuantan, blaaa, selangor, blaaaa, kedah, blaaaa jun, blaaaa ogos, blaaa januari, blaaa negeri sembilan, blaaa.

Aku tak layan apa yang budak-budak lain sebut. Otak aku melayang entah memikirkan apa. Hanya mata aku sahaja yang memandang ke arah budak-budak yang berdiri.

Sampailah giliran seorang budak perempuan. Dia berdiri. Aku tengok dia. Aku tertanya-tanya. Siapa dia ni? Apa nama dia? Dia ni duduk mana? Banyak persoalan yang terbenak dalam kepala aku. Aku tumpu perhatian betul-betul kali ni. Nak dengar apa dia cakap.

"Nama saya Filzah. Lahir 15 Jun 1988." Lepas tu aku tak dengar. Aku perhati je ke arah dia sepanjang kelas tu.

Lepas setengah jam, kelas tamat. Cikgu Ismawi keluar. Ada masa terluang.

Aku pandang je ke arah budak perempuan tu. Aku perhati dia baik dengan dua orang budak perempuan. Dalam kepala aku pikir, kalau aku nak baik dengan perempuan ni. Aku kena baik dengan dia jugak. Tak pun kena minta tolong dia ni kenalkan aku ke apa ke. Aku senyum pandang ke arah mereka. Salah seorang kawannya balas pandangan aku.

Senyum kembali. Pelik.

Hati aku mengatakan dia ini cantik. Tapi aku pemalu. Tak tahu apa aku ingin buat. Aku pendam seorang diri. Tidak memberitahu sesiapa.

Perkara ini berlanjutan sehingga aku mengetahui salah seorang kawan aku cuba mengorat dia. Hati aku tersentak.

Aku diamkan. Aku lupakan dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...